Assalammualaikum readers,
Sorry, sorry. Lambat update ceritanya. Gambar dah bermalam dah kat sini.
Apa yang korang buat cuti tiga hari lepas? Balik kampong? Jomlah share kat sini. Komen eh nanti.
Saya? Saya ke Pulau Pangkor setelah lebih kurang 20 tahun mengunjunginya bersama keluarga ketika saya masih kecil. Dulu rasa Pulau Pangkor ni tak best. Kali ni, persepsi saya berubah.
Apa yang saya buat kat sana?
Haaa... Kali ni, saya cuba aktiviti baru iaitu, berkayak. Training kat Tasik Putrajaya, programnya kat laut. Boleh tak gitu? Bolehlah.
Seramai 39 orang mengambil bahagian. Ada yang berkayak, ada yang jadi pelancong. Kayaknya 12 buah je.
Kami bertolak 8.45 pagi Sabtu lalu. Ini semua anjuran Abang Luqman dan isterinya mummy. Dibantu oleh support team Che Man and the gang. Gang-gang OCBC la ni.
Untuk kayak, saya partner dengan En. Mahathir. Yelah, dah dia yang berya ajak saya join kayak, so, dialah partner dengan saya. Bukan setakat partner kayak, partner jalan, makan, bersiar-siar. Semuanya dia jaga saya.
Kami singgah lunch kat Teluk Intan.
Lebih kurang jam 3 petang, sampai di Marina Bay jeti. Ambil tiket feri dan bertolak ke Pulau Pangkor. Van yang sedia menanti terus bawa kami ke Pangkor Indah Resort.
Hari pertama ni, free and easy. En. Mahathir ajak kami bersiar-siar di pantai. Dia bawa kita orang ke port baik punya. Air yang jernih di hujung pantai, dihiasi batu-batuan indah diserlahkan dengan mentari petang. Wah, bergambar sakanlah kita. En. Mahathir ni suka ambil gambar. Hahaha... Dialah yang cari port untuk saya bergambar. Siap ajar posing lagi. Panjat-panjat batu lagi. Belum kira gambar melompat. Hehehe ada jugak orang yang suka melayan saya. Sebenarnya, En. Mahathir tak tahupun saya suka bergambar. Dia saja-saja suruh saya posing dan bergambar. Paling tak boleh belah, saya yang ber't-shirt' dan jeans ni diheretnya masuk ke dalam laut sampai paras leher. Katanya, gambar Cinta Hanyut Di Lautan Sepi. Ajar saya posing dalam air. Gambarnya? Hehehe nantilah saya upload kat sini. Lepas tu dia suruh je saya mandi. Dahlah banyak batu kat kawasan tu. Bila ombak dating saya menjerit takut ombak bawa saya langgar batu, dia cakap "Alah, ombak bawa you ke tepi, bukan ke tengah," Boleh dia buat bodoh dengan saya? Bila tengok ombak tolak saya ke batu baru dia selamatkan. hehehe jahat punya kapten! Partner kita orang panggil kapten. Terbawa istilah tandem.
Malamnya pulak, lepas dinner kat hotel, kami bersiar-siar di sekitar tempat penginapan. Banyak gerai jualan macam kat pasar malam pulak rasanya. Hahaha siapa pilihkan barang? En. Mahathir awal-awal lagi dah mengambil tugas pilihkan saya souvenir. Lepas tu, teman dia dan En. Firman shopping pulak.
Hari kedua:
Hari yang dinanti-nantipun tiba. Pagi tu hujan. So, kami bergerak ke tempat mula berkayak jam 10.00 pagi. Lepas buat water confident, kamipun bersama partner masing-masing, mengambil kayak. Dua rescue boat mengiringi kami. Sampai di laut dalam, kami berkumpul untuk buat rafting. Hahaha team Che Man yang dalam boat bagi kami makan main baling-baling je. Macam monyet pulak kami dibuatnya. Siap main sambut-sambut. Ops, satu kayak terbalik. Kayak En. Luqman dan mummy. Hehehe masa latihan dia sibuk suruh orang capsize sebagai passport untuk berkayak. Haaa... Kan dah kena. Adegan Titanic la pulak, "You jump, I jump,". Dia orang ni kan loving couple. Masa kayak terbalik tu, En. Luqman je yang jatuh. Demi cinta dan kasih saying, mummypun terjun sekali. Hehehe terus naik rescue boat. Tak adil punya En. Luqman.
Hujan mula turun lebat diiringi angin kuat bertiup. Gelombang besar membadai, kabus menebal, membataskan pandangan. Rescue boat terlalu risau kerana mereka tak Nampak kayak.
Kat bawah ni, gambar pemandangan laut sewaktu hujan lebat, kabus dan laut bergelora. Gambar ni diambil masa kami kat tengah laut dalam.
Perjalanan mesti diteruskan. Takkan nak berhenti kat tengah-tengah lautan dalam tu kot? Kami menuju pantai berhampiran. Sambil tunggu cuaca elok, Abang Piah Tanya saya, "Tak nak berenang ke, Tinta? Kat tasik berenang?" "Mestilah nak," Jawab saya.
En. Mahathir mendapatkan saya. Mengambil topi dan glove saya dan disimpan. Dan dia terus menarik saya ke laut. "Jom mandi,". Terus bawa saya kat tempat dalam. Mentang-mentanglah ada life jacket. Lepas saya berenang-renang, dia mengarahkan saya berehat. Baring je katanya. Nanti penat. Relax. Last-last, saya sorang-sorang dihanyutkan ke tengah. Haaa... Baru dia tahu kelam-kabut ambil saya. Padan muka. Suruh saya tidur, saya tidurlah sungguh-sungguh.
Kata abang boat, kami terpaksa berpatah balik. Keadaan cuaca tidak mengizinkan. Kata Che Man, satu lagi, sebab hanya lima kayak je yang betul-betul fit. Yang lain jauh ke belakang. Dan ini amat berbahaya. Yang best tu, lima kayak tu termasuklah kayak saya dan En. Mahathir. Alhamdulillah, Allah bagi saya keberanian masa dalam laut tu walaupun di laut dalam. Saya rasa confident.
1. Mungkin kerana saya Alhamdulillah sudah pandai berenang. Terima kasih Coach Hawari, Coach Jersi dan Coach Fauzi.
2. Kerana saya ada kapten yang berpengalaman dalam kayak. Saya yakin dengannya dan bersamanya insya-Allah saya selamat.
Masa nak balik, kayak kami pulak terbalik. Saya hamper jatuh tapi mujur kapten dan yang lain pantas datang tahan kayak supaya tak terus tergolek. Hahaha taklah sehebat En. Luqman yang terbalik kat laut dalam. Kayak saya ni terbalik masa kat tepi, masa saya mula-mula naik sebab ombak besar tolak. En. Mahathir cuba masuk kayak tapi susah sebab ombak besar sentiasa menghempas. Saya terpaksa keluar dulu dan mereka tolak kayak ke dalam air. Waaa... Susah nak naik ni. En. Mahathir angkat saya dengan menarik bahagian belakang life jacket. Lepas tu pandai-pandai saya panjat kayak sebab kayak dekat air dalam. Yang lain-lain tolong pegang kayak kami sampai dua-dua dah ada dalam kayak, baru kami mula mendayung. Best jugak rasa teroleng-oleng di tengah lautan dalam ni. Kesejukan dibasahi hujan lebat. Angin deras pula sentiasa menampar-nampar kami dengan kuat sampai topi sayapun menutup muka. Dayungan terasa berat kerana kami melawan arus dan angin.
Lunch kami kat tepi pantai. Tempat kami mula berkayak. Lepas lunch tu, hanya saya, Ayah Daud dan Dominic je yang nak sambung berkayak. Hmmm... Terpaksalah ikut majority. Baliklah. Balik naik boat laju. Best sangat dilambung ombak. Memang besar ombaknya.
Petang tu, kami pusiak besar.
Petang tu, kami pusing Pulau Pangkor, pergi Kilang Sate, tempat beli souvenir, dan Kota Belanda.
Malam tu siap ada cabutan bertuah dan kara-oke. Saya dapatlah baucer Parkson.
Esoknya, kami kembali ke KL. Sampai office jam 3 petang.
Begitulah kisah percutian saya kali ni.
Saya mula mencintai laut.
Sebagai kesimpulannya, berkayak dalam laut lebih mudah dari berkayak di tasik.
Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Wednesday, December 14, 2016
Wednesday, December 7, 2016
Macam Ni Punya Orangpun Ada
Assalammualaikum readers,
Sihat ke semua orang? Harapnya begitulah.
Baru sekejap ni saya terima internal call. PA big boss!!!
Ingatkan arahan apa yang nak disampaikan?
PA: Can you please add at the bottom your activities plan, submitted by ... chairman of Sport and Recreation?
Saya: OK.
(Jawab dengan malas dan menyampah.)
Bukan menyampah apa. Saya OK je dengan PA tu. Tapi geramlah jugakkan. Saya hantar dalam soft copy apa. Apalah salahnya kalau dia type sikit kat bawah tu macam yang dia nak. Tak payahlah saya type then email balik kat dia. Simple je kan? Buat kerja patah balik tu kenapa? Hadoi hai. Memang dia orang ni suka susahkan benda yang mudahlah.
Mula-mula saya rasa geram, lepas tu saya ketawa tak berhenti. Kelakar betullah. Geram +kelakar =marah-tawa
Saya cerita kat assistant saya, diapun gelak. Then dia Tanya saya, "Apa agaknya kau dengan En. Fairuz rasa kalau aku suruh korang buat macam tu?" Hahahaha kami gelak.
Saya jawab, "Kau beranilah suruh kita orang macam tu, siaplah kau. Memang kau kena dengan aku,"
Tergelak-gelak kami dibuatnya.
Hmmm... Macam ni punya orangpun ada. Banyak lagi benda yang saya nak buat masa duk office ni. Tak payahlah suruh saya buat benda remeh-temeh ni. Agaknya kalau saya keluar hari ni, dia tunggu saya balik kot untuk tambah tulisan tu.
Insya-Allah, ada cerita lain menyusul lepas ni. Sebab saya duk office hari ni. Tapi, boss saya tu macam dah stand by je kerja untuk saya. Satu kerja dia dah siap, katanya ada benda lain nak saya buat. Lepas tu kena buat semakan slide pulak. Tak apa boss, saya OK dan saya happy buat kerja saya. Bila kita happy bekerja, walaupun tension, mesti kita rasa senang je buat. Mesti korang pernah rasa kan?
Monday, December 5, 2016
Paling Saya Menyampah!!!
Assalammualaikum readers,
Maaflah. Nak buat luahan perasaan marah jap hari ni.
Sebenarnya, benda ni berlarutan dari semalam lagi. Saya paling pantang kalau orang berjanji dengan saya, tak tepati janji. Jangan buat saya tertunggu-tunggu sebab, kalau saya Tanya tu, maknanya mesti ada sebab. Mesti saya nak buat preparation.
Kau ingat, aku ada banyak masa nak tunggu kau je? Ingat aku tak ada kerja lain? Kalau nak minta tolong, please, buat cara nak minta tolong. Jangan biar saya tertunggu-tunggu. Kejap lagilah, nanti call baliklah. Padahal tak adapun. Kita yang nak menolong ni beria-ia menunggu. Tapi Whatsapp kau selalu online. Macam mana aku tak marah? Hangin satu badan aku hari ni.
Jangan main-main dengan saya. Saya memang tak suka orang tak tepat janji dan orang tak tepat masa. Pleaselah!!! Kalau cakap kejap tu, maknanya, kejap la. Kejap tu bukan bermakna sejam dua jam atau berhari. Tu dah berjanggut namanya. Kalau saya nak marah, saya tak kira awak siapa. Saya peduli hapa. Saya akan marah.
Sunday, December 4, 2016
You Yang Mengada-ngada
You,
Sejak akhir-akhir ni, I rasa macam you ngada-ngada sikit. Kadang-kadang tu, sensitif. Kenapa you? I rasa, I sama je macam dulu. Tak adalah cakap kasar dengan you.
I gurau-gurau, lepas tu you cakap, hati you memang tak ada value kat sesiapapun. La... Bila masa pulak jadi sensitif macam ni? Cepat benar nak merajuk sekarang ni. Apa kena pulak ni?
Lepas tu you cakap, I tak mesej you pun bila Ahad lepas I diam je sebab you tak mesej me. Yelah, manalah tahu kalau you busy kan? You kan selalu busy. Hari cutipun nak kerja. You buat I tertanya-tanya, kenapa dengan you ni?
Bila I tanya, kenapa sekarang ni hati you hati tisu, you kata sebab you makan roti tisu mamak. Hehehe... Apalah you ni.
Ada masa, you ni kelakar. Dalam sakit-sakitpun boleh buat I ketawa.
Bila I suruh you rehat, you cakap apa?
'Insya-Allah. You too. Rest OK. Jangan termenung sangat. Setan suka kacau nanti,'
Hahahaha pandai-pandai je cakap I suka termenung. Bila masa pulak I suka termenung. Ish, dia ni macam tahu-tahu je. Pasang bomoh ke?
'Hahaha eleh, tahu sangat you tu, thats why I selalu teman you. Its not good. Nanti setan kacau mind. Kira nasib baiklah you tak boleh nampak hantu hahaha'
'Habis, bila I dah tak termenung nanti, you tak nak teman I la ya?' Saja je menguji.
'Insya-Allah. Tak salahkan?'
You,
Kadang-kadang I tak faham dengan you. Kadang serius, kadang kelakar. Tapi kalau you seriuspun, you macam faham-faham je. Bila mesej you serius pagi then I diam sebab sekarang I dapat baca, bila mesej you pendek, maknanya, you busy. Petang atau bila tak busy you akan mesej me, say sorry sebab you busy.
Pernah you macam tak berapa mesej me, then you say sorry,
'So sorry you for being silent for these couple days. I'm busy,' then I reply:
'Is not compulsory for u to message me every day,'
But you cakap, you rasa tak sedap bila diam and tak message me.
You, I tak minta apa-apa yang you tak boleh buat. Lagipun I bukan siapa-siapa dengan you. I tak ada hak untuk minta itu dan ini. You tahu tak? dulu, ada someone yang buat macam-macam untuk I. Tapi, bila ada sikit problem dan berbalas cakap, dia kata, kadang-kadang, dia rasa macam dia tak ada masa untuk diri dia sebab buat macam-macam untuk I. Masa dia banyak habis untuk I. Sedangkan, I tak mintapun dia habiskan masa dia untuk I. Kecuali, kalau I terpaksa atau ada urusan penting yang I tak boleh buat sendiri.
You,
Sejak dari hari yang dia buat I benar-benar terasa hati dengan kata-kata dia tu, I mula pasang niat dalam diri I. Lepas dari hari tu, I takkan minta apa-apa lagi dari sesiapa terutamanya dari segi masa, baik kawan, sahabat, mahupun orang yang akan gantikan tempat dia, kalau ada. I tak nak jadi beban kepada sesiapa. Sebab tu I tak pernah minta apa-apa dari you. Even kalau you tak whatsapp me pun, setakat ni I tak pertikaikan. Lagipun, siapalah I pada you nak lebih-lebih kan? Dan, janganlah paksa diri you untuk buat sesuatu buat I, sedangkan sebenarnya you tak nak buat. You tak perlu jadi orang yang terlalu baik dengan i. I kawan dengan you atau dengan sesiapa, kerana I terima seadanya sesiapapun yang datang dalam hidup I. Cuma, tolong jangan sakitkan hati I.
Kisah silam I, banyak mengajar I. So, sekarang ni, I tak nak lagi mengharap apa-apa pada sesiapa. I serahkan segalanya pada Allah. Biarlah dia yang tentukan.
You,
Terima kasih sebab selalu temankan I and bagi nasihat kat I. Kalaulah satu hari nanti you memilih untuk tidak temankan I lagi, I akan redha sebab I dah serahkan segalanya pada Allah. I tak nak lagi sedih macam sebelum-sebelum ni. Sebab I cuba memaksa takdir agar selari dengan kehendak I. Jadi sekarang, biarlah I yang mengikut takdir. Kerana Allah pasti memberi yang terbaik untuk hambaNya. Tapi kalau you baca tulisan ni, mesti you cakap, "I tahu, I tak ada nilai pada you. sebab tu you tak kisah," Bukan you, bukan macam tu. Mungkin selama ni, I terlalu sayangkan orang sampai tak nak kehilangan orang. Maka, Allah uji, Allah ambil semua orang yang I sayang sama ada kawan mahupun kekasih. Jadi untuk selepas ini, I akan berjalan mengikut takdirNya, insya-Allah. Kalau Allah terus izinkan you temankan I, alhamdulillah. Kalau tidak, I harus akur pada ketentuanNya.
Apapun, setakat ni, you kawan yang baik.
Siapa Dia?
Assalammualaikum readers,
Hahaha awal tak saya bangun tulis blog hari ni? Sebenarnya tertidur awal. Tak tutup lampu pulak tu. Meriah rumah saya sepanjang malam. Sebenarnya rasa tak puas tidur dalam lampu ni. Tapi bangun jelah. Pagi ni ada latihan kayak. Karang, kayak ke mana, saya ke mana.
OK, tu selingan je.
Beberapa minggu dulu, saya ada update fasal you. Ingatkan tak ada orang endah. Rupanya, dia menimbulkan tanda tanya dalam fikiran kawan baik saya. Terkejut saya bila dia tanya siapa you? Hehehe... Nantilah kita cerita bila jumpa atau call nanti.
Kena bagi tahu ke you, siapa you?
Friday, December 2, 2016
Hati Yang Entah Apa-apa
Ya Allah,
Kenapa saya rasa perasaan ni? Ia bukan kemahuan saya tapi... Ia dating, dating tanpa diundang. Kenapa hati sering buat onar?
Ya Allah,
Kenapa rasa berdebar? Kenapa? Kenapa mesti ingat dia? Mesti fikirkan dia? Hati, bertabahlah, bersabarlah. Jangan diulang derita.
Ya Allah, Ya Allah,
Hanya Engkau yang tahu, apa yang ku rasa kini. Sampaikanlah salam rinduku padanya Ya Allah, sehingga aku menjadi kerinduannya.
Amin...
Berhenti Berharap
Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar di sini
Tersudut menunggu mati.
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini.
Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Samdpai nanti suatu saat
Tak ada cintaku dapat.
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan.
Aku pulang
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku.
Aku pulang
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu.
Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukkan aku bahagia
Kau tunjukkan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita.
Rebahkan tanggungmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti
Semua.
Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cintaku dapat.
Subscribe to:
Posts (Atom)


