Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Sunday, October 16, 2016
Hari Lahir Yang Sepi
Hari lahir kali ini adalah hari lahir yang sepi seperti enam tahun lalu. Tiada lagi ucapan istimewa atau makan malam bersama insan tersayang atau hadiah istimewa tanda kasih saying awak terhadap saya.
Awak,
Saya tahu, awak tak ingat akan hari lahir saya hari ini. Sedangkan masa kita bahagiapun awak tak ingat, apatah lagi bila awak meninggalkan saya. Dulu awak ingatpun sebab ada reminder. Entah-entah, tanda tarikh lahir sayapun awak dah buang. Ingat tak awak, dari awal perkenalan awak dah bagi tahu saya yang awak bukan orang yang ingat akan tarikh-tarikh penting. Dan awak tanda birthday saya di telefon. Awakpun ada cakap dengan saya supaya ingatkan birthday saya pada awak bila tiba harinya agar awak tak terlepas untuk meraikannya.
Awak, saya rindukan awak. Rindu sambutan hari lahir bersama awak walaupun hanya kita berdua yang menyambutnya. Setiap kali tiba hari lahir saya, awak pasti minta saya search restoran yang di luar kebiasaan kita makan supaya hari lahir saya lebih istimewa dari hari-hari yang biasa. Indahkan awak saat tu, saat-saat kita bahagia bersama. Saat tiada orang lain menarik perhatian awak. Saat cinta awak utuh buat saya.
Awak, hingga ke hari ini, saya masih merindui awak. Masih menyayangi awak.
`
Nyanyian Seorang Rakan
Pagi tadi, saya dan rakan mengacarakan pertandingan nasyid.
Sebelum memulakan pertandingan, kawan saya bercakap tentang rehearsal yang tidak dapat saya hadiri semalam atas urusan lain. Dia bercakap tentang lagu. Saya layankan saja seolah-olah saya tahu akan apa yang diperkatakannya. Bila dia sebut tentang lagu, saya buat-buat lupa. Dalam hati, "Ish, dia ni, kot yapun nak surprise kan penonton, bagilah tahu saya dulu,"
Lalu... Dia meminta satu dewan ikut menyanyi bersamanya. Tapi lagu apa? Pelik, suruh orang nyanyi tapi tak bagi tahu tajuk. Macam mana hadirin nak nyanyi bersama? Sejurus kemudian, dia mula menyanyi. Tahu lagu apa? Lagu Allah Selamatkan Kamu. Dia diiringi penonton menyanyikan lagu tersebut untuk saya yang menyambut hari lahir saya hari ini. Ya Allah, perasaan saya berbaur terharu dan gembira. Saya sebak. Saat orang-orang penting dalam hidup saya melupakan segalanya tentang saya, ada kawan yang membesar bersama sejak dari sekolah masih ingat akan tarikh keramat pengukur usia saya. Ya Allah, hanya Tuhan saja tahu perasaan saya ketika itu. Dinyanyikan oleh seisi dewan semasa hari lahir adalah suatu perkara yang tak pernah saya sangka akan terjadi meskipun sekadar di dalam dewan biasa. Saya amat terkejut. Rupanya dia mahu surprise kan saya, bukan penonton.
Tahun-tahun sebelum ni, saya mendapat ucapan selamat hari lahir di Facebook sehingga mencecah ratusan ucapan kerana notification yang dipaparkan FB pada setiap hari untuk pemegang akaunnya yang menyambut hari lahir. Bila kita tiada FB, barulah kita tahu, siapa yang benar-benar ingat akan tarikh lahir kita. Untuk hari ni, ucapan selamat hari lahir tidak banyak seperti di FB saya terima. Tak apalah, bukan suatu kemestianpun ucapan hari lahir tu.
Terima kasih Shafiri kerana ingat akan tarikh lahir saya.
Mengapa Saya Diam?
Assalammualaikum semua,
Hampir dua bulan saya tak update blog ni. Bukan saya tak mahu update tapi saya rasa terlalu lemah, terlalu dukacita dan terlalu tersiksa. Selalunya kalau saya diam itu bermakna saya amat terasa hati dan sedih. Maka saya diam, cuba membendung lara hati. Memujuk hati rajuk. Ternyata, hati lara ini sukar diubati. Malah rindu, kasih dan saying saya masih utuh untuk dia. Cuma, saya mampu menulis meskipun tangis masih lagi menemani hari-hari saya.
Tuesday, August 23, 2016
Ombak Rindu Membadai Hatiku
Ya Allah,
Rindu ini kian menyiksa. Aku tersiksa, semakin tersiksa. Aku rindukan dia.
***
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya
Kernaku tak sanggup
Kernaku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku.
Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat kamu kala dukaku
Namun hanya kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku.
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung.
Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahuku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku.
Hanya mampu berserah
Moga cahaya di penanti.
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya.
Kernaku tak sanggup
Kernaku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku.
***
Nota:
Awak,
Selama Allah izinkan, saya akan terus mencintai awak walaupun awak tak perlukan cinta saya.
Selagi Allah izinkan, maka awak akan terus berjalan diiringi cinta saya biarpun awak tidak merasainya.
Semoga suatu hari nanti, awak akan rasa kehadiran cinta saya bersama awak.
Insya-Allah, amin...
Saturday, August 20, 2016
Malam Pulang Dari Gong Zhao, China
Baiklah, pasti ada yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku dari sisi saya. Saya amat terkejut dengan berita yang saya dengar. Seperti yang pernah saya tulis, saya tak perlu sibuk ke sana-sini mencari tahu tentang sikap orang terhadap saya. Ianya pasti akan datang sendiri. Dan benar, pertolongan Allah itu Maha Luas, ianya datang pada saya satu demi satu, menghuraikan persoalan demi persoalan. Saya hanya perlu tenang dan bersabar. Selebihnya Dia yang aturkan. Tak apalah, macam pernah saya cakap, manusia kalau tak suka memang suka tambah perencah, bagi sedap cerita dia dan supaya dapat pengaruh ramai orang untuk membenci kita secara tidak langsung, memberitahu khalayaknya bahawa dia dianiaya. Tak apa, dah sikap manusia macam tu. Siapalah saya untuk menyuruh mereka diam? Cuma hak saya adalah untuk menyatakan apa sebenarnya yang berlaku yang di dalam pengetahuan saya dan niat saya. Jika tiada yang mahu percaya, terserahlah kerana saya bukan seorang yang berpenampilan warak untuk buat semua orang percaya pada saya.
Sebelum ke Gong Zhao, Awak berjanji yang Awak akan jemput saya pulang dari lapangan terbang pulang dari Gong Zhao dan Awak beritahu saya yang awak tak dapat hantar saya ke airport masa saya nak ke Gong Zhao sebab Awak out station. OK, walaupun sedih tak dapat jumpa Awak sebelum saya pergi, saya setuju.
Masa di Gong Zhao, saya cakap dengan kawan baik saya:
Saya: Balik nanti Awak ambil aku kat airport. Kalau kau nak ikut bolehlah. Tapi, aku pergi Brickfields. sebab esoknya ada latihan tandem.
Kawan Baik: Tak apalah beb, mana pulak aku nak duduk awal-awal pergi Brickfields tu? LRT pun tak bukak lagi. Aku lepak jelah dengan dia orang kat airport, lepas tu balik dengan bas.
Saya: Kalau macam tu tak apalah. Kalau balik rumah, aku takut aku tak sedar nak pergi latihan.
Memandangkan saya nak ke Brickfields, saya offer pulak Si Pulan.
Saya: Si Pulan, balik nanti, Awak ambil akak terus ke Brickfields, Si Pulan nak ikut?
Si Pulan: Tak apalah kak, tak bestlah pulak nak tinggal dia orang ni. Lagipun saya nak tolong dia orang ni semua uruskan beg lepas tu boleh naikkan dia orang bas. Saya balik dengan dia oranglah.
Saya faham. Si Pulan ni pergi lebih kepada nak membantu dan dia diberi keistimewaan oleh penganjur. So, memang menjadi tanggungjawabnyalah untuk pastikan semua orang beres. Tanpa mencurigai apa-apa, saya balik dengan Awak.
Sebelum check in kalau tak silap, ada Si Pulan B datang kepada saya.
Si Pulan B: Akak, nanti akak nak balik office ya sampai KL Esok?
Saya: Ha'ah, kenapa? Nak ikut?
Si Pulan B: Nak ikut boleh kak? Saya ada show esok. Takut lambat.
Saya: Boleh.
Setelah urusan mengambil bagasi selesai, saya dan Si Pulan B terus mendapatkan Awak yang telah sedia menanti. Kamipun terus bergerak ke Brickfields. Sempat berhenti makan di RNR Dengkel lagi awal pagi tu. Terserempak dengan suami kepada kawan saya yang juga mengikuti rombongan berkenaan di RNR tu.
Maka sampai ke hari ni, saya ingat tak adalah perkara yang berbangkit. Rupa-rupanya, ada orang kata saya tak ajak dia tumpang balik. Shopping je sama-sama tapi tak lawapun balik sekali. Dan kenyataan ini disokong oleh kawannya yang tak pernah rapat dengan saya dan tak tahu-menahu fasal offer saya kat orang berkenaan. Saya menarik nafas panjang. Subhanallah, kenapalah tergamak memfitnah saya begitu? Hilang ingatan ke dia yang saya ada mengajaknya dan dia sendiri yang tak mahu ikut saya sebab saya balik ke Brickfields? Ujian apakah ini Tuhan?
Ada orang cakap dengan saya, diapun percaya tak percaya dengan cerita tersebut sebab dia tu kawan baik saya, takkanlah saya tinggalkan dia macam tu je? Sedangkan dia yang tak rapat dengan saya, bila bertemu dalam majlispun saya offer dia nak balik sekali ke tak? Saya pernah ajak dia tumpang sampai LRT sebab rumah kami berlainan arah. Saya sendiripun tak ingat kisah tu sampai dia mengingatkan kembali pada saya tentang pelawaan saya menghantarnya ke LRT bersama Awak.
Tak apalah. Kebenaran akan terserlah suatu hari nanti. Hanya orang yang betul-betul mengenali saya je yang tahu bagaimana saya. Hanya orang yang betul-betul mengenali saya je yang akan menilai cerita-cerita buruk tentang saya.
Kepada mereka yang memfitnah, terima kasih saya ucapkan. Sedarlah kalian, sebelum Allah menyedarkan kamu.
Terima Kasih, Cikgu Ani
Cikgu Rahani Mat Yunus atau lebih dikenali sebagai Cikgu Ani, merupakan guru pertama dalam kelas formal saya. Cikgu Ani adalah cikgu Tadika Perpaduan, Guchil Luar. Tempat saya mendapat pendidikan awal sebelum ke Johor Bahru, Johor. Bukan sekadar A, B, C, Cikgu Ani turut mengajar saya tentang kawan menerusi pantunnya.
Macam biasalah, budak tadika, diajar menyanyi, menari dan hari tu... Cikgu Ani ajar kami berpantun. Antara pantun Cikgu Ani yang tak dapat saya lupakan sampai sekarang ialah:
Hari petang langit cerah sekali,
Pergi memancing ikan tenggiri,
Kawan ketawa senang dicari,
Kawan menangis menangislah sendiri.
Cikgu, kalau dulu cikgu mengajar saya teorinya. Sekarang, saya dalam praktikalnya.
Betul kata cikgu, kawan ketawa sangat senang kita cari. Kawan menangis, menangislah sendiri.
Cikgu tahu tak, dulu saya ada Awak. Hidup saya senang masa tu. Bila senang, saya ingat nak kongsikan kesenangan saya dengan kawan-kawan saya. Sebab tulah bila nak ke mana-mana, saya akan bawa housemate saya atau kawan-kawan rapat saya naik kereta Awak. Alhamdulillah, Awak memahami dan tak keberatan menumpangkan kawan-kawan saya. Malah kata Awak, Awak akan buat baik kepada orang yang baik pada saya sebagai tanda terima kasih Awak kerana mereka membantu saya bila Awak tak ada dengan saya. Sebagai manusia, sesekali saya mungkin ada terlepas pandang Tapi... Tak sangka, dalam saya suka berkongsi kesenangan yang tak seberapa ini, saya difitnah oleh orang yang rapat dengan saya jugak.
Kini, bila Awak menjauh, kawan-kawan yang pernah saya kongsikan kesenangan juga menjauh malah memfitnah saya. Saya bukan mengungkit, tapi perbuatan memfitnah saya tu... Saya rasa amat keterlaluan. Agaknya, kalau masa Awak ada tu, saya tak tumpangkan mereka, lebih dahsyatlah agaknya fitnah yang akan mereka lemparkan. Jadi sekarang, bila saya susah, maka susahlah saya sendirian. Kawan-kawan, bergelak ketawa sambil melihat dan menekan saya jatuh. Tak apalah, Allah kan ada. Bak kata mami, akan bertemulah Rabu dengan Khamis. Saya tak pernah menyesal lakukan apa yang pernah saya lakukan pada mereka tidak seperti mereka yang dulu kelihatan ikhlas terhadap saya, sekarang mengata saya macam-macam. Jika kamu benar, mengapa mesti kata di belakang? Katalah depan-depan. Datanglah bersemuka.
Masihkah Awak Ingat?
Awak,
Ingat tak, dulu kita bahagia. Bahagia sangat. Awak sangat baik dengan saya. Saya rindu awak, rindu sangat detik-detik waktu kita bersama.
Saya paparkan kembali kisah tiga tahun lalu untuk tatapan awak suatu masa nanti.
Thursday, February 28, 2013
Swiss Polo Dan Sole
Berjalan-jalan di shopping complex adalah aktiviti kegemaran aku. Lebih-lebih lagi pada awal bulan. Sebab apa? Sebab baru dapat gajilah :)
Petang Selasa lalu, aku ke Aeon Alpha Angle, Wangsa Maju. Kebetulan ada sale pulak tu. Akupun apa lagi, memandangkan sendal untuk pergi dan balik kerja semuanya dah lunyai, jalan-jalan cari sendallah. Wow! Valentino Rody! Beli dua, RM79.00. Jarang dapat sale macam ni. Dahlah tu, kasut yang aku sukapun ada. Tadi kata nak beli sendal pergi dan balik kerjakan? Dah tukar agenda pulak, nak beli sekali kasut untuk pakai kat office. Tapi malangnya, sepasang lagi yang aku nak tak ada saiz. Almaklumlah, saiz aku ni kan, saiz standard so, cepatlah habis.
Lepas tu, aku pun tengok-tengok lagi. Wow! Swiss Polo! Sendal bertali hampir sama macam valentino yang aku nak, cuma tapak flat tak tinggi macam Valentino. Ok juga, boleh pakai untuk bersantai. Tapi... Sendal untuk pergi dan balik kerja dah tak ada ni. Mustahak tu. Mana boleh pakai kasut atau sendal office, cepatlah jahanam. Dahlah warna si Polo ni menarik, biru, merah dan oren kalau tak silap. Tapi yang masuk dengan aku biru. Lain dari yang lain. Naklah! Tapi nanti tak cukup duit pulak macam mana? Skin care pun nak kena beli juga ni :(
Aku bergerak pula ke Sole. Ada sendal yang sangat sesuai untuk pergi dan balik office. Cuba punya cuba warna merah tak ada saiz. Hitampun, hitamlah. Alamak... Sifir Ekonomi Asas masa Tingkatan 4 dulu bermain di fikiran. Bila ada kekurangan, kena buat pilihan, bila buat pilihan, mesti ada kos lepas, Huhuhu kos lepasnya, Swiss Polo biru aku tulah :(
A: Awak suka kasut biru tadi ke?
Tinta: Sukalah :(
A: OK, yang ni, saya belikan untuk awak.
Ha??? Belikan??? Maknanya... Belanjalah ye? Hahaha... Mata yang tadinya suram kembali menyinar. Senyum lebar ke telinga. Maka, berguguranlah daun-daun kering di musim luruh, digantikan dengan musim bunga yang mengasyikkan :) :) :)
Yes!!! Akhirnya... Sepasang Sole hitam dan sepasang Swiss Polo biru menjadi milikku yang mutlak!!! Hurray!!!
Kasut office, cari esok, J Card Sale, mesti harganya merudum murah. Misi seterusnyaaaa... :) Posted by
Subscribe to:
Posts (Atom)