SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Saturday, June 10, 2017

MSS Bukan VSS

Assalammualaikum semua, Terpaksa datang office sebab supplier kuih hantar kuih raya. Dalam fenomena ekonomi merudum ni, banyak company down size kan staff dia disebabkan oleh keadaan kewangan yang kritikal. Tak terkecuali my office. Actually, my office ni bukanlah kritikal pun kewangannya. Cuma mereka nak safe money dan tak nak gaji kan orang-orang yang dirasakan tak perlu atau pun, gajikan orang yang bergaji besar, tapi kerja sikit. Untuk first group ni, tiga orang staff ditawarkan untuk MSS. Bila sebut MSS ni, maknanya, dia bukan volunteer nak berhenti tapi orang yang telah dipilih dan ditawarkan. Tidak terbuka kepada semua. Tiga orang ni semuanya dari department HR dan Admin. So minggu ni, terjawablah soalan ura-ura staff yang nak kena MSS tu dengan tiga orang ni dipanggil oleh board. Yang sorang tu, memang beberapa minggu ni Nampak masam je muka dia. Mungkin dia dah tahu awal kot yang dia termasuk dalam senarai MSS. Saya rasa, dia sendiri amat terkejut bila mendapat tahu dia tersenarai. Yelah, selama ni kedudukan dia kat office ni kan kukuh walau pun tak berfungsi sebagai selayaknya. Benarlah kata pepatah orang Melayu, "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke Tanah juga." Saya bukanlah bergembira atas terpilihnya dia untuk MSS ni. Tapi sekadar mengingatkan diri sendiri dan mengambil pengajaran apa yang berlaku di hadapan mata. Saya tahu, dia pasti rasa teraniaya. Tapi pernah tak dia fikir, sepanjang dia memegang kuasa kat office ni, berapa orang dah teraniaya disebabkan dia? Ada yang diberhentikan kerja begitu saja tanpa sebab yang kukuh hanya sekadar staff berkenaan tidak disukainya. Itu yang sampai office kena saman dengan sorang daripada staff yang pernah diberhentikan tu. Akibatnya, office terpaksa membayar puluhan ribu ringgit kerana kalah dalam perbicaraan mahkamah. Sebenarnya politik office saya ni memang dahsyat. Saya tak pernah terfikir pun akan melihat semua ni. Ingatkan dalam Samarinda je benda ni berlaku. Sebenarnya, saya dah dengar beberapa bulan awal akan hal dia ni. Saya tergamam. Tak sangka sampai sebegitu nasibnya. Saya bersimpati padanya. Tapi saya fikir, mungkin berita ni sekadar cakap-cakap saja kerana ia dalam pertimbangan. Saya berharap agar apa yang saya dengar tu, taklah begitu drastic. Meskipun banyak benda saya tak puas hati dengannya, tak pernahlah saya sampai mendoakan agar semua ni terjadi ke atasnya. Paling kuat pun, saya sekadar doa supaya dia ditukarkan ke department lain macam dulu. Saya faham, keputusan ni dibuat sebenarnya bukan kerana board bencikan dia tapi atas kesilapannya sendiri. Tak perlulah saya huraikan lebih lanjut tentangnya buat masa ni. Selagi sikapnya tidak melampau pada saya, maka biarlah. Apa yang saya boleh simpulkan di sini, jika kita mendapat sesuatu pangkat atau kuasa dengan membodek, pasti akhirnya Allah akan tunjukkan kebesaranNya sebab pembodek biasanya menganiaya orang lain.

4 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum. selamat berpuasa. tak habis-habis nak menganyiaya orang. doa orang yang teranyiaya tu dah makbul agaknya. manis di depan di belakang penuh racun. tak selamanya di atas. hidup ini umpama roda.

qasehqasrina said...

Allah Maha Adil.

TINTA EMAS said...

Ya, Allah Maha Adil. Tu yang manusia selalu lupa bila mahukan sesuatu dan di atas.

TINTA EMAS said...

Waalaikummussalam dan selamat berpuasa. Siapakah gerangan yang tak ada nama kat atas tu?