SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Sunday, December 14, 2014

Rumah Sewa Baruku

Alkisahnya, setelah sekian lama aku mencari rumah sewa, akhirnya dapatlah sebuah rumah teres lama 2.5 tingkat di Desa Setapak. Memang dekat sangat dengan LRT kalau jalan kaki lebih kurang dua minit. Mula-mula aku ingat agen tu saja cakap manis untuk lakukan rumah sewa dia. Tapi bila dah cuba terlalu dekat. Alhamdulillah. Tak sia-sialah lama mencari dan memilih. Bukan cerewet tapi untuk keselamatan dan kemudahan kami. Mula menyewa sejak 2007 tak pernah duduk rumah atas tanah. Semuanya rumah dalam bangunan. So kali ni mungkin rezeki kucing-kucing kesayangan aku kot, dapatlah rumah teres. Sewa mahal sikit tak apa, adalah rezeki lain yang Allah nak bagi tu. Rumah ni sebenarnya tiga tingkat. Habis tu macam mana jadi 2.5 tingkat pulak? Sebab, bawah ruang tamu yang luas beserta dapur. Ada ruangan belakang rumah dan depannya ditutup atap. Jangan main-main, ada tangga Cenderella tau untuk naik ke atas. Tingkat dua ada dua bilik dan satu bilik air. Manakala tingkat tiga ada satu saja bilik yang terdapat bilik air di dalamnya. Bilik ni luas berbanding dengan bilik bawah. OK, bilik ni aku punya jadi, kenalah bayar lebih sikit. Privasi katanya. Berapa kena bayar untuk masuk rumah ni? Sewa RM1,200.00 so 1 +2 =RM3,600.00 +Deposit air dan elektrik RM600.00 +agreement fee RM300.00 total RM4,500.00. Memang sakit sikit.Tapi tak apalah. Tuhan tahu yang terbaik buat kita sebab tu Dia bagi rumah ni. Maknanya, seorang lagi housemate diperlukan. Tak tahulah siapa yang nak sewa rumah mahal macam ni. Kalau orang dah biasa menyewa mesti tak kisah. Tapi mereka yang tak biasa mesti kata mahal. Mana nak cari yang murah kat KL ni? Flat dua bilik dekat LRT pun RM1,000.00. Tak ke gila namanya? Cari rumah lain? Tak payahlah. Aku dah penat. Takkan nak minta tangguh keluar dengan tuan rumah ni yang tak sabar-sabar nak suruh kami keluar? Tak naklah. Adalah rezeki tu. Tuhan yang bagi yang ni, takkan Dia nak biarkan hambaNya susah? Allah tak zalim. Dia bagi apa yang layak dan mampu bagi hambaNya. Masuk 15 Disember ni. OK, rumah lama nipun aku ada masa sampai hujung bulan. Jadi bolehlah masuk barang sikit-sikit. Pagi nanti bayar diposit dan dapat kunci. Korang doa ya supaya rumah ni OK dan tuan rumah tak buat perangai. First time menyewa rumah yang ownernya chinese. Sebelum masuk, aku nak upah orang bersihkan lagi rumah ni dan cat supaya nampak lebih menarik. Yelah, kita nak duduk. Kalau tuan rumah tak buat, kita usahalah. Harapnya, Jarry, Chiko dan Hazel akan suka dengan rumah baru ni. Korang jangan murung pulak. A

Monday, December 1, 2014

Teks Ucapan Pembahas OKU Di Persidangan Puteri UMNO Pada 26 November, 2014

Persidangan ini diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Nota: - Teks ini sedikit berlainan daripada ucapan yang terdapat dalam video di mana-mana laman sesawang kerana pembahas diminta untuk menyampaikan ucapan tersebut tanpa teks. Namun begitu, usulnya tetap sama. - Penulis teks merangkap pembahas tidak terlibat dalam dunia politik dan tidak menjadi mana-mana ahli kepada parti sama ada pemerintah atau pembangkang. Penulis teks merangkap pembahas sekadar mengambil peluang untuk menyampaikan suara OKU apabila diberi peluang dan ruang. Ini merupakan salah satu daripada usaha perjuangan terhadap golongan senasib. Terima kasih Pengerusi Tetap YB Datuk Hjh Mas Ermieyati Shamsudin, Ketua Puteri UMNO Malaysia Y.Bhg Saudari Zahidah Arik Khan, Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia Wakil-wakil Majlis Tertinggi UMNO, Malaysia, Sidang Perwakilan Para Pemerhati Para Media Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian Assalammualaikum WBT... Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Puteri UMNO kerana sudi menjemput saya bagi menyampaikan aspirasi beliawanis OKU. Apabila melihat Golongan Kurang Upaya atau OKU di mana-mana, apakah yang masyarakat lakukan? Kebanyakan orang akan memandang OKU dan berkata dalam hati, “kesian, cacat,”. OKU sering dipandang simpati tetapi jarang sekali masyarakat empati terhadap OKU. Sebenarnya kami, golongan OKU tidak minta dikasihan belas atau dipandang luar biasa. Berdirinya saya di sini hari ini, bukanlah untuk meminta simpati atau keistimewaan. Tetapi, hadirnya saya di sini adalah untuk menuntut kesamarataan hak sesama manusia di Bumi Malaysia yang merdeka ini. Golongan muda khususnya pemudi OKU yang akan menjadi pelapis generasi bangsa memohon sokongan, galakan, peluang dan ruang dalam pelbagai aspek. Sesungguhnya, kami amat menyanjung tinggi dan menghargai segala usaha kerajaan sedia ada dalam menangani isu OKU umumnya serta Beliawanis OKU khususnya. Namun begitu, usaha perlu digiatkan bagi mencapai pengupayaan OKU secara lebih meluas. Dalam proses mengupayakan OKU, golongan ini harus dilibatkan dengan semua program yang dirancang tanpa mengasingkan OKU dengan mengadakan program yang khusus untuk OKU sahaja. Apa saja program dan latihan yang dirangka untuk wanita haruslah mengintegrasikan wanita OKU dalam program tersebut. Kami tidak mahu pengasingan, apa yang kami mahu perhatian yang lebih khusus daripada pihak berkenaan. Selain usaha-usaha pengupayaan OKU itu sendiri, usaha Usaha memupuk kesedaran tentang keperluan dan potensi seseorang OKU kepada seluruh pihak sangat diperlukan. Di mana usaha-usaha ini boleh dilakukan melalui pelbagai saluran terutamanya menerusi media cetak dan elektronik milik kerajaan. Medium ini seharusnya digunakan sebaiknya bagi memupuk kesedaran di kalangan masyarakat dengan memaparkan rialiti kehidupan, keupayaan, kejayaan OKU, serta cara komunikasi dengan golongan berkenaan agar OKU ini tidak asing pada pandangan umum. Oleh itu, beberapa perkara wajar diberi perhatian bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara mesra OKU. eskipun bilangan OKU dianggap kecil, ia masih satu jumlah yang besar. Daripada anggaran 29.7 juta rakyat Malaysia, 4.4 juta daripadanya adalah OKU. Kerajaan mengiktiraf anggaran World Health Organization (WHO) ini yang dikeluarkan oleh Bank Dunia. Sehingga Julai 2014, jumlah OKU berdaftar adalah seramai 506,228 orang. Justeru, isu didepani OKU kian pelbagai dan kompleks bermula daripada kelahiran, kemahiran, pekerjaan dan sara diri, perumahan, dan perundangan. Meskipun isu-isu tersebut boleh disifatkan umum, namun bagi OKU yang diciptakan sedemikian rupa, perhatian khusus mestilah diberi. Perhatian khusus di sini bukan bermakna bantuan khusus atau keistimewaan tertentu bagi OKU. Tetapi, pemberian hak, program atau antuan yang diperoleh oleh golongan normal hendaklah disalurkan secara saksama terhadap golongan OKU agar golongan ini tidak terpinggir daripada sebarang program pembangunan yang dirancang kerajaan Dalam bidang pekerjaan misalnya, golongan wanita OKU sama seperti golongan wanita normal yang punya pendidikan dan kemahiran tertentu yang dijadikan aset bagi menjana ekonomi negara. Jika dilihat, dewasa ini rata-rata OKU mempunyai pelajaran. Peluang pendidikan yang diberikan terhadap golongan ini amat luas sehingga OKU berjaya menandingi pelajar normal dalam pelajaran. Malangnya, setelah tamat pengajian, peluang pekerjaan amat terhad. Makin tinggi tahap pendidikan yang dimiliki OKU maka makin terhad peluang memperoleh pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan. Kuota 1 pratus pekerja OKU dalam sesebuah jabatan sebagaimana menjadi dasar kerajaan sejak 1988 masih menyedihkan. 26 tahun berlalu, kebanyakan sektor awam masih belum memenuhi kuota ini. Namun pujian harus diberikan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat kerana berjaya memenuhi kuota ini dan kami amat berharap supaya, kementerian ini tidak berhenti setakat 1 pratus sahaja malah terus memberi peluang tersebut kepada OKU yang mempunyai kredibiliti bagi menyandang jawatan di kementerian itu pada masa akan datang. Kami juga menyeru agar peluang pekerjaan tidak hanya tertumpu kepada jawatan-jawatan yang menjadi kebiasaan bagi OKU umpamanya operator dan khidmat pelanggan. Tetapi, peluang menyandang jawatan di peringkat pembuat keputusan harus diberikan. Kebanyakan OKU yang menghadapi masalah pekerjaan ini adalah OKU lepasan sekolah dan keadaan lebih runcing bagi mereka lepasan IPT. Sepertimana wanita normal tidak menjadi keutamaan dalam banyak hal, keadaan beliawanis OKU lebih lagi terjejas bilamana golongan ini terdiri daripada wanita dan ditambah dengan kecacatan yang dialami. Sebagaimana telah kita sedia maklum, pengupayaan OKU adalah satu hak di sisi perundangan. Walau bagaimanapun, ianya masih berhadapan dengan cabaran pendekatan kebajikan dan simpati. Hal inilah yang menghalang kepada pembangunan serta kemajuan OKU. Selagi OKU dianggap lemah dan penerima bantuan atau simpati, selama itulah peluang bagi OKU membuktikan keupayaannya tertutup. Akhirnya, golongan ini tidak dapat menyumbang kepada pembangunan negara sedangkan OKU mampu “berdiri sama tinggi, duduk sama rendah” dengan golongan normal. Usaha ke arah menjadikan inspirasi kerajaan yang ditampilkan melalui pelbagai komitmen di peringkat antarabangsa dan serantau dalam hal-ehwal OKU mesti dijelmakan. Pelbagai wacana, forum, dialog bersama OKU dan mereka yang berkepakaran dalam perkara-perkara perundangan dan dasar mesti dipergiat. Pembaharuan perundangan sedia ada mesti dilakukan agar ianya lebih berkesan dalam mempertahankan hak golongan ini. Sehubungan dengan itu, kami ingin mencadankan agar satu unit berupa unit pengupayaan OKU di peringkat tertinggi yang bertanggungjawab kepada kabinet bagi memastikan hak yang diberi kepada OKU benar-benar dirasai oleh OKU dan keluarga ditubuhkan. Lebih dari itu, unit ini akan berfungsi sebagai unit yang memantau, menilai dan memastikan semua dasar serta peraturan bersesuaian dengan keperluan dan potensi OKU. Semoga aspirasi ini akan membawa perubahan kepada Golongan OKU dengan sokongan, dorongan serta peluang daripada pelbagai pihak khususnya pihak pemerintah. Sekian, terima kasih.

Friday, October 24, 2014

Adidas Climacool

Beberapa minggu lalu, setelah membuat pembacaan di internet berkenaan running fit, aku memang berhajat untuk memilikinya barang sepasang. Almaklumlah, sekarang ni kan tengah sibuk buat persiapan ke Gunung Kinabalu. Tiap-tiap minggu ada training. Menurut blogger, running fit ni kainnya ringan serta mudah menyerap peluh yang akan membuatkan kita kekal kering dan selesa untuk beraktiviti. Daripada pembacaan yang aku buat, aim aku hanya dua, Nike Running Fit atau Adidas Climacool. Seluar tu tak berapa dititikberatkan sangat sebab yang banyak berpeluh badan. Setelah bersedia, aku bersama teman ke Mid-Valley bagi menjayakan misi. Sebenarnya aku ada jumpa running fit yang lengan panjang jenama adidas dan reebok di JJ Wangsa Maju. Tapi yang Nike tak jumpa-jumpa. Lengan pendek banyaklah. Untuk memuaskan hati, mari kita jelajah Mega Mall yang besar ini. Mega Mall besar tapi kebanyakan kedai sukan kecil. Ada sorang Sales Boy Adidas Mid-Valley suggest supaya kami ke Adidas The Garden sebab katanya Adidas di sana lebih besar. Bagus! Banyak kedai jenama sukan di floor 3. Nike dan Adidas masing-masing ada satu saja running fit lengan panjang. Nike, memang best! Dari tekstur kain hinga terletak di badan sangat superb! Tapi harganya, RM299.00 sehelai. Tak relevan dengan aku yang sekadar bersenam ni. Bukan ahli sukanpun. Adidas Climacool, OK, tapi taklah se'best' Nike. Harga promotion, RM169.00. Masih dalam budget. So, grab. Tight panjang Adidas dan Nike, rasa tak selesa dengan aku nak-naknya yang harga masih dalam budget. Ah, World of Sport kan ada kat floor ni jugak, besar gabak lagi. Setelah puas berlegar-legar dalam World of Sport, berjumpalah dengan pilihan hati, Mizuno tight. Memang best dengan harga RM135.00 setelah sale, hanya RM119.00. Memang ada beza bila kita berlari atau jogging dengan running fit dan dengan t-shirt dan track suit biasa. OK Tinta, jangan malas-malas tau, dah beli baju mahal-mahal, kenalah rajin bersenam.

Wednesday, September 17, 2014

Belajar dengan menjadi PR

Sebut je PR, orang mesti tahu kerjanya macam mana kan? Aku minat sangat kerja ni. Sebelum-sebelum ni pun aku memang minat kerja berkaitan PR ni. Yelah, dari kecil dah ada cita-cita nak jadi pramugari. Tergolong dalam PR juga kan? Nak serve orang, PR mesti bagus. Jarang aku tulis fasal kerja kat sini. Jadi PR ni memang best. Tapi bila mood tak ada tu, nak layan orang pun malas. Sejak jadi PR ni, aku banyak belajar. Antaranya: 1. Belajar untuk sabar. Yelah, kalau client atau guest atau VIP buat perangai, takkan aku nak marahkan? So kenalah bebanyak bersabar. Ikutkan hati nak marah atau tengking je. Tapi dah bawa nama syarikat, kenalah berlemah-lembut. Kadang-kadang rasa tak puas. 2. Belajar cakap dengan sopan dan baik setiap masa tak kira dengan siapa walau dalam keadaan apapun meskipun saat tegang dan genting. Macam aku cakap tadilah, kalau boleh nak tengking je bila orang sakitkan hati kita masa berurusan. Tapi kena sabar. Kadang-kadang sampai aku menangis. Bukan sebab apa, sebab terlalu marah tapi tak boleh luahkan dan marah orang yang buat aku marah. Tahan punya tahan, sampai nangis. 3. Kena biasa dengan Bahasa Inggeris. Aku ni memang Melayu tipikal. Tak suka bahasa lain. Tapi bila menyandang jawatan PR ni, ada masanya, yang berurusan dengan kita tu rakyat asing dan langsung tak pandai cakap dan faham Melayu. Tak kurang juga Orang Malaysia yang tak nak cakap Melayu, macam dia orang putih pulak. 4. Senyum sentiasa walaupun banyak masalah. Senyum ni bukan berdepan engan orang je tapi masa jawab telefon. Memang orang tak nampak kita senyum, tapi bila kita senyum, suara kita akan ceria seterusnya menceriakan orang lain. 5. Jaga penampilan diri. Memang sangat kena sentiasa bersedia menerima tetamu yang diundang mahupun tidak diundang. Kadangkala, dalam jadual, tak ada tetamu tapi tiba-tiba on the sport datang. Takkan dengan baju entah apa-apa, penampilan berserabai nak jumpa orang. PR ni macam duta pejabatlah. 6. Kena peka pada apa yang berlaku di pejabat terutamanya berkaitan informasi terhadap orang luar. 7. Kena tenang, tak boleh gelabah. 8. Kena pastikan info yang kita beri itu fakta, bukan auta. 9. Kena tahu selok-belok company supaya maklumat yang kita salurkan kepada orang luar tepat. 10. Kena tahu setiap department dan siapa person incharge. Sebab PR sering dicari sebagai rujukan bila client tak tahu dengan siapa harus dia rujuk. Kita kena hubungkan mereka pada orang yang betul tak boleh lepas tangan. 11. Belajar bertanggungjawab. Contohnya, bila orang call, kita kata, "Maaf cik, saya tak pasti. Boleh saya check dan call cik balik?" Kita kena buat. Jangan bila dia letak call kita kata biarlah, tak call pun tak apa. Bukan dia tahu dengan siapa dia bercakap. Itu juga termasuk sebahagian daripada imej company. Silap-silap bila dia call balik kita kena marah dan silap hari bulan kena complain dengan top management. Mati kita. Lebih buruk, kita terlepas sesuatu projek dan company lain yang untung disebabkan kelalaian dan kemalasan kita.

Tuesday, September 16, 2014

Selimut MAS

Aku ni memang seorang yang obses dengan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airline System (MAS). Biarpun tak cantik, masa sebelum sakit dulu memang bercita-cita sangat nak jadi pramugari MAS. Semestinya semua barangan MAS nak dijadikan koleksi kan? Hari tu masa sembang-sembang, kawan ada bagi tahu, kalau nak selimut MAS, masukkan dalam beg diam-diam. Boleh ke? Aku tanya. Kawan: Boleh, kalau tak ambil, nanti dia orang buang juga selimut tu. Ya ke buang? Tapi kenapa ada selimut dalam pesawat tak baru pun? Kalau setiap kali guna dia buang, mesti setiap kali dapat selimut kita akan dapat yang baru. Aku memang teringin sangat nak jadikan selimut MAS tu sebagai koleksi peribadi. Nak masuk diam-diam dalam beg nanti haram pulak. Masa ambil memang best tapi, tak naklah nanti terfikir-fikir pulak aku ambil barang haram. Takkan nak pergi pulang dekat MAS pula? OK, kita mintalah. Tapi takut dan malu. Takut nak minta dan malu kalau tak dapat. Hai, takkan nak buat baikpun takut dan malu kot? Buat jahat tak takut dan malupun? Akal memberi prangsang kepada diri sendiri. So, masa fly to Ho Chi Minh Khamis lepas, aku memulakan misi dalam pesawat MH766. Masa tu dapat selimut baru keluar plastik tu. Aku sendiri yang buka plastik selimut tu. Bila sampai Ho Chi Minh: Aku: Cik, saya ambil ni boleh? (Sambil tunjukkan selimut yang aku siap lipat kepada pramugari. Dia ambil dengan sopan. Mungkin tak dengar permintaan aku.) Aku: Cik, saya nak selimut tu boleh? Pramugari: Tak bolehlah. Nanti kalau dia orang nampak kat bawah banyak hallah pulak. (Serba-salah menjawab. Masih mengekalkan layanan baik dan tip tip dari awal penebangan) Ish, cik pramugari ni, kalau aku ambil, mestilah aku simpan dalam beg. Aku: Tak boleh, tak apalah. Dengan hampanya, aku berjalan keluar kapal. Tak apa. Nanti cuba lagi. Tak dapat, bukan rezekilah tu namanya. Tuhan pasti uji kalau kita buat baik. Walaupun dalam hal yang simple. Masa balik ke KL dalam MH759: Sorang je pramugari. Yang lain semua pramugara. Ada sorang pramugara ni, baik sangat. Dari awal kami masuk, dia yang banyak layan kami. Yang lain-lainpun baik juga. Siap melawak lagi. Cikgu: Awak cubalah minta. Hari ni pramugara. Selalunya lelaki ni OK sikit. Tak Strict. OK, kita cuba lagi. Hahahaha. Orang semua dah keluar. Biasalah, kami kan orang terakhir yang keluar. Masa kapal terbang landing, aku dah macam hari tu juga, aku dah siap lipat selimut yang aku berkenan tu. Tak dapat yang baru keluar plastikpun, dapat yang lamapun OK la. Masa pramugara baik tu tolong turunkan beg dari compactment atas, Aku: Encik, boleh saya minta selimut ni? Pramugara: Boleh, boleh, letak dalam beg. Dengan senyum girangnya, aku terus simpan selimut tu dalam beg sandang belakang aku. Terima kasih, Encik pramugara.

Tuesday, September 2, 2014

Rumah Oh Rumah

Pening betul fikir fasal rumah ni. Dah jadi rutin harian dah buka laman web rumah sewa cari rumah. Susah sikit nak cari rumah yang macam saya nak ni. Tapi tak apa, mesti Allah dah siapkan rezekiNya untuk saya dan kawan saya kan? Kepada pembaca blog ni, kalau korang ada jumpa iklan rumah sewa atau tahu mana-mana rumah untuk disewakan, tolong tinggalkan komen untuk saya ya. Ciri-ciri rumah idaman: 1. Berdekatan Putra LRT (kalau boleh Taman Melati) 2. Mesti sekurang-kurangnya tiga bilik. 3. Cuba elak rumah tinggi sebab saya pelihara kucing. Kesianlah kat dia orang nanti tak tahu balik pulak. (paling tinggipun lima tingkat) dapat landed house lagi bagus. Semuanya untuk kucing kesayangan saya. 4. Maksimum sewa RM1,200.00 kalau lebih murah lebih elok. Minta tolong sesiapa ada jumpa rumah, bagi tahu saya ya.

Diva Rose: Emanuel Ungaro, You are Mine!

Penat aku cari review tentang minyak wangi ni. Tapi blogger Melayu tak jumpapun yang tulis fasal perfume ni. Mungkin aku tak pandai search kot. Tapi kalau blogger Inggeris, bukan main banyak lagi cerita fasal perfume ni. Sebenarnya, dah lama aku guna perfume ni kalau tak silap empat atau lima botol dah habis. Dah namanya Diva Rose, mestilah baunya berunsurkan bunga Ros. Baunya harum dan fresh campur sweet. Entah, tak tahu macam mana nak describe. Tapi bukanlah setiap hari aku pakai Diva Rose ni. Yang tak best tu, ramai pulak berkenan kat buah hati I ni. Kalau bukan sebumbung tu tak apalah, sebab taklah sama bau kan? Ni satu office bukan sorang tapi empat lima orang yang sibuk nak memiliki Cik Diva aku ni. Siap pakai kat office lagi tuuuu... Hilang mood aku nak pakai Diva aku ni. Biar dia orang habis dulu lepas tu baru aku pakai balik. Satu kebaikan Diva Rose ni, susah nak dapat. Malah, ada penggemar minyak wangipun tak pernah dengar nama minyak wangi ni. Emanuel Ungaro ni sebenarnya seorang fashion designer berbangsa Perancis yang dilahirkan pada 13 Februari, 1933. Perfume jenis Diva Rose ni dikeluarkan setelah berpuluh tahun jenama Emanuel Ungaro di pasaran. Emanuel Ungaro Diva Rose ni dikeluarkan pada tahun 2011. Pertemuan pertama aku dengan Cik Diva ini bermula pada suatu petang. Ada sorang isteri tauke kedai minyak wangi ni selalu jadi sukarelawan kat sini. Kadang-kadang, dia bawalah tester perfume untuk dijual dengan harga murah sebab menurutnya, dia orang ada had masa untuk menggunakan tester tu. Bila tak habis, buang so, dia juallah murah. Tapi tak adalah sampai dapat harga RM50.00 kecuali dah sikit sangat. Masa tu, aku pilih punya pilih kawan aku hulur pada aku, "Tinta, perfume ni wangi dan botol pun cantik," Aku terus bau dan cop "Ni aku punya cop!" "Wangi tu, menyesal aku bagi kau," kata Meg bergurau. "Siapa suruh bagi aku. Ni aku punyalah," Mujurlah kawan aku tu bukan gila minyak wangi macam aku. So dia redha jelah aku ambil. Jothy (penjual) ni selalu bawa satu jenis sebotol je dalam satu masa. Lepas tu next time belum tentu dia bawa jenis yang sama. Kalau aku nak sesuatu perfume tu, aku akan pesan suruh dia cari dan bawa. Sebab tulah aku selalu dapat Diva Rose dan kalau dia bawapun sebotol je tupun dua tiga kali datangpun belum tentu ada sebab katanya, Cik Diva aku ni memang susah nak dapat dan kaunter minyak wangi di Malaysia ni jarang ada Cik Diva Rose ni. Ada kawan aku siap pergi Singarpore cari Diva Rose ni, siap tulis jenama lagi pun tak jumpa. Dah ramai yang bertanya dan nakkan Diva Rose ni, akupun minta Jothy bawa lebih sebab orang lain pesan, Jothy tak bawa. Kesian dengan kawan, so aku tolong. Satu hari tu, lima botol dia bawa. kawan-kawan yang sememangnya menanti Diva Rose ni apa lagi macam ikan piranalah dia orang ambil. Aku tak tahulah harga di kaunter berapa tapi testernyapun lebih RM100.00 tapi isinya masih banyaklah. Dah sana sini aku pergi bau Diva Rose. Dia orang ni buat pesta Diva Rose apa. Walaupun tak minat bau sama dengan orang dalam satu masa, pasrah jelah, dah duit dia orang, suka hati dia oranglah nak beli apapun, ya tak? Minggu lepas, budak yang baru masuk kerja tahun ni datang kat aku: "Aku nak beli Diva Rose la, kat mana ya?" "Diva Rose? Minyak wangi tu? Emanuel Ungaro?" Dah kelabu dunia aku masa tu. Sayangku akan diambil orang lagi :( "Tak tahu nama panjang dia. Tapi Diva Roselah," "Oh my god! Oh my god! Oh my god! Mana kau tahu fasal Diva Rose tu?" "Best bau dia, Dayah pakai," "Oh my god, memanglah best! Aku kenal sangat dengan perfume tu. Tu perfume aku!" Tambah lagi sorang peminat Diva Rose aku. Lambat lagilah aku nak pakai balik perfume kesayangan aku tu. Aku dah tak sabar nak pakai ni. "Siapa pakai dulu perfume tu?" Macam meragui Diva Rose tu berkenalan dengan aku dulu hehehe Amboi, sedapnya soalan. "Akulah yang pakai dulu kat office ni, lepas tu dia orang semua berkenan, dia orang beli." Si pulan, Si Pulan, aku sebutkan nama pembeli selepas aku. Bila aku tunjuk Diva Rose, dia mengesahkan betul, minyak wangi tu yang dia nak. Oh my god! Kalau sorang je bau sama boleh gagah lagi, tapi kalau sampai empat lima orang satu office macam mana? "Nanti kalau Jothy datang kau belikan aku eh?" Pulak! "Excuse me," Aku tak nak jadi baik dah hahahaha "Nanti aku bagilah duit," "Bukan masalah duit. Selalunya ada sebotol je. Kalau ada, mesti aku grab dulu," Sayangnya Cik Diva aku. Tapi memang betul, bau perfume pada setiap orang tak sama meskipun perfume jenama yang sama. Diva Rose Eau De Parfum sungguh harum dan segar, membuat hidup cerdas dan ceria sepanjang hari.

Friday, July 25, 2014

Raya Siti Nurhaliza

Gara-gara tempah baju last minute, haaaa hambek kau! Baju tak siap! Dahlah last minute, ada hati nak buat baju potongan donat pulak. Berdering-dering handset aku pagi semalam dari nombor yang tidak dikenali. Rupa-rupanya panggilan tu dari Kak Amy si tukang jahit mengkhabarkan berita kain aku tu belum dipotong. Boleh pulak tanya aku nak ambil ke macam mana. Kalau ambilpun, confirm tak ada orang nak jahitkan? So, aku suruh jelah dia jahit lepas rayapun lepas rayalah. Yang penting aku nak pakai baju donat! Padahal aku dah ramal dari awal baju tu tak siap tapi Kak Amy kata boleh. Tak apalah, salah sendiri takkan nak marah tukang jahit walaupun ada sedikit kecewa. Tak dapatlah aku pakai Sutera Itali pemberian mama tu. Tulah berlagak sangat nak tempah sendiri, nak pakai baju lain sikit kononnya. Langsung tak dapat pakai. Dahlah warna pink! Warna kegemaran aku. Oiii, sudahlah tu, Rasanya dah tiga tahun berturut-turut ada baju raya warna pink. Tak heranlah ada kakak office ni panggil aku Miss Pink. Mujurlah ada baju yang mami belikan, warna peach. Sebenarnya baju kurung moden kain duyung sarat bersulam manik ni ala-ala baju tunang. Segan sikit nak pakai. Kata kawan aku, OK je buat raya. Takkan satu je baju raya aku tahun ni??? Sedey sangat!!! Ada orang dah bermurah hati nak sponser tudung dua helai. Takkan baju satu je? Habis tu nak pakai dua tudung sekali? Dengan hampanya, aku buat kesimpulan nak pakai baju kurung moden biru diraja ala-ala dress kembang je. Bukan orang tahupun baju tu dah beberapa kali aku pakai. Wait! Wait! Wait! Yang tak siap tu, yang baru tempah. Habis dua tukang jahit aku yang lain ni diam je? Pergi mana? Mana baju jubah, Kurung Pario, blaus dan dress yang aku tempah dah lama ni? Ada yang dah ditempah akhir tahun lepas dan awal tahun. Hadoi, pening aku. Tak boleh jadi ni. Tapi kalau dah diam tu, maknanya tak siaplah kan? Malas nak tanya takut kecewa lagi. Tapi tanya jugalah. Belum ada respon. Sebab tukang jahit yang sorang tu sibuk sebab dia juga designer. Padan muka aku, cerewet sangat! Dapat tukang jahit busy memanjang. So, misi petang semalam lepas kerja, ke Jln TAR untuk cari sehelai tudung. Hajat hati nak pergi Bakawali, tudung kegemaran aku tu. Tapi bila teringat selendang Ariani yang cantik yang aku pernah tengok kat PWTC bulan lepas, ah, tukar angin sikit, beli Arianilah. Niat hati disampaikan kepada penaja. Permohonan approved! Yay!!! Wah, aku dah berangan nak pakai selendang yang gorgeous tu. Disebabkan rasa tak sabar. Akupun mula melayari internet tengok ada tulisan atau review tentang tudung Ariani angananku. Ha??? Ada koleksi Siti Nurhaliza? Rupa-rupanya Datuk Siti ikon Ariani dan ada usahasama dengan Ariani untuk koleksi tudung beliau. Dah berangan dah nak satu. Harap tercapailah impian ni. Tapi ada yang tulis, tudung tu mahal sale pun still mahal. Kata kawan aku pulak, kalau musim sale, yang harga RM200.00 pun boleh jadi RM70.00. Harapnya begitulah. Search punya search, aku jumpa pula artikal tentang Baju Kurung Siti Nurhaliza. Sekali lagi aku teruja! Jakel yang jual. Patutlah, Ariani dengan Jakel kan adik-beradik. No wonderlah. Hai, takkan nak tambah lagi satu misi kot? Boleh juga. Sharp! 4.30 petang semalam, aku dengan cepatnya menaiki monorel dan Star LRT ke Jln TAR. Tak payah mengada nak naik kereta sebab tu namanya cari nahas nak jerumuskan diri dalam jam. Ariani berhadapan dengan Jakel. Masuk Jakel dululah. Kalau ada yang berkenan bolehlah beli tudung terus nanti. Kurung Siti Nurhaliza, Yes! Ada banyak design rupanya. Paplum pun ada. Tapi ada orang kata tak cantik, macam pregnant bila aku pakai. Ke dia ni yang tak tahu fesyen? OK, aku dah jatuh hati dengan kurung belah di hadapan ni. Pink lagi! Bermotifkan manik juga. Dia bagi harga murah RM120.00. Memandangkan ada inner baju dan kain, fesyen baju belah yang aku belum ada dan jahitan manik pada kaki, dada dan lengan baju, harga ni amat berpatutan. OK, grab! Warna lain dah tak ada. Last minute shopping biasalah. Memang aku sukapun warna pink. Tak payah banyak cakap dan banyak fikir. Ambil je. Baju dah selesai, so, kita lintas jalan ke Ariani pulak. Langkah je kaki ke dalam butik, seorang sales girl menyambut dengan ramahnya. Layanan memang first class. Eleh, nak dapatkan duit, mestilah layan baikkan? Malaysian Hospitality MAS dia pinjam kot. Whatever, asalkan hak aku sebagai pelanggan untuk memilih dengan selesa tidak diganggu. Aku terus tanya tudung Siti Nurhaliza. Amboi, sedap-sedap kau je tanya, harga belum tahu lagi tu. Mengikut blog yang aku baca, sale pun RM190.00. Tak kira! Tak belipun, dapat tengokpun jadilah. Siap tunjuk nak match dengan baju baru beli tu. "Adik, yang ni cantik dan sesuai dengan baju. Tapi mahal sikit. Sebab ni favourite Datuk Siti. Dia selalu pakai yang ni," Dia dah mula dah. Mengayat customerlah tu. Wow! So gorgeous! Selendang pink dihiasi Lace Perancis putih, hitam. Wah, memang sesuai dengan baju. "Meh akak ajar pakai cara Datuk Siti," Sambil meletakkan selendang tersebut di atas kepala aku dan membuat lilitan. Dia tambah gula lagi dalam sesi memujuk pelanggan. Hehehe. Aku dah berangan jadi Tuan Puteri yang dipakaikan selendang oleh dayangnya. Ha ha ha ha ha "Berapa harganya ni?" Tu dia, soalan dari pihak penaja. "Kain ni berkualiti. Harga asal dia RM295.00. Sekarang ada sale tapi saya bagi kat adik ni RM180.00," Tudung lebih mahal dari baju? Membazir. Aku boleh beli baju lagi sepasang apa dengan harga tu. Bayang-bayang hampa mula menerpa. "Tak apalah, kita cari yang lain," Aku buat keputusan. "Tapi yang ni cantik. Sesuai awak pakai dan sesuai dengan baju," Pendapat dari penaja. "Ya, hargapun cantik," Aku dah mula melupakan niat nak memiliki tudung tu. Siti tak Siti. Baik aku beli handbag dengan harga tu. "Tak nak ke?" "Nak memanglah nak, tanya pulak. Tapi yang membayarnya macam mana?" Soalan menguji. Dalam tawar-menawar ni, kita kena bijak. Lagipun aku tak suka nak minta. Soal taja tudung nipun, dia yang bermurah hati. Kalau aku, aku beli je tudung Juma, paling mahalpun RM50, RM60. Tapi dia kata tudung Juma corak tak cantik. Boleh dia cakap macam tu? Dia tak tahu ke tudung Juma tu ada kelas yang tersendiri di kalangan peminat tudung tanah air? Cewah. "Puas hati kalau ambil yang ni. Ambillah yang elok satu. Satu lagi kita ambil yang murah," "Betul ke?" Dengan rasa tak percaya, awan-gemawan mendung terus berlari pergi. Bulan pada wajah menyinar menerangi malam walaupun masa tu baru lewat petang. Bintang-bintang kejorapun bergemerlapan. Hokeh! Jika demikian kata Tuan hamba, tak perlu dipertimbangkan lagi. Jom, kita cari selendang satu lagi. Sales Girl bernama Fadilah terus membawa kami menjelajah Butik Ariani. Tudung half moon Alisha yang dicadangkan untuk baju Peach aku tu tak cantik sangat. Lebih cantik half moon Vietnam. Aku dah nak pergi Ssana September nanti, beli kat sana jelah Half Moon. Aku describe selendang yang aku suka masa tengok kat PWTC Jun lepas. Kata Fadilah, aku lambat, selendang tu dah habis sebab dia sale jatuh pada harga RM100.00 untuk dua helai. Gila babas punya sale. Kalau benar seperti yang dimaksudkan, tudung tu harga sebenarnya RM199.00. Betullah kata kawan aku, Ariani ni kalau kena pada masanya, boleh sale sampai 70 pratus. Pilih punya pilih, berkenanlah aku pada selendang purple. Dari harga RM159.00 jadi RM70.00. Dapatlah buat kad Ariani. Sebenarnya aku layak untuk kad pink. Tapi Fadilah bagi aku kad gold. Menurutnya paling tinggi kad platinum. Aku difahamkan, beza kad ni dari segi diskaun: Kad Pink diskaun 15 pratus Kad Gold diskaun 25 pratus Kad Platinum diskaun 30 pratus. Nak dapat platinum ni, belian mestilah RM1,000.00 ke atas. Kalau ada sale, member akan dapat extra diskaun. So, tahun ni baju dan tudung raya Siti Nurhalizalah aku.

Tuesday, July 22, 2014

Mekap Raya

Tak sangka pulak aku. Diam tak diam, blog aku ni dah hampir 25,000 kali dibaca. Readers berlainan atau sama tu tak tahulah, sebab readers blog aku ni semuanya pembaca sepi. Tak apalah. Korang sudi bacapun, aku dah bersyukur. Berbalik semula pada tajuk, meh sini aku nak cerita sikit fasal mekap raya yang aku baru beli ni. Alkisahnya, petang semalam aku pergi Bazar Ramadan Wangsa Maju. Dah alang-alang dekat dengan JJ tu, singgahlah sekali sebab dah niat nak beli mekap sikit. Kebetulan mummy aku pun ada pesan untuk belikan something. Mula-mula ke Watson. Nak cari SimpliSiti punya eye shadow colour gold. Tak adalah pulak. Sekarang ni memang nak gold sebab jurumekap aku kat office ni suka pakaikan aku warna gold. Katanya gold tu sesuai dengan aku. Ops, jurumekap ni hanya diberi kuasa sewaktu ada function sahaja. Kalau mekap harian tu aku buat sendiri. Kata orang, tak ada rotan, akarpun berguna. So, aku dapatlah Silky Girl Double Intense Duo Eye Shadow. Dah namapun duo, maknanya ada dua warnalah. Satu warna kuning ke gold satu lagi warna hijau. Cantik! Dan sangat ekonomi. Sesuai bagi remaja dan mereka yang nak budget macam aku. Hanya dengan RM14.90 anda dapat memilikinya. Cewah, macam model iklan pulak. Walaupun sedikit hampa, akupun meneruskan langkah ke Body Shop. Objektif utama, mencari lipstik pink (biasalah, warna aku). Cuba punya cuba, so aku grab Colour Crush 205. Kalau tak silap, warna Passionate Pink. Lepas lipstik, aku usha pulak foundation dan compact powder. Compact powderpun still dalam budget. Aku ambil satu. Baik jurujual ni siap tolong match dengan compact powder. Hahaha baik ada makna tuuuuu. Memang kerja dia nak lariskan barangkan? Aku: OK, saya ambil fondation dan lipstik. Jurujual: Bedak tak nak ke kak? Sesuai apa kulit akak dengan bedak ni. Aku: Tak apalah... (botaklah kepala aku, duit kuih raya, baju raya, hotel kucing lagi) Seseorang: Tak apa, ambillah, saya belanja. Wow!!! Betul ke??? Bestnya macam ni. Akupun terus mengoyak senyum lebar. Terima kasih!!! Dah cecah RM200.00 terus jadi ahli Body Shop dan dapatlah boucer RM15.00. Aku terus tambah satu item lagi, Honey Hanie shower Gel. Cuba yang lain dari yang aku selalu pakai. Buat masa ni, baru sejam aku pakai mekap ni. Ya, memang best! Wajah jadi mulus dan licin. Tapi aku sedikit kekok sebab ni first time aku pakai foundation liquid ni. Bedak ni menambahkan lagi seri pada wajah dan diserlahkan dengan lipstik pink. Kepada mereka yang nak budget perbelanjaan mekap adalah seperti berikut: Colour Crush Lipstick RM49.90 Extra Virgine Minerals Liquid Foundation RM89.00 All in One Face Base Double Function (compact powder) RM85.00 Spunch fondation RM15.00 Honey Hanie yang dah dapat diskaun tadi tu sebenarnya RM26.90. Note: Harga untuk masa ini dan ditujukan kepada mereka yang tercari-cari harga untuk budget perbelanjaan.

Sunday, July 13, 2014

Syukur Sangat

Hahahaha Syukur sangat tu, nama kumpulan aku masa kuiz PERKUM tadi. Over kan? Orang lain tak adapun nama kumpulan. Kami siap cakap dengan MC nama kumpulan setelah diperkenalkan sebagai kumpulan 2. Haha, ada Ali memang overlah kan. Objektif masukpun suka-suka. Tapi terganggu jugalah emosi masa kuiz tadi. Walaupun suka-suka, mesti tak nak malu kan? Haha... Akhirnya group kami dapat johan! Macam tak percaya je. Alhamdulillah, syukur sangat!!! Dapatlah RM100.00 sorang. OKlah tu.

Saturday, May 31, 2014

Lady's World!!!

Minat aku pada business ni dah lama. Cuma tidak ada kekuatan dan keberanian nak memulakannya. Setakat berniaga suka-suka tu biasalah. Tapi mulai tahun ni, aku dah fikirkan semasak-masaknya. Kalau kita tak tolong diri kita, siapa lagi nak tolong kan? So, bermula dengan modal RM2,000.00 lebih, aku mula membeli kain dari Vietnam dan berniaga di pejabat dan kepada kawan-kawan. Manusia, memang sentiasa rasa tak puas dan mesti nak untung lebihkan? Maka aku lebarkan perniagaan yang kecil ini sedikit dengan menjual barangan perempuan lain seperti purse, beg tangan, set pisau dan sebagainya. Kesemua barangan ni adalah barangan berkualiti tinggi dan didatangkan dari luar negara. Beg tangan AAA adalah beg tangan berjenama mahal yang benar-benar diperbuat daripada kulit bukan sekadar berjenama mahal. Kali ni, aku serius nak berniaga dan nak tambah pendapatan. Ialah, untuk diri sendiri yang high taste lagi, kucing lagi, nak bayar PTPTN lagi. Tak lama lagi nak bayar rumah pulak. Haaa... Macam-macamlah. Gaji bukan banyakpun. Alhamdulillah, aku juga baru dapat part time work semalam. Harapnya, 2014 ni memberi sinar kepadaku. Betul kata orang, bukan senang nak senang. Masa, tenaga, keringat dan akal fikiran perlu digunakan semaksimum mungkin untuk berjaya. Ni baru nak penuhi keperluan sendiri ni. Belum lagi nak jadi kaya-raya. Sebenarnya, tanpa kita sedari, di sekeliling kita terlalu banyak peluang dan kita sentiasa mensia-siakannya. Nampaknya, bermula dari sekarang, fikiran, masa dan tenaga aku ni sentiasa diperlukan. Ya Allah, pimpinlah aku ke jalan yang benar dan diredhai. Memandangkan aku punya target tertentu, maka perniagaan kecil dan baby ini perlu diatur strateginya agar tidak terbengkalai di tengah jalan. So, salah satu caranya, aku dahpun membina page di Facebook yang ku beri nama Lady's World. Tapi page ini masih lagi dalam pembinaan. Belum siap sepenuhnya. Bila dah siap nanti, aku akan war-warkan kepada semua. Oh ya, jualan kuih raya masih tetap berjalan seperti tahun-tahun yang sudah. Sampel kuih akan mula diedarkan minggu hadapan. So, sesiapa yang berminat, sila tinggalkan komen di sini. Kepada yang ada nombor tu, bolehlah call atau SMS. Korang semua tolong doakan aku berjaya tau. Harapnya, ini merupakan titik permulaan yang akan terus melangkah ke hadapan tanpa kecundang.

Wednesday, April 16, 2014

Skrip Pengacara Majlis Dwibahasa

Aku tak pernah terfikir nak buat skrip dwibahasa Inggeris dan Melayu. Apa lagi kena mengacarakan majlis dalam dwibahasa macam ni. Tapi, ini suatu pengalaman baru dan menyeronokkan. Tapi berdebar jugalah. Sebab tulah aku bertungkus-lumus buat skrip ni sampai malam macam ni duk kat office tak balik lagi ni. Aku nak kalau boleh perfect. Biar siap awal so, esok, aku boleh minta tolong orang yang pakar dalam Bahasa Inggeris semak skrip aku ni. Macam manalah aku nak jadi pengacara Selasa nanti ya?

Sambungan: Cerita Dari Ho Chi Minh City (Part 2)

Bot terus membawa kami menikmati pemandangan indah di sepanjang Sungai Mekong sehingga tiba ke stesen pertama. (Tapi aturan stesen ni mungkin silap sebab pergipun dah 2 bulan kan, dah tak ingat). Singgah melihat sarang lebah dan kami di bawah duduk minum madu lebah yang dicampur dengan minuman. Dihidangkan juga dengan aneka jenis kerepek. Kerepek paling aku suka, kerepek pisang dia. Memang terbaik. Lepas tu datanglah jurujual mempromosi madu lebah dan susu lebah atau disebut juga royal jelly. Madu lebah dalam botol mineral 500 ml berharga kalau tak silap RM70.00 manakala sebotol kecil Royal Jelly berharga RM15.00. Aku berkobar-kobar nak beli Royal Jelly tapi bila dengar harga macam tu tak jadi. Bukan tidak mementingkan kesihatan tapi takut nanti tak cukup duit nak shopping. Dahlah kat negara orang. Tiba-tiba dia bagi aku RM80.00 sebotol madu dan tiga botol Royal Jelly. Pucuk dicita ulam mendatanglah, terus jadi orang mengantuk disorongkan bantal. Tapi dalam hati tertanya-tanya, macam mana dia boleh bagi murah macam ni? Teng, teng, teng... Kerepekpun ada jula. Kembara sungai kami diteruskan menuju stesen kedua. Sesampai di jeti kedua, kami dihidangkan dengan pelbagai buah-buahan seperti rambutan, epal, nenas dan paling menarik perhatian aku, Epal Susu. Nilah kami pertama aku dengar dan makan Epal Susu. Buahnya lazat. Minuman dan asam perencah buah juga disediakan. Kami duduk santai di meja sambil makan buah-buahan dengan dihiburkan seorang penyanyi wanita yang menyanyikan lagu tradisional mereka diiringi muzik yang aku dah lupa, harmonika kot. Siap nyanyi Rasa Sayang dan Anak Kampung tuuuu. Stesen ketiga. Kami dibawa menyusuri kebun tanaman sekitar kawasan merentas ke bahagian untuk menaiki perahu yang didayung oleh pendayung perempuan. Wah, naik perahu ini amat menakutkan tetapi seronok. Topi yang dibekalkan sebelum menaiki perahu hampir terbang dek angin yang bertiup. Mujur ada tali yang mengikat topi kepada kami. Perahu yang teroleng-oleng cukup menyeramkan, apa lagi bila sesama perahu berlaga dan bergeser. Stesen 4. Stesen terakhir ini merupakan tempat pembuatan candy kelapa pelbagai rasa seperti origenal, coklat dan pandan. Tapi candynya seperti dodol, tidak seperti candy yang sering terdapat di Malaysia mahupun India. Proses pembancuhan bahan sehingga kepada proses pembungkusan ditunjukkan kepada pelancong langkah demi langkah mengikut bahagian. Oh ya, kedatangan kami disambut dengan secubit candy. Candy juga boleh dibeli di sini dengan harga RM5.00 sebungkus sebagai oleh-oleh. Tapi beli empat percuma satu tau :) Setiap jeti kecil yang kami singgah ini terdapat barangan seperti baju, kraftangan dan lain-lain untuk dijadikan buah tangan. Tapi T-shirt tak ada pun? Mungkin kat jeti besar tadi kot. Dalam perjalanan ke 'pelabuhan' cewah! Kami diberi kelapa muda sebiji seorang untuk membasahkan tekak. Sungguh lazat tapi sedikit hampa sebab isi kelapa aku nipis je. Aku ni kan hantu air kelapa. Setiba di jeti, maka, tibalah masa untuk shopping. Tanpa membuang masa, kami terus menuju deretan kedai yang terdapat di situ. Pelbagai barangan dijual seperti beg tangan, key chain, table runner, dan paling penting, T-shirt! Memang betul, T-shirt yang sama kualiti dan jenama malah sebiji warna serupa di sini boleh didapati dengan harga 3 helai RM50.00. Aku ambil beberapa helai untuk keluarga dan kenalan lelaki. Cuma t-shirt untuk aku tak ada saiz, Saiz kecil semua dah habis. On the way balik, kami singgah makan tengahari yang dah ada dalam pakej di sebuah rumah agam yang dijadikan restoran. Masakannya sedap. Seterusnya, kami singgah di kedai memborong kain, Danny's Shop. Beraneka jenis kain dijual di sini. Cuma sedikit baju siap yang dijual. Selebihnya, kain pasang. Lama juga kami di kedai ni. Dah katanya nak beli kain berniagakan? Dalam keletihan, kami pulang ke hotel berehat dan sambung membeli-belah di pasar malam. Kalau tak hati-hati, kami yang kena belah kat sini hahaha. BERSAMBUNG

Monday, April 14, 2014

Cerita Dari Ho Chi Minh City (Part 2)

Haha pergi Vietnam dah dua kali. Tapi pergi yang kali pertamapun tak habis update lagi. OK, terus saja dengan cerita hari kedua di Bumi Saigon ini. Bila kita melancong di Ho Chi Minh, pastinya tidak sah jika tidak menjejakkan kaki di Delta Mekong dan Cuchi Tunnel atau orang Vietnam panggil Guchi Tunnel. Bingung aku, bila tengok ejaan Cuchi tapi bila dia orang bercakap Guchi. Sebenarnya, malam tadi, kami dah siap meronda di pasar malam dan dah borong telekung, baju kurung dan entah apa-apa lagi entah. Dan cikgu membawa kami ke gerai Zaharah, kenalannya merupakan warga Vietnam. Selain dari berniaga telekung, Zaharah juga mempunyai pusat pelancongan. Oleh kerana memang niat nak pergi Mekong terus saja kami tanya trip ke Mekong berapa harganya. Memang boleh naik bas yang kutip orang sana sini macam kat Krabi dulu. Tapi kami lebih prefer untuk naik kereta sendiri. Ada privasi gitu. Zaharah memberi harga RM120.00 seorang termasuk perjalan pergi balik Mekong, naik bot pusing-pusing Mekong, Makan tengahari dan singgah di kedai borong kain. Mahal? Nanti dulu. Sebenarnya tidaklah mahal bila melihatkan kepada perjalanannya yang jauh. Ingat nak pergi Mekong dan Cuchi Tunnel, rupanya, pergi Mekong saja dah ambil masa sampai ke petang. OK, kita pergi Mekong dulu. Nak tahu juga keadaan Mekong yang aku dah dengar, baca dan belajar sejak form 2 dulu. Lebih kurang jam 9.00 pagi, Karim adik kepada Zaharah mengambil kami di Hotel Ruby, tempat penginapan kami. Perjalanan ke Mekong mengambil masa dua jam lebih. Sempatlah aku terlena beberapa kali. Memang best tidur sebab kereta ni ada tiga bahagian tempat duduk. Cikgu dan kawanku duduk di bahagian belakang driver ops, driver kat sini di sebelah kiri ya. Manakala aku enak berbaring di bahagian belakang sekali. Ah, peduli apa aku, ngantuk gila ni. Dahlah malam tadi tidur lewat! Karim memberhentikan kami di kedai cenderamata pusat pelancongan. Barangannya memang best, tapi harganya terlalu mahal. Aku hampir terpedaya sebab excited nak beli T-shirt untuk abah. Masa aku tengah memilih, Karim datang kepadaku dan memberitahu lebih baik aku beli T-shirt di Sungai Mekong nanti, lebih murah katanya. T-shirt Polo dan Bilberry RM45.00 sehelai mahal ke? Kualitinya sangat bagus! Boleh ke dapat harga lebih murah? Aku tertanya-tanya dalam hati. Boleh percaya ke dia ni? Dahlah abah aku tu cerewet. Kalau tak berkualiti, bukan dia nak pakai. Tawakaltu alallah, kalau tak dapat yang sebijik macam ni, aku paksa dia singgah sini balik. OK apa RM45.00 sehelai dengan kualiti macam ni. Mana boleh dapat kat Malaysia? Mesti ratus punya. Tak apa, tak apa. Kita tengok nanti. Kalau tak, siap kau. Prinsip aku, biar mahal selagi tidak melampau, janji kualitinya memuaskan hati. Dah tahu mahal, yang kau singgah sini buat apa? Orang mesti nak membeli, takkan nak tengok je? Ish, tak faham aku dengan mamat Vietnam nilah. Kami meneruskan perjalanan ke Sungai Mekong. Yang peliknya, kat Vietnam ni, banyak sangat jual mask, kenapa ya? Banyak sangat ke jerebu kat sini? Di mana-mana ada mask. Bukan mask yang selalu Kementerian Kesihatan tu bagi tapi diperbuat daripada kain dan macam-macam warna dan corak menarik ada. Kami terus menuju bot besar yang sedia menanti. Dah kami tiga orang je, confirmlah kena naik sekali dengan pelancong lain. Ala, macam kat Krabi dulu. Dah si Karim kena pergi belikan air mineral dan topi untuk kawan aku. Tanda kenangan katanya. Sungai Mekong amat besar. Di sepanjang Sungai Mekong macam di Tasik Alapuza, India juga, terdapat penempatan orang-orang Vietnam. Pemandangannya amat cantik. Kali aku tak terkejut dahlah bila ada penempatan yang begini sebab dah terkejut macam kat India dulu. Alamak, dah Asarlah, nantilah sambung lagi. Bye bye.

