Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Monday, July 20, 2015
Cacatkah Wajah Saya? :(
Hahaha dah kemaruk nak update blog pulak.
Tulisan kali ni bukanlah untuk bermegah atau riak. Sekadar luahan perasaan yang membuatkan saya takut beberapa tahun lamanya. Kepada mereka yang tidak sukakan saya, mohon jangan baca entri ni. Nanti jadi isu pulak macam beberapa entri yang saya tulis dulu.
Suatu hari pada usia remaja saya, saya menyentuh setiap inci wajah saya untuk mengetahui bentuknya. Sentuhan saya terhenti pada dagu saya yang saya rasakan pelik. Bagai tidak percaya, saya ulang sentuh. Ya! Ternyata, dagu saya tidak seperti dagu orang lain. Saya rasa sedih dan takut. Saya mengharapkan dagu saya akan pulih. Tapi... Ia tetap begitu. Malah, makin ketara. Saya turut mengharapkan agar orang sekeliling tidak perasan akan kelainan bentuk wajah saya. "Alah, dia orang takkan perasanlah, dagu, bukan orang nak tengokpun," Saya menyedapkan hati. Untuk bertanya pada orang tidaklah, saya bimbang kalau jawapan mereka mengecewakan.
Hari demi hari dagu saya tetap begitu. Saya pasti susah hati kalau saya memegangnya. Pernah suatu hari, kawan masa belajar kat UiTM berkata:
"Dahlah dagu berlekok macam Siti Nurhaliza," Demi mendengarkan itu, saya terperanjat. Ketara ke kekurangan saya ni? Dia perli saya ke dengan menyebut nama Siti Nurhaliza kat situ?
"Apa dia?" Saya meminta dia mengulanginya. Saya ingin tahu pendapatnya tentang kekurangan saya ni. Saya tak ambil pusing akan nama Siti Nurhaliza yang disebut dalam ayatnya tadi. Mungkin sekadar nak buatkan saya perasan. Sayakan peminat setia Dato' Siti.
"Tak ada apalah," Saya hampa.
DALAM KERETA DI SUATU HARI
Acik: Eleh, dagu aku berlekok, macam Siti Nurhaliza.
Angah: Akupun! Jangan perasanlah.
Acik: Tak Nampak sangat, tak ketarapun. Aku punya Nampak.
Angah: Nampak, Nampak. Kau je yang tak Nampak.
Acik: Eleh, Along punya lagi besar, lagi dalam blah dia. Tak cakap apa pun.
Angah: Aku cakap kau, bukan Along.
Maknanya, belahan pada dagu ni bukan suatu kekurangan ke? Untuk kepastian, saya Tanya Acik akan lekok dagu saya ni. Kata Acik, itulah lekok Siti Nurhaliza. Bukan cacat. Alhamdulillah, Tuhan. Terima kasih atas kurnian ini. Selama ni aku penat memikirkan hal ni. Hahaha... Bila saya search di internet, fenomena dagu berlekok ni kebanyakan terjadi pada lelaki. Jarang perempuan yang memiliki dagu seperti ni. Fakta paling menarik, dagu berlekok sebenarnya memang dikategorikan sebagai cacat. Tapi kecacatan yang menjadi daya penarik. Tuhan tu Maha Adil, saya tidak ada lesung pipit macam adik-adik saya tapi diciptakannya dagu berlekok buat saya. Bila saya senyumpun, pipi saya berlekok walaupun tiada lesung pipit.
Bila saya Tanya mama, rupanya dagu berlekok ni saya warisi daripada mama. Hehehehehe tapi dagu berlekok mama dah tak Nampak sebab dia dah berisi. Kata mama, masa dia kurus dulu nampaklah.
P/S: Dagu berlekok tidak semestinya cantik. So, tak payahlah kutuk saya perasan cantik ya.
Cara Set Up Email Yahoo Di Microsoft Outlook 2013
OK semua, entri kali ini kita ilmiah sikit ya. Hehehe
Tapi post ni khusus buat orang-orang yang kurang pandai dalam IT ni macam saya hahaha.
Bagi mereka yang terror tu, mesti rasa macam kacang je topic ni kan?
Saya beli laptop ni dah masuk dua bulan. Softwarepun beli ori tau, sebab apa? Sebab saya nak guna Microsoft Outlook. Lagipun beli yang original ni banyak kelebihannya. Dah alang-alang 'bos besar' bagi, kan? So, kitapun hantarlah quotation kat 'bos besar' kat rumah. Bila dia agree, kita proceed la.
Cerita fasal laptop tu lain kali K. Cerita fasal Outlook dulu. Saya ingat senang je set up benda alah ni. Saya cuba buat tapi tak Berjaya. Ada juga saya Tanya kawan yang terror IT ni. Tapi dia orang sibuk.. Yahoo ni kan tak semua orang guna. Ada yang kata kena explore dulu baru boleh ajar. Lama saya tunggu, tak ada apa-apa action pun. Tak apalah, may be bukan hal mereka so, mungkin dia orang let go macam tu jelah, sayapun segan nak Tanya banyak kali, makanya dia orang diam terus. Kalau saya tanyapun, dia orang suruh saya tukar kepada gmail. Sungguh tidak membina cadangan itu. Email yahoo saya ni sangat penting bagi saya. Tak apalah. Moga saya tak jadi macam dia orang bila orang minta tolong. Kadang-kadang terasa hati jugak kan? Think positive, pasti Allah nak bagi ilmu baru kat saya. Disebabkan sibuk, maka saya biarkanlah. Bila cuti ni, tak ada benda nak buat, so, operasi menggodek pun bermula.
Puas saya search, tak jumpapun blog Melayu yang bagi penerangan detail tentang cara nak set up Yahoo kat MO ni. Selalunya ada juga blog Indonesian keluar tapi kali ni saya tak jumpa. Mungkin tak pandai search kot. At last, kitapun jadi omputih. Punyalah berlambak entri fasal set up Yahoo kat MO ni. Yelah, software ni kan ciptaan dia orang. Lagipun Mat Salleh ni kan rajin menulis, banyaklah tulisan fasal MO. Tu yang saya terpanggil nak buat entri ni hari ni. Sekurang-kurangnya, saya boleh share dengan kawan-kawan seangkatan saya ni terutamanya bangsa Melayu saya dan Malaysian hehehe... Patriotik sangatkan???
Nak set up Yahoo kat MO 2013 ni bukan just isi borang dia macam yang dia kluar bila kita klik MO for the first time. Almaklumlah, Yahoo ni memang selalu rumit sikit. Rasanya kalau Hotmail atau Gmail tak sesusah Yahoo kot. Dah tahu susah, kenapa nak guna Yahoo jugak? Pernah orang Tanya saya macam tu. Sebab, Yahoo ni dah lama saya guna, sejak saya belajar lagi. Banyak borang atau urusan rasmi peribadi saya guna email ni. Tak mahulah tukar-tukar.
Sila ikut langkah di bawah ya,
P/S: Ni untuk pengguna MO 2013 ya, yang lain tu saya tak tahu sebab tak ada pengalaman. Nak dapat pengalaman yang nipun, separuh hari masa saya ambil. Hehehe siap cuba jaya tu. Bila dia paparkan, saya Berjaya, rasa nak lompat-lompat macam katak pisang je.
Mula-mula, kita kena buka email Yahoo kita dulu. Yang ni saya dah buat lama masa nak daftar Windows Live Mail dulu. Atau lebih tepat, kita kena enable pop access dalam Yahoomail kita:
1. Sign in Email Yahoo.
2. Masuk menu option.
3. Ambil mail option.
4. Klik pada pop and forwarding.
5. Klik save.
6. Sign out.
Bila dah selesai dalam email akaun, barulah kita buka pulak MO 2013.
1. Buka MO 2013.
2. Masuk menu, ambil file tab dan klik add account.
3. Pilih manual setup atau additional server types.
4. Klik next.
5. Pilih Pop.
6. Klik next.
7. Page untuk set akaun - account setting akan keluar:
a. Your name - Nama yang kita nak dipaparkan bila kita hantar email.
b. Email address - alamat email yahoo kita.
c. Account type - POP3.
- Server information. Pastikan setting MO sesuai ddengan yahoomail POP settings.
d. User name - yahoo ID.
e. Password - Yahoo account password.
f. Require logon using secure password authentication - unchecked.
8. Klik more settings.
9. Pergi ke outgoing server tab.
a. My outgoing server (SMTP) requires authentication - checked.
b. Pilih use same settings as my incoming male server
- Bila dah selesai outgoing server tab, pergi ke advanced tab pula:
a. Incoming server (POP3) - 995
b. Pilih this server requires and encrypted connection kita tulis SSL pada ruang ini.
c. Outgoing server (SMTP) - 465, 587 atau 25 (tulis salah satu)
d. Set the encryption types - SSL atau TLS.
e. Set desired server timeout and delivery options (ikut keselesaan)
- Cadangan: Leaving a copy of messages on the server.
10. Klik OK.
11. Restard outlook.
Selalunya bila kita klik OK, MO automatic akan test mail server. Kalau tak Berjaya, cubalah tukar outgoing server dan apa yang patut selagi ada pilihan lain seperti yang saya tulis ni. Kalau tak ada pilihan saya bagi ni, jangan tukar. Sampai matipun gagal.
Selamat mencuba. Kita akan rasa puas bila Berjaya dengan usaha kita sendiri.
Friday, July 10, 2015
Minat...
OK, kepada sesiapa yang tak suka saya, sila jangan baca pos ni, sebab korang akan berbulu mata dan telinga sekiranya korang baca pos saya malam ni. Niat saya bukan nak sombong atau mendabik dada. Tidak, saya sekadar nak luahkan perasaan je. Dah namanya blog saya, diari saya, so tak salah kalau saya nak tulis apapun kan? Kalau baca blog orang lain tu, siap tulis dia cantik dan sebagainya, tak jadi isu pun.
Saya ni bukan orang yang popular. Bukan juga dari kalangan orang yang cantik jelita. Saya tak punya apa-apa. Kehidupan saya, biasa-biasa je. Tapiiii... Peliknya tu, ada sebilangan kecil yang... Entahlah sesuai tak kalau saya guna perkataan ni, minat dengan saya. Kebanyakan mereka adalah rakan dari Facebook. Ada yang pantang tengok saya aktif FB so dia akan PM saya. Ada yang suka chating, saya OK je, janji tak merapu, selagi saya tak sibuk dan boleh layan, saya akan layan dengan baik. Ada juga yang sering menulis ayat-ayat cinta pada 'wall'nya kemudian PM saya, status saya tu untuk awak. Awak dah baca? Ada pulak yang PM saya, "mem, saya minta maaf, I love you so much," Hei, macam manalah awak boleh jatuh cinta sedangkan awak tak kenalpun sayakan? Entah betul entah tidak gambar saya kat FB tu. Entah betul entah tidak profil saya kat FB tu. Entah betul entah tidak status saya kat FB tu.
Ada sekali tu, saya tanya:
"Awak ni confident sangat, entah-entah gambar kat FB tu bukan saya yang sebenar,"
Nak tahu apa dia jawab???
"Saya sangat yakin itu awak!"
"Sebabnya?" Saya menguji.
"Ramai yang like dan komen. Kalau awak menipu, mesti kawan-kawan awak dah maki dan marah awak. Atau main-mainkan awak. Friends awak ramai, takkan semuanya awak baru kenal kat FB. Gambar-gambar awak tu, logik dan semuanya orang yang sama. Banyak pulak tu. Takkanlah awak nak letak gambar orang lain dalam jumlah yang banyak dan kerap?" Bijak juga mamat ni. Desis hati saya.
Kadang-kadang saya bosan. Bila selalu chat dengan seseorang, akhirnya saya akan bertukar nombor telefon nak jumpa orang yang saya tak kenal tu jauhlah, melainkan dia datang office saya. Bila saya tak balas PM dia luah perasaan, dia akan text saya pulak. Laaaa... Saya nak berkawan bukan nak mainkan orang. Ada yang saya tak layan dah berbulanpun still lagi PM dan call. Saya bukan sombong, tapi saya harus berhati-hati sebab saya perempuan.
Tapi dari kalangan mereka ni, ada juga yang perempuan. Kalau perempuan tu OK la. Tak adalah saya takut nak layan. Saya sangat suka berkawan dan sangat suka berkenalan. Saya tak ada niat lain, sekadar untuk menambah kawan. Kawan bertambah, ilmu juga akan bertambah. Betul tak? Apapun, saya hargai anda semua. Terima kasih atas perhatian yang diberikan. Saya amat menghargainya. Semoga persahabatan kita, kekal sampai bila-bila insya-Allah.
Wednesday, July 8, 2015
Kepala Ada, Ekornya Mana?
Tak ada mood nak buat kerja. Sakit perut! So, sayapun merayaplah dalam blog sendiri. Hahaha baru saya perasan, banyak juga enteri saya yang tak bersambung. Buruk betul perangai si Tinta ni. OK, berazamlah Tinta, berazam untuk habiskan sambungan cerita. Yang lepas tu, lepaslah ya. Hehehe
Cincin Berlian Hadiah Perkahwinan
Saya rasa risau yang amat. Minggu depan dah nak balik kampung. Confirm mama akan tanya. Rasa nak nangis sangat.
Beberapa tahun lalu, mama bagi saya pakai sebentuk cincin berlian miliknya. Cincin tu hadiah daripada kawan mami si tukang emas pada hari perkahwinan mama. Cincin tu tak muat di jari manis saya. Jadi saya memakainya di jari hantu. Lama-kelamaan, saya tukar, pakai cincin emas bersadur emas putih sebagai ganti permata di atasnya. Cincin tu hadiah seseorang buat saya pada hari ulang tahun kelahiran saya yang ke 27. Saya lupa di mana saya simpan cincin berlian mama tu. Dah berapa kali mama tanya saya fasal cincin tu setelah dilihatnya tiada cincin berkenaan pada jari saya. Ya Allah, saya rasa sedih sangat. Saya tak boleh ingat di mana saya letak cincin tu. Saya dah cari dalam kotak cincin emas pemberian orang kepada saya tapi yang ada hanya sebentuk cincin emas yang orang bagi. Cincin emas bertatah berlian milik mama tak ada. Saya lupa sangat kat mana saya letak cincin tu. Pasti cincin tu terlalu bernilai pada mama. Tolonglah Tuhan, ilhamkan kepada saya di mana cincin tersebut.
Monday, July 6, 2015
Allah Itu Satu
Soal jawab ni berlaku masa saya kanak-kanak. Kalau tak silap masa tu, umur saya dalam tujuh atau lapan tahun. Dalam banyak adik-beradik, sayalah yang paling banyak tanya hehehe. Siapa lagi yang melayan saya kalau bukan abah. Entah dari mana datangnya soalan ni. Sayapun tanya abah.
Tinta: Bahh, mana datangnya manusia ramai-ramai ni, bah?
Abah: Manusia kan membiak. Beranak-beranak, jadilah ramai.
Tinta: Asal-asal dulu, manusia ni datang dari mana?
Abah: Dari tanah.
Tinta: Tanah? Lepas tu?
Abah: Tuhan jadikan Nabi Adam dengan Siti Hawa dengan tanah.
Tinta: Lepas tu?
Abah: Nabi Adam kahwin dengan Siti Hawa. Dapatlah anak. Beranak-beranak sampailah dapat kita.
Tinta: Orang ramai-ramai ni semuanya anak Nabi Adam ke, bah?
Abah: yelah.
Tinta: Adik-beradik ke kita semua?
Abah: saudara-maralah.
Tinta: Siapa buat kita ni?
(Saya masih tak puas hati)
Abah: Tuhanlah buat.
Tinta: Siapa buat Tuhan, bah?
(Abah terdiam. Mungkin mencari kata-kata yang sesuai untuk fahamkan saya. Mungkin juga terkejut dengan soalan saya yang tak disangka tu)
Abah: Mana ada orang buat Tuhan.
Tinta: Tak ada orang buat? Macam mana Tuhan boleh ada?
Abah: Tuhan tu satu. Dia tak beranak, dan tak ada orang beranakkan Dia.
Tinta: Habis tu, macam mana Dia boleh ada?
(Saya pelik)
Abah: Dia dah ada. Tak ada siapa buat. Dialah mula-mula ada. Sebelum dunia ada, Dia dah ada. Dia yang buat dunia, langit, bumi dan semua benda.
Tinta: Tapi kereta orang buat.
Abah: Tuhan bagi ilham, baru manusia boleh buat.
Tinta: Tuhan tu kat mana?
Abah: Tuhan ada kat mana-mana. Nanti bila besar, Along tahulah.
Bila saya teringatkan hal tu, saya tertanya sendiri, macam mana saya boleh tanya soalan tu pada abah. Mesti abah berhati-hati menjawab supaya saya faham.
Saturday, June 27, 2015
Berubah, Kerana Allah Atau Manusia?
Sebenarnya saya dah letih dengan kerenah lelaki. Saya juga penat nak dengar ayat-ayat manis lelaki. Pleaselah!!! Saya tak ada masa nak layan orang yang tak serius. Masa saya terlalu berharga. So, jangan nak bazirkan masa saya. Lagi satu, jangan cuba nak pedayakan saya dengan kata-kata manis. Sesungguhnya, hati saya sudah tawar untuk semua tu. Saya rasa, perisa cinta tu sudah tawar dalam hidup saya. Cuma saya mengharapkan serta berdoa, Allah akan maniskan semula rasa itu apabila saya bertemu dengan lelaki yang Allah janjikan. Yang nak main-main tu, tolonglah. Saya banyak urusan lain. Bukan sombong, tapi saya dah penat dengan permainan lelaki ni. Saya bukan bodoh.
Rizal (BUKAN NAMA SEBENAR): You, kita kahwin.
Tinta: Tengoklah.
Rizal: You ni I'm serious OK. You tak rasa ke you dah tua, sama macam I. I dah malas nak bercinta, kita kahwin, lepas tu bercinta lepas kahwin.
Tinta: Bercinta lepas kahwin? You pun sekejap sayang sana sayang sini. I pun tak tahu, dengan siapa sebenarnya you suka. You kahwin jelah dengan sipulan, sipulan dan sipulan.
Rizal: I bukan ada hubunganpun dengan dia. Sipulan tu my x.
Tinta: Macam mana nak kahwin dengan I kalau you masih melayan Si X tu? Tu belum lagi yang lain-lain.
Rizal: Alah, lepas kahwin, I berubahlah. I dah 35 you 32 just nice what.
Hello cik abang, saya bukan nak kahwin sebab terdesak. Biarlah saya tuapun, kalau jodoh belum sampai, saya tak kisah. Ya Allah, selamatkanlah saya dari buaya besar ni. Saya masih waras untuk berfikir. Siapapun awak, anak datuk dan sebagainya, itu bukan pengukur kepada kebahagiaan.
Allah selalu uji saya dengan lelaki macam ni. Pastinya Allah punya perancangan indah buat saya. Saya yakin akan hal itu. Jika jodoh saya tiada di sini, maka saya redha dan semoga dipertemukan dengan jodoh di sana kelak.
Subscribe to:
Posts (Atom)