Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Saturday, June 10, 2017
Berita-berita Gembira Kiriman Allah
Hahaha... Entri ketiga dah ni Tinta. Ah, suka hatilah. Nak tulis jugak.
Alhamdulillah, memang Allah itu adil, Allah itu indah dan Allah itu sebijak-bijak perancang. Dia bagi saya duka kerana Dia rindukan saya. Dan dia ubati segala kelukaan saya apabila saya kehilangan apa yang saya sayang. Yang penting, ikhlaskan hati padaNya.
Kelmarin, saya mendapat berita:
1. Gaji saya kekal dalam jumlah yang telah dibincangkan semula. Alhamdulillah, banyak jugak naiknya. Saya pun tak sangka boleh naik banyak macam tu. Mungkin Allah tahu yang saya memerlukannya. Dulu, saya sangka seratus dua je naiknya. Tapi Alhamdulillah saya rasa Allah tu terlalu baik dengan saya. Insya-Allah, akan saya kongsikan rezekiMu ini dengan yang memerlukan sama ada manusia atau binatang. Sayakan pencinta haiwan.
2. Saya diberitahu bahawa kenaikan pangkat saya kepada senior executive. Saya masih menanti surat. Saya tak boleh confident sangat selagi surat tak keluar tapi Chairman of Staff Establishment Committee sendiri yang maklumkan pada saya akan hal ini.
3. Saya mendapat kepastian bahawa dua council members akan bawa saya ke suatu mesyuarat bertaraf dunia yang akan diadakan jauh dari Malaysia. Sekarang mereka sedang menyiapkan proposal untuk budget dan mencari tajaan. Jika Allah izinkan, saya akan bersama mereka ke sana. Berdebar jugak saya. Macam manalah keadaannya bila saya terpaksa menghabiskan seminggu masa saya bersama mereka? Mereka tu bukan kawan-kawan saya. Dahlah kat tempat yang terlalu asing bagi saya. Hadoi, kena hadir mesyuarat lagi. Takutnya saya. Saya ni bukan pandai sangat dalam bidang ni. Semoga Allah capaikan impian saya. Saya nak rasa naik kapal terbang berjam-jam lamanya. Itu pun kalau Engkau izinkan Ya Allah.
Terima kasih boss sebab propose nama saya kepada mereka supaya mereka bawa saya bersama. Boss memang baik. Saya tak tahu nak balas macam mana kebaikan boss pada saya. Pantang ada peluang, boss pasti rebut peluang tu untuk saya. Boss mesti tolak saya ke depan.
Allah pun sangat baik pada saya. Selalu temukan saya dengan orang-orang yang memberi peluang kepada saya, mendorong saya untuk naik, mengajar saya untuk maju. Jadi, mereka yang mengeji saya tu, sekarang ni baik saya abaikan dan lupakan mereka. Bukan saya yang nak lupakan mereka tapi mereka yang menjauh dan membuang saya. Mungkin di luar sedar, Allah dah bagi tahu saya, "Mereka tidak baik untuk kehidupan kamu lalu aku gantikan mereka dengan orang-orang yang kamu perlu dan baik bagi kamu supaya kamu terus maju dan bahagia dalam kehidupan yang aku pinjamkan. Percayalah, Aku Maha Mengetahui apa-apa yang tidak kamu ketahui. Kamu menyukai sesuatu yang tidak baik bagi kamu dan Aku Mengetahuinya, lalu aku gantikan dengan apa yang baik bagiMu walau pun kamu terpaksa melalui suatu jalan kesedihan yang panjang. Nah, rasakanlah kenikmatannya dari kasih sayangKu buatMu,"
Terima kasih Allah. Janganlah lagi aku tersalah jalan dan menjauh daripadaMu kerana aku tak bisa bahagia tanpa kasih sayangMu.
Sudah Tinta, kau dah lambat. Allah dah lama panggil kau mengadap dia. Cepat sebelum Allah murka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment