Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Tuesday, July 22, 2014
Mekap Raya
Tak sangka pulak aku. Diam tak diam, blog aku ni dah hampir 25,000 kali dibaca. Readers berlainan atau sama tu tak tahulah, sebab readers blog aku ni semuanya pembaca sepi. Tak apalah. Korang sudi bacapun, aku dah bersyukur.
Berbalik semula pada tajuk, meh sini aku nak cerita sikit fasal mekap raya yang aku baru beli ni.
Alkisahnya, petang semalam aku pergi Bazar Ramadan Wangsa Maju. Dah alang-alang dekat dengan JJ tu, singgahlah sekali sebab dah niat nak beli mekap sikit. Kebetulan mummy aku pun ada pesan untuk belikan something. Mula-mula ke Watson. Nak cari SimpliSiti punya eye shadow colour gold. Tak adalah pulak. Sekarang ni memang nak gold sebab jurumekap aku kat office ni suka pakaikan aku warna gold. Katanya gold tu sesuai dengan aku. Ops, jurumekap ni hanya diberi kuasa sewaktu ada function sahaja. Kalau mekap harian tu aku buat sendiri. Kata orang, tak ada rotan, akarpun berguna. So, aku dapatlah Silky Girl Double Intense Duo Eye Shadow. Dah namapun duo, maknanya ada dua warnalah. Satu warna kuning ke gold satu lagi warna hijau. Cantik! Dan sangat ekonomi. Sesuai bagi remaja dan mereka yang nak budget macam aku. Hanya dengan RM14.90 anda dapat memilikinya. Cewah, macam model iklan pulak.
Walaupun sedikit hampa, akupun meneruskan langkah ke Body Shop. Objektif utama, mencari lipstik pink (biasalah, warna aku). Cuba punya cuba, so aku grab Colour Crush 205. Kalau tak silap, warna Passionate Pink.
Lepas lipstik, aku usha pulak foundation dan compact powder. Compact powderpun still dalam budget. Aku ambil satu. Baik jurujual ni siap tolong match dengan compact powder. Hahaha baik ada makna tuuuuu. Memang kerja dia nak lariskan barangkan?
Aku: OK, saya ambil fondation dan lipstik.
Jurujual: Bedak tak nak ke kak? Sesuai apa kulit akak dengan bedak ni.
Aku: Tak apalah... (botaklah kepala aku, duit kuih raya, baju raya, hotel kucing lagi)
Seseorang: Tak apa, ambillah, saya belanja.
Wow!!! Betul ke??? Bestnya macam ni. Akupun terus mengoyak senyum lebar. Terima kasih!!!
Dah cecah RM200.00 terus jadi ahli Body Shop dan dapatlah boucer RM15.00. Aku terus tambah satu item lagi, Honey Hanie shower Gel. Cuba yang lain dari yang aku selalu pakai.
Buat masa ni, baru sejam aku pakai mekap ni. Ya, memang best! Wajah jadi mulus dan licin. Tapi aku sedikit kekok sebab ni first time aku pakai foundation liquid ni. Bedak ni menambahkan lagi seri pada wajah dan diserlahkan dengan lipstik pink.
Kepada mereka yang nak budget perbelanjaan mekap adalah seperti berikut:
Colour Crush Lipstick RM49.90
Extra Virgine Minerals Liquid Foundation RM89.00
All in One Face Base Double Function (compact powder) RM85.00
Spunch fondation RM15.00
Honey Hanie yang dah dapat diskaun tadi tu sebenarnya RM26.90.
Note: Harga untuk masa ini dan ditujukan kepada mereka yang tercari-cari harga untuk budget perbelanjaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment