Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Tuesday, September 16, 2014
Selimut MAS
Aku ni memang seorang yang obses dengan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airline System (MAS). Biarpun tak cantik, masa sebelum sakit dulu memang bercita-cita sangat nak jadi pramugari MAS. Semestinya semua barangan MAS nak dijadikan koleksi kan?
Hari tu masa sembang-sembang, kawan ada bagi tahu, kalau nak selimut MAS, masukkan dalam beg diam-diam. Boleh ke? Aku tanya.
Kawan: Boleh, kalau tak ambil, nanti dia orang buang juga selimut tu.
Ya ke buang? Tapi kenapa ada selimut dalam pesawat tak baru pun? Kalau setiap kali guna dia buang, mesti setiap kali dapat selimut kita akan dapat yang baru.
Aku memang teringin sangat nak jadikan selimut MAS tu sebagai koleksi peribadi. Nak masuk diam-diam dalam beg nanti haram pulak. Masa ambil memang best tapi, tak naklah nanti terfikir-fikir pulak aku ambil barang haram. Takkan nak pergi pulang dekat MAS pula? OK, kita mintalah. Tapi takut dan malu. Takut nak minta dan malu kalau tak dapat. Hai, takkan nak buat baikpun takut dan malu kot? Buat jahat tak takut dan malupun? Akal memberi prangsang kepada diri sendiri.
So, masa fly to Ho Chi Minh Khamis lepas, aku memulakan misi dalam pesawat MH766. Masa tu dapat selimut baru keluar plastik tu. Aku sendiri yang buka plastik selimut tu. Bila sampai Ho Chi Minh:
Aku: Cik, saya ambil ni boleh?
(Sambil tunjukkan selimut yang aku siap lipat kepada pramugari. Dia ambil dengan sopan. Mungkin tak dengar permintaan aku.)
Aku: Cik, saya nak selimut tu boleh?
Pramugari: Tak bolehlah. Nanti kalau dia orang nampak kat bawah banyak hallah pulak.
(Serba-salah menjawab. Masih mengekalkan layanan baik dan tip tip dari awal penebangan)
Ish, cik pramugari ni, kalau aku ambil, mestilah aku simpan dalam beg.
Aku: Tak boleh, tak apalah.
Dengan hampanya, aku berjalan keluar kapal.
Tak apa. Nanti cuba lagi. Tak dapat, bukan rezekilah tu namanya. Tuhan pasti uji kalau kita buat baik. Walaupun dalam hal yang simple.
Masa balik ke KL dalam MH759:
Sorang je pramugari. Yang lain semua pramugara. Ada sorang pramugara ni, baik sangat. Dari awal kami masuk, dia yang banyak layan kami. Yang lain-lainpun baik juga. Siap melawak lagi.
Cikgu: Awak cubalah minta. Hari ni pramugara. Selalunya lelaki ni OK sikit. Tak Strict.
OK, kita cuba lagi. Hahahaha.
Orang semua dah keluar. Biasalah, kami kan orang terakhir yang keluar. Masa kapal terbang landing, aku dah macam hari tu juga, aku dah siap lipat selimut yang aku berkenan tu. Tak dapat yang baru keluar plastikpun, dapat yang lamapun OK la. Masa pramugara baik tu tolong turunkan beg dari compactment atas,
Aku: Encik, boleh saya minta selimut ni?
Pramugara: Boleh, boleh, letak dalam beg.
Dengan senyum girangnya, aku terus simpan selimut tu dalam beg sandang belakang aku. Terima kasih, Encik pramugara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment