SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Friday, March 9, 2012

Mula Gym

Walaupun permulaan hari aku hari ni, sedikit "HANGIN" dan "PANAS", tapi semuanya berubah menjadikan aku lebih ceria dan bersemangat. Tiba-tiba semangat nak pergi gym datang. Gym, kenapa aku nak pergi gym? Ada beberapa sebab.

1. Semestinya sebab kesihatan. Yelah, asyik makan je. Takut juga kalau sakit. Jadi pergi gym salah satu usaha untuk mengeluarkan toksin dan melancarkan peredaran darah.
2. Stamina. Aku ni kan suka aktiviti lasak terutamanya daki gunung. Kalau dah namanya aktiviti lasak, stamina mesti cukup. Takkan esok nak daki gunung hari ni baru nak cari stamina? Pancitlah jawabnya.
3. Penjagaan tubuh dan kecantikan. Walaupun aku ni tak berapa nak cantik, aku tetap seorang wanita. Wanita? Agak ayu istilah tu. Yelah, kalau bercakap isu kecantikan, pastinya berhubungkait dengan wanita. Kalau perempuan tu umum sangat. Berbalik fasal kecantikan tadi. Sebagai seorang wanita, pastinya aku ingin kelihatan anggun, bergaya dan cantik. Jadi gym jugalah salah satu usaha untuk membentuk penampilan diri aku yang serba kekurangan ni.
(SEBAB AKU TAK CANTIK JADI KENA USAHA LEBIH SIKIT) jangan nanti jadi isu pulak yang aku ni perasan cantik. Kalau nak tulis kat blog aku ni kena hati-hati sikit. Kalau tak nanti habis orang canang sana sini yang aku ni perasan cantik. Ha, jangan ada yang salah erti pulak apa yang aku tulis ni. Isu cantik dalam blog aku ni memang jadi topik hangat beberapa ketika dulu hahaha (once upon a time :))
4. Penjagaan mata. Aik! Kenapa penjagaan mata letak bawah sekali ye? Cantik lebih penting daripada mata ke? Bukan!!! Sebab yang ni, aku baru dapat kesimpulan daripada eksperimen yang aku buat. Mungkin terang atau tidak penglihatan aku disebabkan jumlah pengaliran darah ke mata. Dah lama aku tak pergi gym. Jadi mata aku ni kurang sikit berbanding masa aku pergi gym dulu. Benda ni dah banyak kali aku perhatikan sekiranya aku berhenti pergi gym. Jadi, kita cuba untuk kali ini pulak. Apa keputusannya. Sekarang mata aku sering rasa tidak selesa dan tidak secerah dulu.

Apa lagi, pagi-pagi lagi aku minta Hadisah ajar cara nak set track-male. Dah lama tak pergi gymkan? Mestilah lupa. Hadisah cakap, dia tak pandai set. Dia cadangkan agar aku tanya Abang Yusuf sebab Abang Yusuf selalu ada di gym waktu pagi. Aku bercakap dengan Abang Yusuf, dia tak ada di gym.

Abang Yusuf: Kenapa tak cakap semalam. Kalau tak abang boleh pergi sana pagi ni.
Tinta: Hari ni baru rasa nak pergi gym.
Abang Yusuf: OK. Esok kita pergi gym.

Yay!!! Bestnya!!! Esok sekurang-kurangnya aku ada instructor! Banyak juga lagi alat dalam gym tu aku tak pandai guna. Boleh belajar :) Ingat Tinta, esok pukul 7.30 pagi mesti ada kat gym. Itu masa yang instructor bagi tau!!!

No comments: