Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Saturday, May 31, 2014
Lady's World!!!
Minat aku pada business ni dah lama. Cuma tidak ada kekuatan dan keberanian nak memulakannya. Setakat berniaga suka-suka tu biasalah. Tapi mulai tahun ni, aku dah fikirkan semasak-masaknya. Kalau kita tak tolong diri kita, siapa lagi nak tolong kan? So, bermula dengan modal RM2,000.00 lebih, aku mula membeli kain dari Vietnam dan berniaga di pejabat dan kepada kawan-kawan.
Manusia, memang sentiasa rasa tak puas dan mesti nak untung lebihkan? Maka aku lebarkan perniagaan yang kecil ini sedikit dengan menjual barangan perempuan lain seperti purse, beg tangan, set pisau dan sebagainya. Kesemua barangan ni adalah barangan berkualiti tinggi dan didatangkan dari luar negara. Beg tangan AAA adalah beg tangan berjenama mahal yang benar-benar diperbuat daripada kulit bukan sekadar berjenama mahal.
Kali ni, aku serius nak berniaga dan nak tambah pendapatan. Ialah, untuk diri sendiri yang high taste lagi, kucing lagi, nak bayar PTPTN lagi. Tak lama lagi nak bayar rumah pulak. Haaa... Macam-macamlah. Gaji bukan banyakpun. Alhamdulillah, aku juga baru dapat part time work semalam. Harapnya, 2014 ni memberi sinar kepadaku. Betul kata orang, bukan senang nak senang. Masa, tenaga, keringat dan akal fikiran perlu digunakan semaksimum mungkin untuk berjaya. Ni baru nak penuhi keperluan sendiri ni. Belum lagi nak jadi kaya-raya. Sebenarnya, tanpa kita sedari, di sekeliling kita terlalu banyak peluang dan kita sentiasa mensia-siakannya. Nampaknya, bermula dari sekarang, fikiran, masa dan tenaga aku ni sentiasa diperlukan. Ya Allah, pimpinlah aku ke jalan yang benar dan diredhai.
Memandangkan aku punya target tertentu, maka perniagaan kecil dan baby ini perlu diatur strateginya agar tidak terbengkalai di tengah jalan. So, salah satu caranya, aku dahpun membina page di Facebook yang ku beri nama Lady's World. Tapi page ini masih lagi dalam pembinaan. Belum siap sepenuhnya. Bila dah siap nanti, aku akan war-warkan kepada semua. Oh ya, jualan kuih raya masih tetap berjalan seperti tahun-tahun yang sudah. Sampel kuih akan mula diedarkan minggu hadapan. So, sesiapa yang berminat, sila tinggalkan komen di sini. Kepada yang ada nombor tu, bolehlah call atau SMS.
Korang semua tolong doakan aku berjaya tau. Harapnya, ini merupakan titik permulaan yang akan terus melangkah ke hadapan tanpa kecundang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment