Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Monday, July 27, 2015
Bila Kita Membenci
Malam ni, saya nak menulis tentang hati dan perasaan. Tentang cinta dan kelukaan. Untuk mencari cinta sejati itu ibarat mencari mutiara di laut lepas. Sukar dan menyakitkan. Beruntunglah mereka yang memiliki kebahagiaan saat kali pertama jatuh cinta. Allah telah menyelamatkan mereka dari rasa ngilu pedih akibat ditinggalkan.
Hidup ini umpama kapal. Bila waktunya, kita akan berlabuh di suatu dermaga. Dan bila sampai saatnya pula, sauh harus dilepaskan untuk belayar. Sebelum kita dipertemukan dengan cinta sejati atau pasangan yang sesuai menurut janji Allah, pastinya kita akan merasa apa itu derita dan kecewa. Namun awaslah hati-hati amarah, andainya kita membenci si dia yang pernah kita tabalkan sebagai yang teristimewa di hati kita, ingatlah akan kebaikannya yang pernah kita banggakan, akan ketulusannya yang kita sukai suatu ketika dahulu. Janganlah kerana suatu kesilapannya, kita terus membencinya serta menghukumnya. Biar kita tersalah memaafkan dari salah menghukum. Jika kita merasakan sepanjang perhubungan kitalah yang sering bersusah-payah untuk si dia, carilah di celah-celah pengorbanan besar kita sekelumit usahanya untuk membahagiakan kita. Usah kita mendabik dada mengatakan bahawa kitalah yang sering bersusah-payah untuknya dan tidak dihargai. Mungkin itu hanya perasaan kita sedangkan niat si dia meminta sesuatu atau menegur kita demi mengeratkan perhubungan yang dirasakan semakin renggang. Usahlah kita sering mengeluh, melahirkan kebosanan kita menghadapi sesuatu perkara dalam perhubungan atau menzahirkan keletihan kita terhadap tingkah si dia, kerana mungkin si dia juga ada rasa bosan dan penat terhadap sikap kita namun disimpan kemas jauh di sudut hati demi menjaga hati kita serta tidak mahu mencemarkan ikatan yang dibina. Setiap kali amarah mengamuk jiwa, fikirkanlah tentang si dia, mungkin si dia juga pernah marah akan keterlanjuran kita, tapi dimaniskan wajahnya, dijaga tutur katanya sewaktu melahirkan kemarahan kepada kita kerana tidak mahu mengguris perasaan kita.
Komunikasi antara kita dan si dia amat penting bagi mengekalkan kemaslahatan hubungan. Janganlah kita merasakan kita sudah lakukan yang terbaik dan si dia tidak berhak untuk menegur dan meminta sesuatu yang disukainya kerana, apa yang baik bagi kita, belum tentu baik bagi si dia. Berbicaralah sebanyak mungkin akan hal-hal perhubungan terutamanya untuk memperbaikinya. Tidak salah membincangkan tentang apa yang kita dan pasangan suka dan apa yang tidak disukai. Ketepikanlah sedikit keegoan kita untuk menerima pandangan pasangan demi menggapai kebahagiaan yang diimpikan.
Sekian. Semoga kita semua akan dikurniakan dengan kebahagiaan dambaan insani bersama si dia yang telah dikirimkan Allah kepada kita. Jika para pembaca telahpun memiliki pasangan, berusahalah untuk saling membahagiakan kerana pasangan itu amanah Allah. Beruntunglah anda memiliki pasangan. Pasti hidup anda tidak sunyi seperti saya.
Sunday, July 26, 2015
Semilir Angin Berhembus
Angin khabar berpuput lembut, membisikkan sesuatu ke telinga saya semalam. Namun, jika angin yang bertiup, maka tidaklah boleh menjadi sukacita. Kelak nanti, terbang semua habis tak tinggal. Dan hatipun mulalah kecewa. Kita tunggu pada waktu yang dijanjikan, jika ada rezeki saya, maka adalah.
Namun, penguasaan Bahasa Inggeris harus tetap dimantapkan. Sekiranya berita angin tidak benar, ianya tetap elok bagi saya.
Friday, July 24, 2015
Apa Ada Dalam Kotak?
Tut... Tut...
Tinta: PR Department, selamat pagi.
Operator: Tinta, ada parcel untuk awak.
Yay! Terima kasih, abah!
Dengan hati bunga-bunga, keluar ambil parcel.
Apple Stemcell bekalan untuk enam bulan!!! Terima kasih kepada abah...
Apple Stemcell bekalan untuk enam bulan!!! Terima kasih kepada abah...
Thursday, July 23, 2015
Lecithin, Vita Health
Tengok gambarpun tahukan, lecithin ni sejenis vitamin. Mama yang bagi saya suruh makan. Harga sebotol, RM143.00 dan di dalamnya ada 100 soft gel. Rupanya lecithin ni ada banyak brand. Bila saya buat perbandingan harga, Lecithin Vita Health made in Australia ni antara yang mahal. Dibandingkan dengan Shaklee dan Amway pun, dia lebih mahal. Maka sayapun tertanya-tanya, apa lebihnya dia berbanding brand lain? Search dalam internet, taklah seglamor Lecithin Shaklee. Nak cari fungsi dan kebaikanpun susah. Lecithin tu apa? Lecithin ni sendiri adalah lemak atau dikenali sebagai pengemulsi semulajadi. Bertindak dengan melekat pada lemak yang menyebabkan lemak terapung dalam darah dan akhirnya menghalang lemak melekat pada membrane. Tubuh manusia tidak menghasilkan lecithin tetapi sangat memerlukan lecithin. Antara sumber lecithin ialah kuning telur, jagung dan soya. So, kat sini saya kongsikan serba sedikit kebaikan Lecithin ni secara umum. 1. Pelarut kolestrol, triglycerides dan lemak lainnya yang menghalang penyakit darah tinggi, sakit jantung, lumpuh dan pengerasan arteri 2. Pengemulsi/pemecah lemak. Ia mampu bertindak lebih cepat jika disertakan dengan senaman. 3. Berperanan penting untuk menyerap zat-zat penting daripada saluran darah ke sel tubuh. Ketiadaan lecithin akan menyebabkan membrane mengeras sekaligus menyukarkan proses penyerapan zat oleh badan. 4. Mencegah serta mengurangkan penyakit berkaitan hati. 5. Menyebabkan saraf berfungsi lebih efisien. 6. Menguatkan imunisasi badan dengan membalut sel darah merah, memberi perlindungan daripada serangan virus serta bakteria dan melindungi sel daripada teroksida. 7. Membantu sel otak berkembang, memainkan peranan penting dalam transmisi impuls saraf otak dan memperbaiki fungsi neuro transmitter (short term memory). Ia juga mampu mencegah nyanyok dan Alzheimer. 8. Menggalakkan proses tidur. 9. Penting dalam penjagaan paru-paru kerana ia dapat mencairkan mucus serta mencegah iritasi. Ia amat berguna bagi penghidap asma, fever, alergi, bronchitis dan emphysema. 10. Berfungsi sebagai plincir kepada penyambung sendi dan menjaga tisu buah pinggang. 11. Zat untuk kecantikan bagi menghasilkan rambut yang sihat, cantik dan berkilat, kulit yang lembut gebu dan mencegah eczema. 12. Diperlukan dalam menghasilkan pelbagai hormon seperti epinephrine, mencegah PMS dan mengurangkan gejala menopause. 13. Lecithin bersama unsur lain digunakan untuk membuat bile yang berfungsi mencairkan lemak di mana ianya akan memudahkan penyerapan zat seperti vitamin A, D, E, K dan lain-lain ke dalam badan. Marilah sama-sama kita jaga kesihatan kita yang berharga ni :)
Wednesday, July 22, 2015
Siti Nurhaliza Dan Rozita Cik Wan, Raya 2015
Walaupun kita beraya dah masuk hari keenam, masih belum terlewat rasanya saya nak cerita tentang baju raya saya tahun ni. Sebenarnya saya tak rancangpun nak beli baju tambahan. Saya beli kain warna gold kat atas tu kat Vietnam. Hantar Hani Seri Fesyen dan terus simpan untuk raya. Macam tahun sudah, sengaja saya shopping tudung lewat supaya dapat harga murah. Haha, ekonomi sangat. Pilihan saya tahun ni masih lagi Ariani. Maka hari Ahad sebelum raya berkelanalah saya di Jln Tar dengan bersesak dan panas. Dalam pukul 6.00 saya mengharungi lautan manusia ke Ariani. Oho, Ariani ni dah berpindah ke Jakel Mall. Jangan jadi macam saya ya, pergi-pergi tengok Ariani dah tutup. Nasib baik ada notis berpindah. Dah alang-alang sampai ke Jakel, sayapun gatal-gatal masuk Jakel dan terus cari Bahagian Tok Ti dan Cik Ta. Secara tak sengaja, sayapun dah menjejakkan kaki di Bahagian Rozita Cik Wan. Boleh tahan harganya. RM300 lebih. Tak mau la, membazir je. Selain baju gold tu, saya ada banyak baju yang sering saya gayakan sewaktu menjadi pengacara majlis dan dinner. Pakai je yang tu. Majoriti baju-baju tu saya pakai sekali je. Sebab saya tak suka pakai baju sama untuk jadi emcee. Bukan orang perasanpun baju recycle hehehe Dah namanya perempuan, tak nak belipun still membelekkkan? "Untuk akak, saya boleh bagi RM140.00 baju yang harga RM300 lebih ni," Wah! Tawaran yang menarik. Hati mula tergoda. "Happy hours, happy hours! Kita akan junamkan design terbaru! Baju Rozita Cik Waaaannnn..." Jurujual lelaki menghampiri bahagian yang sedang saya belek. Wow! Mungkinkah tawarannya lebih menarik? Saya tak pernah tengok happy hours di Jakel. Ramai yang terus berlari ke bahagian yang sedang saya belek. Siap menjerit macam hysteria. Gila betul. Saja je dia buat gempak, dia bagi harga happy hours hanya kepada 30 pembeli terawal dan mesti pilih baju dalam masa 20 minit sahaja. "Kita junam harga RM170, RM140, RM125," Wah, masing-masing bagai lipas kudung memilih. Saya je yang relax sebab dah dijaga oleh sales girl sorang tu. "Tak apa kak, untuk akak saya bagi kurang lagi. Saya bagi akak RM120.00. Pilih je mana akak suka," Hasilnya, dapatlah saya baju turquoise kat atas tu. Mulanya nak ambil baju kurung pendek biru berantai. Tapi yang ni Nampak lebih menarik. Kurung moden nipun asalnya saya nak ambil warna pink. Haha, Mis Pink kan. Tapi biasalah dah hujung-hujung ni saiz dah tak ada. Satu je pink yang tinggal dan kotor. Nasib baik yang turquoise tu ada saiz S. Lepas tu tambah lagi kegatalan saya, nak pergi tengok baju Siti Nurhaliza pulak. Tak sahlah tak tengok baju Dato' Siti. Peminat setia ni. Mana tahu baju riban-riban tahun lepas dah murah. Wah! Hati tertawan pulak pada baju purple ropol hitam berhias manik dalam gambar kat atas tu. Ciptaan Rizman Ruzaini tuuuu. Tahun lepas harganya ribu. "Yang ni tinggal satu je kak saiz kecil. Baik akak ambil. Tahun lepas harga dia RM1,800.00. Kita dah turunkan harga RM1,200.00, RM800.00. Kita tak nak simpan dah. Nak habiskan tahun ni," "Hari ni berapa harganya?" Saja nak tahu. "RM300.00." Tak payah! Saya dah ada baju Cik Ta. Amboi, sombongnya. Pada hal dalam hati berkenan sangat. "Tapi dengan akak, saya boleh bagi RM75.00," Gulp! Telan liur. Salah dengar ke? "Berapa?" Tak puas hati. "RM75.00, kak. Happy hours kelmarin kita bagi RM250.00, semalam RM150.00, tadi RM95.00. Ni kita bagi RM75.00," Nampak tak permainan dia orang kat situ. Patutlah Jakel ni hidup. Macam mana baju yang mahal ni boleh jadi semurah itu??? Tak laku ke? OK, faham. Kalau nak shopping kat Jakel ni, shopping betul-betul dekat nak raya. Makin murah harganya cuma risiko tak ada saiz tu tinggi. Warnapun nasib-nasib. Tapi saiz M. Saya ukur kat badan besar sikit. Tapi Siti Nurhaliza punya fasal dan RM75, saya dah melayang di awangan. Nanti kecilkanlah. OK, kita try. Elok je saya masuk bilik persalinan, jurujual lelaki happy hours tu datang ke bahagian tu dan junamkan harga ke RM75.00. Mujur saya dah ambil baju tu sebab tulah satu-satunya saiz kecil yang tinggal. So, untuk kedua-dua baju saya hanya bayar RM195.00. Untung kan? Manakala yang gold tu pulak, baju saya beli kat Vietnam tulah. Jakel memang best untuk shopping last minute sebelum raya. Tahun depan jumpa lagi ya, Jakel hehehe Kurang asam, nak mura je kerjanya. Kenalah bijak ekonomi.
Tuesday, July 21, 2015
Yaya Kesayanganku
Hai, nama saya Yaya. Asyik Along je tulis dalam blog ni. Hari ni, Along duduk diam-diam. Yaya pulak nak menulis. Macam mana saya boleh ada dalam keluarga ni? Haaa... Abah beli saya sejak saya kecil lagi. Masa tu, tuan saya baru nak pergi jual saya kat kedai. Abah berkenan dengan saya. Tuan saya cakap, kalau nak beli, belilah sekarang. Bila sampai kedai, harga saya mahal. Abahpun setuju nak beli saya. Tapi abah tak tahu nak pilih saya ke abang saya, Oren. Mama pulak kesian nak pisahkan kami. Mama cadangkan supaya abah beli dua-dua. Abah pun setuju dan kami dibeli dengan harga RM300.00 sepasang. Murahkan? Saya ni dari jenis American Forest tau, kacuk dengan baka apa entah, dah lupa pulak. Nama saya banyak, Abu, Obu, Gemuk, Buya dan Yaya. Along suka panggil saya Yaya. Abang saya dia orang panggil Oyen. Tapi sayang, abang saya mati masa kecil sebab ceret-beret. Maka tinggallah saya seekor menumpang kasih dengan keluarga ni. Semua orang sayangkan saya. Salah satu tujuan abah beli saya adalah untuk temankan Hakim sebab kakak-kakaknya semua tinggal di asrama. Kesunyianlah kononnya. Jadi, tinggallah saya sebagai peneman Hakim. Masa tu Hakim kecil lagi. Masa kecil dulu Hakim tu penakut. Nak buang airpun dia bawa saya masuk tandas teman dia. Hahaha kelakarkan? Kalau Along ada, dapatlah saya berehat sebab Hakim akan minta Along temankan dia. Umur saya dah masuk 13 tahun dah tahun ni mengikut pengiraan umur manusia. Kalau umur kucing, umur saya dah 78 tahun. Saya menyaksikan jatuh bangun keluarga ni sepanjang 13 tahun ni. Dari kereta lama, sampai kereta baru. Dari rumah lama, sampai ada rumah baru yang besar dan cantik. Yang best tu, saya boleh pilih nak buang air kat bilik air mana yang saya suka. Boleh pilih bilik tidur, tidur dalam air corn, dan macam-macamlah. Dapat naik kereta tanpa duduk dalam carrier. Best sangat. Yang penting, abah selalu manjakan saya. Walaupun saya tua, gigi saya masih cantik. Rahsianya, saya makan kurang kunyah, terus telan. Anak sayapun dah tercabut giginya. Oh ya, saya ada seekor anak dan tiga ekor cucu. Nantilah korang berkenalan dengan dia orang. Semuanya sihat-sihat belaka. Kami tak pernah kelaparan duduk kat sini sebaliknya selalu kekenyangan. Makanan harian saya tak sama macam dia orang tu. Asyik makan makanan segera je. Saya mesti makan nasi berlaukkan ikan tongkol dua kali sehari. Kalau tak selera, saya ratah lauk je. Ikan kecik? Ikan buruk? Oh no, no, no, sorry, saya tak makan. Jangan ingat saya tak tahu ya rasa ikan kegemaran saya dan ikan segar. Dan saya ada satu kerusi di meja makan yang saya suka duduk. Tapi kadang-kadang, abah ni nakal sikit. Bila mama masakkan nasi untuk saya, abah suka ambil sikit dan sorok nasi saya sebab dia nak bagi makan ayam Laga dia. Tapi abah tak pulak pergi menyabung ayam. Semua orang kata, saya ni bisu. Hahaha sebab saya malas nak bersuara. Kalau ada penting je baru saya keluarkan suara emas saya. Kalau saya bercakap, saya hanya gerakkan mulut je. Tapi dengan Along, saya kena cakap elok-elok. Bercakap fasal Along, Along ni, dari wujudnya saya dalam keluarga ni, dia asyik mengembara je. Tak pernah duduk kat rumah lama-lama. Masa dia belajar dulu adalah jugak dia duduk rumah tiga bulan masa cuti semesta. Tapi sekarang, kalau balikpun tak lama. Alongpun salah sorang yang suka mandikan saya. Dia suka manjakan saya dan belai saya. Kalau dia balik, dia akan peluk dan cium saya. Saya selalu rindukan Along. Happy sangat bila dia balik. Dapatlah saya manja-manja. Walaupun ada banyak ekor kucing, tapi saya tetap jadi pilihan nombor satu along. Along ni, lemah-lembut je kalau belai saya. Saya doakan supaya Allah selalu jaga Along bila dia jauh. Saya sayang Along. Tinta: Yayaaaa Ish, Along dah panggil. Nak tahu kenapa? Along panggil saya tidur. Esok, Along dah nak balik KL. So, malam ni saya nak tidur dalam dakapan along puas-puas. Dahlah, nanti Along tidur, tak dapat saya nak bual-bual dengan dia. Bye semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)






