Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Friday, June 23, 2017
Pelik Bin Ajaib
Assalammualaikum semua,
Sedang buat apa engkau?
Adakah engkau merindu?
Seperti aku di sini?
Hahaha tiba-tiba nyanyi lagu Ramlah Ram pulak.
Entri kali ni, bukanlah niat saya nak mengata sesiapa atau mengata orang yang berstatus seperti ni.
Sebenarnya dah lama saya perhati tapi baru malam ni ada mood nak tulis.
Saya ni suka baca status orang di Facebook kalau ada masa terluang.
Dari situ, tulisan orang dari pelbagai latar belakang dapat saya baca.
Daripada status-status tu, saya lihat ada sedikit kurang selesa pada tulisan mereka berstatus janda. Bukan semua ya. SEGELINTIR.
Saya bukan mengata tapi ini pendapat saya kepada SEBILANGAN KECIL dari golongan ni. Jangan marah saya kepada yang membaca.
Tapi inilah hakikatnya. Dan mereka yang berstatus ini jugaklah yang merosakkan hubungan saya dengan si dia setahun yang lalu.
Dulu, saya sangat marah bila orang cakap, hati-hati, dia tu janda. Bukan semua janda berperangai tak baik. Tapi sekarang, apa yang dapat saya rumuskan, tak ada orang lain yang dapat mengubah persepsi masyarakat melainkan golongan tu sendiri.
Kalau tengok kat FB, mereka ni lebih berani memaparkan status keinginan mereka hendakkan teman lelaki, pasangan, suami atau apa saja yang seumpama dengannya.
Kadang-kadang status mereka ni mengalahkan anak dara. Kalau anak dara yang tulis, kita faham, tak matang. Tapi orang yang pernah menjadi isteri, jadi ibu, takkanlah masih tak matang? Ada sesetengah tu, anak pun dah usia remaja. Kalau anak baca macam mana eh?
Baru-baru ni saya baca status LEBIH KURANG begini: "Bestnya kalau ada boy friend, boleh shopping sama-sama, ada orang tolong bawakan barang. Tapi tak ada sorangpun yang sudi. Terpaksalah shopping sorang-sorang,"
Memang tak salah berkeinginan begitu. Semua orang ada naluri untuk berpasangan. Tapi bila meletakkan status tu dekat tempat umum... Saya rasa apapun status kita, kita masih punya marwah. Dan sebaik-baik pakaian wanita itu malu. Sekurang-kurangnya awak dah rasa hidup berumahtangga. Jadi, banyak pengajaran dan iktibar yang perlu diambil dari pengalaman lepas bukan makin jadi tak matang.
Tu belum lagi tengok komen. Melayan, balas-balas komen, gedik-gedik macam budak remaja. Malulah sikit kepada umum. Yang buat ni bukan sekadar janda muda, janda yang 40, 50 tahun pun melayan tak ingat. Ingatlah, bukan semua lelaki yang melayan gedik kita tu betul-betul nak kat kita. Banyaknya saja layan tapi bila nak cari isteri, cari yang bukan golongan gedik.
Saya memang terkejut bila baca komen dan status macam ni. Saya pulak yang rasa malu.
Berubahlah wanita, sebab kita akan insya-Allah menjadi ibu. Macam mana kita nak didik anak-anak kalau kita tak betulkan akhlak kita?
saya bukan baik. Tapi kita sama-sama cuba.
Apa? Sekadar tulis dalam FB?
Saya tak percaya akan kata-kata ni.
Sebenarnya, dari tulisan tulah kita tahu peribadi seseorang tu macam mana.
Sebab tulisan tu, apa yang kita fikir, apa yang kita inginkan, apa yang ada dalam hati kita. Tu yang kita keluarkan. Jangan tipulah cakap, saya saja-saja je suka-suka tulis macam tu. Mana ada apa sebenarnya. Karut! Saya tak percaya. Jangan bohong. Tulisan itu peribadi seseorang. Ia menggambarkan siapa kita sebenar.
Pesan saya, jangan keterlaluan dalam menulis terutamanya bab-bab lelaki ni. Jangan Nampak kita ni terdesak sangat. Boleh meluahkan keinginan kita, tapi biarlah dalam tulisan yang sopan dan bukan di tempat umum sebegitu.
Mohon maaf jika tulisan malam ni menyakitkan hati sesiapa. Sekadar pendapat serta nasihat untuk kaum sejenis saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment