BEBERAPA MINGGU LALU
L: Tinta, ada tak orang komen apa-apa fasal kau?
Tinta: Tak adalah, kenapa? Komen yang macam mana?
L: Komen... Apa-apalah. Penampilan ke, gaya ke, pakaian ke?
Tinta: Tak adalah pulak setakat ni. Kenapa? Ada orang bercakap fasal aku ke?
L: Aku rasa, kalau fasal penampilan dengan pakaian tu tak adalah. Tapi boleh tak aku nak komen sikit?
Tinta: La... Cakap jelah. Aku tak kisahlah.
(Dalam hati berdebar-debar. Apalah yang si A ni nak komen? Pedih telinga aku nanti. Tapi apa salahnya kalau untuk kebaikan?)
L: Kau suka aku cakap jujurkan?
Tinta: Ha'ah. Cakap jelah. Sejak bila pulak kau takut nak komen aku ni?
L: Sebagai perunding imej peribadi kau... (gaya macam perunding imej profesional - dah mulalah tu, berangan!) Ada tak orang tegur cara kau jalan?
Tinta: Tak adalah pulak. Kenapa?
L: Aku rasa, kau semuanya OK, cuma part jalan je kau fail sikit.
Tinta: Kenapa?
L: Sorry to say, kau jalan berterabur. Dan itu mencacatkan penampilan kau.
Tinta: (Malu tapi terpaksa mengakui). Habis tu, hari tu masa kau ikut cara aku jalan tu aku tanya aku jalan tak elok ke? Kenapa kau tak cakap? OK, OK. Aku nak tahu komen kau.
L: Masa tu, aku takut kau terasa.
Tinta: Tak ada maknanya terasa. Kalau kau tak cakap, manalah aku tahu. Habis tu macam mana?
L: Tulah, sayanglah. Aku terkejut juga tengok kau jalan.
Tinta: Teruk sangat ke?
L: Nampaklah. Tak tahulah kalau sebab aku suka perhati orang. Nak-naknya kalau kau pakai seluar, memang nampak. Tulah aku cakap dalam hati. Budak ni... Tolonglah.
Tinta: Teruklah tu kalau dah macam tu. Macam mana ni?
L: Tapi mungkin dah dari azali memang kau jalan macam tu. Kawan aku pun ada sorang macam tu.
Tinta: Ala, cara jalan boleh ubah.
L: Kau ni kena masuk kelas jalanlah aku rasa.
Tinta: Ha???!!! Itu dah memang tahap teruk tu. Takkanlah sampai nak kena masuk kelas jalan pulak? Ada ke kelas jalan?
L: Kelas modelinglah.
Tinta: Gila kau! Takkanlah nak pergi kelas modeling, merepek je. Aku bukannya nak jadi model. Aku nak belajar jalan yang tersusun je. Tak kuasalah aku nak pergi kelas modeling pulak.
SEMALAM (OFFICE):
Jothy: You a... Jalan macam taiko. Ketua gengster tau tak?
(Sebenarnya ni bukan kali pertama Jothy tegur cara aku jalan)
Aku mendapatkan Hadisah, teman baikku di office.
Tinta: Disa, teruk sangat ke cara aku jalan?
Disa: (Ketawa) Kenapa?
Tinta: Jothy tu, cakap aku jalan macam Taiko. (Aduku kepada Disa)
Disa: Memanglah. Kau jalan memang berterabur.
(Ketawa lagi) Hadisah lebih kurang je macam L. Suka cakap jujur, komen dan kritik aku.
Tinta: Habis tu macam mana?
Disa: Cuba kau langkah, letak kaki kau ni depan kaki yang sebelah sana. Biar tersusun.
Aku cuba buat.
Tinta: Macam ni ke?
Disa: Ha, macam tu. Tapi relaxlah. Janganlah kaku.
Tinta: Ala, baru belajar memanglah kaku. Lama-lama OKlah. Aku kena belajar.
Disa: Alah, kalau tak boleh tak apalah. Jadi diri sendiri kan lagi bagus. Buat apa nak ubah jadi orang lain?
Tinta: Memanglah jadi diri sendiri tu bagus. Tapi, benda yang boleh diperbaiki, tak salah kalau kita ubah. Ajarlah aku.
Disa: OK, kau boleh belajar dengan aku.
Tinta: Ha??? Belajar dengan kau???
Disa: Yelah, kau nak ke tak?
Tinta: Bolehlah. (Dengan kurang yakin).
No comments:
Post a Comment