Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Wednesday, November 9, 2016
Ke Mana Harus Dilayar Rindu?
Malam sepi begini, terpanggil aku untuk melakar rasa di sini. Dalam mengusung saratnya rindu, aku tak tahu ke mana harusku layarkannya. Lalu ku mohon Tuhan, halakan rindu ini buatMu yang sentiasa merindui hamba-hambaNya.
Tuesday, November 8, 2016
Suatu Perkenalan
Perkenalan itu, telah membawa kita menjadi kawan. Tak sangka, perkenalan pertama yang kita tak berbual mesra, hampir sebulan kemudian kita jumpa lagi dan terus berkawan hingga hari ni.
Terima kasih you, sebab sudi jadi kawan I. Setakat ni, sebagai kawan, you memang baik. Dan I banyak belajar tentang suatu sisi baru kehidupan. Agaknya betul kata you, mungkin ada sebab kenapa Allah temukan kita. Walaupun you tidak berpenampilan warak, tapi you selalu mengingatkan I pada Dia yang menciptakan kita meskipun secara tidak langsung.
Cerita punya cerita, tak sangkakan you, kita ada beberapa persamaan. Rutin harian kita, apa yang kita lalui, minat kita, even date kita masuk kerja kat tempat kita bertugas nipun hampir sama. Date lain tapi bulan sama. Nasib office tak sama. Kalau tak, hari-hari gaduh hehehe... Ah, banyak lagilah yang sama. Cuma busy je yang tak sama. Kalau I kat tempat you, I pengsan kot. Siap kena on call lagi, macam doktor la pulak.
You, terima kasih ya you, sebab selalu temankan I walaupun secara online. Yelah, nak layan kawan-kawan FB pun I dah tutup FB. Hikmah yang I dah nampak kenapa Allah temukan kita, sebab, Allah nak suruh I improve my English Language dengan membiasakan cakap dan tulis Inggeris. Benarlah janji Allah, dia akan berikan kita sesuatu pada masa yang sesuai. Misalnya, I tengah kelam-kabut nak improve my English sebab nak ajar steward, stewardess and ground staff in Air Asia. Allah uji, dalam keadaan I tak bersedia, boss I sakit. Lepas tu MC sebulan setengah sedangkan Air Asia's Class have to on. Boss yang baik hati tu pun, tiga kali mengajar dalam MC semata-mata nak ajar I. Lepas tu dia suruh I buat and dia observe untuk minggu berikutnya. I ni bukan english speaking punya orang. After UiTM, makin banyak perkataan English yang hilang sebab tak amalkan. Dan Allah temukan kita pada masa yang macam ni supaya I biasa dengan English then gunakannya seharian. You tahu tak, sometimes, I buka dictionary bila baca pesanan you. Bila nak balaspun sama, I buka dictionary supaya tak salah perkataan dan tak salah eja. Memanglah ada masanya you tak tulis hundred percent in english, but ada perkataan yang you gunakan tu I tak familiar. Dah hari ni pulak, you suruh I cakap dengan you pulak in english instead of reply your whatsapp. Seganlah I, I bukan pandai sangat nak speaking bagai ni. But my boss said, I can, but sebab tak guna selalu tu yang I have no confident. Bila I fikir balik, kalau dia yang english speaker tu tahu I tak boleh, masakan dia suruh I sorang-sorang pergi mengajar di Air Asia tu. Walaupun ada assistant, nothing to do with her because she just assist me to change the slides, show the video because I have to move here and there for demo. And thanks to my assistant yang selalu bagi support. Selalu cakap I boleh dan paling penting, banyak bantu I in practical session. Thanks, Qilah. Hehehe in practical session ni nampak kewibawaan Aqilah yang mengarahkan class untuk buat apa yang patut. Siap ajar I macam mana conduct dia orang tu.
Sekali lagi, terima kasih you, terima kasih sebab sudi berkawan dengan I.
Dengan Izin Allah
Hampir setahun ni, macam-macam yang saya lalui. Tahun ni, memang tahun dukacita buat saya. Tak apalah, Allah kan ada. Dan saya dapat rasakan, bila saya berdukacita, hanya orang-orang yang benar-benar ikhlas menjadi kawan saya je yang terus bersama saya. Menghulur tangan untuk saya berpaut agar bangun, menolak saya ke atas semula serta memimpin saya agar tidak tersadung lagi dalam destinasi yang penuh cabaran ni.
Kawan itu, silih berganti. Kawan ketawa, akan cepat perginya. Tapi janji Allah, Dia akan bagi yang lebih baik. Maka, Allah tunaikannya buat saya. Mungkin kawan-kawan yang saya ada kini bukanlah seperti kawan-kawan yang saya ada dulu. Kawan yang havoc, happy go lucky, lepak sana-sini dan ada yang menggolongkan mereka sebagai high standard. Tak tahulah sejauh mana kebenarannya. Sebab saya berkawan dengan mereka bukan sebab kelas. Dan saya tahu kelas kehidupan kawan-kawan saya. Sama je macam saya.
Alhamdulillah Allah, kawan-kawan yang saya ada sekarang, adalah kawan-kawan yang mengajar erti kehidupan, mengajar saya makna akan suatu perjuangan, mencorak kehidupan yang lebih rialistik, menukil cita yang perlu digapai. Kawan-kawan yang berkongsi pengalaman dan pendapat buat bekalan dalam kehidupan dan kerjaya demi suatu kejayaan yang menuntut jerih-perih keringat serta air mata.
Apa yang lebih mengharukan saya, saya mempunyai boss yang terlalu yakin akan kebolehan saya. Yang selalu menolak saya ke hadapan. Yang selalu mahu kebolehan saya dipandang ramai. Begitu juga dengan board members yang percaya dengan kebolehan saya. Sentiasa cuba buat saya rasa selesa dan memenuhi keperluan kerjaya saya. Dan ada juga rakan-rakan pejabat yang sentiasa di samping saya, membantu saya dalam kemajuan kerjaya dan kehidupan.
Satu demi satu Allah datangkan pada saya. Saya mula dipertemukan dengan pelbagai orang untuk berurusan, mungkin Allah nak pergaulan saya luas dan tidak terhad pada satu kumpulan sahaja. Dan saya juga berpeluang mencuba beberapa perkara baru.
Terima kasih Allah, walaupun saya kelihatan keseorangan, tapi sebenarnya tidak. Saya rasa kini saya kaya dengan kasih sayang dan perhatian orang-orang yang benar-benar ada dengan saya meskipun mereka jauh. Rakan-rakan pejabatpun dah mula memahami cara kerja saya. Dan saya rasa, saya semakin dihargai walaupun ada yang membuang saya. Cuma, saya tahu, dalam perjalanan yang entah bila terhentinya ini, pastinya saya akan dipertemukan lagi dengan orang-orang yang akan menguji saya dan saya akan dihadapkan dengan pelbagai dugaan mendatang.
Jadi, kepada dia yang kononnya mahu memberi pengajaran kepada saya, terima kasih sahabat. Kerana apa yang kamu lakukan, memberi saya lebih kekuatan dan membuka minda saya untuk memahami erti persahabatan. Hakikat yang paling pahit untuk saya terima adalah kenyataan yang kamu bukanlah sebenar-benarnya sahabat yang dapat saya sandarkan segala harapan serta kongsikan segala kedukaan dan kebahagiaan. Jika kesalahan sayapun tidak dapat kamu terima dan cuba memandu saya kepada kebenaran, malah, saya dipinggirkan dan pelbagai cerita direka. Tidak cukup dengan itu, saya dipersendakan. Maka, saya harus terima hakikat bahawa, kita tidak sesuai menjadi sahabat. Apapun, terima kasih atas segala kebaikan kamu kepada saya sebelum ini. Dan saya harap, kebaikan yang sebelum-sebelum ini ikhlas dari hati kamu dan semoga Allah melipatgandakan kebaikan buat kamu atas segala kebaikan kamu pada saya. Sebagai orang yang pernah menjadi sahabat kamu, saya sayangkan kamu sampai saat ini dan Insya-Allah sampai bila-bila cuma langkah kita saja yang tidak seiring lagi.
Sunday, November 6, 2016
6 November, 2010
Apa yang ada pada tarikh yang sama enam tahun lalu?
Pada tarikh nilah saya menghadiri temuduga di office saya sekarang ni sebagai Public Relation Assistant. Hahaha masa tu, hati tengah berdarah kelukaan buat kali pertamanya. Hahaha...
Beberapa hari sebelum tu, saya dikejutkan dengan panggilan daripada salah sorang staff office ni yang saya kenal, bertanyakan kepada saya sama ada saya terima atau tidak surat daripada organisasinya yang dihantar melalui City Link. Tak ada pun? Apa yang mustahak sangat tu? Mula-mula saya ingat surat dari SPA. Rupa-rupanya dari organisasi ni. La... Kenapalah susah-susah hantar dengan City Link? Saya kan kerja dekat-dekat sini je, call jelah suruh saya ambil surat tu. Jap, jap, saya peliklah. Surat apa tu?
"Surat panggil you interview. Dengar cerita, dia orang nak ambil you jadi PR." Hah? Saya terkejut. Bila masa la pulak saya apply jawatan tu kat situ? Bila ada kekosongan pun saya tak tahu. Iklan apatah lagi.
"Executive Director (Mr. George) dah keluarkan senarai calon. Lepas tu dia tulis pakai tangan kat list tu, +Tinta Emas. Kita orangpun pelik," Cerita staff berkenaan.
Betul ke? Dah orang dah panggil, cuba jelah.
Sayapun merisik khabar. Rupanya PR ni dia sekali dengan fund raising. So, sayapun mula study tentang PR dan Fund Raising.
Tibalah pada tarikh ni, saya datang interview.
Waaaa... Bukan calang-calang saingan saya. Ada student MASCOM, ada yang sedang bertugas sebagai PR. Alamak, habislah saya macam ni. Tapi, ada sesuatu yang membuatkan saya rasa seperti ada sedikit harapan.
"PR tu senang. Habis tu kalau dia Tanya fasal fund raising tu apa ha? Macam mana nak buat untuk raise fund tu?" Saya dengar mereka berbual sesame mereka. Siapa suruh tak nak Tanya saya? Semuanya macam hebat-hebat je, langsung tak nak Tanya saya. Mesti dia rasa, kalau dia orang tak tahu, saya lagi tak tahu. Hahaha sebenarnya raise fund tu, saya tengah buatlah sekarang.
Masa saya melangkah masuk bilik temuduga, Puan Liza dan Mr. George kata, tak payah kenalkan diri, sebab dia orang dah kenal saya.
Orang lain punya interview lama. Saya punya kejap je. Ada jugaklah dia Tanya fasal fund raising. Alhamdulillah saya dapat jawab.
Tak lama lepas tu, saya dapat panggilan mengatakan saya diterima mengisi jawatan PR di organisasi ni.
Hahaha 10 bulan kemudian baru saya mula bertugas di sini iaitu pada 5 September, 2011.
Dan pada tarikh yang sama tahun ni, usia perkhidmatan saya di sini masuk lima tahun dua bulan. Ketika usia perkhidmatan saya mencecah lima tahun, saya ditukarkan ke Accessibility and Advocacy Department dan turut bertanggungjawab kepada Sukan Dan Rekreasi. Terima kasih Allah kerana memberikan rezeki ini kepada saya. Saya sayangkan organisasi ni. Saya akan cuba buat sehabis baik untuknya. Harap-harap, saya dapat rasa pelbagai department lagi untuk perjalanan carreer saya di sini jika rezeki saya lama di sini.
Sepanjang duduk kat department baru ni, banyak perkara baru yang saya belajar dan saya mula mencintai tugas baru saya.
Bukan Milik Saya
Suatu malam, saya menghadiri suatu makan malam yang turut dihadiri ratusan jemputan lain.
Saya tak kenal siapa dua perempuan yang duduk di sebelah saya. Tegur jelah, belasah je. Tambah kenalan.
"Ya? Ini Tinta Emas kan?" Jawab perempuan yang duduk di sebelah saya setelah saya menyapanya.
"Ya, saya,"
"Baru je kita orang bercerita fasal Tinta tadi. Tiba-tiba dah ada kat sebelah kita dah orangnya. Tak sangka rasanya," Beritahunya tanpa ditanya.
"Cerita fasal apa?" Saya pelik.
"Siang tadi, akak tengok Tinta jadi pengacara. Akak cakap dengan adik ni (merujuk kepada sorang lagi perempuan yang duduk di sebelahnya), Nampak dari jauh, Tinta ni cantik. Akak cerita kat dia, bagi gambaran," Ya sebab orang yang duduk di sebelahnya tu tak Nampak.
Ya Allah, sesungguhnya cantik itu bukan milik saya. Saya rasa saya ni biasa-biasa je.
"Tapi bila duduk dekat malam ni, awak ni memang cantik. Jauh cantik, dekatpun cantik. Kalau tengok dekat tu cantik, maknanya betullah tu. Setengah orang, Nampak dari jauh je cantik, bila dekat tak cantik." Kakak itu menambah dengan mesra.
"Tak adalah kak. Saya ni biasa-biasa je," Saya melemparkan senyum mesra kepadanya.
Subhanallah, janganlah pujian ini menimbulkan rasa riak dalam hatiku. Sesungguhnya cantik itu milikMu dan Engkaulah Yang Maha Indah.
P/S: Jangan jadi isu pulak entri ni. Saya sekadar menjadikan pujian ini sebagai motivasi dan kenangan buat saya lalu saya abadikan di sini. Kalau tak suka baca mohon maaf. Tapi saya tulis ni di blog saya jadi saya tulis apa yang saya suka, bukan apa yang orang suka.
Saturday, November 5, 2016
Amaran Hati
Isnin lalu, sewaktu saya keluar dari Guardian KL Sentral, saya dengar nama saya dipanggil seseorang. Tak pasti pulak suara siapa.
Saya menoleh seketika. Tiada yang mendapatkan saya lalu saya terus berjalan menghala ke LRT dan NU Sentral.
"Tinta," Sekali lagi nama saya dipanggil. Kali ini suara itu dekat sekali dengan saya. Allah, mamat ni ke?
"Nak ke mana?" Tanyanya.
"Nak ke Gurdian NU Sentral," Jawab saya ringkas. Kalau boleh, saya tak mahu lama bersamanya.
"Dah makan?"
"Dah," Ni mesti nak ajak saya makan. Teka saya dalam hati.
"Jom makan sekali lagi," Kan betul.
"Tak apalah, saya nak balik,"
Dia menerima panggilan dari seseorang. Seolah-olahnya dia ada temujanji dengan orang lain. Selamat saya, fikir saya sendiri.
"Jomlah. Hari tu kan birthday awak. Saya belum belanja awak lagi," Dia mengulang ajakannya. Dah bertahun dah awak tak belanja birthday saya. Komen saya dalam hati. Ke... Dia tahu apa yang berlaku?
"Awak dengan siapa?" Sekadar bertanya.
"Dengan Amri. Ke awak nak makan dengan saya hari lain?" Amri? Saya dah lama tak jumpa Amri yang bersusah-payah tolong saya sewaktu di sebuah gunung.
"Tak naklah,"
"Kenapa? Awak tak nak orang Nampak kita berdua ya?"
"Ha'ah," Jawab saya tegas dan yakin. "Saya malaslah, nanti orang cakap bukan-bukan, saya dah penat." Sambung saya.
"Biarlah kalau orang kata kita couple pun, tak adalah orang kacau awak,"
"Malas, malas,"
"Kalau awak tak nak makan malam ni, kita makan hari lainlah," Saya berfikir sejenak. Mamat ni bukan boleh dibuat main. Nanti dia tuntut, silap hari bulan, dia datang office hantar makanan atau barang. Lagi haru. Dahlah kat office tu ada si busy body," Dia dah offer makan bertiga tu dah cukup baik dah. Tak yahlah saya keluar berdua je dengan dia.
"Kalau awak nak belanja saya, belanja jelah dengan Amri," Putus saya setelah berfikir.
Sepanjang makan malam tu, saya banyak berbual dengan Amri. Dia order makanan kegemaran saya. Katanya, dia masih ingat Brownist wall nut with ice cream kegemaran saya.
"So sweet," Usik Amri.
"Jangan mengadalah, Amri," Amaran saya berikan kepada Amri.
Ya Allah, ujian apa ni? Dahlah saya ni tengah sengsara. Dipertemukan pulak dengan mamat ni. Hati, ini amaran keras! Jangan mengada-ngada nak feeling. Alhamdulillah, pertemuan kali ni, tidak membuatkan jantung saya berdegup pantas. Syukur Tuhan.
"Kalau korang nak ulang balik kenangan indah dulupun... Apa salahnya," Ujar Amri.
"Dahlah," Saya mahu menghentikan usikan Amri.
Amri, awak tak tahu apa yang pernah saya lalui bersama dia. Awak tak tahu bagaimana saya merasakan harga diri saya dipijak ketika bersamanya dulu. Memang dia ada kebaikan pada saya. Tapi selalunya kebahagiaan yang saya rasakan tak lama kerana dihancurkan oleh sikapnya juga. Dan saya tahu apa status dia sekarang.
Sesudah makan, saya beriringan dengan Amri ke LRT. Si dia, berjalan jauh di hadapan. Mungkin tak nak bagi orang Nampak dia bersama saya kot. Biarlah, itu lebih baik. Saya tak kecil hatipun. Mungkin dia nak jaga sahamnya yang kononnya sedang melambung tinggi tu agar tidak terjejas.
Kepada dia, saya doakan dia berubah kalau tidak tiada siapa yang mampu mengubah kehidupannya. Saya doakan agar dia menjadi seorang lelaki yang tahu menghargai perempuan yang benar-benar mencintainya.
Kata orang, cinta pertama sukar dilupakan. Tapi pada saya, cinta pertama saya bukan untuk diulangi melainkan takdir Allah begitu.
Allah Selamatkan Hatiku
Ya Allah,
Aku memohon belas ehsanMu,
Tolonglah jaga hatiku,
Janganlah lagi Kau buka cinta buatku,
Andainya cinta sejati itu tiada untukku di dunia ini.
Ya Allah,
Ubatilah hatiku dengan kasih sayangMu,
Bukan dengan cinta fana yang akan melukakan.
Ya Allah,
Tutuplah hatiku daripada mencinta
Kiranya cinta suci itu takdirMu bukan untukku.
Ya Allah,
Kuatkan hatiku,
Dari merasa cinta dan rindu,
Kiranya pemilik tulang rusuk ini tidak ku temukan di sini.
Namun Ya Allah,
Jika imamku masih ada di sini,
Hantarlah dia padaku
Dengan sarat cinta kudus
Lillahi taala
Dan izinlah kami bahagia hingga ke JannahMu
Setelah Kau ujiku dengan lara dan derita ini.
Amin, amin Ya Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)