SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Tuesday, March 6, 2018

River of Life Yang Belum Selesai

Assalammualaikum readers, Masih lagi cerita guiding block. Tak selesai lagi. Sekarang baru saya faham kenapa perjuangan itu memakan masa yang sangat lama. Nak habiskan satu isu pun makan minggu dan mungkin bulan. Saya juga faham kenapa orang yang duduk dalam department ni perlu tegas dan berpendirian, tidak mudah diputarbelitkan. Betullah kata X-boss saya, kontraktor, arkitek, consultant dan PBT sentiasa akan memutar fakta agar mereka mendapat apa yang mereka mahukan seperti membina sesebuah binaan dengan kos yang minimum. Tadi saya ke Ekoriver Constructions, meeting bersama Executive Director of Project Management DBKL bersama kontraktor dan consultant yang sedang membuat kerja-kerja pembinaan bagi Projek River of Life di Brickfields. Saya malas nak cerita panjang tentang isi perbincangan tersebut. Apa yang penting, Datuk Mahadi mahu satu lawatan tapak yang disertai saya diadakan bagi melihat situasi sebenar kawasan Brickfields sebab Datuk tak dapat bayangkan apabila saya memaklumkan tentang halangan di Brickfields. Datuk juga meminta kontraktor dan consultant serta para arkitek mengambil kira keperluan OKU Penglihatan dalam pembinaannya. Beliau juga bersetuju dengan permintaan saya untuk terlibat sama dalam perbincangan pembinaan yang boleh akses bagi OKU Penglihatan di peringkat awal sebelum apa-apa keputusan dan binaan dibuat. Datuk sendiri akan turut serta sewaktu lawatan tapak diadakan kelak. Tapi ada sorang consultant perempuan buat saya marah. Saya tidak dapat memuktamatkan hari ini tentang guideline blind untuk berjalan sekiranya tanpa tactile. Consultant: So, hari ni kita putuskan bahawa directioner tidak akan digunapakai dalam projek ini. Dengan tegas saya membantah: Saya: You tak boleh putuskan sekarang sama ada nak guna guiding block atau tidak. Kaedah pun kita belum dapat kata sepakat nak ganti guiding block dengan apa then you cakap tak nak guna guiding block? Kan I cakap, kita kena bincang hal ni lebih terperinci. Masa lawatan tapak nanti kita akan tengok semua ni. Kena ukur dan sebagainya. I tak bolehlah nak buat keputusan sekarang. Bila Tanya I on the spot, you nak jawapan on the spot. Macam mana I nak buat keputusan? I kena balik bincang dan kaji dulu cadangan ni. Nanti kalau putuskan sekarang you buat then tak sesuai, lepas tu I complain lagi. I cakap tak boleh pulak macam ni sedangkan kita dah setuju hari ni. Pergi tengok tapak dulu. Datuk: Kita buat lawatan tapak dulu. Baru kita boleh ambil keputusan. Kita bawa Cik Tinta sekali bagi Cik Tinta tengok dan kita bagi cadangan. Kita bincang. Saya: Ya, kalau tak sesuai, so you have to use tactile la. Muka saya mula berubah. Begitulah permainan kontraktor. So memang kita kena berhati-hati bercakap dan bijak menangkis hujah mereka. Salah cakap, lambat berfikir, yang salah tu yang dia kata betul sebab nak mudahkan kerja dia dan nak jimat budget. Ni kali kedua dah saya kena. Alhamdulillah kedua-dua kali ni saya bantah kerana dapat membaca permainan mereka dari awal. Memang saya hangin dengan that lady hari ni.

No comments: