Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
Sunday, April 29, 2018
Nasihat Saya Kepada Kaum Wanita
Sunday, February 18, 2018
Perempuan Yang Pelik
Saturday, August 20, 2016
Terima Kasih, Cikgu Ani
Thursday, July 28, 2016
Malam Yang Tersiakan
Sunday, July 24, 2016
Antara Hak Dan Tanggungjawab
Tuesday, August 18, 2015
Dia Kawan Saya
Monday, July 27, 2015
Bila Kita Membenci
Monday, May 25, 2009
Samurai, Kucing Dan Tikus
Namun, setelah dibawa pulang, nyata sang tikus lebih licik dari kucing. Seminggu berlalu tanpa hasil memberangsangkan. samurai tersebut
Dalam perjalanan pulang, samurai bertemu dengan seorang sami dan meluahkan masalahnya kepada sami tersebut. Sami yang kasihankan samurai menawarkan khidmat
Samurai ingin memulangkan kucing yang tidak berguna ini kepada sami, namun sami meminta agar samurai tetap menyimpan
Sang tikus pula telah biasa dengan kehadiran kucing tua gemuk yang pemalas tersebut. Sang tikus tidak perlu lagi takut dan risau, malah kadangkala berani
Kadangkala, apabila berhadapan dengan musuh yang lebih superior, jangan terus berdepan dengannya. Sebaliknya tunjuklah kelemahan kita agar musuh kita lalai
Sumber: Serinegara.blogspot.com
Thursday, April 30, 2009
Kisah Bilal Dan Mufti
Maka tidak puas hatilah tok bilal negeri tersebut, lantas pergi bertemu tok mufti.
“Tok Mufti, pada pandangan saya, siapa yang tak sebut sayyidina dalam tahiyyat ni biadap dan kurang ajar.”
“Tapi Tok Bilal, time Nabi ajar solat dulu, tang tahiyyat ni baginda sendiri tak sebut sayyidina. Lepas tu baginda perintah solatlah kamu sepertimana aku solat. Jadi kita ikut sajalah apa yang baginda ajar.”
“Apa la Tok Mufti ni, Nabi memanglah tak sebut. Takkan baginda nak puji diri sendiri pulak.”
“Tapi Tok Bilal, Nabi ada puji diri baginda sendiri. Perkara ni ada disebut dalam hadith-hadith sahih yang banyak, seperti aku sayyid bani Adam, aku sebaik-baik manusia…”
“Ahh, saya tak peduli. Siapa yang tak sebut sayyidina dalam tahiyyat, dia kurang ajar! Lagipun, tambah sayyidina tu benda baik.”
“Tok Bilal, jika begitu Tok Bilal juga seorang yang kurang ajar!”
“Aik, awak kata saya kurang ajar pulak??”
“Ye lah, bukankah setiap kali Tok Bilal azan kat masjid negeri kita ni, time syahadah Asyhadu anna Muhammad Rasulullah Tok Bilal tak sebut pun Asyhadu anna Sayyidana Muhammad Rasulullah?!”
“Ish, tak pernah orang buat benda tu…”
“Tak apala Tok Bilal, bila Tok Bilal buat, pada masa akan datang nanti lama-lama orang akan kata la oh dulu dah biasa ada orang buat.”
“Ish, tak mahu la saya. Azan ni Nabi dah ajar macam tu, takkan la kita nak ubah.”
“Tok Bilal, tambah sayyidina tu kan benda baik, kan elok tambah tang azan tu sekali?”
“Tok Mufti, saya tak mahu la buat macam tu.”
“Aik, tang azan tak boleh, tapi tang tahiyyat boleh pulak. Camana ni Tok Bilal?”
“Entahlah Tok Mufti, saya pun tak tahu dah nak jawab macam mana…”
Sumber: serinegara.blogspot.com