Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Wednesday, April 16, 2014
Sambungan: Cerita Dari Ho Chi Minh City (Part 2)
Bot terus membawa kami menikmati pemandangan indah di sepanjang Sungai Mekong sehingga tiba ke stesen pertama. (Tapi aturan stesen ni mungkin silap sebab pergipun dah 2 bulan kan, dah tak ingat).
Singgah melihat sarang lebah dan kami di bawah duduk minum madu lebah yang dicampur dengan minuman. Dihidangkan juga dengan aneka jenis kerepek. Kerepek paling aku suka, kerepek pisang dia. Memang terbaik. Lepas tu datanglah jurujual mempromosi madu lebah dan susu lebah atau disebut juga royal jelly. Madu lebah dalam botol mineral 500 ml berharga kalau tak silap RM70.00 manakala sebotol kecil Royal Jelly berharga RM15.00. Aku berkobar-kobar nak beli Royal Jelly tapi bila dengar harga macam tu tak jadi. Bukan tidak mementingkan kesihatan tapi takut nanti tak cukup duit nak shopping. Dahlah kat negara orang. Tiba-tiba dia bagi aku RM80.00 sebotol madu dan tiga botol Royal Jelly. Pucuk dicita ulam mendatanglah, terus jadi orang mengantuk disorongkan bantal. Tapi dalam hati tertanya-tanya, macam mana dia boleh bagi murah macam ni? Teng, teng, teng... Kerepekpun ada jula.
Kembara sungai kami diteruskan menuju stesen kedua. Sesampai di jeti kedua, kami dihidangkan dengan pelbagai buah-buahan seperti rambutan, epal, nenas dan paling menarik perhatian aku, Epal Susu. Nilah kami pertama aku dengar dan makan Epal Susu. Buahnya lazat. Minuman dan asam perencah buah juga disediakan. Kami duduk santai di meja sambil makan buah-buahan dengan dihiburkan seorang penyanyi wanita yang menyanyikan lagu tradisional mereka diiringi muzik yang aku dah lupa, harmonika kot. Siap nyanyi Rasa Sayang dan Anak Kampung tuuuu.
Stesen ketiga. Kami dibawa menyusuri kebun tanaman sekitar kawasan merentas ke bahagian untuk menaiki perahu yang didayung oleh pendayung perempuan. Wah, naik perahu ini amat menakutkan tetapi seronok. Topi yang dibekalkan sebelum menaiki perahu hampir terbang dek angin yang bertiup. Mujur ada tali yang mengikat topi kepada kami. Perahu yang teroleng-oleng cukup menyeramkan, apa lagi bila sesama perahu berlaga dan bergeser.
Stesen 4. Stesen terakhir ini merupakan tempat pembuatan candy kelapa pelbagai rasa seperti origenal, coklat dan pandan. Tapi candynya seperti dodol, tidak seperti candy yang sering terdapat di Malaysia mahupun India. Proses pembancuhan bahan sehingga kepada proses pembungkusan ditunjukkan kepada pelancong langkah demi langkah mengikut bahagian. Oh ya, kedatangan kami disambut dengan secubit candy. Candy juga boleh dibeli di sini dengan harga RM5.00 sebungkus sebagai oleh-oleh. Tapi beli empat percuma satu tau :)
Setiap jeti kecil yang kami singgah ini terdapat barangan seperti baju, kraftangan dan lain-lain untuk dijadikan buah tangan. Tapi T-shirt tak ada pun? Mungkin kat jeti besar tadi kot.
Dalam perjalanan ke 'pelabuhan' cewah! Kami diberi kelapa muda sebiji seorang untuk membasahkan tekak. Sungguh lazat tapi sedikit hampa sebab isi kelapa aku nipis je. Aku ni kan hantu air kelapa.
Setiba di jeti, maka, tibalah masa untuk shopping. Tanpa membuang masa, kami terus menuju deretan kedai yang terdapat di situ. Pelbagai barangan dijual seperti beg tangan, key chain, table runner, dan paling penting, T-shirt! Memang betul, T-shirt yang sama kualiti dan jenama malah sebiji warna serupa di sini boleh didapati dengan harga 3 helai RM50.00. Aku ambil beberapa helai untuk keluarga dan kenalan lelaki. Cuma t-shirt untuk aku tak ada saiz, Saiz kecil semua dah habis.
On the way balik, kami singgah makan tengahari yang dah ada dalam pakej di sebuah rumah agam yang dijadikan restoran. Masakannya sedap. Seterusnya, kami singgah di kedai memborong kain, Danny's Shop. Beraneka jenis kain dijual di sini. Cuma sedikit baju siap yang dijual. Selebihnya, kain pasang. Lama juga kami di kedai ni. Dah katanya nak beli kain berniagakan?
Dalam keletihan, kami pulang ke hotel berehat dan sambung membeli-belah di pasar malam. Kalau tak hati-hati, kami yang kena belah kat sini hahaha.
BERSAMBUNG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment