Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Showing posts with label Lantera Cinta. Show all posts
Showing posts with label Lantera Cinta. Show all posts
Tuesday, January 16, 2018
Rangkuman Kenangan Silam 2012-2016
Bila terjaga dari tidur pagi tadi, saya teringatkan awak. Bukan berharap sejarah berulang. Tapi saya masih mencari di mana salah saya sehingga awak berubah, tak seperti dulu.
Awak ingat tak awak?
- Dulu kalau saya naik LRT untuk berurusan dan bawa barang, awak mesti Tanya, "Kenapa tak bagi tahu nak pergi? Saya boleh hantarkan,"
Dan saya akan jawab "Tak apalah. Saya dah biasa naik LRT. Saya OK,"
Awak akan balas "Dulu awak tak ada saya. Tapi sekarang, awak ada saya. So, awak kena share dengan saya kalau saya boleh buat, saya akan buat," Lama jugak keadaan ni berterusan dan akhirnya baru saya yakin untuk share dan minta tolong awak.
Ingat tak awak? Kalau susah nak cari parking lepas tu dapat parking, awak mesti kata, "Ni mesti rezeki awak. Awakkan rajin solat,"
Apabila kita bergaduh.
Saya mesti diam bila awak marah. Tak sampai lima minit, mesti awak cakap, "Awak, sorry awak. Saya minta maaf ya,"
Dan saya akan Tanya, "Kenapa?"
Jawapan awak "Sebab saya marah awak."
"OK, sayapun minta maaf ya awak. Saya pun salah jugak," Saya akan balas macam tu sebab tak nak awak terus rasa bersalah.
Dan awak akan teruskan, "Saya tak tahulah. Awak selalu menang dengan saya,"
"Menang? Saya tak bertekak dengan awak pun," Saya pelik.
"Sebab awak diam. Kelembutan awak tu membuatkan saya kalah dan rasa bersalah,"
Sebenarnya diam apabila lelaki marah ni saya belajar dari pengalaman dengan abah. Abah akan cepat pujuk saya balik kalau saya diam bila dia marah.
"Tapi kadang-kadang apa yang awak marah tu betulkan?"
"Ya, tapi saya tak perlulah marah,"
"Terima kasih awak, buat saya tenang," Saya selalu tuturkan ayat ni.
Bila awak bawa saya makan kat kedai atau bagi saya makanan, awak akan Tanya, "OK tak awak? Best tak?"
Saya akan senyum dan jawab "Best awak,"
Kadang-kadang, tak sempat awak Tanya, saya yang akan Tanya awak dulu, "Awak OK?"
Awak akan balas, "OK,"
"Sedap tak awak?"
"Sedap,"
Masa kita baru-baru dulu, saya takut nak call awak selalu sedangkan, saya nak selalu bercakap dengan awak. Sebab my first one marah bila saya call dia. Awak selalu cakap, "Awak boleh call saya bila-bila masa. Saya takkan marah. Kalau saya sibuk, saya bagi tahu dan akan call awak balik. Kalau awak tersedar pukul 3 4 pagipun, awak boleh call saya kalau tak boleh tidur,"
Dan ingat tak awak? Saya pernah call awak jam 3 pagi sebab mimpi buruk saya? Awak tenangkan saya dan saya tidur semula.
Ingat tak awak, awak pulang dari kampung dan sampai KL lewat malam? Paginya saya tengok Whatsapp awak tak aktif dan saya call kejutkan awak. Bila saya di office, awak whatsapp saya dan still ucap terima kasih sebab kejutkan awak walaupun tak disuruh sedangkan masa saya kejutkan awak, awak dah ucap terima kasih kat saya.
Lupakah awak yang awak pernah minta saya install Life360 kat phone saya? Sebab awak nak tahu ke mana saja saya pergi supaya awak tak risaukan saya? Awak siap buat alert bila saya sampai ke rumah dan office. Begitu jugak kalau awak sampai ke perkarangan rumah dan office saya, Life360 akan beri tahu saya. Saya pergi latihan Gunung Kinabalu pun awak perhati je jalan mana yang saya guna untuk larian.
Ingat tak awak, saya pernah merajuk dengan awak? Saya tak jawab call awak beberapa hari. Masuk hari ketiga, waktu saya duduk-duduk tunggu waktu Isyak, Life360 berbunyi dan notifikasi yang awak berada di halaman rumah saya. Saya terkejut. Sebenarnya saya happy sangat tapi saja je buat-buat masih merajuk. Awak call, saya tak jawab tapi saya terus buka pintu. Awak menghulurkan saya durian, antara buah kegemaran saya. Awak cakap, "Tadi saya pergi makan dengan kawan-kawan. Semua orang belikan untuk keluarga dia. Saya tak ada keluarga kat sini. Saya ada awak je. So, saya beli untuk awak. Awak makan ya,"
"Terima kasih awak," Saya menyambut pemberian awak. Awak terus balik dan saya pun makan durian tu dengan housemate saya.
Awak ingat tak pasu bunga yang awak beli dan awak tulis dengan cat emas kat bawahnya, saya dan awak. Awak beli pasu tu sebab saya mengadu kat awak, bunga yang awak beli dari Cameron Highland dan bagi saya dah nak kering. Dah layu. Awak ambil balik bunga tu dan awak jemur bagi kering dan awak cat semuanya dan isi dalam pasu tu dan hantar semula kat saya. Saya masih simpan awak pasu tu.
Bila saya bawa awak jumpa kawan-kawan saya, on the way balik je awak akan Tanya, "Awak, OK tak awak saya layan kawan-kawan awak?" Dan selalunya awak memang layan kawan-kawan saya dengan baik.
Awak selalu belanja kawan-kawan saya makan. Sampai kawan-kawan saya segan dan sayapun segan. Saya cakap dengan awak,
"Awak, awak tak belanja dia orang pun tak apa. Dia orang pun cakap, dia orang boleh bayar sendiri. Dia orang segan,"
Awak cakap, "Tak apa awak. Saya bukan selalu ada dengan awak. Bukan selalu boleh tolong awak waktu awak memerlukan. Nak-naknya bila saya pergi outstation. Kawan-kawan awak yang tolong awak. So, ini adalah pemberian saya sebab hargai dia orang yang selalu tolong awak. Saya akan baik dengan siapa saja yang baik dengan awak. Kalau suka kawan dengan orang tu, saya pun akan baik dengan dia,"
Ingat tak awak, awak pernah kata, "Awak, nanti kita ajak Haida keluar makan ya, awak,"
Saya pelik. "Kenapa awak?"
"Haida kan baik dengan awak. Selalu temankan awak. Awak selalu keluar dan makan best-best. Kita bawa Haida pulak."
"Terima kasih awak sebab baik dengan Haida. Haida baik sebenarnya. Gaduh-gaduh tu biasalah. Adik-beradik,"
Bila awak bagi saya barang, dua tiga hari saya still cakap terima kasih kat awak. Sampai awak cakap "Tak ada apa awak. Sikit je yang saya bagi awak. Awak kan dah ucap terima kasih hari tu,"
Bila kita keluar shopping. Saya semestinya beli barang-barang saya. Dan awak akan kata,
"Tak apa, saya bayar dulu,"
"Berapa awak barang saya tadi?" Saya akan Tanya harga untuk bayar balik kat awak.
"Awak, saya bagi awak semua tu."
"Eh, janganlah. RM200 lebih kot semua tu,"
"Tak apa saya bagi kat awak. Sebab awak baik sangat dengan saya. Saya tak minta awak balas. Cukuplah kalau awak sentiasa baik dengan saya. Saya akan buat yang terbaik selagi saya ada dengan awak supaya esok kalau berlaku apa-apa saya tak menyesal, sebab dah buat terbaik untuk awak,"
"Kenapa awak cakap macam tu?" Saya sedih.
"Kita tak tahu apa yang akan berlaku awak,"
Masa mula-mula awak ambil saya kat rumah, dari pintu yang terbuka, awak Nampak dalam rumah saya. Awak kata, rumah saya bersih. Saya pandai jaga rumah. Tapi kosong. Awak kata,
"Awak sebenarnya ada peluang untuk dapatkan apa yang awak nak dengan baik dengan orang. Maksud saya, dengan orang-orang yang minat kat awak."
Saya bukan macam tu,"
"Saya tahu awak tak macam tu, sebab tu rumah awak kosong tak ada barang," Ya, sememangnya saya takkan minta walaupun dengan kesayangan saya. Kalau dia bagi, saya terima.
Bila ada orang yang mengayat saya kat Facebook, awak cakap,
"Saya tahu awak bukan orang yang mudah untuk jatuh hati. Sayapun susah nak buat awak percayakan saya."
Masa saya mula-mula bela Si Chimuk, Chimuk beranak. Awak yang belikan sangkar untuk Chimuk dan hantar ke rumah saya.
Kita bahagia awak. Kenapa ya jadi macam ni? Apa salah saya? Kat mana kurangnya saya?
Friday, December 29, 2017
Kamu Mencinta Kerana Apa?
Assalammualaikum...
Salam sejahtera semua.
Sudah lama saya tidak menulis tentang cinta, tentang perasaan, tentang hati, tentang rindu di sini. Bukan kerana cinta itu telah mati dalam nurani saya cuma... Telah saya pasrahkan segalanya pada Allah. Saya tidak mahu lagi berharap kepada manusia. Saya yakin, Dia sebbaik-baik perancang. Maka saya tunggu jodoh kirimanNya dengan doa dan tawakal.
Hari-hari cuti saya di kampung banyak saya luangkan untuk mendengar ceramah agama di Youtube.
Saya tertarik dengan ceramah-ceramah yang disampaikan oleh seorang penceramah Indonesia iaitu Ustaz Hanan Attaki.
Saya mendengar pelbagai ceramah daripada beliau. Tentang para rasul, isteri-isteri nabi, anakanda baginda serta para sahabat. Tidak terkecuali ceramah berkisar cinta dan jodoh.
Saya tertarik kepada perbincangan tentang cinta. Kata Ustaz Hanan Attaki, mencintai itu ada dua sebab. Kerana nafsu atau kerana hati.
Cinta yang lahir kerana nafsu sering pasang surutnya. Sering turun naiknya. Adakala cinta, adakala berkurangan.
Tapi seandai cinta itu didasari kerana hati, insya-Allah cinta terhadap pasangan itu teguh. Cintanya sentiasa hangat walau dalam apa keadaan sekali pun. Ia akan mendorong pasangannya serta selalu ada untuk pasangannya. Tiada apa yang mampu mengubahnya kecuali dengan izin Allah.
Lalu saya merenung kisah silam saya. Menyelusur kembali alam percintaan yang pernah terlewati. Mungkin benar kata Ustaz Hanan, saya mencintai mereka kerana hati yang tulus menerima apa adanya mereka. Tetapi mereka? Mereka mencintai saya kerana nafsu sebab itulah cintanya mudah berubah seperti pasir yang berubah tatkala dilanda air bah. Cinta mereka beralih arah sebagaimana lelayang yang mudah beralih arahnya apabila ditiup angin.
Mungkin saya tidak layak menerima cinta dari hati mereka atau mereka tidak pantas menerima cinta saya?
Maka saya bertawakal padaMu Ya Allah atas cintaku dan jodohku. Kau berikanlah yang terbaik buatku sebagaimana yang aku perlukan. Amin...
Friday, December 2, 2016
Hati Yang Entah Apa-apa
Ya Allah,
Kenapa saya rasa perasaan ni? Ia bukan kemahuan saya tapi... Ia dating, dating tanpa diundang. Kenapa hati sering buat onar?
Ya Allah,
Kenapa rasa berdebar? Kenapa? Kenapa mesti ingat dia? Mesti fikirkan dia? Hati, bertabahlah, bersabarlah. Jangan diulang derita.
Ya Allah, Ya Allah,
Hanya Engkau yang tahu, apa yang ku rasa kini. Sampaikanlah salam rinduku padanya Ya Allah, sehingga aku menjadi kerinduannya.
Amin...
Monday, November 28, 2016
Bunuhlah! Jangan Biarkan Ia Hidup!!!
Tinta,
Bunuhlah semua perasaan yang bertunas. Bunuhlah, jangan biarkan ia terus subur dan mekar, kelak nanti, kau yang akan menderita. Bunuhlah, bunuhlah, agar kau dapat menjalani hidup ini dengan tenang dan aman.
Allah kan ada. Berserahlah, bertawakallah. Serahlah segalanya pada Allah, serahlah hatimu, cintamu hanya pada Dia. Pasti indah cinta itu akan dirasai.
Insya-Allah, amin...
Saturday, November 19, 2016
Kenapa Dengan Hati?
Ya Allah,
Betapa uniknya Engkau ciptakan hati manusia. Kadang-kadang, saya sendiripun tak faham dengan hati saya. Ada masanya, akal menasihati hati. Tapi hati degil. Yang sengsaranya kelak saya.
Ya Allah,
Kenapa saya mesti ingat dia? Adakah petanda yang Kau kirimkan dari ingatan ini? Lebih parah, kenapa saya rindukan dia? Sedangkan saya tak tahu hatinya, perasaannya.
Ya Allah,
Janganlah Kau izinkan saya terus-terusan dalam kecewa ini. Hati saya sakit Ya Allah. Saya menderita. Tolonglah Ya Allah, jika cinta ini bukan milik saya, jika dia bukan disuratkan buat saya, maka, hapuskanlah segala rasa ini. Bunuhlah segala lara ini.
Ya Allah,
Saya tak tahu kenapa saya sentiasa merinduinya. Mendambarkannya. Biarpun saya sedang beraktiviti. Ingatan ini sentiasa melayang kepadanya. Malah, saya ada waktunya tidak semena-mena menangis kerana merindukannya. Tapi rindu kali ini, saya rasa bagai ada keindahan. Mungkin kerana saya serahkan kepada Allah yang menciptakan.
Tinta, amalkan doa Zulaikha, tatkala ia amat merindui Yusufnya. Janganlah terlalu mengharapkan takdir menyebelahi diri sebaliknya, berdoalah agar Allah memberikan yang terbaik biarpun tidak seiring dengan kehendak hati. Ia pasti lebih indah dan menenangkan. Insya-Allah.
DOA ZULAIKHA:
Tuhanku,
Seandainya telah Kau takdirkan dia milikku,
Tercipta buatku,
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku,
Tetapkanlah kemesraan antara kami
Agar kebahagian ini kekal abadi
Dan Tuhanku,
Seiringkanlah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera.
Tetapi Tuhanku Yang Maha Pengasih,
Seandainya telah Kau takdirkan dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luput dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kecewa.
Serta Tuhanku Yang Maha Mengerti,
Berilah aku kekuatan
Untuk melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah,
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia walaupun tanpa dirinya.
Dan Tuhanku yang tercipta,
Biarkanlah yang hilang,
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah,
Meskipun tidak sama dengan dirinya,
Biar sekuat mana aku mencintainya,
Aku pohon agar Tuhanku melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku.
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku,
Ku pohon agar takdir memperkuatkan kasihku padanya,
Selagi tidak melebihi kasihku padaMu.
Amin...
Saturday, November 5, 2016
Allah Selamatkan Hatiku
Ya Allah,
Aku memohon belas ehsanMu,
Tolonglah jaga hatiku,
Janganlah lagi Kau buka cinta buatku,
Andainya cinta sejati itu tiada untukku di dunia ini.
Ya Allah,
Ubatilah hatiku dengan kasih sayangMu,
Bukan dengan cinta fana yang akan melukakan.
Ya Allah,
Tutuplah hatiku daripada mencinta
Kiranya cinta suci itu takdirMu bukan untukku.
Ya Allah,
Kuatkan hatiku,
Dari merasa cinta dan rindu,
Kiranya pemilik tulang rusuk ini tidak ku temukan di sini.
Namun Ya Allah,
Jika imamku masih ada di sini,
Hantarlah dia padaku
Dengan sarat cinta kudus
Lillahi taala
Dan izinlah kami bahagia hingga ke JannahMu
Setelah Kau ujiku dengan lara dan derita ini.
Amin, amin Ya Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)