SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Wednesday, September 17, 2014

Belajar dengan menjadi PR

Sebut je PR, orang mesti tahu kerjanya macam mana kan? Aku minat sangat kerja ni. Sebelum-sebelum ni pun aku memang minat kerja berkaitan PR ni. Yelah, dari kecil dah ada cita-cita nak jadi pramugari. Tergolong dalam PR juga kan? Nak serve orang, PR mesti bagus. Jarang aku tulis fasal kerja kat sini. Jadi PR ni memang best. Tapi bila mood tak ada tu, nak layan orang pun malas. Sejak jadi PR ni, aku banyak belajar. Antaranya: 1. Belajar untuk sabar. Yelah, kalau client atau guest atau VIP buat perangai, takkan aku nak marahkan? So kenalah bebanyak bersabar. Ikutkan hati nak marah atau tengking je. Tapi dah bawa nama syarikat, kenalah berlemah-lembut. Kadang-kadang rasa tak puas. 2. Belajar cakap dengan sopan dan baik setiap masa tak kira dengan siapa walau dalam keadaan apapun meskipun saat tegang dan genting. Macam aku cakap tadilah, kalau boleh nak tengking je bila orang sakitkan hati kita masa berurusan. Tapi kena sabar. Kadang-kadang sampai aku menangis. Bukan sebab apa, sebab terlalu marah tapi tak boleh luahkan dan marah orang yang buat aku marah. Tahan punya tahan, sampai nangis. 3. Kena biasa dengan Bahasa Inggeris. Aku ni memang Melayu tipikal. Tak suka bahasa lain. Tapi bila menyandang jawatan PR ni, ada masanya, yang berurusan dengan kita tu rakyat asing dan langsung tak pandai cakap dan faham Melayu. Tak kurang juga Orang Malaysia yang tak nak cakap Melayu, macam dia orang putih pulak. 4. Senyum sentiasa walaupun banyak masalah. Senyum ni bukan berdepan engan orang je tapi masa jawab telefon. Memang orang tak nampak kita senyum, tapi bila kita senyum, suara kita akan ceria seterusnya menceriakan orang lain. 5. Jaga penampilan diri. Memang sangat kena sentiasa bersedia menerima tetamu yang diundang mahupun tidak diundang. Kadangkala, dalam jadual, tak ada tetamu tapi tiba-tiba on the sport datang. Takkan dengan baju entah apa-apa, penampilan berserabai nak jumpa orang. PR ni macam duta pejabatlah. 6. Kena peka pada apa yang berlaku di pejabat terutamanya berkaitan informasi terhadap orang luar. 7. Kena tenang, tak boleh gelabah. 8. Kena pastikan info yang kita beri itu fakta, bukan auta. 9. Kena tahu selok-belok company supaya maklumat yang kita salurkan kepada orang luar tepat. 10. Kena tahu setiap department dan siapa person incharge. Sebab PR sering dicari sebagai rujukan bila client tak tahu dengan siapa harus dia rujuk. Kita kena hubungkan mereka pada orang yang betul tak boleh lepas tangan. 11. Belajar bertanggungjawab. Contohnya, bila orang call, kita kata, "Maaf cik, saya tak pasti. Boleh saya check dan call cik balik?" Kita kena buat. Jangan bila dia letak call kita kata biarlah, tak call pun tak apa. Bukan dia tahu dengan siapa dia bercakap. Itu juga termasuk sebahagian daripada imej company. Silap-silap bila dia call balik kita kena marah dan silap hari bulan kena complain dengan top management. Mati kita. Lebih buruk, kita terlepas sesuatu projek dan company lain yang untung disebabkan kelalaian dan kemalasan kita.

No comments: