SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Monday, April 14, 2014

Cerita Dari Ho Chi Minh City (Part 2)

Haha pergi Vietnam dah dua kali. Tapi pergi yang kali pertamapun tak habis update lagi. OK, terus saja dengan cerita hari kedua di Bumi Saigon ini. Bila kita melancong di Ho Chi Minh, pastinya tidak sah jika tidak menjejakkan kaki di Delta Mekong dan Cuchi Tunnel atau orang Vietnam panggil Guchi Tunnel. Bingung aku, bila tengok ejaan Cuchi tapi bila dia orang bercakap Guchi. Sebenarnya, malam tadi, kami dah siap meronda di pasar malam dan dah borong telekung, baju kurung dan entah apa-apa lagi entah. Dan cikgu membawa kami ke gerai Zaharah, kenalannya merupakan warga Vietnam. Selain dari berniaga telekung, Zaharah juga mempunyai pusat pelancongan. Oleh kerana memang niat nak pergi Mekong terus saja kami tanya trip ke Mekong berapa harganya. Memang boleh naik bas yang kutip orang sana sini macam kat Krabi dulu. Tapi kami lebih prefer untuk naik kereta sendiri. Ada privasi gitu. Zaharah memberi harga RM120.00 seorang termasuk perjalan pergi balik Mekong, naik bot pusing-pusing Mekong, Makan tengahari dan singgah di kedai borong kain. Mahal? Nanti dulu. Sebenarnya tidaklah mahal bila melihatkan kepada perjalanannya yang jauh. Ingat nak pergi Mekong dan Cuchi Tunnel, rupanya, pergi Mekong saja dah ambil masa sampai ke petang. OK, kita pergi Mekong dulu. Nak tahu juga keadaan Mekong yang aku dah dengar, baca dan belajar sejak form 2 dulu. Lebih kurang jam 9.00 pagi, Karim adik kepada Zaharah mengambil kami di Hotel Ruby, tempat penginapan kami. Perjalanan ke Mekong mengambil masa dua jam lebih. Sempatlah aku terlena beberapa kali. Memang best tidur sebab kereta ni ada tiga bahagian tempat duduk. Cikgu dan kawanku duduk di bahagian belakang driver ops, driver kat sini di sebelah kiri ya. Manakala aku enak berbaring di bahagian belakang sekali. Ah, peduli apa aku, ngantuk gila ni. Dahlah malam tadi tidur lewat! Karim memberhentikan kami di kedai cenderamata pusat pelancongan. Barangannya memang best, tapi harganya terlalu mahal. Aku hampir terpedaya sebab excited nak beli T-shirt untuk abah. Masa aku tengah memilih, Karim datang kepadaku dan memberitahu lebih baik aku beli T-shirt di Sungai Mekong nanti, lebih murah katanya. T-shirt Polo dan Bilberry RM45.00 sehelai mahal ke? Kualitinya sangat bagus! Boleh ke dapat harga lebih murah? Aku tertanya-tanya dalam hati. Boleh percaya ke dia ni? Dahlah abah aku tu cerewet. Kalau tak berkualiti, bukan dia nak pakai. Tawakaltu alallah, kalau tak dapat yang sebijik macam ni, aku paksa dia singgah sini balik. OK apa RM45.00 sehelai dengan kualiti macam ni. Mana boleh dapat kat Malaysia? Mesti ratus punya. Tak apa, tak apa. Kita tengok nanti. Kalau tak, siap kau. Prinsip aku, biar mahal selagi tidak melampau, janji kualitinya memuaskan hati. Dah tahu mahal, yang kau singgah sini buat apa? Orang mesti nak membeli, takkan nak tengok je? Ish, tak faham aku dengan mamat Vietnam nilah. Kami meneruskan perjalanan ke Sungai Mekong. Yang peliknya, kat Vietnam ni, banyak sangat jual mask, kenapa ya? Banyak sangat ke jerebu kat sini? Di mana-mana ada mask. Bukan mask yang selalu Kementerian Kesihatan tu bagi tapi diperbuat daripada kain dan macam-macam warna dan corak menarik ada. Kami terus menuju bot besar yang sedia menanti. Dah kami tiga orang je, confirmlah kena naik sekali dengan pelancong lain. Ala, macam kat Krabi dulu. Dah si Karim kena pergi belikan air mineral dan topi untuk kawan aku. Tanda kenangan katanya. Sungai Mekong amat besar. Di sepanjang Sungai Mekong macam di Tasik Alapuza, India juga, terdapat penempatan orang-orang Vietnam. Pemandangannya amat cantik. Kali aku tak terkejut dahlah bila ada penempatan yang begini sebab dah terkejut macam kat India dulu. Alamak, dah Asarlah, nantilah sambung lagi. Bye bye.

2 comments:

Unknown said...

pakej mekong tu mcm mana sy nk contact ? ada number tk?

TINTA EMAS said...

Nanti saya tengok masih simpan tak business card orang tu. Kalau takpun, awak boleh tanya hotel atau orang yang berjualan di pasar malam. Sebab mereka biasanya ada tawarkan pakej pelancongan ni.