Friday, March 7, 2014

Cerita Dari Ho Chi Minh City (Part 1)

Hahaha... Sebenarnya banyak cerita nak tulis ni. Tapi tak tahu nak tulis yang mana dulu. Dah alang-alang kisah ni yang masih segar di ingatan, maka tajuk nilah yang aku pilih. Ah, akhirnya! Tuhan makbulkan juga hajat aku nak pergi bercuti ni. Tapi percutian kali ni taklah membuatkan aku excited sangat. Pergi dengan orang yang tak berapa kenal. Kalau percutian sebelum ni, memang gila excited sebab pergi dengan kawan-kawan yang memang satu geng. Mesti dua tiga hari sebelum dah kemas beg. Cuma Krabi je kurang excited. Mungkin sebab ada orang yang kurang dikenali ikut serta dan ada beberapa drama yang aku kurang minat dalam percutian tu ditambah pulak drama tu bertentangan dengan adat Melayu kita. Mungkin aku je yang kolot tak boleh terima benda tu as long as kawan-kawan aku OK, yang lain tu ikut sukalah. Nak tegurpun, kita bukan kenal sangat nanti orang tak suka yang penting, orang-orang yang selalu travel dengan aku tetap happening. So, kesimpulannya, kalau betul-betul nak bercuti dan merasai nikmat percutian perlulah bercuti dengan orang-orang yang memang kita betul-betul kenal seperti Jog Jakarta dulu. Ah, malaslah nak cerita panjang-panjang fasal Krabi tu, eh, tapi kat Hatyai memang best gila! Walaupun asyik terkena je dengan Orang-orang Siam tu, tapi geng kami memang best!!! Berbalik semula pada Ho Chi Minh. Bila aku buat research dalam internet fasal Ho Chi Minh ni, kebanyakan blog mengatakan bandar ni bandar yang best untuk shopping. Ha, memang aku gila shoppingpun! Tapi ada ke orang nak melayan kerenah aku nanti. Oh, shopping yang best tu dari segi shopping baju. Akupun pergi ada misi shopping baju, nak mula berniagalah katakan. Tapi malu nak war-warkan sangat. Takut tak menjadi. 22 Februari, 2014, maka tibalah hari yang dijanjikan. Penerbangan MH0758 dari KLIA ke Sigon 2.45 petang. Sampai lebih kurang 4.15 petang waktu tempatan dan lebih kurang 3.15 petang waktu Ho Chi Minh. Waktunya lewat satu jam dari Malaysia. Semasa di Airport, kami bertiga bertemu dengan pasangan suami-isteri dari Kedah kalau tak silap dan sama-sama mencari teksi untuk ke hotel. Orang Vietnam ni memang kasar sikit. Cikgu (kawan baru) tu siap kena marah lagi sebab susah untuk berkomunikasi. Mana taknya, Bahasa Melayu orang jaga teksi tak faham. Bahasa Inggerispun dia tak faham. Dahlah tak faham orang cakap, ada hati pulak nak marah orang. Nasib baiklah negara dia. Kalau negara aku, confirm aku tolong gaduhkan sekali. Kemudian cikgu dan kawan aku tu beralih ke syarikat teksi lain. Sebab kat luar airport tu ada beberapa syarikat teksi yang menyediakan perkhidmatan teksi. Syarikat i OK sikit, pandai berbahasa Inggeris dan tahu menghormati pelanggan. Kami terpaksa menaiki teksi berasingan sebab hotel berbeza. Group aku memilih untuk menginap di Ruby Hotel. Cubaan menipu kali pertama ialah, driver teksi meminta wang untuk bayar parking. Eh, apahal pulak kita orang yang baru naik ni kena bayar? Dia yang park kat situ dari tadi, kita pulak. Oleh kerana research dah dibuat terlebih dahulu di internet dan pengalaman salah sorang kawanku yang pernah ke sini, kami mengatakan "No!" walaupun harganya cuma 10,000.00 dong (tak sampai RM2.00). Orang macam ni kena ajar. Jangan dibiasakan. Bila kami tak nak bayar, ada pulak duit dia bayar parking tu. Hish! Sampai di hotel, kami berehat-rehat menunggu malam. Apa lagi, nak pergi pasar malamlah. Pasar yang dikatakan lebih murah dari Pasar Ben Than tu. Malamnya, kami merayau-rayau dalam pasar malam. Memang pakaian, telekung dan tudung amat murah kat sini. Berjumpalah aku dengan Kedai Basirah yang sering diperkatakan orang tu. Cuma tak ke rumah dia je. Rumah diapun kedai juga. Kebanyakan butik di sini adalah rumah tempat tinggal mereka. Jadi, nak masuk kena buka selipar dan boleh memilih sambil duduk. Macam-macam butiklah yang aku jumpa kat sekitar district 1 tempat kami tinggal tu. Jumlah dengan kopi Vietnam yang orang kata best macam kopi Star Bucks tu Nantilah aku sambung lagi. Nak balik dulu, bye!

Friday, January 24, 2014

Kisah Hati Dan Perasaan

Hari ni... Aku nak menulis tentang sesuatu yang tak pernah aku tulis kat sini. Tentang hati dan perasaan. Soal rasa dan jiwa. Orang selalu kata aku ni garang. Tapi mereka tak tahu bahawa aku mempunyai sekeping hati yang amat sensitif. Dalam hati ini tersimpannya semua rasa cinta, kasih, sayang, kerinduan, kelukaan dan kenangan. Apabila tumbuh benih sayang, ianya berakar umbi hingga ke dasar yang tidak mampu aku buang rasa itu meskipun ianya telah lama berlalu. Cinta pertama, terlalu sukar untuk aku kikis. Namun, sebagai hamba Yang Esa, aku akur dengan ketentuan takdirNya walaupun pedihnya masih aku terasa.