Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Saturday, July 1, 2017
Gila Dan Memeranjatkan
Assalammualaikum semua...
Malas nak berbasa-basi hari ni. Sebab saya ada cerita hot. Hot tentang orang-orang gila kat sini. Eh, saya ni kerja kat persatuan orang gila ke persatuan kakitangan psiko?
Hmmm... Fikir jap, (sambil letak tangan atas dahi).
Pagi-pagi lagi boss saya cakap, GM ada Tanya dia, macam mana Si Pulan tu boleh tahu exactly kenaikan gaji saya? Dia orang berdua sekarang dalam teka-teki dan mencari, siapakah sebenarnya dalang yang menyebar tentang gaji-gaji staff kepada umum (masyarakat pejabat). Yelah, Nampak benda ni remeh tapi ianya pecah amanahkan? Gaji staff, mana boleh didedahkan pada umum? Tambahan pula bila benda ni keluar dari mulut Si Pulan di mana GM pun tahu dia tak berapa sukakan saya.
Saya terus rasa terkejut dan berdebar apabila mendapat tahu tentang berita ni sebab saya tahu Si Pulan tu memang tak sukakan saya.
Percayalah kata saya, orang yang tak suka kita tu, lebih banyak mencari tahu fasal kita. Kalau positif yang mereka tahu, mereka akan pusing jadi negative. Saya tak pernah pulak mencari tahu berapa gaji dia.
Memang berderau darah saya bila orang tahu jumlah kenaikan gaji kita lebih-lebih lagi orang yang tak sukakan kita. Apa motif dia ambil tahu fasal gaji saya? Apa langkah dia seterusnya? Saya memang kena berhati-hati. Sebab, dia ni pun ada hubungan baik dengan sebahagian orang atasan pentadbiran pejabat lebih tepat lagi, board members. Jadi, saya tak boleh lalai dan leka. Saya kena waspada.
Macam mana boleh jadi macam ni? Kawan baik saya sendiri pun tak tahu exactly gaji saya. Ni orang yang tak baik dengan saya pulak yang tahu.
Kalaulah dia tahu pangkat saya naik lagi, confirm lagi dabom la dia tak puas hati.
Saya tak takut kalau ada pertikaian fasal gaji dan pangkat saya. Saya tak bodek sesiapa. Kedua-duanya saya dapat kerana kerja saya, usaha saya dengan tunjuk ajar orang-orang yang benar-benar nak tengok saya Berjaya dan paling penting dengan izin Allah.
Dia ingat, saya naik senang-senang macam dia? Macam orang lain? Memanglah saya dapat banyak, tapi Staff Establishment Committee memperhalusi job description saya. Wakil committee minta personally dengan boss saya bidang tugas saya. Siap ada perbincangan kecil dengan boss saya tentang saya, tentang kerja saya. Boss saya puas hati atau tidak dengan performent saya. Bukan senang-senang approve macam tu je. Dia orang argue fasal saya dah lama. Dah berapa kali meeting tak settle-settle. Dan saya dapat semua tu dengan adanya proof, ada support document yang saya menjalankan tugas saya. Saya juga ada saksi yang memperakui tugas saya. Takkanlah orang sanggup fight untuk saya kalau saya tak betul-betul buat kerja? Orang yang fight untuk saya tu orang yang tak boleh dibodek-bodek. Yang tegas macam saya. Yang cakap direct kalau saya salah. Bak kata boss saya, promotion saya adalah promotion yang well known.
Orang tak suka tak apa. Buatlah macam mana pun. Tapi kalau Allah Nampak, Allah tolong, pasti pertolongan tu datang tepat pada masanya seperti boss saya kata, bila masanya tiba, rezeki tu akan jadi milik saya. Masa tu, boss saya ni belum jadi boss saya lagi. Tapi dia Nampak macam mana saya kerja keras dan dipergunakan oleh orang lain. Orang lain dapat macam-macam, saya tak dapat apa pun.
Desas-desus saya dengar, adjustment kali ni sayalah yang dapat paling banyak. Hal ni pun disampaikan oleh seseorang hari ni kepada saya. Ya Allah, tetapkanlah saya menjadi orang bersyukur, pemurah dan peganglah hati hambaMu ini supaya tidak menjadi orang yang lupa diri apabila diberi kesenangan dan kelebihan. Dan jadikanlah saya ini sebagai orang yang suka melihat kejayaan orang lain. Jauhilah saya dari sifat iri dan dengki. Saya tak mahu hati saya rosak.
Tapi saya merasa belas kepada kawan saya yang dapat sikit je adjustmentnya walaupun pangkat berubah. Tambah belas lagi kepada kawan yang naik pangkat lebih dulu dari saya tapi tak dapat adjustment gaji pun. Boss dia tak puas hati. Tapi, apa yang dia buat supaya staff dia dilihat orang? Nantilah, yang tu saya buat entri lain untuk ulas.
Terima kasih you alls, kerana membaca
xoxo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment