Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Thursday, March 29, 2018
Hatiku Harum Semerbak
Assalammualaikum readers,
Apa khabar korang?
Harapnya korang sihat waalafiat.
Hati saya berbunga-bunga hari ni. Harum semerbak seluruh jiwa seperti minyak Wangi yang baru saya beli di online dari luar Negara.
Kenapa hati saya turut harum? Sebab saya beli dua botol hanya dengan harga RM150.00 sahaja. Origenal OK. 100 ML dan EDP kedua-duanya. Sebab apa? Sebab promotion. Tapi kalau harga tak promotion pun lebih murah dari jualan di Malaysia. Malaysia memang mahal sebab according to my friend, text perfume Malaysia 150 pratus. Saya beli Katy Perry Meow idaman saya. Tutup botolnya bentuk kepala Chiko hahaha kepala kucing la. Dan satu lagi Mediterannian dari Elizabeth Arden yang juga antara perfume kegemaran saya.
OK, setiap bulan beli satu. Syaratnya, harga perfume mesti bawah 30 dollar. Dolar mana? Rahsia. Hahaha...
30 dollar tu lebih kurang RM100.
OK bye.
Nak keluar pergi Apple Malaysia. Ada meeting.
Thursday, March 15, 2018
Kad Kredit
Assalammualaikum readers,
Dah lama tak menulis. Busy sikit. Korang sihat?
Bercakap tentang kad kredit ni, sesetengah orang memandang kad kredit tu sebagai suatu yang negative. Ya, memang ia negative kalau disalahguna. Silap-silap boleh jadi muflis. Tapi abah saya guna kad kredit dah bertahun dah. Tak muflis pun? Dan hutang abah pun tak keliling pinggang.
Pada saya, kad kredit tu perlu ada bagi setiap orang. Kenapa? Untuk waktu kecemasan dan untuk buat pembayaran online. Tapi online pun dah boleh guna online banking dan kad debit dah sekarang. Tapi kalau berlaku kecemasan? Kat mana nak cekau duit? Kat pokok? Nak pinjam dengan kawan atau saudara-mara malu. So, kad kredit pilihan terbaik. Lewat bayar ke? Banyak ke? Ia tak melibatkan orang lain. Orang pun tak mengata. Tapi siaplah kena kejar dengan bank. Alamatnya, berdering-deringlah handset kita kalau tak bayar.
Dulu, saya pun tak pernah heran dengan kad kredit ni. Bagi saya orang yang pegang kad kredit tu penghutang. Tapi abah OK je? Clean je hidup dia. Tak pernah saya dengar abah menerima panggilan dari bank untuk minta hutang kad kredit. Tapi saya pernah dengan orang call promot kad kredit dan abah kata dia dah ada. Tak pun, orang call untuk naikkan credit limit kad kredit abah.
Saya mula rasa susah sejak 10 tahun kebelakangan ni. Kadang-kadang nak beli tiket flight tapi tak ada duit dalam tangan sedangkan tiket perlu ditempah segera. So, saya selalu susahkan abah. Guna kad kredit abah. Kat Paypal sayapun kad kredit abah jugak. Bila pakai IPhone, nak beli something pun saya set kad kredit abah kat my phone. So, setiap kali nak buat pembelian, saya pasti call abah untuk maklumkan pada abah nak beli itu ini or nak tempeh tiket. Kesian abah. Abah OK je. Tak pernah merungut. Ada sekali tu, saya beli storage I-cloud dan kena bayar RM4.00 sebulan. Tentunya caj tersebut dikenakan kepada kad kredit abah. Saya kira, setahun saya perlu bayar kepada Apple menggunakan kad kredit abah RM48.00. So, saya bagi abah RM50.00 in advance sebab Apple akan caj dia setiap bulan. Abah menolak dengan katanya, "Abah tak nak duit kau," Rasa sedih sangat masa tu. Saya nak bayar. Saya tak nak susahkan abah. Tapi abah tak nak. Lepas tu, bila masa saya teringin nak main game kat phone, pun saya beli dengan kad kredit abah. Walaupun saya beli ring tone yang tak penting, bila cakap dengan abah saya nak beli guna kad kredit dia, dia tak pernah kata tak boleh. Semuanya boleh. Ada sekali tu, saya teringin sangat nak makan Garrett. Tapi tak ada orang nak teman pergi KLCC saya terpaksa beli guna Paypal. Abah OK je. Abah bagi. Agaknya, kalau saya ni main guna je kad kredit abah, habislah abah. Semua no pin dia, no kredit kad dia, semua pada saya dan saya boleh guna bila-bila masa yang saya suka. Tapi saya takut kalau abah tak percayakan saya. Sebab tu semua penggunaan credit card dia saya akan minta izin darinya walaupun saya tahu dia pasti mengizinkannya.
Suatu hari, ketika dalam perjalanan ke Air Asia, saya berbual-bual dengan driver saya tentang kad kredit. Dia menasihati saya supaya pegang sekurang-kurangnya dua kad kredit dari jenis berlainan dan bank berlainan supaya mudah untuk saya ketika saya memerlukan. Tapi masa tu, saya taklah minat sangat dengan kad kredit sebab saya rasa tak penting walaupun saya tahu, saya layak untuk memegang kad kredit. Tapi bila teringatkan abah, saya rasa saya perlu ada kad kredit supaya tak susahkan abah. Beli tiket nak pergi bercuti dengan kawan-kawanpun saya pernah guna kad kredit abah. Siap belikan tiket untuk kawan-kawan lagi. Abah OK je. Saya pulak rasa bersalah. Memanglah semua orang bayar. Tapi ada jugak yang tak bayar. So, saya bayarlah guna duit saya kat abah. Saya tak nak abah susah sebab saya. Biarlah hutang orang yang tak bayar tu dengan saya, bukan dengan abah. So lepas ni, saya takkan lagi belikan tiket untuk orang tu melainkan dia bagi duit kat saya dulu.
Lepas hari bersembang dengan driver tu rasa nak guna kad kredit. Betul jugak kata dia, kalau sakit tengah malam or sakit masa tak ada duit macam mana? Tapi kemalasan membuatkan saya tak berusahapun untuk dapatkan kad kredit.
Lepas tu, assistant saya pulak ditawarkan kad kredit oleh Aeon. Dia pun ambil sebab ada kesedaran kot lepas kena nasihat dengan driver tu. Saya rasa macam nak. Tapi OK ke Aeon ni?
Sampailah satu hari, saya bersembang hal yang sama dengan sorang kawan. Hujahnya sama macam hujah driver saya. Siap bagi hujah simple "Kalau tak ada duit, kasut rosak. Macam mana? You mesti beli kasut yang elok teruskan? Kasut tu mesti mahal. Takkan tak nak beli kalau memerlukan?" Terasa kebenarannya apabila ketika tu, saya memang tak ada duit sebab kena bayar penuh treatment gigi yang sepatutnya saya bayar dengan gaji berikutnya. Sayapun terfikir, kalau saya ada kad kredit, mesti saya akan bayar dengan kad kredit dulu dan adalah duit kat tangan. Tak adalah beg duit terus licin masa tu. Nak keluarkan duit simpanan tak nak nanti tak terganti pulak.
Dan dia pun tolong saya untuk apply kad kredit Citibank. Dia tak galakkan saya guna Aeon kad kredit. Tapi permohonan saya dengan Citibank tak Berjaya. Online memang susah sikit.
Saya Tanya Public Bank kebetulan saya baru buka akaun Public Bank. Yang best tu Public Bank ada promotion. Kalau guna RM150 bagi setiap kad yang diberi iaitu sebanyak dua kad dalam masa sebulan, boleh dapat luggage free. Satu besar dan satu kecik. Valentino tuuuu... Hmmm... Semangat punya semangat, gagal.
Masa nak buat permohonan kad kredit public Bank tu, saya pergi CIMB untuk print KWSP statement saya. Dah orang CIMB kempen suruh apply kad kredit CIMB. Menariknya, tanpa annual fee. Isi je la since saya tak ada kad kredit. Janji dua minggu dapat result. Seminggu kemudian, tiga kad kredit sampai ke office saya. Tiga kad yang saya dapat ni, Rebate cash Platinum, Tesco dan Visa Platinum. Ketiga-tiga kad ni under satu akaun. So abah, along tak payah susahkan abah lagi.
Petua you untuk saya:
1. Bayar penuh penggunaan kad kredit kita sebelum tarikh keluar bil.
2. Kalau bayar bulanan, pastikan bayaran tidak kurang dari jumlah minimum. Lagi banyak lagi bagus. Habiskan pembayaran pembelian pertama sebelum buat belian kedua secara ansuran.
Insya-Allah, I cuba buat macam tu.
So, hari ni adalah penggunaan kad kredit pertama saya. Beli apa? Beli tiket flight balik KB untuk kahwin angah. Dua tiga hari lagi kita buat bayaran ya. Supaya tak ada interest. Kenapa guna kad kredit? Sebab saya nak cash back rebate dia. Hahahahaha... Kat dalam phone pun dah tukar ke kad kredit saya. Nak tukar kat Paypal pulak.
Thursday, March 8, 2018
Boleh Saya Kawan Awak?
Assalammualaikum readers,
Dah balik kerja?
Hari ni, ada hal terjadi. Tapi entahlah, tak tahu nak cerita kat siapa. hal simple je. Tapi memang sifat perempuan kot suka bercerita dan buat luahan perasaan.
Ada orang tu pun sibuk hari ni. Kita balik kerja, dia pergi kerja pulak. Balik duduk Malaysia je la. Tapi kalau balik Malaysia pun belum tentu tak busy kan?
Dahlah, meh nak imbas zaman-zaman jadi pelajar baru kat sekolah rendah dulu.
Masa baru-baru masuk sekolah, saya rasa takut, malu dan entah apa-apa perasaan lagi entah.
Saya ni diam je budaknya dulu. Hahahaha... Sekarang pun diam jugak. Dengan orang tertentu je banyak cakap. Saya lebih suka mendengar dari bercakap. Jadi tukang soal bolehlah.
Masa sekolah rendah jugak, saya selalu dibuli. Saya pulak suka nangis. Nangis rindu abah, nangis kena buli. Adegan paling saya ingat saya nangis bawa skrin sidai tuala sebab kawan-kawan buli saya. Masa tu saya cuba untuk tidak menangis tapi saya tak mampu. Saya sedih sangat diperlakukan begitu dek kawan-kawan.
Ada jugak senior yang tak suka saya sebab saya manja. Bila saya nangis, dia mesti panggil Kak Ijam, pengawas Rumah Hijau yang saya diami waktu tu. "Kak Ijam, tengok adik kau tu, dah nangis dah. Asyik menangis je budak ni," Hahahaha... Manjakan? Sampai senior pun rimas.
Tapi kakak pengasuh dan HA ramai yang suka saya sebab saya tak banyak kerenah, ikut cakap dan masuk asrama dah pandai urus sendiri. Tak perlu dia orang nak mandikan or sikapkan rambut. Siap bangun paling awal. Waktu bangun 5.30 pagi, tapi saya bangun jam 5.00 pagi. Sampai Kak Suriani jadikan saya adik angkat dia. Siap bawa jumpa kakaknya dan anak saudaranya Nora. Kakaknya beritahu saya bahawa saya anak angkat dia. Nora kalau datang jumpa Kak Suriani yang lebih mesra dengan panggil Kak Ani mesti nak jumpa saya. Mesti ada je buah tangan yang dibawanya. Satu pemberiannya yang tak boleh saya lupa, patung yang dibuat sendiri daripada sponge badan. Hal ini membuatkan kawan-kawan cemburukan saya. Setiap kali Kak Ani or family Kak Ani jumpa saya, mereka mesti mengata saya dalam bahasa terbalik yang akhirnya saya fahami.
Mami suka bekalkan saya dengan makanan yang banyak. Biskut, asam, coklat dan macam-macam lagi. Saya suka makan dengan kawan-kawan sehingga ada kawan-kawan yang lapar akan minta makanan dengan saya. Akhirnya, Kak Lamah house mother Rumah Hijau simpan makanan saya. Lepas tu kakak-kakak HA yang lain pun buat benda yang sama. Mereka akan beri pada saya setiap hari dalam jumlah yang sedikit. Mereka tak mahu orang minta saya. Kadang-kadang, mereka suruh saya makan sambil sembang-sembang dengan mereka. Saya rasa kakak-kakak tu tahu kot saya kena buli.
Saya memang tak ramai kawan sebenarnya. Tapi kalau saya ada makanan kawan-kawan sukalah duduk dengan saya hahahaha...
Suatu hari, ketika saya duduk bersendirian di tepi longkang Rumah Hijau, seorang pelajar senior bernama Visalaci mendapatkan saya.
Visalaci: Awak ni Tinta Emas kan?
Saya: Ya.
Visalaci: Boleh saya kawan dengan awak?
Saya: Boleh.
Visalaci: Nama saya Visalaci.
Bibir saya menguntum senyum lebar. Rasa happy sangat sebab ada orang nak kawan dengan saya. Terharu pun ada.
Saya: Oooo... Awak darjah berapa?
Visalaci: Saya darjah lima.
Kami mula berbual dalam kekok.
Visalaci: Dia orang kata... Awak ni baik hati.
Saya: Siapa kata?
Visalaci: Budak-budak ni kata.
Sekarang, saya tak tahu ke mana Visalaci pergi. Harap dia bahagia dengan kehidupannya. Moga dia baik-baik saja.
Tuesday, March 6, 2018
River of Life Yang Belum Selesai
Assalammualaikum readers,
Masih lagi cerita guiding block. Tak selesai lagi. Sekarang baru saya faham kenapa perjuangan itu memakan masa yang sangat lama. Nak habiskan satu isu pun makan minggu dan mungkin bulan.
Saya juga faham kenapa orang yang duduk dalam department ni perlu tegas dan berpendirian, tidak mudah diputarbelitkan. Betullah kata X-boss saya, kontraktor, arkitek, consultant dan PBT sentiasa akan memutar fakta agar mereka mendapat apa yang mereka mahukan seperti membina sesebuah binaan dengan kos yang minimum.
Tadi saya ke Ekoriver Constructions, meeting bersama Executive Director of Project Management DBKL bersama kontraktor dan consultant yang sedang membuat kerja-kerja pembinaan bagi Projek River of Life di Brickfields. Saya malas nak cerita panjang tentang isi perbincangan tersebut. Apa yang penting, Datuk Mahadi mahu satu lawatan tapak yang disertai saya diadakan bagi melihat situasi sebenar kawasan Brickfields sebab Datuk tak dapat bayangkan apabila saya memaklumkan tentang halangan di Brickfields. Datuk juga meminta kontraktor dan consultant serta para arkitek mengambil kira keperluan OKU Penglihatan dalam pembinaannya. Beliau juga bersetuju dengan permintaan saya untuk terlibat sama dalam perbincangan pembinaan yang boleh akses bagi OKU Penglihatan di peringkat awal sebelum apa-apa keputusan dan binaan dibuat. Datuk sendiri akan turut serta sewaktu lawatan tapak diadakan kelak.
Tapi ada sorang consultant perempuan buat saya marah. Saya tidak dapat memuktamatkan hari ini tentang guideline blind untuk berjalan sekiranya tanpa tactile.
Consultant: So, hari ni kita putuskan bahawa directioner tidak akan digunapakai dalam projek ini.
Dengan tegas saya membantah:
Saya: You tak boleh putuskan sekarang sama ada nak guna guiding block atau tidak. Kaedah pun kita belum dapat kata sepakat nak ganti guiding block dengan apa then you cakap tak nak guna guiding block? Kan I cakap, kita kena bincang hal ni lebih terperinci. Masa lawatan tapak nanti kita akan tengok semua ni. Kena ukur dan sebagainya. I tak bolehlah nak buat keputusan sekarang. Bila Tanya I on the spot, you nak jawapan on the spot. Macam mana I nak buat keputusan? I kena balik bincang dan kaji dulu cadangan ni. Nanti kalau putuskan sekarang you buat then tak sesuai, lepas tu I complain lagi. I cakap tak boleh pulak macam ni sedangkan kita dah setuju hari ni. Pergi tengok tapak dulu.
Datuk: Kita buat lawatan tapak dulu. Baru kita boleh ambil keputusan. Kita bawa Cik Tinta sekali bagi Cik Tinta tengok dan kita bagi cadangan. Kita bincang.
Saya: Ya, kalau tak sesuai, so you have to use tactile la.
Muka saya mula berubah.
Begitulah permainan kontraktor. So memang kita kena berhati-hati bercakap dan bijak menangkis hujah mereka. Salah cakap, lambat berfikir, yang salah tu yang dia kata betul sebab nak mudahkan kerja dia dan nak jimat budget. Ni kali kedua dah saya kena. Alhamdulillah kedua-dua kali ni saya bantah kerana dapat membaca permainan mereka dari awal. Memang saya hangin dengan that lady hari ni.
Monday, March 5, 2018
Perlukah Flos Dalam Penjagaan Gigi?
Sejak dah kena tiga kali rawatan akar gigi, saya semakin mengambil berat dan menghargai akan kesihatan gigi. Gigi adalah sesuatu yang amat penting dalam kehidupan harian. Satu elemen penjagaan yang tidak saya lakukan sebelum ni adalah flos gigi.
Saya banyak mendengar cerita negative tentang flos gigi kononnya flos gigi akan mengakibatkan gigi kita renggang dan berlubang. Doktor pula menasihati saya agar sentiasa flos gigi terutamanya selepas makanan agar sisa makanan dikeluarkan segera sebelum mengundang bakteria perosak gigi. Saya mula membuat pembacaan tentang flos gigi dan bertanya kepada doctor, tidakkah flos akan menyebabkan gigi kita berlubang dan semakin menjauhi antara satu sama lain? Mengejutkan, doctor memberitahu saya flos tidak akan merenggangkan gigi sebaliknya, setiap individu perlu melakukan flos pada setiap hari terutamanya selepas menikmati makanan. Malah, flos membantu membersihkan gigi. Berus gigi tidak mampu membersihkan ruang antara gigi kerana gigi manusia sememangnya diciptakan mempunyai jarak antara satu sama lain. Ruang tersebut tidak mampu dicapai oleh berus gigi.
"Doktor, gigi atas pun kena flos ke?" Tanya saya kepada Doktor Azizah sewaktu dalam perjalanan ke pejabat saya tempoh hari.
"Ya, mesti," Jawab doctor bersungguh.
"Habis flos tak boleh pun masuk kat celah gigi atas saya," Adu saya kepada doctor.
"Gigi Tinta yang atas tu terlalu rapat."
"Habis macam mana saya nak bersihkan dia?" Selepas menjalani scaling tahun lepas, gigi atas saya tetap rapat seperti dulu.
"Beli interdental berus yang halus tu, yang orang pakai braces guna. Kalau rapat macam tu memang susah nak bersihkan. Berus tu boleh masuk celah gigi sebab dia halus."
"Nanti tak besar ke jarak antara gigi saya?"
"Taklah. Gigi kita ni kuat. Bukan senang bergerak,"
Saya pun mengamalkan flos. Ternyata, gigi yang kita rasa bersih dan tidak masuk makanan sebenarnya ada sisa makanan halus di celahnya yang kita tak rasa dia ada di celah gigi kita. Sisa inilah yang akan menyebabkan bakteria perosak gigi dan ia akan menjadi keras membentuk karang gigi. Akhirnya gigi akan rosak begitu juga dengan gusi.
So, kepada kawan-kawan, jagalah kesihatan gigi anda kerana gigi yang kotor akan menyebabkan kerosakan serta nanah. Nanah ini sangat bahaya kerana menurut Doktor Azizah, pada muka kita terdapat ruangan kosong. Apabila bakteria telah merebak, ianya akan merebak ke jantung, paru-paru, leher, telinga, mata, hidung dan otak. Sebab tu sakit gigi kronik boleh menyebabkan sakit jantung dan lain-lain penyakit.
Makan Perlu Berfikir
Assalammualaikum readers,
Mesti korang dah kekenyangan menikmati makan tengahari yang lazatkan? Apa menu korang? Best tak?
Makanan bagi saya sekarang ni bukan sesuatu yang mudah. Setiap hari saya perlu berfikir nak makan apa. Makanan ruji negara kita nasi sedangkan saya telah masuk empat tahun mengurangkan nasi. Saya menghadkan paling banyakpun satu minggu sekali sahaja menu nasi. Kenapa? Faktor kesihatan. Bukanlah makan nasi tu maknanya tak sihat. Tapi memandangkan aktiviti harian saya yang kurang menggunakan tenaga, saya rasa kurangkan nasi itu lebih baik.
Segalanya bermula empat tahun lalu apabila berat saya menghampiri tahap maksimum dan limit BMI saya. Masa tu saya rasa sangat risau dan takut. Banyak artikal saya baca untuk menurunkan berat badan. Mungkin rangka tubuh saya kecil, so orang tak Nampak saya gemuk. Tapi tuan punya badan boleh rasa apa lagi bila baju yang saya pakai semakin sempit. Alhamdulillah masa tu, saya mula berlatih untuk ke Gunung Kinabalu so, berat badan saya turun cepat.
Masa tu, bila saya balik kampung, mami selalu suruh saya kurangkan nasi. Mami suruh saya makan nasi tengahari je. Almaklumlah, mami sangat particular dengan kecantikan dan penampilan. Dia takut saya gemuk. Mula-mula, saya buat tak endah. Sememangnya saya sangat suka makan nasi. Apa lagi dengan kepelbagaian masakan Malaysia dan aneka lauk. Memang susah bagi saya untuk tidak makan nasi. Mami suruh saya puasa Isnin Khamis. Katanya, sambil-sambil beramal. Lagi saya liat. Tambahan pulak masa tu saya dengan awak. Lepas waktu kerja biasanya kami akan keluar makan. Lebih teruk, makan waktu malam. Selalunya saya prefer untuk keluar lepas Maghrib so tak payahlah sibuk-sibuk nak cari tempat solat.
Lama-kelamaan, saya rasa semacam. Saya rasa cepat penat, lesu dan selalu mengantuk. Badan mula terasa berat. Rasa tak cergas. Saya juga cepat mengah. Sehinggalah pada satu hari, saya beli glucometer. Saya test check darah. Saya terperanjat bila glukosa dalam darah saya 17 sedangkan saya tak ada simpton diabetes. Kakak yang menjual pun terperanjat tapi dia bagi tahu saya supaya pergi check di klinik sebab dia pun tak pandai setting that glucometer. Saya menangis. Takut kena diabetes dan terus hubungi awak. Awak melawak dan ketawakan saya. Saya sangat marah sebab masa tu saya perlukan sokongan dan nasihat. Kalau setakat nak ketawakan saya, better saya tak payah call dia. Berlakulah sedikit ketegangan apabila saya marah padanya. Akhirnya, awak mula faham apa yang saya nak dan menyokong saya untuk diet. Tanpa berlengah, saya ke klinik dan minta doctor check gula dalam darah saya. Laaa... 4.6 je. Doktor kata saya tak perlu risau sebab saya masih jauh dengan border kencing manis. Doktor nasihatkan saya agar jaga pemakanan dan selalu bersenam. Glukometer yang saya beli RM100 lebih tu, sekali je saya guna dan terus simpan sampai hari ni. Saya fobia dengannya. Biar saya check gula secara tahunan di klinik seperti dulu.
Diet saya bukanlah diet extreme dan mengejut. Saya mulakan diet dengan mengikut saranan mami. Makan nasi sekali je sehari. Malam, saya ambil yang ringan-ringan je walaupun temankan awak makan. Saya makan sup sayur dan apa saja yang ringan. Kadang-kadang awak kesiankan saya. Dia bungkuskan saya makanan ringan yang lain seperti kerepok leko dan sebagainya takut saya lapar tengah malam. Esoknya dia mesti Tanya saya lapar tak malam tadi tak pun setelah dia tiba di rumah, dia Tanya saya lapar ke tidak? Untuk diet sebenarnya keazaman yang tinggi dan hati yang kental diperlukan sebab kat mana-mana pun kita pergi, pasti berlambak makanan yang sedap terutamanya berasaskan nasi.
Setelah lama saya tidak mengambil nasi untuk makan malam, saya cuba pula untuk selangkan pengambilan nasi beberapa hari seperti dua ke tiga hari. Alhamdulillah, saya Berjaya dan akhirnya saya hadkan pengambilan nasi kepada seminggu sekali. Sekarang, kalau tak makan nasi langsung dalam minggu tu pun saya OK. Cuma nasi tu sebagai reward untuk diri sendiri. Tapi kalau pergi kursus kat hotel, berantakanlah diet saya. Semua saya nak try. Masa tu, saya mula rasa segar dan tubuh jadi ringan. Tiada lagi mengantuk yang keterlaluan.
Setelah lama berlalu, saya perasan something. Saya mula tidak dapat menerima nasi seperti dulu. Kalau saya makan nasi, saya akan rasa mengantuk yang amat dan dalam tempoh masa yang lama sebagai contoh, makan tenghari ambil nasi hari ni, ia akan membawa saya mengantuk sehingga esok. Bukan sekadar mengantuk, badan saya jadi lemah dan lesu. Saya juga akan jadi stress dengan keadaan ini. Sampai sekarang pun saya sukakan nasi. Tapi bila mengenangkan keletihan dan mengantuk yang amat akan saya alami, saya perlu berfikir dua tiga kali sebelum mengambil nasi.
Mula-mula tak makan nasi dulu saya memang rasa lapar. Rasa tak best. Rasa sedih pun ada sebab tak boleh makan makanan yang kita suka. Korang pernah tak rasa macam tu? Sedih lebih-lebih lagi, orang di sekeliling kita makan nasi dengan lauk macam-macam. Tapi mujurlah saya ni makan semua benda. So, saya juga sukakan western food, makanan Jepun, China, Korea dan lain-lain. Pernah satu ketika saya rasa sedih pulak bila diberi nasi.
So, sekarang, saya masih lagi menghadkan pengambilan nasi.
Cuma saya jadi sedih pulak sebab tak tahu nak makan apa. Makanan yang saya nak makan semuanya mahal di Malaysia ni. Penyelesaiannya, saya perlu beli steamer dan masak sendiri. Itu yang terbaik. Masak sendiri yang kita tahu tahap kebersihannya, campuran dan bahannya ikut citarasa sendiri.
Thursday, March 1, 2018
Dua Panggilan Yang Buat Saya Berfikir
Assalammualaikum readers,
Lama tak menulis. Sibuk. Ni pun sebenarnya banyak benda nak buat. Tapi hati melonjak-lonjak nak menulis.
Semalam, sewaktu saya sedang sibuk menulis di computer pejabat, telefon di meja saya berdering.
Kedengaran satu suara asing menerjah gegendang telinga.
Saya: Accessibility Department, selamat petang.
Itu ayat lazim saya tuturkan tatkala menjawab panggilan.
Pemanggil: Selamat petang. Dengan siapa saya bercakap ni?
(Dia call kita, dia Tanya kita siapa pulak. Rungut saya dalam hati. Sesungguhnya saya tak suka ditanya begitu dengan pemanggil.)
Saya: Saya, Tinta Emas. Ada apa boleh saya bantu?
(Malas nak beramah-mesra.)
Pemanggil: Oooo... Cik Tinta. Popular nama ni. Saya kenal sangat dengan nama ni.
(Oh my god! Siapa pulak ni?"
Cik Tinta kenal saya?
(Manalah aku nak kenal kau kalau kau tak kenalkan diri. Ni buat temperature saya naik ni. Sabar Tinta, sabar. Ni official call. Kau jangan buat perangai eh.)
Saya: Tak kenal.
(Cakap je terus-terang. Tak yah nak segan-silu)
Pemanggil: Tak apalah. Cik Tinta, En. Fairuz tak ada ya?
Saya: Ya, dia dah pencen. Kenapa tu?
Mungkin ini panggilan berkenaan dengan accessibility daripada mana-mana kementerian, syarikat atau orang perseorangan. Fikir saya sendirian. Mungkin dia kenal saya dari sesi audit atau mesyuarat. Saya ni kan tegas dan lantang. Semua orang kenal saya kalau sekali saya berhujah.
Pemanggil: Boleh saya dapatkan nombor telefon dia?
Saya: Maaf, encik ni siapa?
Pemanggil: Saya Amri (bukan nama sebenar)
Saya: En. Kenal dia ke?
Pemanggil: Saya kawan dia tapi dah lama tak contact dengan dia. Boleh saya dapat nombor telefon dia?
Saya: Ooo... Kawan dia. Ni nombor dia bla... bla... bla...
Pemanggil: Nombor Cik Tinta?
(Apa hal pulak nombor saya ni? Ah, nombor saya selalu bersepah-sepah dalam pengumuman sana sini. Bagi je la. Kalau malas layan, kalau merapu, kau buat bodoh je. Setelah terdiam, saya menjawab)
Saya: Bla... Bla... Bla...
Pemanggil: Boleh ke kalau saya free, saya call Cik Tinta?
Saya: Ya, boleh.
(Takkan nak cakap tak bolehkan? Kalau merapu nanti, pandai-pandailah saya elak.)
Saya mendapatkan kepastian daripada operator.
Saya: Dayah, kau ke yang past call kat akak tadi?
Dayah: Ha'ah. Kenapa, kak?
Saya: Dia cakap nak cakap dengan siapa? Nak cakap dengan En. Fairuz ke?
Dayah: Taklah, dia cakap nak cakap dengan akak, saya past je la. Tak sebut En. Fairuz pun? Kenapa, kak?
Saya: Ooo... Maknanya, dia memang nak cakap dengan akaklah. Dia saja jelah buat-buat nak cakap dengan En. Fairuz dengan akak?
(Menyirap jugak darah saya bila tahu semua ni. Apalah motif orang macam ni? Tak ada kerja ke?)
Petangnya pulak, satu panggilan lagi saya terima.
Kawan: Tinta, aku nak kenalkan kau dengan seseorang.
Saya: Siapa?
Kawan: Aku dah lama tak contact dia ni. Tiba-tiba dia contact aku.
Saya: Dia suka kat kau?
(Tebak saya cepat sebelum dia menghabiskan ayatnya)
Kawan: Ha'ah.
Saya: Dia suka kat kau, buat apa nak kenalkan kat aku pulak?
Kawan: Aku dah malaslah. Aku takut jatuh lagi.
Saya: Eh, aku pun takut jugak tau. Kau nak suruh aku yang jatuh ke apa?
Kawan: Ala... Nanti aku scan dulu. Kalau baik, aku kenalkan kat kau. Kalau tak, tak payah.
Saya: Lelaki ni, kalau dah suka kat seseorang, tak payahlah kau nanti ganti dengan orang lain. Kau bagi dia bidadari pun dia tak nak. Dia still Nampak yang dia suka tu the best. Malaslah aku. Aku nak orang tu ikhlas suka kat aku. Nak kenal dengan aku, nak kawan dengan aku. Tak payah aku nak kejar-kejar dia. Bila dia suka kat kita, kita jadi tenang. Kita tak perlu paksa dia, jaga dia. Cuma jaga dia supaya dia terus suka kat kita. Kalau tak, tak payah. Aku tak ada masa la semua ni.
Hadoi, apalah nasib saya ni. Nanti satu hari nanti, datanglah tu orang yang ditakdirkan untuk saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)