Semua kerja yang patut aku buat, dah siap. Sekarang ni tengah tunggu orang yang buat temujanji dengan bos aku. Pendek kata bos aku aturkan temujanji orang tu dengan aku. Ish, terbalikkan? Bos pulak yang buat temujanji untuk aku. Hahahaha macam tulah aku dengan bos aku. Kami saling membantu. Kenapa dia yang buat temujanji tu? Mungkin
sebab operator sambung panggilan pada dia. Dan hari ni bukan hari dia bekerja jadi, dengan rela hatinya dia buat temujanji tu untuk aku. Hehehe temujanji merangkap arahan daripada dialah. Ada ke patut buat temujanji tanpa tanya aku? Mentang-mentanglah dia bos. Suka-suka hati dia je tetapkan tarikh. Macam mana kalau aku cakap aku tak boleh? Ops! Mana boleh Tinta, dah kau pekerja, dia bos. Mestilah kena boleh juga. Ah, aku tak kisahpun sebab bos aku pun tak cerewet dengan aku.
Paling best, dia boleh cakap dengan aku, aku kena ingat semua jadual kerja. Dia petik je, mesti boleh dapat semua maklumat daripada aku. Dia cakap lagi, aku kena tahu semua benda sebab, dia pelupa. Dia hanya bergantung pada aku je apa yang kena buat, siapa nak datang, ada visitors ke, ada temujanji ke, ada meeting ke, semualah. Pernah sekali tu, aku dah siap-siap atur temujanji untuk dia dan tarikh tu pun dia dah setuju. Sehari sebelum tarikhpun aku dah ingatkan dia. Tup, tup, dia hilang. Menggelabahlah aku sebab dia tak ada. Orang dah nak datang. Bila aku call, dia kat Putrajaya pergi uruskan hal lain. Kelam-kabut dia suruh aku uruskan temujanji tu. Berbekalkan sedikit pengetahuan dan pengalaman maka akulah yang berdiskusi dengan orang tu lepas tu lapor kat bos petang tu.
Sekarang ni pulak, surat-surat lawatan yang ori, semua dia "punch" dan letak dalam fail aku. Dia cakap, dia pelupa takut hilang. "Semua surat I dah letak dalam fail you ni. You jangan hilang pulak. Nanti kalau I nak, I refer dengan you. Bila I mintak, you bawa fail ni, You mesti sentiasa update," Tulah, aku gatal sangat pergi tunjuk fail aku kat dia siapa suruh. Tapi bagus juga, semua benda aku tahu. Tak adalah nanti surat tu tak de, bila orang call tanya, aku tak tahu nak jawab apa. Itu belum lagi surat tak sampai kat tangan aku, aku menggelabah cari, tanya dia, dia tak tahu. Bila aku cakap dia tak pernah bagi aku. Dia cari kat tempat dia, rupa-rupanya elok je tersembunyi di balik dokumen lain. Asalnya semalam ada group of students nak buat interview. Student tu cakap dah dua kali dia fax surat.
"Saya dah bercakap dengan en. ... dia cakap secretary dia yang uruskan," Aik, secretary? Bila masa pulak bos aku tu ada secretary? Akulah tu. Tapi dalam offer letter dulu tawarkan Public Relation Assistants. Ah, apa-apalah.
"Ye, saya yang uruskan," Jawabku dalam terkejut.
Masalahnya surat tu aku cari tak jumpa. Bila aku tanya bilik fax, bilik fax cakap tak ada. Dua tiga kali aku masuk jumpa bos. Tak ada. Lepas tu aku bawa fail aku dan jadual yang aku buat khas untuk lawatan dan temujanji mengikut kreativiti aku tanpa arahan bos (memandai-mandailah ni kiranya. Tapi untuk kebaikan tak apakan?)
"Oh, ini jadual ye? Bagus, kalau macam tu, you fotostat satu bagi I. Senang. Semua saya boleh refer kat sini. Tak payah nak tengok-tengok surat lagi." Bos memerhati jadual yang aku serahkan pada dia.
Bos boleh ambil yang tu sebab saya dah ada."
"Saya boleh contenglah ni?"
"Boleh,"
"Baguslah, nanti apa-apa you update kat sini, jadi I tahu,"
"Okay,"
Bos, bos. Apa-apalah en. Bos. Asalkan department kita terurus dengan baik. Suruh jelah apa yang bos nak suruh. Jangan cerewet dan lorat sudahlah. Yang bestnya bos aku ni, tak pernah nak kisah aku nak buat apapun, yang penting semua kerja beres dan apa dia tanya, semua aku tahu. Pendek kata, dia dapat jawapan daripada soalan yang dilontarkan. Itulah sebabnya aku boleh berblog, facebok dan macam-macam lagi. Makan kat tempat duduk aku ni pun tak apa. Makan ringan-ringanlah. Kalau dah nasi tu melampaulah. Bos aku tu, nampak je macam tak kisah dan tak ambil tahu. Tapi dalam diam, dia prihatin pada staff dia. Yelah, sampai aku makan apapun dia tahu. Kelakarkan? Tapi dia tak marah, janji tugas hakiki aku sempurna. Diapun tak suka orang menyibuk hal staff dia. Kalau bos dah baik tu, aku pulak, kenalah pandai bawa diri. Hargai bos yang baik tu. Jangan buat apa yang dia tak suka. Buat apa yang dia suka. Buat semua kerja yang dipertanggungjawabkan hingga SEMPURNA. Ingat, SEMPURNA bukan sekadar SELESAI je. Barulah hidup kita berkat dan aman sentosa. Bos pun sentiasa happy dan senyum. Itu yang dia asyik happy dan suka mengusik tu.
No comments:
Post a Comment