Ini adalah beberapa sebab orang mengata kita mengikut teori aku sendiri. Hahaha macam pakar psikologilah pulak:
1. Kekurangan yang ada pada kita.
2. Kesilapan yang kita lakukan sama ada kita sedar atau tidak.
3. Sikap kita.
4. Pengata tidak senang melihat kesenangan atau kejayaan kita.
5. Dengki, irihati, cemburu dan mahu menjatuhkan kita.
6. Tidak suka dengan kita.
7. Tidak sependapat atau sefahaman dengan kita.
8. Kita menegur perbuatannya yang silap.
9. Dendam.
10. Mahu menjadi seperti kita.
Hahaha... Jangan salah sangka pulak. Benda ni aku buat suka-suka je. Entah betul entah tidak. Kau orang fikir-fikirkanlah ye :)
Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Friday, March 30, 2012
Rupa-rupanya Lelaki
Aku minat dengan sebuah lagu ni. Salah satu "sound track" Filem Ombak Rindu. Tenang dan damai lagunya. Aku sangkakan penyanyinya perempuan. Dahlah tak tahu tajuk, penyanyipun aku tak tahu siapa tapi nak juga cari lagu tu. Aku pun search la kat google lirik lagu tu yang aku ingat. Tiba-tiba resultnya, Hafiz Untuk Kamu. Takkanlah, aku dengar macam perempuan je yang nyanyi. Maklumlah, dengar dalam filem, sikit-sikit jelah. Lagipun lagu ni tak popular macam lagu duet yang jadi lagu tema tu. Akupun berusahalah memuatturun lagu yang dimaksudkan. Confirm, lelaki yang nyanyi lagu tu, Hafiz. La... Macam mana aku boleh tertipu ni? Tinta tertipu!!!!
Tuesday, March 20, 2012
Perasan Cantik
ENTRI KALI NI KHAS AKU TUJUKAN KEPADA MEREKA YANG SUKA MENGATA AKU TERUTAMANYA KAWAN-KAWAN YANG PERNAH RAPAT DENGANKU.
Sudah beberapa siri panggilan aku terima menyampaikan bahawa sipulan, sipulan kata kau perasan cantik. Ada juga yang bertanya kepada si penelefon benarkah Tinta ini "perasan cantik?", "Betulkah Tinta tu tak boleh orang lain lebih cantik daripada dia?", "Ye ke Tinta tu tak boleh orang lebih dari dia?"
Hahahahaha sekali dengar macam "dunia artis" kan? Dua kali dengar macam cerita Fairy Tales tu, "Snow White." Tapi aku tak adalah pulak cermin ajaib macam "mak tiri Snow White" tu. Pelik betullah manusia ni. Apa yang menyebabkan orang cakap aku ni perasan cantik? Ada ke selama ni aku cerita kat orang yang aku ni cantik? Adakah aku cerita kat orang yang orang puji aku cantik? Ada ke aku bangga diri mendabik dada mengaku cantik? Kalau ada orang puji akupun, aku diamkan saja. Aku tak tulispun kat blog ni atau Facebook apa yang orang puji. Bila orang kata Alia tu cantik. Famiza tu cantik. Aku tak pernah kisahpun? Aku tak pernah rasa irihatipun? Bila orang kata Haida tu cantik, aku tak marahpun? Aku masih boleh duduk serumah dengan dia dengan aman. Bila orang kata, Adila tu ada kecantikan yang amat. Dahlah tubuh tinggi lampai, body ada bentuk, langsing, kaki panjang, muka cantik, bujur sirih, kulit putih kuning dan bibir merah merekah bak delima. Ada aku marah? Sedangkan kecantikan Adila tu ramai yang mengaguminya sejak dari sekolah dulu lagi. Aku tak pernah peduli tu semua. Malah, aku baik dengan Adila waktu di sekolah dulu. Kalau aku ni tak boleh orang lebih cantik dari aku, pastinya dari sekolah lagi aku sudah sakit hati dan akan berlumba-lumba untuk kelihatan lebih cantik daripada Adila.
Cukuplah kalian mengata aku. Kecantikan tu tak bawa ke manapun. Suatu hari nanti semua jadi tanah. Aku yang tak boleh orang lain lebih cantik daripada aku ke atau sipulan tu yang tak boleh tengok orang lain cantik? Stop it la... Macam budak-budaklah. Apa buktinya yang aku ni tak boleh kalau orang lebih cantik daripada aku? Masa aku di UiTM dulu ramai yang lebih cantik daripada aku. Aku tak pernah dengki. Sebab aku tahu aku siapa. Tapi dia orang selalu merendah diri. Orang-orang yang dalam kalangan kita ni je yang selalu bergaduh fasal isu cantik ni. Orang luar tak kisahpun fasal cantik tak cantik. Janji baik. Takkanlah kerana aku suka berfesyen dicap sebagai perasan cantik? Aku bukan mahu bertanding dengan sesiapa. Tapi dah memang semulajadi aku sukakan fesyen, sukakan kecantikan, sukakan gaya. Dan alhamdulillah, aku dikelilingi oleh orang-orang yang suka memberi komen, mengkritik dan menunjuk-ajar cara untuk berpakaian dan sebagainya. Jadi aku ubah apa yang patut. Semua wanita mahu kelihatan cantik, bergaya, anggun, jelita, menawan dan lain-lain lagi. Aku buat untuk kepuasan diri aku sendiri bukan untuk menandingi sesiapa, bukan untuk lawan atau menjatuhkan sesiapa. Lagipun, aku tak susahkan sesiapa. Ada ke aku PINJAM duit orang sebab nak melawa? Kalau korang sukapun, korang boleh buat. Daripada korang mengata aku bukan-bukan, kan bagus kalau kita berkongsi idea untuk meningkatkan penampilan diri? Korangpun tak sakit hati. Aku sedia berkongsi apa yang aku tahu sedikit ini dengan sesiapa saja yang memerlukan. Akupun ada banyak lagi benda yang aku tak tahu dan tak explore dalam bidang kecantikan ni. Aku bukan macam sesetengah orang, bila wajah nampak cantik, kita tanya dia pakai apa, rahsia, "Ala pakai yang biasa-biasa je," kenapa tak boleh kongsi? Takut kalau orang lain lebih cantik ke? Ilmu ni, walaupun ilmu kecantikan, kalau dikongsikan akan memberi manfaat pada kita juga. Aku masih ingat bagaimana dulu aku bertanya kepada teman sekuliahku Tina. Apa rahsia dia. Rambut dia lembut dan licin. Dia tanpa ditanya berulang kali terus cakap jenama apa dia pakai malah menggalakkan aku mencuba jenama tersebut. Dia suka kalau dapat membantu kawan menyelesaikan masalah rambut yang ada. Tapi di kalangan kita ni memang susah, kalau tanya jenama apa je mulalah liat nak bagi tahu. Aku tanya bukan nak cantas dia. Bukan nak tanding kecantikan dia. Tapi aku nak jadikan dia idola. Sekurang-kurangnya aku akan bangga bila bercerita pada orang ni semua sipulan yang shorekan aku pakai ni. Cubalah. Macam Tina tu, sampai sekarang aku bercerita pada sesiapa yang tanya, "kawan aku, Tina (walaupun orang tak kenal siapa Tina) yang shorekan aku pakai panteen hijau," Biarlah shampoo biasapun. Aku amat berterima kasih dengan Tina sampai ke saat ni. Dan rambut Tina masih cantik dan lebih cantik daripada aku. Aku tak pernah marah. Habis tu kenapa orang kata aku perasan cantik? Tak habis-habis isyu ni sampai sekarang. Peliklah.
Kalau cantik rupa tu korang ambil berat sangatkan? Kenapa cantik dalaman tu korang tak nak titikberatkan? Korang tak pernah dengar ke yang kecantikan wajah tu bermula dari hati? Dan ingatlah, cantik itu subjektif, Si A tu cantik pada si Z tak semestinya cantik juga bagi X. Begitulah sebaliknya. Aku? Aku sedar yang aku bukan dari golongan yang cantik. Tak payahlah korang nak mengata aku. Aku buat pengakuan ikhlas di sini, aku tak cantik. Aku tak setanding dengan Alia, Famiza, jauh sekali Adila. Aku dalam golongan biasa-biasa saja yang sering berusaha untuk meningkatkan diri sendiri dari pelbagai aspek, bukan untuk menandingi sesiapa, bukan untuk menunjuk-nunjuk. Kalau korang nak cantik secantik bidadaripun cantiklah. Aku tak kisah. Aku redha dengan apa yang Allah bagi pada aku. Tubuhku dan wajahku adalah anugerah yang cukup besar rahmatNya buatku. Kalau korang nak cantik, berdoalah pada Allah supaya Allah anugerahkan kecantikan tersebut. Pastinya kecantikan itu bermula dari hati, bukan dari wajah. Dan alirkan wudhuk pada setiap inci cantiknya wajahmu.
Kepada kawan-kawan yang mengata dan menyebarkan berita ini, aku amat kecewa dengan sikap kalian. Kalau kalian tak puas hati terhadapku, jangan takut, jangan segan-silu untuk bersemuka denganku. Jangan membaling batu kemudian sembunyikan tangan begini. Aku fikir, kalian sudah cukup kenal siapa aku tapi rupa-rupanya hanya di hadapanku saja kalian baik dan seolah-olah menghormatiku. Bila di belakang, ini yang kalian katakan.

Monday, March 19, 2012
Kesayuan Dinihari
Tatkala mataku buka, menjalar sayu syahdu ke seluruh saraf nadiku, memaksa air hangat tumpah di pipi. Terdengar gema alunan suci dari surau berhampiran, menyemarakkan rasa pilu ke seluruh hati. Entah apa yang mengusik aku tak tahu. Entah apa yang mengganggu jua tidakku tahu.
Sekonyong-konyong hati dibawa angin Subuh terbang ke kampung halaman. Menjengah abah, mama dan acik. Mungkinkah mimpi itu menggamit aku pulang ke masa-masa silamku? Rasa ini seperti pernahku alami ketika abah memutar roda mobilnya berangkat meninggalkan aku di tanah Johor sejarah gemilang 20 tahun lalu. Makin aku kembara meneroka kembali masa itu, seduku makin mengamuk, menggila menuntut hinjut pada bahu lemah yang merangkak pulih dari demam semalam. Aku rindu! Rindu pada mama dan abah, pada acik, pada rumah, pada kucing-kucing yang bergeser manja, pada kesejukan pagi Tanah Serendah Sekebun Bunga. Rindu!!! Ingin saja aku laungkan pada angin, pada kota, pada hutan batu tegak terpacak, pada kenderaan yang bertali-arus tidak pernah reti diam! Pada insan-insan kota yang tidak tahu malam siangnya! Kamu semua boleh tak diam??? Diam seperti mana heningnya pagi di Tanah Serendah Sekebun Bunga!!!! Dengar sini!!! Aku mahu kalian tahu!!! Bahawa ketika ini aku amat rindukan abah dan mamaku!!! Jeritan itu hanya bergema dalam benak jiwaku yang sarat dengan hiba sambil tangan menggosok lemah baju kerjaku. Pada siapa? Pada siapa harusku luahkan rasa ini? Dinihari begini tiada teman boleh dibuat bicara. Tiada teman bisa mendengar luah hatiku. Dalam rumah hinggap yang sekangkang kera besarnya, aku menangis sendiri merindui abah dan mamaku.

Demam Tinggi
Aku rasa sakit kepala malam sabtu lallu. Macam demam macam tak. Bila jumpa doktor, doktor kata demam aku tinggi dan aku kekurangan air. Kedua-dua faktor ini menyebabkan sakit kepala.
Walaupun demam dan sakit kepala masih bersisa, aku tetap ke pejabat demam tapi tak batuk dan selsema Dan pagi ini,

Friday, March 16, 2012
Seorang Amah Satu Kerja
Jarang aku nak menulis tentang isu semasa ni. Sebab blog ni aku buat untuk diari harian aku je, bukan untuk membincangkan isu-isu semasa atau sesuatu permasalahan. Pendek kata, blog aku ni blog santai dan ringan. Blog yang menceritakan tentang aku. Blog yang menukilkan coretan hatiku. Tapi hari ni, aku lari sikit daripada objektif asal blog aku ni. Sebab geram sangat.
Merujuk kepada tajuk di atas, ada negatif dan positifnya.
Negatif:
Aku rasa sistem ni melampau sangat. Kenapa sampai RM700.00 untuk satu kerja? Kerani di pejabatpun buat banyak kerja dengan gaji RM700.00-RM800.00 untuk syarikat kecil. Fikirkan macam mana dia orang boleh budget duit dia orang untuk bayar sewa rumah, tambang pergi dan balik kerja, keperluan diri, makan minum, mekap lagi, bil api, air dan telefon. Ini RM700.00 untuk amah Indonesia bagaimana pula dengan makan minum, tempat tinggal dan semua yang aku nyatakan di atas? Tak adakan? Amah biasanya tidak akan bayar sewa bilik tempat dia orang tinggal, tak payah belanja makan minum sendiri, tak payah bayar bil malah, peralatan mandipun guna tuan rumah punya. Apa penilaian mereka yang buat keputusan ni sampai boleh buat keputusan yang macam ni? Ianya kelihatan seperti "KERA di hutan disusukan, ANAK di rumah MATI kelaparan." Tambah pula, nilai matawang Indonesiakan jauh lebih rendah dari Malaysia. Dengan RM700.00 dah berapa RP yang mereka dapat? Balik hidup senang-lenang sedangkan majikan di sini, bertungkus-lumus cari duit, bayar itu dan ini. Bila naik gaji barangpun naik. Tak adilkan??? Majikan bekerja tak adapun satu gaji untuk satu kerja. Banyak benda yang mereka kena buat dan kena fikir. Pusat asuhan kanak-kanakpun seorang budak baru RM250.00-RM300.00 je. Apa kata, naikkan gaji RM700.00 kepada RM1,000.00-RM1,500.00 untun seorang amah satu kerja, tapi untuk amah warganegara MALAYSIAlah. Macam mana? Kepada kerajaan Malaysia, pertimbangkanlah keputusan tersebut. Janganlah kita sentiasa tunduk dan angguk kepada permintaan mereka yang tidak tahu menghargai kita. Kita tolong mereka, tapi mereka sering mencaci dan menyalahkan kerajaan kita. Kita kena berkeras, bukan sentiasa berlembut. Keras maksudnya di sini tegas. Barulah kedaulatan negara kita dijunjung. Barulah marwah kita tidak dihenyak.
Positif:
Semoga dengan keputusan yang diambil, menyedarkan warganegara kita untuk mengurangkan atau memansuhkan khidmat warga asing ini. Semoga negara kita tidak dipenuhi dengan warga asing lagi. Hantar jelah anak ke pusat asuhan kanak-kanak, kalau kena bayar RM250.00 pun berbaloi. Jaga waktu bekerja je kan. Kalau bayar RM700.00 pun bukan amah jaga 24 jam pun.

Pagi Yang Pudar
Walaupun cuaca baik hari ni, cuaca mood aku tetap tak baik. Aku rasa mengantuk, rasa malas nak pergi kerja, rasa nak tidur. Harap-harap cuaca ni tak lama. Cuaca suram melanda hatiku.
Blog Di IPhone
Akhirnya, aku berjaya set up blog di IPhone. Kiranya ni post pertama aku melalui IPhone.
Thursday, March 15, 2012
Buka Mulut Dan Makan
Hahahaha... Kelakar betullah dengan bos aku ni. Masa aku tengah duk sibuk-sibuk "surf" internet. Mr. Ramdas datang.
"Nah ambil, dari Sabah. I tahu you suka buka mulut dan makan je," Dia menghulurkan dua bungkus Nugerd Coklat kepadaku. Sambil ketawa, pemberiannya ku sambut dan ucap terima kasih aku tuturkan. (bercampur dengan bahasa bukulah pulak :))
Kan betul aku cakap. Dia nampak je macam tak kisahkan staffnya tapi semua benda fasal staff dia, dia tahu. Sampai aku suka mengunyah kat officepun dia tahu. Entah-entah, aku makan apapun dia tahu. Orang lain balik bercuti dari Sabah, semua bagi aku cenderahati. Bos aku je bagi aku makanan. Kira OK la kan? Dia ingatlah juga kat aku yang tinggal ni hehehe... Betul-betul memahami aku yang suka makan ni. Sedap tu Nugerd coklat ni. Ada lagi tak agaknya? Beli boleh bos? hehehehe....

Friday, March 9, 2012
Kelas Berjalan 2
PAGI-PAGI
Tinta: Disa, ajarlah aku jalan.
Disa: OK, jalan, aku tengok.
Tinta: Jalan macam mana? Jalan aku ke?
Disa: Yelah. Aku nak tengok kau jalan macam mana.
Aku jalan. Disa gelak.
Disa: OK, sekarang ni kau langkah, letak kaki kanan kau ni depan kaki kiri kau.
Aku menurut perintah.
Disa: Ha, macam tulah. Kau kena buat selalu. Baru natural. Nah, kau ambil buku ni, letak atas kepala kau.
Tinta: Hei, merepeklah kau ni.
Disa: Ya Allah betul. Macam nilah model-model belajar jalan.
Tinta: Aku bukan nak jadi model. Nak belajar jalan elok je.
Disa: Kau nak jalan elok, mestilah belajar macam model tu, itulah step yang betul. Buat sekarang.
Buku berkulit tebal ku ambil dan ku letakkan atas kepala.
Disa: Jalan macam aku ajar tadi tapi jangan bagi buku tu jatuh.
Aku cuba berjalan. Tapi malu!!!
Disa: Cepatlah. Yang kau gelak tu kenapa? Betul-betul.
Tinta: Kau saja nak kenakan aku.
Disa: Betullah, memang orang belajar jalan guna buku nak tegakkan badan supaya lurus. Kan nak peragakan baju.
Tinta: Aku bukan nak jadi model!
Disa: Memanglah. Kau kena buat macam tu baru jalan kau elok.
Beberapa ketika, Jothy datang. Jothy turut sama mengajarku berjalan.
Jothy: Kaki sebelah you langkah. Letak depan kaki kiri you.
Aku buat sepertimana yang diajar sambil diperhatikan oleh Disa dan Jothy.
Jothy: Ha, macam tu. Lepas tu, you kena ayunkan belakang you. Baru nampak relax. Lepas tu you letak buku tebal atas kepala you. Baru you boleh jalan dengan elok.
Disa: Ha, tulah. Orang cakap tak percaya.
Tinta: Betul ke Jothy?
Jothy: Betul.
Tinta: Biar saya try.
Aku ambil buku dan letak atas kepala.
Jothy: Ha, macam tu. Practice. Macam tulah model berlatih.
Tinta: Tapi saya bukan nak jadi model.
Jothy: Ye, tapi you kena buat macam tu.
Jothy berlalu.
Tinta: Macam mana kau tahu kalau nak belajar jalan macam tu?
Disa: Sebab aku suka tengok American Next Top Model. Memang dia orang belajar jalan macam tu.
Oh, baru aku faham. Kritikan dia orang memang membina. Bukan sekadar mengkritik tapi turut mengajar. Siap buka dekat phone lagi rancangan Next Top Model supaya aku dengar. Hahaha kelakarkan? Tak salah kalau kita nak perbaiki diri :) bukan bawa mudaratpun.

Kelas Berjalan
BEBERAPA MINGGU LALU
L: Tinta, ada tak orang komen apa-apa fasal kau?
Tinta: Tak adalah, kenapa? Komen yang macam mana?
L: Komen... Apa-apalah. Penampilan ke, gaya ke, pakaian ke?
Tinta: Tak adalah pulak setakat ni. Kenapa? Ada orang bercakap fasal aku ke?
L: Aku rasa, kalau fasal penampilan dengan pakaian tu tak adalah. Tapi boleh tak aku nak komen sikit?
Tinta: La... Cakap jelah. Aku tak kisahlah.
(Dalam hati berdebar-debar. Apalah yang si A ni nak komen? Pedih telinga aku nanti. Tapi apa salahnya kalau untuk kebaikan?)
L: Kau suka aku cakap jujurkan?
Tinta: Ha'ah. Cakap jelah. Sejak bila pulak kau takut nak komen aku ni?
L: Sebagai perunding imej peribadi kau... (gaya macam perunding imej profesional - dah mulalah tu, berangan!) Ada tak orang tegur cara kau jalan?
Tinta: Tak adalah pulak. Kenapa?
L: Aku rasa, kau semuanya OK, cuma part jalan je kau fail sikit.
Tinta: Kenapa?
L: Sorry to say, kau jalan berterabur. Dan itu mencacatkan penampilan kau.
Tinta: (Malu tapi terpaksa mengakui). Habis tu, hari tu masa kau ikut cara aku jalan tu aku tanya aku jalan tak elok ke? Kenapa kau tak cakap? OK, OK. Aku nak tahu komen kau.
L: Masa tu, aku takut kau terasa.
Tinta: Tak ada maknanya terasa. Kalau kau tak cakap, manalah aku tahu. Habis tu macam mana?
L: Tulah, sayanglah. Aku terkejut juga tengok kau jalan.
Tinta: Teruk sangat ke?
L: Nampaklah. Tak tahulah kalau sebab aku suka perhati orang. Nak-naknya kalau kau pakai seluar, memang nampak. Tulah aku cakap dalam hati. Budak ni... Tolonglah.
Tinta: Teruklah tu kalau dah macam tu. Macam mana ni?
L: Tapi mungkin dah dari azali memang kau jalan macam tu. Kawan aku pun ada sorang macam tu.
Tinta: Ala, cara jalan boleh ubah.
L: Kau ni kena masuk kelas jalanlah aku rasa.
Tinta: Ha???!!! Itu dah memang tahap teruk tu. Takkanlah sampai nak kena masuk kelas jalan pulak? Ada ke kelas jalan?
L: Kelas modelinglah.
Tinta: Gila kau! Takkanlah nak pergi kelas modeling, merepek je. Aku bukannya nak jadi model. Aku nak belajar jalan yang tersusun je. Tak kuasalah aku nak pergi kelas modeling pulak.
SEMALAM (OFFICE):
Jothy: You a... Jalan macam taiko. Ketua gengster tau tak?
(Sebenarnya ni bukan kali pertama Jothy tegur cara aku jalan)
Aku mendapatkan Hadisah, teman baikku di office.
Tinta: Disa, teruk sangat ke cara aku jalan?
Disa: (Ketawa) Kenapa?
Tinta: Jothy tu, cakap aku jalan macam Taiko. (Aduku kepada Disa)
Disa: Memanglah. Kau jalan memang berterabur.
(Ketawa lagi) Hadisah lebih kurang je macam L. Suka cakap jujur, komen dan kritik aku.
Tinta: Habis tu macam mana?
Disa: Cuba kau langkah, letak kaki kau ni depan kaki yang sebelah sana. Biar tersusun.
Aku cuba buat.
Tinta: Macam ni ke?
Disa: Ha, macam tu. Tapi relaxlah. Janganlah kaku.
Tinta: Ala, baru belajar memanglah kaku. Lama-lama OKlah. Aku kena belajar.
Disa: Alah, kalau tak boleh tak apalah. Jadi diri sendiri kan lagi bagus. Buat apa nak ubah jadi orang lain?
Tinta: Memanglah jadi diri sendiri tu bagus. Tapi, benda yang boleh diperbaiki, tak salah kalau kita ubah. Ajarlah aku.
Disa: OK, kau boleh belajar dengan aku.
Tinta: Ha??? Belajar dengan kau???
Disa: Yelah, kau nak ke tak?
Tinta: Bolehlah. (Dengan kurang yakin).

Mula Gym
Walaupun permulaan hari aku hari ni, sedikit "HANGIN" dan "PANAS", tapi semuanya berubah menjadikan aku lebih ceria dan bersemangat. Tiba-tiba semangat nak pergi gym datang. Gym, kenapa aku nak pergi gym? Ada beberapa sebab.
1. Semestinya sebab kesihatan. Yelah, asyik makan je. Takut juga kalau sakit. Jadi pergi gym salah satu usaha untuk mengeluarkan toksin dan melancarkan peredaran darah.
2. Stamina. Aku ni kan suka aktiviti lasak terutamanya daki gunung. Kalau dah namanya aktiviti lasak, stamina mesti cukup. Takkan esok nak daki gunung hari ni baru nak cari stamina? Pancitlah jawabnya.
3. Penjagaan tubuh dan kecantikan. Walaupun aku ni tak berapa nak cantik, aku tetap seorang wanita. Wanita? Agak ayu istilah tu. Yelah, kalau bercakap isu kecantikan, pastinya berhubungkait dengan wanita. Kalau perempuan tu umum sangat. Berbalik fasal kecantikan tadi. Sebagai seorang wanita, pastinya aku ingin kelihatan anggun, bergaya dan cantik. Jadi gym jugalah salah satu usaha untuk membentuk penampilan diri aku yang serba kekurangan ni.
(SEBAB AKU TAK CANTIK JADI KENA USAHA LEBIH SIKIT) jangan nanti jadi isu pulak yang aku ni perasan cantik. Kalau nak tulis kat blog aku ni kena hati-hati sikit. Kalau tak nanti habis orang canang sana sini yang aku ni perasan cantik. Ha, jangan ada yang salah erti pulak apa yang aku tulis ni. Isu cantik dalam blog aku ni memang jadi topik hangat beberapa ketika dulu hahaha (once upon a time :))
4. Penjagaan mata. Aik! Kenapa penjagaan mata letak bawah sekali ye? Cantik lebih penting daripada mata ke? Bukan!!! Sebab yang ni, aku baru dapat kesimpulan daripada eksperimen yang aku buat. Mungkin terang atau tidak penglihatan aku disebabkan jumlah pengaliran darah ke mata. Dah lama aku tak pergi gym. Jadi mata aku ni kurang sikit berbanding masa aku pergi gym dulu. Benda ni dah banyak kali aku perhatikan sekiranya aku berhenti pergi gym. Jadi, kita cuba untuk kali ini pulak. Apa keputusannya. Sekarang mata aku sering rasa tidak selesa dan tidak secerah dulu.
Apa lagi, pagi-pagi lagi aku minta Hadisah ajar cara nak set track-male. Dah lama tak pergi gymkan? Mestilah lupa. Hadisah cakap, dia tak pandai set. Dia cadangkan agar aku tanya Abang Yusuf sebab Abang Yusuf selalu ada di gym waktu pagi. Aku bercakap dengan Abang Yusuf, dia tak ada di gym.
Abang Yusuf: Kenapa tak cakap semalam. Kalau tak abang boleh pergi sana pagi ni.
Tinta: Hari ni baru rasa nak pergi gym.
Abang Yusuf: OK. Esok kita pergi gym.
Yay!!! Bestnya!!! Esok sekurang-kurangnya aku ada instructor! Banyak juga lagi alat dalam gym tu aku tak pandai guna. Boleh belajar :) Ingat Tinta, esok pukul 7.30 pagi mesti ada kat gym. Itu masa yang instructor bagi tau!!!

Saturday, March 3, 2012
Bos, Bos...
Semua kerja yang patut aku buat, dah siap. Sekarang ni tengah tunggu orang yang buat temujanji dengan bos aku. Pendek kata bos aku aturkan temujanji orang tu dengan aku. Ish, terbalikkan? Bos pulak yang buat temujanji untuk aku. Hahahaha macam tulah aku dengan bos aku. Kami saling membantu. Kenapa dia yang buat temujanji tu? Mungkin
sebab operator sambung panggilan pada dia. Dan hari ni bukan hari dia bekerja jadi, dengan rela hatinya dia buat temujanji tu untuk aku. Hehehe temujanji merangkap arahan daripada dialah. Ada ke patut buat temujanji tanpa tanya aku? Mentang-mentanglah dia bos. Suka-suka hati dia je tetapkan tarikh. Macam mana kalau aku cakap aku tak boleh? Ops! Mana boleh Tinta, dah kau pekerja, dia bos. Mestilah kena boleh juga. Ah, aku tak kisahpun sebab bos aku pun tak cerewet dengan aku.
Paling best, dia boleh cakap dengan aku, aku kena ingat semua jadual kerja. Dia petik je, mesti boleh dapat semua maklumat daripada aku. Dia cakap lagi, aku kena tahu semua benda sebab, dia pelupa. Dia hanya bergantung pada aku je apa yang kena buat, siapa nak datang, ada visitors ke, ada temujanji ke, ada meeting ke, semualah. Pernah sekali tu, aku dah siap-siap atur temujanji untuk dia dan tarikh tu pun dia dah setuju. Sehari sebelum tarikhpun aku dah ingatkan dia. Tup, tup, dia hilang. Menggelabahlah aku sebab dia tak ada. Orang dah nak datang. Bila aku call, dia kat Putrajaya pergi uruskan hal lain. Kelam-kabut dia suruh aku uruskan temujanji tu. Berbekalkan sedikit pengetahuan dan pengalaman maka akulah yang berdiskusi dengan orang tu lepas tu lapor kat bos petang tu.
Sekarang ni pulak, surat-surat lawatan yang ori, semua dia "punch" dan letak dalam fail aku. Dia cakap, dia pelupa takut hilang. "Semua surat I dah letak dalam fail you ni. You jangan hilang pulak. Nanti kalau I nak, I refer dengan you. Bila I mintak, you bawa fail ni, You mesti sentiasa update," Tulah, aku gatal sangat pergi tunjuk fail aku kat dia siapa suruh. Tapi bagus juga, semua benda aku tahu. Tak adalah nanti surat tu tak de, bila orang call tanya, aku tak tahu nak jawab apa. Itu belum lagi surat tak sampai kat tangan aku, aku menggelabah cari, tanya dia, dia tak tahu. Bila aku cakap dia tak pernah bagi aku. Dia cari kat tempat dia, rupa-rupanya elok je tersembunyi di balik dokumen lain. Asalnya semalam ada group of students nak buat interview. Student tu cakap dah dua kali dia fax surat.
"Saya dah bercakap dengan en. ... dia cakap secretary dia yang uruskan," Aik, secretary? Bila masa pulak bos aku tu ada secretary? Akulah tu. Tapi dalam offer letter dulu tawarkan Public Relation Assistants. Ah, apa-apalah.
"Ye, saya yang uruskan," Jawabku dalam terkejut.
Masalahnya surat tu aku cari tak jumpa. Bila aku tanya bilik fax, bilik fax cakap tak ada. Dua tiga kali aku masuk jumpa bos. Tak ada. Lepas tu aku bawa fail aku dan jadual yang aku buat khas untuk lawatan dan temujanji mengikut kreativiti aku tanpa arahan bos (memandai-mandailah ni kiranya. Tapi untuk kebaikan tak apakan?)
"Oh, ini jadual ye? Bagus, kalau macam tu, you fotostat satu bagi I. Senang. Semua saya boleh refer kat sini. Tak payah nak tengok-tengok surat lagi." Bos memerhati jadual yang aku serahkan pada dia.
Bos boleh ambil yang tu sebab saya dah ada."
"Saya boleh contenglah ni?"
"Boleh,"
"Baguslah, nanti apa-apa you update kat sini, jadi I tahu,"
"Okay,"
Bos, bos. Apa-apalah en. Bos. Asalkan department kita terurus dengan baik. Suruh jelah apa yang bos nak suruh. Jangan cerewet dan lorat sudahlah. Yang bestnya bos aku ni, tak pernah nak kisah aku nak buat apapun, yang penting semua kerja beres dan apa dia tanya, semua aku tahu. Pendek kata, dia dapat jawapan daripada soalan yang dilontarkan. Itulah sebabnya aku boleh berblog, facebok dan macam-macam lagi. Makan kat tempat duduk aku ni pun tak apa. Makan ringan-ringanlah. Kalau dah nasi tu melampaulah. Bos aku tu, nampak je macam tak kisah dan tak ambil tahu. Tapi dalam diam, dia prihatin pada staff dia. Yelah, sampai aku makan apapun dia tahu. Kelakarkan? Tapi dia tak marah, janji tugas hakiki aku sempurna. Diapun tak suka orang menyibuk hal staff dia. Kalau bos dah baik tu, aku pulak, kenalah pandai bawa diri. Hargai bos yang baik tu. Jangan buat apa yang dia tak suka. Buat apa yang dia suka. Buat semua kerja yang dipertanggungjawabkan hingga SEMPURNA. Ingat, SEMPURNA bukan sekadar SELESAI je. Barulah hidup kita berkat dan aman sentosa. Bos pun sentiasa happy dan senyum. Itu yang dia asyik happy dan suka mengusik tu.

Subscribe to:
Posts (Atom)