ENTRI KALI NI KHAS AKU TUJUKAN KEPADA MEREKA YANG SUKA MENGATA AKU TERUTAMANYA KAWAN-KAWAN YANG PERNAH RAPAT DENGANKU.
Sudah beberapa siri panggilan aku terima menyampaikan bahawa sipulan, sipulan kata kau perasan cantik. Ada juga yang bertanya kepada si penelefon benarkah Tinta ini "perasan cantik?", "Betulkah Tinta tu tak boleh orang lain lebih cantik daripada dia?", "Ye ke Tinta tu tak boleh orang lebih dari dia?"
Hahahahaha sekali dengar macam "dunia artis" kan? Dua kali dengar macam cerita Fairy Tales tu, "Snow White." Tapi aku tak adalah pulak cermin ajaib macam "mak tiri Snow White" tu. Pelik betullah manusia ni. Apa yang menyebabkan orang cakap aku ni perasan cantik? Ada ke selama ni aku cerita kat orang yang aku ni cantik? Adakah aku cerita kat orang yang orang puji aku cantik? Ada ke aku bangga diri mendabik dada mengaku cantik? Kalau ada orang puji akupun, aku diamkan saja. Aku tak tulispun kat blog ni atau Facebook apa yang orang puji. Bila orang kata Alia tu cantik. Famiza tu cantik. Aku tak pernah kisahpun? Aku tak pernah rasa irihatipun? Bila orang kata Haida tu cantik, aku tak marahpun? Aku masih boleh duduk serumah dengan dia dengan aman. Bila orang kata, Adila tu ada kecantikan yang amat. Dahlah tubuh tinggi lampai, body ada bentuk, langsing, kaki panjang, muka cantik, bujur sirih, kulit putih kuning dan bibir merah merekah bak delima. Ada aku marah? Sedangkan kecantikan Adila tu ramai yang mengaguminya sejak dari sekolah dulu lagi. Aku tak pernah peduli tu semua. Malah, aku baik dengan Adila waktu di sekolah dulu. Kalau aku ni tak boleh orang lebih cantik dari aku, pastinya dari sekolah lagi aku sudah sakit hati dan akan berlumba-lumba untuk kelihatan lebih cantik daripada Adila.
Cukuplah kalian mengata aku. Kecantikan tu tak bawa ke manapun. Suatu hari nanti semua jadi tanah. Aku yang tak boleh orang lain lebih cantik daripada aku ke atau sipulan tu yang tak boleh tengok orang lain cantik? Stop it la... Macam budak-budaklah. Apa buktinya yang aku ni tak boleh kalau orang lebih cantik daripada aku? Masa aku di UiTM dulu ramai yang lebih cantik daripada aku. Aku tak pernah dengki. Sebab aku tahu aku siapa. Tapi dia orang selalu merendah diri. Orang-orang yang dalam kalangan kita ni je yang selalu bergaduh fasal isu cantik ni. Orang luar tak kisahpun fasal cantik tak cantik. Janji baik. Takkanlah kerana aku suka berfesyen dicap sebagai perasan cantik? Aku bukan mahu bertanding dengan sesiapa. Tapi dah memang semulajadi aku sukakan fesyen, sukakan kecantikan, sukakan gaya. Dan alhamdulillah, aku dikelilingi oleh orang-orang yang suka memberi komen, mengkritik dan menunjuk-ajar cara untuk berpakaian dan sebagainya. Jadi aku ubah apa yang patut. Semua wanita mahu kelihatan cantik, bergaya, anggun, jelita, menawan dan lain-lain lagi. Aku buat untuk kepuasan diri aku sendiri bukan untuk menandingi sesiapa, bukan untuk lawan atau menjatuhkan sesiapa. Lagipun, aku tak susahkan sesiapa. Ada ke aku PINJAM duit orang sebab nak melawa? Kalau korang sukapun, korang boleh buat. Daripada korang mengata aku bukan-bukan, kan bagus kalau kita berkongsi idea untuk meningkatkan penampilan diri? Korangpun tak sakit hati. Aku sedia berkongsi apa yang aku tahu sedikit ini dengan sesiapa saja yang memerlukan. Akupun ada banyak lagi benda yang aku tak tahu dan tak explore dalam bidang kecantikan ni. Aku bukan macam sesetengah orang, bila wajah nampak cantik, kita tanya dia pakai apa, rahsia, "Ala pakai yang biasa-biasa je," kenapa tak boleh kongsi? Takut kalau orang lain lebih cantik ke? Ilmu ni, walaupun ilmu kecantikan, kalau dikongsikan akan memberi manfaat pada kita juga. Aku masih ingat bagaimana dulu aku bertanya kepada teman sekuliahku Tina. Apa rahsia dia. Rambut dia lembut dan licin. Dia tanpa ditanya berulang kali terus cakap jenama apa dia pakai malah menggalakkan aku mencuba jenama tersebut. Dia suka kalau dapat membantu kawan menyelesaikan masalah rambut yang ada. Tapi di kalangan kita ni memang susah, kalau tanya jenama apa je mulalah liat nak bagi tahu. Aku tanya bukan nak cantas dia. Bukan nak tanding kecantikan dia. Tapi aku nak jadikan dia idola. Sekurang-kurangnya aku akan bangga bila bercerita pada orang ni semua sipulan yang shorekan aku pakai ni. Cubalah. Macam Tina tu, sampai sekarang aku bercerita pada sesiapa yang tanya, "kawan aku, Tina (walaupun orang tak kenal siapa Tina) yang shorekan aku pakai panteen hijau," Biarlah shampoo biasapun. Aku amat berterima kasih dengan Tina sampai ke saat ni. Dan rambut Tina masih cantik dan lebih cantik daripada aku. Aku tak pernah marah. Habis tu kenapa orang kata aku perasan cantik? Tak habis-habis isyu ni sampai sekarang. Peliklah.
Kalau cantik rupa tu korang ambil berat sangatkan? Kenapa cantik dalaman tu korang tak nak titikberatkan? Korang tak pernah dengar ke yang kecantikan wajah tu bermula dari hati? Dan ingatlah, cantik itu subjektif, Si A tu cantik pada si Z tak semestinya cantik juga bagi X. Begitulah sebaliknya. Aku? Aku sedar yang aku bukan dari golongan yang cantik. Tak payahlah korang nak mengata aku. Aku buat pengakuan ikhlas di sini, aku tak cantik. Aku tak setanding dengan Alia, Famiza, jauh sekali Adila. Aku dalam golongan biasa-biasa saja yang sering berusaha untuk meningkatkan diri sendiri dari pelbagai aspek, bukan untuk menandingi sesiapa, bukan untuk menunjuk-nunjuk. Kalau korang nak cantik secantik bidadaripun cantiklah. Aku tak kisah. Aku redha dengan apa yang Allah bagi pada aku. Tubuhku dan wajahku adalah anugerah yang cukup besar rahmatNya buatku. Kalau korang nak cantik, berdoalah pada Allah supaya Allah anugerahkan kecantikan tersebut. Pastinya kecantikan itu bermula dari hati, bukan dari wajah. Dan alirkan wudhuk pada setiap inci cantiknya wajahmu.
Kepada kawan-kawan yang mengata dan menyebarkan berita ini, aku amat kecewa dengan sikap kalian. Kalau kalian tak puas hati terhadapku, jangan takut, jangan segan-silu untuk bersemuka denganku. Jangan membaling batu kemudian sembunyikan tangan begini. Aku fikir, kalian sudah cukup kenal siapa aku tapi rupa-rupanya hanya di hadapanku saja kalian baik dan seolah-olah menghormatiku. Bila di belakang, ini yang kalian katakan.
No comments:
Post a Comment