SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Friday, March 16, 2012

Seorang Amah Satu Kerja

Jarang aku nak menulis tentang isu semasa ni. Sebab blog ni aku buat untuk diari harian aku je, bukan untuk membincangkan isu-isu semasa atau sesuatu permasalahan. Pendek kata, blog aku ni blog santai dan ringan. Blog yang menceritakan tentang aku. Blog yang menukilkan coretan hatiku. Tapi hari ni, aku lari sikit daripada objektif asal blog aku ni. Sebab geram sangat.

Merujuk kepada tajuk di atas, ada negatif dan positifnya.
Negatif:
Aku rasa sistem ni melampau sangat. Kenapa sampai RM700.00 untuk satu kerja? Kerani di pejabatpun buat banyak kerja dengan gaji RM700.00-RM800.00 untuk syarikat kecil. Fikirkan macam mana dia orang boleh budget duit dia orang untuk bayar sewa rumah, tambang pergi dan balik kerja, keperluan diri, makan minum, mekap lagi, bil api, air dan telefon. Ini RM700.00 untuk amah Indonesia bagaimana pula dengan makan minum, tempat tinggal dan semua yang aku nyatakan di atas? Tak adakan? Amah biasanya tidak akan bayar sewa bilik tempat dia orang tinggal, tak payah belanja makan minum sendiri, tak payah bayar bil malah, peralatan mandipun guna tuan rumah punya. Apa penilaian mereka yang buat keputusan ni sampai boleh buat keputusan yang macam ni? Ianya kelihatan seperti "KERA di hutan disusukan, ANAK di rumah MATI kelaparan." Tambah pula, nilai matawang Indonesiakan jauh lebih rendah dari Malaysia. Dengan RM700.00 dah berapa RP yang mereka dapat? Balik hidup senang-lenang sedangkan majikan di sini, bertungkus-lumus cari duit, bayar itu dan ini. Bila naik gaji barangpun naik. Tak adilkan??? Majikan bekerja tak adapun satu gaji untuk satu kerja. Banyak benda yang mereka kena buat dan kena fikir. Pusat asuhan kanak-kanakpun seorang budak baru RM250.00-RM300.00 je. Apa kata, naikkan gaji RM700.00 kepada RM1,000.00-RM1,500.00 untun seorang amah satu kerja, tapi untuk amah warganegara MALAYSIAlah. Macam mana? Kepada kerajaan Malaysia, pertimbangkanlah keputusan tersebut. Janganlah kita sentiasa tunduk dan angguk kepada permintaan mereka yang tidak tahu menghargai kita. Kita tolong mereka, tapi mereka sering mencaci dan menyalahkan kerajaan kita. Kita kena berkeras, bukan sentiasa berlembut. Keras maksudnya di sini tegas. Barulah kedaulatan negara kita dijunjung. Barulah marwah kita tidak dihenyak.

Positif:
Semoga dengan keputusan yang diambil, menyedarkan warganegara kita untuk mengurangkan atau memansuhkan khidmat warga asing ini. Semoga negara kita tidak dipenuhi dengan warga asing lagi. Hantar jelah anak ke pusat asuhan kanak-kanak, kalau kena bayar RM250.00 pun berbaloi. Jaga waktu bekerja je kan. Kalau bayar RM700.00 pun bukan amah jaga 24 jam pun.

No comments: