SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Friday, January 25, 2019

Suamiku Mr. Blind 2

Masih lagi nak berkongsi pengalaman semasa shooting tadi. Shooting bersama Creative Skill Solution Production. Pengarahnya Rusdi Ramli. Satu nama yang tidak asing lagi dalam industry seni Tanah air. Malam tadi, bila saya baca skrip, saya rasa pemilihan saya sebagai pelakon adalah tidak tepat. Yelah, dalam skrip tu, cikgu tu seorang yang berpenglihatan. Sedangkan saya blind. Saya lantas whatsapp Kak Noa: Saya: Kak, watak dalam skrip ni Nampak. Tak apa ke bagi saya? Kak Noa: Ubah. Ikut suka hang nak buat macam mana. Saya: Tak apa ke? Kak Noa: Tak apa. Producer nak hang. Kena ubahlah. Dia suruh hang pegang watak tu. Cikgu Lee tu tukar kepada Cikgu Siti. Biar betul production house ni? Takkanlah sebab saya boleh ubah macam tu je? Saya ni bukan orang popular pun. Itu bab skrip dah settle. Kata Kak Noa, semalam pengarah agak goyang dengan saya. Takut kalau saya marah dia. Saya kan banyak komen kerja dia. Tapi Kak Noa kata, hari ni, pengarah senyum je tengok saya berlakon. Kak Noa kata, kalau dia senyum tak banyak cakap tu, dia sukalah tu. Semalam Kak Noa cakap dengan pengarah, jangan risaulah. Tinta tu OK. Dia memang tegas tapi hati baik. Wow! Pujian! Scene pertama saya pagi tadi scene dalam bilik guru bersama Ikhlas Jalil yang memegang watak sebagai Cikgu Salihin. Alhamdulillah, Kak Noa membantu saya untuk rehears sebelum take. Ikhlas Jalil pun tak kekok dan tak segan terus jumpa saya waktu saya tengah mekap untuk rehears. Sekali lagi rehearsal sebelum take dengan action di lokasi sebenar bersama Ikhlas. Bila take, Alhamdulillah, sekali take kami dah OK. Tapi still kena ulang untuk angle kamera berbeza. Dan begitu juga untuk dua scene seterusnya. Dua scene seterusnya memerlukan saya berdialog memarahi murid dan murid tu diam buat tak tahu je. Saya sorang je berdialog. Alhamdulillah, saya dapat melakukannya dengan sekali take. Cuma perlu ulang untuk angle camera yang dia orang nak. Tapi biasalah, kadang-kadang budak tu buat silap sebab tak buat memek muka. Budak sekolah kan? OK je, saya boleh je ulang. Berlakon dengan budak ni kena sabar. Masa sembang-sembang tunggu lunch, assistant director dan wardrobe cakap, "Dia buat one take je semua scene eh. Dia bukan macam kau tau Ain. Jangan main-main," Kata mereka kepada heroin. "Yelah, susahlah saya nak buat one take macam tu. Macam mana eh?" Jawab Janisa pemegang watak Ain. "Ni satu cabaran untuk kau. Kau buat betul-betul. Jangan banyak take. Kau tu banyak take," Nasihat Kak Noa kepada Ain. Hayyoooo... Saya yang kena belajar dengan heroinlah. Terbalik kot ni kenapa? Agaknya sebab one take tulah yang director senyum tu. Katanya semalam, lokasi hot. Entah siapa entah yang berlakon saya tak pasti. Katanya berlakon entah apa-apa. Asyik salah je. Lepas tu asyik kena marah je. Mungkin director marahlah kot. Kak Noa pernah mengadu dengan saya, katanya, dia kena ajar hero dan heroin berlakon. Macam kelas teater pulak kat set. Mungkin orang baru kot. Mungkin mereka bukan datang dari bidang ni dan tidak mempunyai bakat semulajadi. Jangan salah faham. Tak punya bakat semulajadipun boleh jadi pelakon yang bagus jika seseorang tu belajar bersungguh-sungguh untuk menghayati watak. Terima kasih En. Mazlan Tahir dan Mr. Rajan sebab ajar saya kelas lakonan masa di UiTM dulu. Tak kenal siapa mereka? Selain mereka tu pensyarah saya, Mazlan Tahir adalah satu nama besar dalam industry seni Tanah air terutamanya bidang teater. Mr. Rajan pulak, kalau korang masih ingat cerita Astana, dialah director ke producer entah. Saya lupa. Selain dari saya minat terhadap lakonan, mereka berdua ni banyak mengajar saya tentang emosi, kawalan pernafasan, memek muka, lantunan suara dan dialog. Mereka sangat positif terhadap saya waktu dalam kelas dulu. Mereka suruh je saya berlakon walaupun saya blind. Ada yang berlakon dengan kawan dan ada yang kena berlakon sorang. Masa tu, siap bawa prop, muzik dan sebagainya untuk dipersembahkan bersama lakonan dalam kelas. Alhamdulillah, saya adalah antara yang sering dipuji dan disebut mereka sebagai contoh kepada rakan sekelas yang lain. Hahahaha... Dulu siap berlakon Mak Yung tau. Nyanyi lagu Mak Yung tu memang wajib untuk subjek kesenian tradisional. Final, kena buat persembahan Mak Yung di ruang legar fakulti untuk semua orang tonton termasuk lecturer, staff dan senior serta junior satu fakulti. Masa tu nervous dan malu gila.

Suamiku Mr. Blind

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Baru habis shooting. Tapi ada lagi scene baru masuk katanya. Hish, malas betul nak pergi lokasi lagi. Mujurlah production ni baik dan layan saya sama macam artis dia. Suamiku Mr. Blind ni adaptasi sebuah novel. Dulu saya pernah up status pasal novel ni di Facebook dan mendapat respon daripada penulisnya, Maya Farisha. Baru-baru ni, prop master dia datang jumpa saya Tanya pasal blind. Adalah juga benda yang saya komen sebab dia orang ni buat cerita tak buat research lepas tu salah. Mengarut je nak buat panduan CEO blind berjalan dalam bilik CEO guna riben. Merapu kan? Budak kampung yang baru masuk kerja pulak nak buat panduan CEO blind tu berjalan. Sedangkan, CEO tu dah berzaman kerja kat office tu. Lepas daripada tu, assistant director dia, Kak Noa, selalu call dan text saya Tanya pasal blind punya kehidupan. Ada sikit-sikit ilmu yang saya bagi. Tiba-tiba kelmarin, Kak Noa call tapi saya tak pick up sebab saya busy masa tu. Lepas tu dia text: Kak Noa: Yang, akak nak panggil kau shootinglah. Kau nak tak? Saya: Shooting? Shooting apa? Kak Noa: Shooting cerita yang akak tengah buat nilah. Saya: Merepeklah akak ni. (Nak bagi saya watak apa? Setahu saya watak blind sorang je dalam cerita tu. Itu pun lelaki.) Kak Noa: Kau jadi cikgu. Producer nak kau. Saya: Hah? Biar betul akak ni? Merapulah tu. (Mana pulak producer tu kenal saya? Contact pun tak pernah. Kak Noa sajalah tu main-main.) Kak Noa: Hei, seriuslah. Producer cakap, Noa, panggillah kawan you tu berlakon. I nak dia. Saya: Macam mana dia tiba-tiba nak saya pulak? Kenal pun tidak. Tiba-tiba je. Merepeklah akak ni. Kak Noa: Betullah yang. Producer yang cakap macam tu. Bolehlah. Apa pulak dia tak kenal kau yang, kan akak selalu cerita kat dia apa yang hang cakap. Akak siap hantar kat dia text hang, voice hang kat dia. Dia sukalah kat hang. Saya: Kalau orang percaya, boleh je. Kak Noa: Akak hantar gambar hang kat dia. Profile picture ni gambar hang kan? Saya: Sayalah tu. Takkan fake pulak? Tak lama kemudian, nada Whatsapp berbunyi. Kak Noa: Akak dah hantar gambar hang kat producer. Producer kata hang lawa. Dia suka kat hang. Saya: Yelah akak tu. Kak Noa: Betul. Dia nak hang. Sekarang ni, hang hantar gambar baju-baju hang yang cantik yang boleh pakai shooting. Dia nak tengok baju. Biar dia approve baru senang kerja kat set. Dia minta tiga, saya hantar tujuh. Takut nanti hantar ngam-ngam dia tak berkenan. Lepas hantar, semalam, Kak Noa bagi tahu ada empat helai baju dia berkenan. So, saya kena bawa semua baju tu. Hayyyooo... Ada baju kembang pulak tu. Nak bawa pakai apa? Takkan pakai hanger? Nak naik LRT macam mana? Letak dalam beg sandang jelah. Tapi saya teringat, masa kerja Makmur Megah dulu, ada artis yang guna luggage. So, kita pakai luggage jelah. Tarik je. Tak berat. Saya: Kak, saya mekap sendiri ke macam mana? Kak Noa: Tak payah. Kita ada make up artist yang akan mekapkan hang. Bagus. Dahlah saya kena gerak awal pagi. Kalau mekap sendiri lambatlah jawabnya. Dari rumah naik LRT lebih kurang satu jam ke Sekolah Setapak. Sekolah khas tu. Bangun pagi tadi, saya kemas semua baju dan tudung yang dah gosok malam tadi masuk luggage. Siap bawa kerongsang bagai. Mana tahu kalau nak bertukarkan? Nampak gaya kena tukar baju ni. Saya ada tiga scene. Kali ni saya rasa OK gak dengan production house ni. Dia jaga saya sama macam artis dia. Ada orang mekap, ada tukang bawa baju untuk tukar, touch up make up sentiasa. Yang kelakar tu, dia orang kata dia orang macam budak sekolah. Semua benda kena minta approval producer yang tak ada kat set tu. So, lepas saya tukar baju, pakai selendang dan mekap, dia orang mesti ambil gambar saya dan hantar kepada producer untuk dapatkan approval bahawa penampilan saya OK dan elok. Lagi satu, setiap kali saya habis scene, wardrobe dah stand by dengan baju seterusnya untuk saya tukar. Tak payah saya nak cari-cari baju dan tudung. Dia orang dah ambil siap-siap dari luggage saya dan bawa kepada saya. Saya cuma perlu tukar dan ikut je apa yang dia orang dah tentukan. Saya tak payah pening-pening nak matching tudung dan baju. Untuk baju kedua, baju kembang. Saya bawa tudung pink. Pink ni berbeza dari pink tudung pertama yang saya pakai. Dah elok lilit selendang. Haaa... Selendang saya belit sendiri. Budak wardrobe cuma tolong pegangkan kerongsang, jarum peniti, ambilkan kerongsang dan jarum, dan tolong pegangkan tudung bila saya belit. Make up artist cakap, tak boleh pakai tudung tu. Katanya perempuan meroyan yang merujuk kepada producer dah pesan, next tudung, jangan pakai tudung pink atau purple. Tak nak sama dengan tudung pertama. Dia orang ambil tudung lain dari luggage saya. Mujurlah saya bawa tudung lebih termasuk tudung warna selamat iaitu kelabu gelap dan hitam. Wati make up artist suruh saya kenakan tudung kelabu Duck saya. Budak wardrobe kata, tudung pink tadi cantik dengan baju saya sebab sama dengan warna bunga. Kalau pakai yang grey ni, gelaplah. Kata make up artist kata, nanti perempuan tu meroyan. Debatlah korang. Saya tunggu je keputusan korang dan pakai. Make up artist suruh wardrobe iron tudung saya. Lepas tu cepat-cepat belit dan selesai. Sekali lagi ambil gambar bagi producer. Kak Noa kata, producer berkenan. Kata Kak Noa, producer dia nama Yati. Yati tu dah menang banyak award tu yang cerewet tu.

Thursday, January 24, 2019

Nak Jadi Jurucakap Saya?

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Petang nanti saya ada meeting dengan pihak monorel yang dah lama saya cari. Lima orang katanya nak datang. OK, kita kena baca laporan kemalangan di monorel. Orang lama unit ni tak simpan rekod kemalangan di monorel so saya kena minta dengan welfare department. Yelah, dia oranglah yang uruskan bila berlaku kemalangan. Sebenarnya dah lama saya dapat rekod tu. Cuma, untuk double confirm, saya kena call another NGO untuk confirm sama tak jumlah yang direkodkan. Karang saya rekod lain, dia orang rekod lain. So, saya direct call Executive Director dia. Cuti. Saya call office dia kot-kot ada orang lain yang boleh saya rujuk. Dia minta saya bercakap dengan PA dia. Mestilah saya kena bagi tahu tujuan saya untuk double confirm tu kan? Tak terlintas nak menipu pulak. PA: You nak I hantar En. X ke untuk masuk meeting dengan you? Saya: Tidak untuk masa ni. PA: Kalau En. X masuk, at least, dia boleh tolong you cakap. Cakap? Hati saya bertanya sendiri. Saya: Tak perlu untuk masa ni sebab ini perbincangan our personal. Our office. Amboi, sejak bila pulak saya ni perlu ada jurucakap? Ni memang bidang saya. Dengan menteri pun saya cakap sendiri. Ni pulak dengan wakil monorel. Rasanya tak perlu khidmat jurucakap sebab kami bercakap tentang isu ni sejak bertahun lama. Nak cakap memanglah senang. Semua orang boleh datang dan tonjolkan diri kononnya dialah yang berurusan selama ni dan usahakan sesuatu. Macam kes minggu lepas. Tapi kalau betul uruskan dari awal, kenapa tak cari contact dari awal? Kenapa executive director dia suruh saya yang cari contact monorel? Sebab contact monorel tu susah nak cari kan? So semua orang tak nak susah-susah mencari. Bila dapat contact, semua orang nak datang cakap. Tak payah!

Wednesday, January 23, 2019

Kepantangan Saya

Assalammualaikum semua. Salam sejahtera. Dah lama tak update blog. Saja je nak bagi makcik-makcik bawang kat blog ni berehat sekejap daripada mengata saya. Lain kali, kalau nak mengata, kata depan-depan. Tak payah nak membawang sangatlah. Kalau nak Tanya tentang sesuatu isu yang saya tulis, Tanya je. Tak boleh jumpa, call, whatsapp or macam-macam cara boleh contact saya. Saya tahu, blog ni ramai yang kenal saya yang baca. Takkanlah korang tak tahu nak contact saya kat manakan? OK, dah penat membebel. Meh nak membebel hal lain pulak. Salah satu yang menjadi kepantangan saya ialah, orang duduk dan tak masukkan balik kerusi yang dia duduk bila dia bangun. Saya tengok memang habbit orang Malaysia la macam ni. Bangun dari meja makan tak masukkan balik kerusi, datang jumpa orang pun tinggal kerusi macam tu je. Datang office orang pun nak balik tak sorong balik kerusi ke bawah meja. Memang benda ni remeh. Tapi bagi saya itu adab seseorang. Tak ada disiplin dan protocol kalau buat benda ni. Kat office ni pun, usah kata orang luar, orang-orang office ni pun sama. Majoriti kalau duduk depan saya, lepas tu kerusi bersepah. Hadoi... Kita pulak nak kena kemas bila dia bangun. Bukan berkira, tapi saya dapat baca attitude korang kalau korang buat macam ni. Ni mesti jenis orang yang ala kadar je. Tiada ketelitian. Ada jugak yang saya dah tegur, tapi still buat benda ni. Mungkin lupa kot sebab tak biasa buatkan? Jangan nanti saya membebel sudah. Ada sorang ni, dia cakap, dulu x-executive director marah sangat bila dia duduk dan tak masukkan balik kerusi. Memang patutlah, kau duduk tempat aku pun kau tak boleh masukkan kerusi. Duduk kat kantin pun bangun belah macam tu je. Ini pulak bilik boss besar kau buat macam tu. Padan muka. Katanya boss besar tu pernah panggil dia masuk balik untuk sorong kerusi dia duduk ke bawah meja. Nantilah, jap lagi, saya pun akan buat macam tu. Kau nak menyampah ke, apa ke, nasiblah. Kalau korang tak pernah belajar benda ni sejak kecik, so tua-tua ni korang belajar. Sebenarnya saya tak suka marah-marah, tapi bila sesuatu tak mencapai apa yang saya nak, marahlah. Tempat saya kot. Takkanlah setiap kali korang datang tempat saya, saya nak kemas? Memang simple. Jangan cakap simple kat saya je. Part korang tu pun kalau korang buat pun simple kan? Kalau saya berkira, mana lebih simple, korang bangun simpan balik kerusi bawah meja atau korang bangun dan keluar, saya pulak nak kena bangun dari kerusi saya, berjalan ke depan meja, simpan kerusi korang duduk lepas tu berjalan balik ke tempat saya dan duduk. Mana simple lagi? Saya cukup tak suka benda yang saya dah cakap, nak kena ulang banyak kali. Pleaselah. Lepas tu, saya ni blind. Korang tak simpan kerusi tu, saya berjalan kat situ, saya langgar. Saya ni manusia, sakit bila langgar. Kalau robot tak apalah jugak. OK, selamat membawang kepada mereka yang suka membawang. Saya dah boleh agak dialog apa yang korang nak cakap lepas baca entri ni. Bagilah pahala korang banyak-banyak kat saya.

Sunday, January 6, 2019

Saya Kagum Dengan Awak

Assalammualaikum dan selamat petang semua. Duduk lepak-lepak kat rumah. Tak ada apa nak buat. Rutin mingguan semua dah siap. Jom kita chit chat chit chat kat sini. ****************************** Semalam pegawai khas Menteri Wilayah turun Brickfields. Isu pembangunan di Brickfieldslah. So, saya salah seorang daripada wakil yang hadir. Adalah beberapa wakil lain turut hadir. Seperti biasa, saya bukan seorang yang banyak cakap dalam mana-mana meeting atau lawatan kecuali ada benda yang saya perlu cakap. Dan saya jugak tak suka ulang cakap benda yang orang lain dah cakap. Semalam tak ada pertelingkahan. Saya bercakap dengan lembut sebagai seorang yang profesional ditambah dengan senyuman. Mungkin suara saya ni perlahan kot. So, En. Nik selalu memberikan perhatiannya kepada saya apabila saya bercakap. Begitu juga dengan wakil yang lain, mereka akandiam bila saya berkata-kata. Korang janganlah diam sangat. Nanti kalau saya salah cakap malu tau. Habis waktu kerja, saya balik rumah. Dalam jam 6.00 petang lebih, telefon saya berdering. Pemanggil: Tinta kat mana? Saya: Kat rumah. Kenapa? Pemanggil: Ingat masih di pejabat. Saya: Eh, hari ni hari Sabtu. Tak adalah saya kat ofis sampai petang. Kenapa? Pemanggil: Ingat nak ajak makan. Saya: Oh, lain kalilah. Saya kat rumah. Pemanggil: Saya kagum dengan cara Tinta masa sesi lawatan tadi. Baguslah. Cara Tinta cakap, apa yang Tinta cakap. Tinta betul-betul membela komuniti OKU Penglihatan walaupun Tinta cakap perlahan dan lembut. Saya rasa Tuan Nik pun suka dengan apa yang Tinta cakap. Dia bagi perhatian setiap yang Tinta cakap. Fokus. Saya: Biasa je. Saya memang macam tu kalau ada meeting ke, audit akses ke. Dalam keadaan tertentu je akan jadi hangat. Tapi yang hot tu jarang berlaku. Kadang-kadang apa yang kita rasa biasa tu yang orang nampak. Entahlah. Tak ada apa yang best pun saya ni. Just buat kerana tugas saya. Selagi mampu, saya akan terus berjuang.

Saturday, January 5, 2019

Kesimpulan Cinta

Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Sementara menunggu pegawai khas Menteri Wilayah datang, jom kita sembang-sembang. Topik hari ni adalah topic cinta. Menarikkan? Ramai yang suka topic ni. Tapi maklum jelah, pembaca blog saya ni silent reader. Komen jauh sekalilah kan? Hehehe... Tapi berdasarkan google analytic ni, saya tahu ramai yang membaca. Ada yang dari KL dan luar KL. Ada yang dari Putrajaya, PJ, Pulau Pinang, Perlis, US pun ada. Ada gak nama Negara yang jarang didengar. Tapi mungkin tu scammer kot. Apa dia faham baca blog saya? Kecuali orang Malaysia tinggal kat sana. Macam US, Australia, tu memang ramai orang Malaysia. ****************************** Apa yang dapat saya rumuskan tentang cinta: 1. Perempuan suka lelaki yang mengayat. Sebab dengan ayat-ayat cinta tu, boleh buat hatinya kembang setaman. Tapiiii... Tahu tak kaum Hawa, yang sebenarnya, lelaki jugak suka diayat? Dia orang pun perlukan kata-kata semangat untuk terus mencintai. Cuma, kaum Adam kenalah mulakan dulu. Perempuan ni kan pemalu sifatnya. Kalau korang tak mengayat dia, jangan haraplah dia nak mengayat korang. Jarang jumpa perempuan dulu yang mengayat. 2. Sesekali, biarkan pasangan korang terdera dek rasa rindu supaya dia tahu menghargai korang dan siksanya bila korang tiada. Tapi awas, jangan biar dia rindu lama-lama sangat. Rindu tu akan bertukar menjadi dendam dan lepas tu, ia akan reda sedikit demi sedikit. Bila dah reda tu, dia akan menjadi biasa dengan ketiadaan korang sama ada secara fizikal atau pun menerusi telefon or text. Bila ini berlaku, maknanya, hubungan korang dah masuk zon bahaya. Pasangan akan jadi tak kisah bila korang tiada. Dah tak ada rindu-rindu dah. 3. Kekalkan rutin yang korang buat masa mula-mula korang nak tackle pasangan korang dulu. Jangan bila dah rasa korang dalam zon selesa, dia dah cintakan korang, korang pun berhenti buat apa yang korang pernah buat dulu. Teruskan rutin tu sebab ianya macam renew perasaan korang bersama pasangan. 4. Pernah tak korang dengar, orang tua-tua cakap, sayang dan cinta ni jangan diucapkan. Bimbang nanti sayang tu hilang. Tahyol semua ni! Pakar motivasi sendiri pun cakap, sayang, rindu, cinta perlu diucapkan saban waktu untuk pasangan tahu perasaan kita. Tapi janganlah sorang je yang nak cakap. Yang sorang lagipun mesti nak dengar jugakkan? 5. Cari idea baru setiap hari. Kalau korang ucap selamat pagi tu, janganlah hari-hari ayatnya sama je. Cuba buat penambahan or kelainan sikit. Biar dia tak sabra-sabra nak baca apa korang nak cakap hari tu. 6. Perlu mengada-ngada. Perangai macam ni perlu ada untuk menambahkan rasa kasih sayang. Tapi buat perangai mengada-ngada tu, mengada-ngada yang menerbitkan rasa kasihlah. Jangan mengada-ngada buat dia rimas or menguji kesabaran dia. Kejap lagi sayang pun melayang! Pendek kata, mengada-ngada yang comel. 7. Pick-up Line. Pick-up line ni pun satu elemen penting. Buat dia orang rasa terkena yang manja-manja gitu supaya dia rasa geram, malu dan saying sangat kat korang. Buat dia melayang. Contoh, korang hantarlah text kat dia: "Tumpang lalu sikit," Mesti dia Tanya, "Tumpang lalu apa ni?" "Tumpang lalu ke hati awak," Bayangkan apa perasaan dia bila dia dapat ayat ni. Banyaklah contoh pick-up line korang boleh tengok kat youtube tu. 8. Cemburu juga tak kurang hebatnya untuk menghangatkan kasih sayang. Tapi sama macam mengada-ngada tadi, cemburu yang berpada-pada dan jangan merimaskan. Cemburu-cemburu manja gitu supaya dia tahu korang tak nak kehilangan dia. 9. Merajuk satu lagi cara melahirkan perasaan kepada kekasih hati korang. Tapi jangan selalu, dia akan rimas. Jangan lama dia akan bosan. Merajukpun kena merajuk manja. 10. Buangkan ego korang dalam mempamerkan kasih sayang korang terhadap pasangan. Tak payah rasa aku lelaki tak boleh tunjuk sangat hilang macho. Korang tunjuk tu sebenarnya lagi buatkan korang tu macho di mata pasangan korang. Kalau korang ego tak nak tunjukkan rasa cinta korang, sampai bilapun korang takkan rasa cinta tu. Setakat tu jelah dulu. Nanti saya buat kajian lagi eh. Lepas tu saya update balik. Hahahahaha...

Friday, January 4, 2019

Siapa Kata Blind Tak Boleh Masak?

So nak cerita pasal belajar masak. Mummy selalu cakap dengan saya, "orang perempuan kalau tak pandai masak, jangan berangan nak kahwin," Saya memang minat nak masak. Sejak kecil, masa saya belum blind dulu, saya suka tengok rancangan masakan. Hahahaha... Tu yang masak susun bahan dalam pinggan cantik-cantik tu. Selalu kena perli dengan Haida dan Hana. Masa sekolah dulu, saya minta dengan Cikgu Bakhtiar nak belajar masak. Cikgu ajar saya goring ikan dan daging burger. Macam tu jugak dengan mummy. Tapi bila dorang ajar, saya tak confident nak buat sendiri. Mummy selalu cakap, "jap, bagi mummy ratakan jap. Lepas tu along kacau," Dalam hati saya, dah rata, buat apa saya kacau lagi. So, saya rasa bukan hasil masakan saya. Tak best! Bila saya kat UiTM, saya datang ke rumah kawan kat Brickfields. Saya cakap dengan Kak Miah, salah sorang penghuni rumah tu yang saya teringin nak belajar masak. Kak Miah cakap, Kak Suriani pandai masak. Tapi Kak Suriani tu totally blind. Saya terpaku. Totally blind boleh masak? Bestnya! Saya nak pandai macam dia. Kak Miah kata lagi, kalau blind, better blind yang ajar masak. Sebab blind je tahu macam mana nak ajar blind masak. Kalau orang normal ajar, sampai ke sudahlah blind tu tak pandai masak. Waaa... rela bangun pagi-pagi masuk dapur semata-mata nak belajar masak dengan Kak Suriani. Adalah confident sikit bila dah belajar tu. Habis UiTM, Kak Miah, Kak Sida dan Mahsuri pindah Bandar Tasik Selatan. Sementara cari kerja, saya menumpang kat rumah dia orang. Kali ni, Kak Sida pulak ajar saya masak. Lepas tu, dia suruh saya masak sorang. Haaa... Macam-macam jadi bila saya masak sorang nak boleh ke pandai tu. Nanti la saya cerita dalam entri lain. Jadi, bila dia orang pergi kerja, saya akan masakkan untuk dorang semua makan. Yelah, lama mana sangat saya keluar cari kerja. Mahsuri ni pengkritik. Tapi pengkritik yang membina. Dia orang sabar je makan masakan budak baru belajar yang tak sedap. Hanguslah, terlebih masaklah, masinlah, macam-macamlah. Kata Mahsuri, masakan saya ada improvement. Sampailah dorang kata saya dah lulus untuk memasak. Huuu... Bukan senang nak belajar masak tau. Rumah hamper terbakarlah, kulit melecurlah. Hahahah... Demi minat ku tahankan jua. Dan akhirnya Alhamdulillah, saya bolehlah masak untuk makan sendiri. Jangan tak tahu ya, Hakim pulak belajar masak dengan saya hahahahahahaha... Dah dua tahun dah tak pegang dapur gas ni. Harap bila pegang nanti tak gabra heheehe... Yelah, asyik masak pakai steamer dan oven je. Buat sup ayam pun pakai steamer, tomyam pun steamer. Tak mencabar langsung. Steamer dan oven ni masak yang simple-simple bolehlah. Tu yang rasa bosan tu Tapi kalau balik kampong, baik mama atau mummy tak bagi saya masak. Dulu mama kerja. Masa dia tak ada, saya curi-curilah masak. Bosankan, tak ada apa nak buat. Masa abah masuk wad dua tahun lepas, mama jaga abah. Acik pulak demam. Haaa... nilah peluang saya masak. Kesian acik demam. Tak adalah gabra pegang dapur walau lama dah tak masak. Sebab tu saya tak suka bila ada blind yang kata dia tak boleh masak. Bila kahwin, suami je yang masak. Kitakan nak inclusive, so, kenalah buat apa yang orang lain buat Benda ni banyak jadi bila dorang kahwin dengan orang normal. So macam mana orang nak pandang kahwin dengan blind or dengan normal tu sama je kalau kita asyik memberi alas an tak boleh? Memanglah masak tu bukan wajib bagi isteri tapi kalau masak tu seratus pratus suami buat, itu tak kena bagi saya. Bukan takat masak. Ada jugak yang kahwin dengan orang normal, nak pergi LRT pun tak pandai. Baik lelaki baik perempuan. Kalau kau kahwin dengan orang yang sibuk, mati terus tak boleh bergerak ke mana-mana. hahahaha melampau la pulak sampai mati ibaratnya.

Rindu Kalian

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni hari Jumaat, esok cuti. Menjelangnya hari Jumaat, teringat saya kepada dua orang x-housmate saya. Haida dan Hana. Persahabatan yang terjalin di sekolah membawa ke zaman pekerjaan. Kami tinggal serumah sejak tahun 2008 di Taman Melati. Hana keluar sebab berkahwin pada tahun 2010. Dari Blok G Taman Setapak Indah, kami pindah ke Blok K. Tapi kali ini pindah bersama Haida je. Kami tinggal berdua. Memang tak nak ambil orang baru takut tak sesuai. Lepas tu pindah ke Wangsa Maju 2014. Kami ni dah macam adik-beradik. Masa duduk bertiga dulu, saya kerja di Ampang. Masa tu kami masak hari-hari. Hana masak hari kerja sebab ofis dia dekat. Saya masak hari minggu. Siap bawa bekal pergi ofis. Masa duduk berdua pun ada masak lagi. Kalau saya masak, Haida kata chef masak sebab semua bahan saya letak dalam bekas berasingan dan susun cantik-cantik. Haida akan teman saya masak dan tugas dia, basuh semua peralatan yang digunakan. Antara kami bertiga, Hana paling diam. Tapi kami selalu habiskan masa bersama. Bersembang, bergurau, tengok TV bersama. Kadang-kadang bergelimpangan tidur depan TV kat ruang tamu. Ada masanya, saya dan Haida saja bentang toto dan tidur kat ruang tamu. Kerja kami asyik bergelak ketawa je. Tapi bila salah sorang sedih, kami akan ikut bersedih dan pujuk. Cerita bab masak, teringat pasal masak nasi lemak. Hana pandai buat sambal ikan bilis yang banyak sambal. Tapi nasi lemaknya selalu tak menjadi. Saya pulak, nasi lemak menjadi. Cukup rasa lemak dan masak betul. Tapi bila buat sambal, selalu kering sambal saya. Selalu tension. Last-last, kalau nak makan nasi lemak, kami berpakat. Saya masak nasinya, Hana buat sambal. Baru ngam. Hahahaha... Hari minggu adalah hari saya buat eksperimen. Tengok resipi kat internet dan masak. Haaaa... Tak sangka, saya punya nasi ayam, masak paprika, roti bakar chees sossage, adalah beberapa lagi menjadi. Bila hujung minggu, mesti dia orang Tanya saya nak masak apa. Saya cakap, korang jadi bahan eksperimen eh, kalau tak sedap pun korang makan jugak. Hahahaha... Kalau ada masakan yang dia orang suka, dorang mesti cakap, "Awak, bila nak masak ..." Itu soalan Hana. Kalau Haida pulak dia akan cakap "Dah lama kita tak makan bubur nasi Cik Long. Agak-agaknya esok ada tak bubur nasi?" Hahaha bubur nasi saya ni pedas dan resipi ni dari angah. Tapi Haida sukakannya. Kalau Hana pulak, saya suka dia masak ikan sambal. Best sangat. Pendek kata Hana ni kalau masak sambal memang sedap. So saya dan Hana akan saling belajar sebab masakan yang kami pandai tu berbeza. Teringat suatu hari Hana masak daging. OK, potong daging pun kami dah gelak. Dia potong daging macam nak letak dalam nasi goring. Kecik. Lepas tu dia buat daging masak kicap. Keras gila. Haida biasalah akan melaporkan kepada saya. First saya komen cara dia potong. Katanya ni kali pertama dia siang daging. Laaa... Kenapa tak cakap? Ingatkan dah biasa siang daging? Hana: Awak, cuba awak rasa daging saya ni? Kenapa daging saya keras? Tak boleh makan? Saya cuba makan. Memang keras. Kami gelak sama-sama. Saya: Ni mesti kali pertama masak dagingkan? Hana dengan sedih mengaku. Saya: Daging ni bukan macam ayam boleh masak sekejap je. Hana: Boleh tak awak baiki daging saya ni supaya kita boleh makan? Sayapun try la. Tapi taklah dapat empuk sangat. Cuma bolehlah untuk makan. Hana: OK, esok awak masak daging eh, saya nak tengok. Dan keesokan harinya saya memilih untuk masak daging lemak cili api resipi nenek Negeri Sembilan saya. Hana Tanya saya, "Kenapa daging awak lembut?" Saya beritahu dia, yelah, kan sebelum campur bahan saya masak daging tu dulu sampai lembut. Akhirnya, Hana pun pandai masak daging dan siang daging. Kalau saya masak, saya sendiri suka complain. Itu tak kena, ini tak kena. Haida dan Hana pun tension. Dorang cakap, dorang yang makan rasa OK je. Yang masak tu pulak complain pasal masakan dia. So, setiap kali saya masak, dorang tahu dah saya sendiri akan cakap tak sedap. Haida tu nakal sikit. Dia selalu cakap "Yang nak complain tu biar dia complain Kak Hana. Jom kita makan. Sedap tak?" Hana akan jawab "Sedap. Orang cerewet ni susah, dia snndiri masak, dia sendiri complain. Orang masak dia tak complain pulak," Hana ni sangat rajin masak. Hari-hari dia masak. Haida pulak suka paksa saya masak. Dia cakap, dia suka makan orang malas masak. Hahahahha... kami hidup rukun damai. Kalau ada yang tak kena, sekejap je merajuk or marah. Usik-mengusik tu setiap hari. Itu yang buat kami hidup aman bahagia. Rindunya zaman tu. Sekarang hari minggu, saya sorang je. Paling tak pun, gaduh dengan Chiko. Dah lama tak masak. Rindu nak masak. Apakah dapur gas akan kembali ke rumah saya? Hahahah... Tong gas pun jadi perhiasan je kat dapur tu sekarang.

Tuesday, January 1, 2019

Be My Eyes

Assalammualaikum dan selamat pagi menjelang tengahari semua. Alhamdulillah, hari ni saya dibangkitkan dengan rasa syukur dan happy. Terima kasih, Allah atas kurniaan ini. So, hari ni nak cerita pasal Be My Eyes, satu aplikasi yang sangat berguna kepada blind. Orang lain dah guna lama dah benda alah ni. Due to phone yang penuh memori, saya tidak dapat menggunakannya walaupun dah tahu lama dah pasal apps ni. Alhamdulillah, Allah izinkan saya untuk beli phone baru, jadi, macam-macam apps saya boleh download. Hari ni, kali pertama saya guna Be My Eyes. Duduk saja-saja kat rumah ni, ingat nak manjakan diri. Nak try produk yang saya dapat tester. Bulan Disember, ada produk mekap yang dah habis setelah menggunakannya beberapa bulan dan ada yang setahun lebih. Masa membeli, kaunter bagi saya tester dan ada jugak yang bagi tester kat tepi jalan iaitu Marry Kay. Saya belum minat dengan produk ni. Tapi orang dah bagi free, jomlah kita habiskan. Masalahnya, saya tak tahu mana satu jenama Marry Kay ni? Takut bercampur dengan tester Lancome yang saya dapat masa beli barang Lancome hari tu. Jom kita try Be My Eyes. Tak payahlah kita ganggu orang yang sedang berehat. Kalau dia dah assign nak jadi volunteer Be My Eyes, call je mesti yang available jawab. OK, Be My Eyes ni, satu apps yang dibangunkan untuk membantu blind. Kat dalam apps ni ada dua pilihan sama ada blind user atau volunteer. Sebagai blind user, kita tekan je button first available volunteer. Maknanya kita buat video call kepada volunteer tulah. Tapi satu hal jugak nak kena pakai baju proper dan tudung. Krang yang jawabnya lelaki, tak ke naya. Tadi yang sambut call saya namanya Raihana. Alhamdulillah perempuan. Taklah segankan? Dahlah nak tanya produk kecantikan hehehe... Melalui video call ni, kita bolehlah tanya dia apa-apa yang kita nak suruh dia tengok. Sangat membantukan?