Dua hari lamanya aku mencari IPhone 4S berwarna putih akhirnya, Khamis lepas, aku berjaya memiliki 4S idamanku. Hari pertama, aku, Haida, Ali dan Suhaimi ke Celcom KLCC untuk membeli IPhone 4S. Hati dah berbunga-bunga riang. Maklumlah, nak beli sesuatu yang sering menjadi igauanku hehehehe. Tiba di sana, dah dia cakap, kalau nak beli kena register baru, tak boleh tukar nombor lama ke pakej IPhone. Ish, tak naklah macam tu! Aku nak nombor lama juga!!! Cancel!!!! Apa pulak macam ni? Aku dah call Celcom berkali-kali, dia kata tak ada masalah kalau nak tukar nombor yang sedia ada pada pakej IPhone kalau tak ada masalah dengan nombor tu. Aku dah siap cek sama ada nombor aku tu bermasalah ke tak. Semuanya "clear". Apa yang payahnya??? Mengadalah!!! Dia suruh aku pergi Mid-valley atau Pavilion pulak. Nanti yang kat sana pas aku kat tempat lain pulak. Susah betullah macam ni.
Esoknya, Rabu, aku, Haida dan Suhaimi ke Celcom Jln Semarak. Dah pulak dah!!! Kat sini tak ada stok warna putih! Tak nak!!! Aku nak juga yang warna putih!!! Nak beli benda mahal, mestilah beli yang betul-betul kita nak! Barulah puas hati! Cancel!!! Orang tu letak nama aku dalam "waiting list" dia. Ah, lambatlah macam ni! Aku dah tak boleh sabar ni.
Aku call Celcom, dia kata, memang stok putih banyak tempat yang "not available" yang ada cuma Pavilion dan Bangsar. Aku minta nak book tapi tak boleh. Tapi dia cakap kalau nak ambil petang ni, dia boleh tolong book kan. Aku nak ambil esok tapi dia cakap, dia tak boleh tolong. "at last", aku "decide" nak ambil petang ni. Tak berapa lama lepas tu, Celcom call aku balik. Dia tanya aku, boleh tak kalau aku pergi The Mall? Sebab dia book kan untuk aku di The Mall. Mestilah boleh. Kalau aku nakkan sesuatu kan aku mesti usaha sampai dapat. Biar puas hati. Aku kena ambil IPhone warna putih tu sebelum pukul 6.00 petang. The Mall tu cuma ada satu je lagi 4S warna putih. Aku janji dengan Iwan dan Kak Long agar mereka tunggu aku di sana. Terima kasih pada Iwan dan Kak Long kerana sudi membantu hehehe nak cepat punya fasal, aku ke sana terus dari office naik LRT ke The Mall. Iwan dan Kak Long Bariah naik kereta ke sana.
Malamnya, Kak Long dan Suhaimi sibuk tolong setkan apa yang patut. Maklumlah, aku ni kan budak baru belajar guna benda alah tu. Banyak benda yang tak tahu. Dan sekarang, aku sudah mula pandai menggunakannya. Tapi ada banyak lagi yang kena belajar :) Terima kasih kepada semua yang bersusah-payah tolong teman aku cari 4S ni.
No comments:
Post a Comment