SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Thursday, March 15, 2018

Kad Kredit

Assalammualaikum readers, Dah lama tak menulis. Busy sikit. Korang sihat? Bercakap tentang kad kredit ni, sesetengah orang memandang kad kredit tu sebagai suatu yang negative. Ya, memang ia negative kalau disalahguna. Silap-silap boleh jadi muflis. Tapi abah saya guna kad kredit dah bertahun dah. Tak muflis pun? Dan hutang abah pun tak keliling pinggang. Pada saya, kad kredit tu perlu ada bagi setiap orang. Kenapa? Untuk waktu kecemasan dan untuk buat pembayaran online. Tapi online pun dah boleh guna online banking dan kad debit dah sekarang. Tapi kalau berlaku kecemasan? Kat mana nak cekau duit? Kat pokok? Nak pinjam dengan kawan atau saudara-mara malu. So, kad kredit pilihan terbaik. Lewat bayar ke? Banyak ke? Ia tak melibatkan orang lain. Orang pun tak mengata. Tapi siaplah kena kejar dengan bank. Alamatnya, berdering-deringlah handset kita kalau tak bayar. Dulu, saya pun tak pernah heran dengan kad kredit ni. Bagi saya orang yang pegang kad kredit tu penghutang. Tapi abah OK je? Clean je hidup dia. Tak pernah saya dengar abah menerima panggilan dari bank untuk minta hutang kad kredit. Tapi saya pernah dengan orang call promot kad kredit dan abah kata dia dah ada. Tak pun, orang call untuk naikkan credit limit kad kredit abah. Saya mula rasa susah sejak 10 tahun kebelakangan ni. Kadang-kadang nak beli tiket flight tapi tak ada duit dalam tangan sedangkan tiket perlu ditempah segera. So, saya selalu susahkan abah. Guna kad kredit abah. Kat Paypal sayapun kad kredit abah jugak. Bila pakai IPhone, nak beli something pun saya set kad kredit abah kat my phone. So, setiap kali nak buat pembelian, saya pasti call abah untuk maklumkan pada abah nak beli itu ini or nak tempeh tiket. Kesian abah. Abah OK je. Tak pernah merungut. Ada sekali tu, saya beli storage I-cloud dan kena bayar RM4.00 sebulan. Tentunya caj tersebut dikenakan kepada kad kredit abah. Saya kira, setahun saya perlu bayar kepada Apple menggunakan kad kredit abah RM48.00. So, saya bagi abah RM50.00 in advance sebab Apple akan caj dia setiap bulan. Abah menolak dengan katanya, "Abah tak nak duit kau," Rasa sedih sangat masa tu. Saya nak bayar. Saya tak nak susahkan abah. Tapi abah tak nak. Lepas tu, bila masa saya teringin nak main game kat phone, pun saya beli dengan kad kredit abah. Walaupun saya beli ring tone yang tak penting, bila cakap dengan abah saya nak beli guna kad kredit dia, dia tak pernah kata tak boleh. Semuanya boleh. Ada sekali tu, saya teringin sangat nak makan Garrett. Tapi tak ada orang nak teman pergi KLCC saya terpaksa beli guna Paypal. Abah OK je. Abah bagi. Agaknya, kalau saya ni main guna je kad kredit abah, habislah abah. Semua no pin dia, no kredit kad dia, semua pada saya dan saya boleh guna bila-bila masa yang saya suka. Tapi saya takut kalau abah tak percayakan saya. Sebab tu semua penggunaan credit card dia saya akan minta izin darinya walaupun saya tahu dia pasti mengizinkannya. Suatu hari, ketika dalam perjalanan ke Air Asia, saya berbual-bual dengan driver saya tentang kad kredit. Dia menasihati saya supaya pegang sekurang-kurangnya dua kad kredit dari jenis berlainan dan bank berlainan supaya mudah untuk saya ketika saya memerlukan. Tapi masa tu, saya taklah minat sangat dengan kad kredit sebab saya rasa tak penting walaupun saya tahu, saya layak untuk memegang kad kredit. Tapi bila teringatkan abah, saya rasa saya perlu ada kad kredit supaya tak susahkan abah. Beli tiket nak pergi bercuti dengan kawan-kawanpun saya pernah guna kad kredit abah. Siap belikan tiket untuk kawan-kawan lagi. Abah OK je. Saya pulak rasa bersalah. Memanglah semua orang bayar. Tapi ada jugak yang tak bayar. So, saya bayarlah guna duit saya kat abah. Saya tak nak abah susah sebab saya. Biarlah hutang orang yang tak bayar tu dengan saya, bukan dengan abah. So lepas ni, saya takkan lagi belikan tiket untuk orang tu melainkan dia bagi duit kat saya dulu. Lepas hari bersembang dengan driver tu rasa nak guna kad kredit. Betul jugak kata dia, kalau sakit tengah malam or sakit masa tak ada duit macam mana? Tapi kemalasan membuatkan saya tak berusahapun untuk dapatkan kad kredit. Lepas tu, assistant saya pulak ditawarkan kad kredit oleh Aeon. Dia pun ambil sebab ada kesedaran kot lepas kena nasihat dengan driver tu. Saya rasa macam nak. Tapi OK ke Aeon ni? Sampailah satu hari, saya bersembang hal yang sama dengan sorang kawan. Hujahnya sama macam hujah driver saya. Siap bagi hujah simple "Kalau tak ada duit, kasut rosak. Macam mana? You mesti beli kasut yang elok teruskan? Kasut tu mesti mahal. Takkan tak nak beli kalau memerlukan?" Terasa kebenarannya apabila ketika tu, saya memang tak ada duit sebab kena bayar penuh treatment gigi yang sepatutnya saya bayar dengan gaji berikutnya. Sayapun terfikir, kalau saya ada kad kredit, mesti saya akan bayar dengan kad kredit dulu dan adalah duit kat tangan. Tak adalah beg duit terus licin masa tu. Nak keluarkan duit simpanan tak nak nanti tak terganti pulak. Dan dia pun tolong saya untuk apply kad kredit Citibank. Dia tak galakkan saya guna Aeon kad kredit. Tapi permohonan saya dengan Citibank tak Berjaya. Online memang susah sikit. Saya Tanya Public Bank kebetulan saya baru buka akaun Public Bank. Yang best tu Public Bank ada promotion. Kalau guna RM150 bagi setiap kad yang diberi iaitu sebanyak dua kad dalam masa sebulan, boleh dapat luggage free. Satu besar dan satu kecik. Valentino tuuuu... Hmmm... Semangat punya semangat, gagal. Masa nak buat permohonan kad kredit public Bank tu, saya pergi CIMB untuk print KWSP statement saya. Dah orang CIMB kempen suruh apply kad kredit CIMB. Menariknya, tanpa annual fee. Isi je la since saya tak ada kad kredit. Janji dua minggu dapat result. Seminggu kemudian, tiga kad kredit sampai ke office saya. Tiga kad yang saya dapat ni, Rebate cash Platinum, Tesco dan Visa Platinum. Ketiga-tiga kad ni under satu akaun. So abah, along tak payah susahkan abah lagi. Petua you untuk saya: 1. Bayar penuh penggunaan kad kredit kita sebelum tarikh keluar bil. 2. Kalau bayar bulanan, pastikan bayaran tidak kurang dari jumlah minimum. Lagi banyak lagi bagus. Habiskan pembayaran pembelian pertama sebelum buat belian kedua secara ansuran. Insya-Allah, I cuba buat macam tu. So, hari ni adalah penggunaan kad kredit pertama saya. Beli apa? Beli tiket flight balik KB untuk kahwin angah. Dua tiga hari lagi kita buat bayaran ya. Supaya tak ada interest. Kenapa guna kad kredit? Sebab saya nak cash back rebate dia. Hahahahaha... Kat dalam phone pun dah tukar ke kad kredit saya. Nak tukar kat Paypal pulak.

No comments: