Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Thursday, June 29, 2017
Tampil Lebih Berseri
Assalammualaikum korang,
Selamat hariraya Aidilfitri, maaf zahir batin.
Saya OK ke tak? Entahlah. Yang pastinya, perasaan pagi tadi tu masih ada. Jadi, untuk mengubatnya biarlah saya bercerita tentang hal lain di sini. Serius saya memang tak ada mood dan rasa rindu sangat hari ni.
OK, kita terus kepada cerita saya ni.
Kemunculan semula saya di Facebook sememangnya memberi pelbagai reaksi sama ada secara terus mahu pun di belakang saya. Saya malas nak ambil pusing komen negative. Biarlah dia orang je yang negative. Saya nak sentiasa positif. Yang negative tu, saya dengar, apa yang boleh saya terima, saya terima. Yang positif, saya jadikan semangat untuk terus melangkah.
Kat Facebook, saya ada ramai kawan yang saya tak pernah jumpa pun. Tapi dalam ramai-ramai tu, ada beberapa orang yang rapat dengan saya. Kami selalu contact menerusi messenger, whatsapp atau telefon. Malah, waktu saya menghilang dari FB, kami terus berhubung dan mereka sangat mengambil berat tentang saya. Kadang-kadang, mereka sangat peka akan perasaan saya lantas terus menghubungi saya. Bila saya tak ada kat FB, sesekali dia orang akan call atau whatsapp Tanya khabar.
Alhamdulillah, selain rakan-rakan yang sememangnya mengenali saya, mereka turut menyambut kemunculan saya kembali di Facebook dengan meriah. Siap call dan komen lagi.
Kawan: Tak sangka, lepas hilang, Tinta muncul di Facebook dengan penampilan yang lebih berseri.
Kawan: Tinta sekarang Nampak lain, Nampak berseri-seri.
Kawan: Dia (merujuk kepada perempuan yang menjadi kegilaan si dia setahun lalu) masih macam dulu. Duk melayan ramai lelaki. Tapi si dia tu dah lama tak nampak komen kat wall dia dan dia dah tak meroyan. Tapi masih post gambar-gambar macam dulu. Dengan budak-budak dialah. Tapi yang tak sangkanya, Tinta tampil lebih berseri dari dulu di FB. Nampak perubahan tu.
Lol, apa kes, lepas cerita fasal perempuan tu komen penampilan saya kat FB pulak? Apa motif sebenar atau maksud tersiratnya? Hehehehe...
Alhamdulillah, Allah yang bagi semua ni. Saya tak adalah nak bertanding dengan si dia tu. Cuma sekadar mahu membuktikan, bahawa saya mampu menjadi lebih baik dari dulu. Jika dia meninggalkan saya kerana si dia lebih bergaya silakan. Saya tak rasa terancam pun sebab saya rasa, saya punya penampilan diri tersendiri. Dan ianya akan develop mengikut masa dan fesyen. Lagipun, saya ni cerewet, mungkin peralihan penggunaan tudung dan sebagainya tidak begitu cepat sebab saya mengutamakan kualiti barangan dan untuk mendapat sesuatu yang berkualiti, bukan boleh dapat banyak dan cepat sebab saya bukan orang kaya. Hanya mereka yang arif saja yang mengenali sesuatu kualiti barangan. Lagi pun, dulu komitmen saya tinggi dan gaji saya rendah. Sekarang Alhamdulillah, Allah legakan sedikit hidup saya.
Cakap fasal berseri, saya pun tak tahu. Sebab saya rasa saya masih seperti dulu. Skin care saya, cara penjagaan kulit, rutin saya masih sama seperti dulu. Tak ada yang berubah. Ada waktunya, saya lebih malas dari dulu. Tapi tak tahulah kalau cara makan saya memberi sedikit sumbangan kepada penampilan saya.
Apa pun, semuanya datang dari Allah. Pujilah Dia sekiranya korang suka dengan apa yang saya ada sedikit ni. Segalanya saya miliki atas izinNya. Semoga Allah jauhkan saya dari riak dan hujub. Anehnya, sekarang, saya tak rasa saya cantik pun nak-naknya setelah saya kurus.
Lepas raya ni, boleh kurus lagi ke Tinta? Ya Allah, takutnyaaaa... Tahu takut. Kembalilah kepada rutin lama kau tu. Jangan nak ngada-ngada makan nasi sangatlah. Ingat, baju oren pemberian nenek tu ngam-ngam je tau. Besar sikit tak muat. Tak muat nanti, kena dendalah kau sampai turun balik badan tu.
OK, OK, saya cuba, insya-Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment