Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Thursday, March 8, 2018
Boleh Saya Kawan Awak?
Assalammualaikum readers,
Dah balik kerja?
Hari ni, ada hal terjadi. Tapi entahlah, tak tahu nak cerita kat siapa. hal simple je. Tapi memang sifat perempuan kot suka bercerita dan buat luahan perasaan.
Ada orang tu pun sibuk hari ni. Kita balik kerja, dia pergi kerja pulak. Balik duduk Malaysia je la. Tapi kalau balik Malaysia pun belum tentu tak busy kan?
Dahlah, meh nak imbas zaman-zaman jadi pelajar baru kat sekolah rendah dulu.
Masa baru-baru masuk sekolah, saya rasa takut, malu dan entah apa-apa perasaan lagi entah.
Saya ni diam je budaknya dulu. Hahahaha... Sekarang pun diam jugak. Dengan orang tertentu je banyak cakap. Saya lebih suka mendengar dari bercakap. Jadi tukang soal bolehlah.
Masa sekolah rendah jugak, saya selalu dibuli. Saya pulak suka nangis. Nangis rindu abah, nangis kena buli. Adegan paling saya ingat saya nangis bawa skrin sidai tuala sebab kawan-kawan buli saya. Masa tu saya cuba untuk tidak menangis tapi saya tak mampu. Saya sedih sangat diperlakukan begitu dek kawan-kawan.
Ada jugak senior yang tak suka saya sebab saya manja. Bila saya nangis, dia mesti panggil Kak Ijam, pengawas Rumah Hijau yang saya diami waktu tu. "Kak Ijam, tengok adik kau tu, dah nangis dah. Asyik menangis je budak ni," Hahahaha... Manjakan? Sampai senior pun rimas.
Tapi kakak pengasuh dan HA ramai yang suka saya sebab saya tak banyak kerenah, ikut cakap dan masuk asrama dah pandai urus sendiri. Tak perlu dia orang nak mandikan or sikapkan rambut. Siap bangun paling awal. Waktu bangun 5.30 pagi, tapi saya bangun jam 5.00 pagi. Sampai Kak Suriani jadikan saya adik angkat dia. Siap bawa jumpa kakaknya dan anak saudaranya Nora. Kakaknya beritahu saya bahawa saya anak angkat dia. Nora kalau datang jumpa Kak Suriani yang lebih mesra dengan panggil Kak Ani mesti nak jumpa saya. Mesti ada je buah tangan yang dibawanya. Satu pemberiannya yang tak boleh saya lupa, patung yang dibuat sendiri daripada sponge badan. Hal ini membuatkan kawan-kawan cemburukan saya. Setiap kali Kak Ani or family Kak Ani jumpa saya, mereka mesti mengata saya dalam bahasa terbalik yang akhirnya saya fahami.
Mami suka bekalkan saya dengan makanan yang banyak. Biskut, asam, coklat dan macam-macam lagi. Saya suka makan dengan kawan-kawan sehingga ada kawan-kawan yang lapar akan minta makanan dengan saya. Akhirnya, Kak Lamah house mother Rumah Hijau simpan makanan saya. Lepas tu kakak-kakak HA yang lain pun buat benda yang sama. Mereka akan beri pada saya setiap hari dalam jumlah yang sedikit. Mereka tak mahu orang minta saya. Kadang-kadang, mereka suruh saya makan sambil sembang-sembang dengan mereka. Saya rasa kakak-kakak tu tahu kot saya kena buli.
Saya memang tak ramai kawan sebenarnya. Tapi kalau saya ada makanan kawan-kawan sukalah duduk dengan saya hahahaha...
Suatu hari, ketika saya duduk bersendirian di tepi longkang Rumah Hijau, seorang pelajar senior bernama Visalaci mendapatkan saya.
Visalaci: Awak ni Tinta Emas kan?
Saya: Ya.
Visalaci: Boleh saya kawan dengan awak?
Saya: Boleh.
Visalaci: Nama saya Visalaci.
Bibir saya menguntum senyum lebar. Rasa happy sangat sebab ada orang nak kawan dengan saya. Terharu pun ada.
Saya: Oooo... Awak darjah berapa?
Visalaci: Saya darjah lima.
Kami mula berbual dalam kekok.
Visalaci: Dia orang kata... Awak ni baik hati.
Saya: Siapa kata?
Visalaci: Budak-budak ni kata.
Sekarang, saya tak tahu ke mana Visalaci pergi. Harap dia bahagia dengan kehidupannya. Moga dia baik-baik saja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment