Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Wednesday, September 17, 2014
Belajar dengan menjadi PR
Sebut je PR, orang mesti tahu kerjanya macam mana kan? Aku minat sangat kerja ni. Sebelum-sebelum ni pun aku memang minat kerja berkaitan PR ni. Yelah, dari kecil dah ada cita-cita nak jadi pramugari. Tergolong dalam PR juga kan? Nak serve orang, PR mesti bagus. Jarang aku tulis fasal kerja kat sini. Jadi PR ni memang best. Tapi bila mood tak ada tu, nak layan orang pun malas. Sejak jadi PR ni, aku banyak belajar. Antaranya:
1. Belajar untuk sabar. Yelah, kalau client atau guest atau VIP buat perangai, takkan aku nak marahkan? So kenalah bebanyak bersabar. Ikutkan hati nak marah atau tengking je. Tapi dah bawa nama syarikat, kenalah berlemah-lembut. Kadang-kadang rasa tak puas.
2. Belajar cakap dengan sopan dan baik setiap masa tak kira dengan siapa walau dalam keadaan apapun meskipun saat tegang dan genting. Macam aku cakap tadilah, kalau boleh nak tengking je bila orang sakitkan hati kita masa berurusan. Tapi kena sabar. Kadang-kadang sampai aku menangis. Bukan sebab apa, sebab terlalu marah tapi tak boleh luahkan dan marah orang yang buat aku marah. Tahan punya tahan, sampai nangis.
3. Kena biasa dengan Bahasa Inggeris. Aku ni memang Melayu tipikal. Tak suka bahasa lain. Tapi bila menyandang jawatan PR ni, ada masanya, yang berurusan dengan kita tu rakyat asing dan langsung tak pandai cakap dan faham Melayu. Tak kurang juga Orang Malaysia yang tak nak cakap Melayu, macam dia orang putih pulak.
4. Senyum sentiasa walaupun banyak masalah. Senyum ni bukan berdepan engan orang je tapi masa jawab telefon. Memang orang tak nampak kita senyum, tapi bila kita senyum, suara kita akan ceria seterusnya menceriakan orang lain.
5. Jaga penampilan diri. Memang sangat kena sentiasa bersedia menerima tetamu yang diundang mahupun tidak diundang. Kadangkala, dalam jadual, tak ada tetamu tapi tiba-tiba on the sport datang. Takkan dengan baju entah apa-apa, penampilan berserabai nak jumpa orang. PR ni macam duta pejabatlah.
6. Kena peka pada apa yang berlaku di pejabat terutamanya berkaitan informasi terhadap orang luar.
7. Kena tenang, tak boleh gelabah.
8. Kena pastikan info yang kita beri itu fakta, bukan auta.
9. Kena tahu selok-belok company supaya maklumat yang kita salurkan kepada orang luar tepat.
10. Kena tahu setiap department dan siapa person incharge. Sebab PR sering dicari sebagai rujukan bila client tak tahu dengan siapa harus dia rujuk. Kita kena hubungkan mereka pada orang yang betul tak boleh lepas tangan.
11. Belajar bertanggungjawab. Contohnya, bila orang call, kita kata, "Maaf cik, saya tak pasti. Boleh saya check dan call cik balik?" Kita kena buat. Jangan bila dia letak call kita kata biarlah, tak call pun tak apa. Bukan dia tahu dengan siapa dia bercakap. Itu juga termasuk sebahagian daripada imej company. Silap-silap bila dia call balik kita kena marah dan silap hari bulan kena complain dengan top management. Mati kita. Lebih buruk, kita terlepas sesuatu projek dan company lain yang untung disebabkan kelalaian dan kemalasan kita.
Tuesday, September 16, 2014
Selimut MAS
Aku ni memang seorang yang obses dengan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airline System (MAS). Biarpun tak cantik, masa sebelum sakit dulu memang bercita-cita sangat nak jadi pramugari MAS. Semestinya semua barangan MAS nak dijadikan koleksi kan?
Hari tu masa sembang-sembang, kawan ada bagi tahu, kalau nak selimut MAS, masukkan dalam beg diam-diam. Boleh ke? Aku tanya.
Kawan: Boleh, kalau tak ambil, nanti dia orang buang juga selimut tu.
Ya ke buang? Tapi kenapa ada selimut dalam pesawat tak baru pun? Kalau setiap kali guna dia buang, mesti setiap kali dapat selimut kita akan dapat yang baru.
Aku memang teringin sangat nak jadikan selimut MAS tu sebagai koleksi peribadi. Nak masuk diam-diam dalam beg nanti haram pulak. Masa ambil memang best tapi, tak naklah nanti terfikir-fikir pulak aku ambil barang haram. Takkan nak pergi pulang dekat MAS pula? OK, kita mintalah. Tapi takut dan malu. Takut nak minta dan malu kalau tak dapat. Hai, takkan nak buat baikpun takut dan malu kot? Buat jahat tak takut dan malupun? Akal memberi prangsang kepada diri sendiri.
So, masa fly to Ho Chi Minh Khamis lepas, aku memulakan misi dalam pesawat MH766. Masa tu dapat selimut baru keluar plastik tu. Aku sendiri yang buka plastik selimut tu. Bila sampai Ho Chi Minh:
Aku: Cik, saya ambil ni boleh?
(Sambil tunjukkan selimut yang aku siap lipat kepada pramugari. Dia ambil dengan sopan. Mungkin tak dengar permintaan aku.)
Aku: Cik, saya nak selimut tu boleh?
Pramugari: Tak bolehlah. Nanti kalau dia orang nampak kat bawah banyak hallah pulak.
(Serba-salah menjawab. Masih mengekalkan layanan baik dan tip tip dari awal penebangan)
Ish, cik pramugari ni, kalau aku ambil, mestilah aku simpan dalam beg.
Aku: Tak boleh, tak apalah.
Dengan hampanya, aku berjalan keluar kapal.
Tak apa. Nanti cuba lagi. Tak dapat, bukan rezekilah tu namanya. Tuhan pasti uji kalau kita buat baik. Walaupun dalam hal yang simple.
Masa balik ke KL dalam MH759:
Sorang je pramugari. Yang lain semua pramugara. Ada sorang pramugara ni, baik sangat. Dari awal kami masuk, dia yang banyak layan kami. Yang lain-lainpun baik juga. Siap melawak lagi.
Cikgu: Awak cubalah minta. Hari ni pramugara. Selalunya lelaki ni OK sikit. Tak Strict.
OK, kita cuba lagi. Hahahaha.
Orang semua dah keluar. Biasalah, kami kan orang terakhir yang keluar. Masa kapal terbang landing, aku dah macam hari tu juga, aku dah siap lipat selimut yang aku berkenan tu. Tak dapat yang baru keluar plastikpun, dapat yang lamapun OK la. Masa pramugara baik tu tolong turunkan beg dari compactment atas,
Aku: Encik, boleh saya minta selimut ni?
Pramugara: Boleh, boleh, letak dalam beg.
Dengan senyum girangnya, aku terus simpan selimut tu dalam beg sandang belakang aku. Terima kasih, Encik pramugara.
Tuesday, September 2, 2014
Rumah Oh Rumah
Pening betul fikir fasal rumah ni. Dah jadi rutin harian dah buka laman web rumah sewa cari rumah. Susah sikit nak cari rumah yang macam saya nak ni. Tapi tak apa, mesti Allah dah siapkan rezekiNya untuk saya dan kawan saya kan? Kepada pembaca blog ni, kalau korang ada jumpa iklan rumah sewa atau tahu mana-mana rumah untuk disewakan, tolong tinggalkan komen untuk saya ya. Ciri-ciri rumah idaman:
1. Berdekatan Putra LRT (kalau boleh Taman Melati)
2. Mesti sekurang-kurangnya tiga bilik.
3. Cuba elak rumah tinggi sebab saya pelihara kucing. Kesianlah kat dia orang nanti tak tahu balik pulak. (paling tinggipun lima tingkat) dapat landed house lagi bagus. Semuanya untuk kucing kesayangan saya.
4. Maksimum sewa RM1,200.00 kalau lebih murah lebih elok.
Minta tolong sesiapa ada jumpa rumah, bagi tahu saya ya.
Diva Rose: Emanuel Ungaro, You are Mine!
Penat aku cari review tentang minyak wangi ni. Tapi blogger Melayu tak jumpapun yang tulis fasal perfume ni. Mungkin aku tak pandai search kot. Tapi kalau blogger Inggeris, bukan main banyak lagi cerita fasal perfume ni.
Sebenarnya, dah lama aku guna perfume ni kalau tak silap empat atau lima botol dah habis. Dah namanya Diva Rose, mestilah baunya berunsurkan bunga Ros. Baunya harum dan fresh campur sweet. Entah, tak tahu macam mana nak describe. Tapi bukanlah setiap hari aku pakai Diva Rose ni.
Yang tak best tu, ramai pulak berkenan kat buah hati I ni. Kalau bukan sebumbung tu tak apalah, sebab taklah sama bau kan? Ni satu office bukan sorang tapi empat lima orang yang sibuk nak memiliki Cik Diva aku ni. Siap pakai kat office lagi tuuuu... Hilang mood aku nak pakai Diva aku ni. Biar dia orang habis dulu lepas tu baru aku pakai balik.
Satu kebaikan Diva Rose ni, susah nak dapat. Malah, ada penggemar minyak wangipun tak pernah dengar nama minyak wangi ni. Emanuel Ungaro ni sebenarnya seorang fashion designer berbangsa Perancis yang dilahirkan pada 13 Februari, 1933. Perfume jenis Diva Rose ni dikeluarkan setelah berpuluh tahun jenama Emanuel Ungaro di pasaran. Emanuel Ungaro Diva Rose ni dikeluarkan pada tahun 2011.
Pertemuan pertama aku dengan Cik Diva ini bermula pada suatu petang. Ada sorang isteri tauke kedai minyak wangi ni selalu jadi sukarelawan kat sini. Kadang-kadang, dia bawalah tester perfume untuk dijual dengan harga murah sebab menurutnya, dia orang ada had masa untuk menggunakan tester tu. Bila tak habis, buang so, dia juallah murah. Tapi tak adalah sampai dapat harga RM50.00 kecuali dah sikit sangat. Masa tu, aku pilih punya pilih kawan aku hulur pada aku,
"Tinta, perfume ni wangi dan botol pun cantik,"
Aku terus bau dan cop "Ni aku punya cop!"
"Wangi tu, menyesal aku bagi kau," kata Meg bergurau.
"Siapa suruh bagi aku. Ni aku punyalah,"
Mujurlah kawan aku tu bukan gila minyak wangi macam aku. So dia redha jelah aku ambil.
Jothy (penjual) ni selalu bawa satu jenis sebotol je dalam satu masa. Lepas tu next time belum tentu dia bawa jenis yang sama. Kalau aku nak sesuatu perfume tu, aku akan pesan suruh dia cari dan bawa. Sebab tulah aku selalu dapat Diva Rose dan kalau dia bawapun sebotol je tupun dua tiga kali datangpun belum tentu ada sebab katanya, Cik Diva aku ni memang susah nak dapat dan kaunter minyak wangi di Malaysia ni jarang ada Cik Diva Rose ni. Ada kawan aku siap pergi Singarpore cari Diva Rose ni, siap tulis jenama lagi pun tak jumpa.
Dah ramai yang bertanya dan nakkan Diva Rose ni, akupun minta Jothy bawa lebih sebab orang lain pesan, Jothy tak bawa. Kesian dengan kawan, so aku tolong. Satu hari tu, lima botol dia bawa. kawan-kawan yang sememangnya menanti Diva Rose ni apa lagi macam ikan piranalah dia orang ambil. Aku tak tahulah harga di kaunter berapa tapi testernyapun lebih RM100.00 tapi isinya masih banyaklah. Dah sana sini aku pergi bau Diva Rose. Dia orang ni buat pesta Diva Rose apa. Walaupun tak minat bau sama dengan orang dalam satu masa, pasrah jelah, dah duit dia orang, suka hati dia oranglah nak beli apapun, ya tak?
Minggu lepas, budak yang baru masuk kerja tahun ni datang kat aku:
"Aku nak beli Diva Rose la, kat mana ya?"
"Diva Rose? Minyak wangi tu? Emanuel Ungaro?" Dah kelabu dunia aku masa tu. Sayangku akan diambil orang lagi :(
"Tak tahu nama panjang dia. Tapi Diva Roselah,"
"Oh my god! Oh my god! Oh my god! Mana kau tahu fasal Diva Rose tu?"
"Best bau dia, Dayah pakai,"
"Oh my god, memanglah best! Aku kenal sangat dengan perfume tu. Tu perfume aku!" Tambah lagi sorang peminat Diva Rose aku. Lambat lagilah aku nak pakai balik perfume kesayangan aku tu. Aku dah tak sabar nak pakai ni.
"Siapa pakai dulu perfume tu?" Macam meragui Diva Rose tu berkenalan dengan aku dulu hehehe
Amboi, sedapnya soalan.
"Akulah yang pakai dulu kat office ni, lepas tu dia orang semua berkenan, dia orang beli." Si pulan, Si Pulan, aku sebutkan nama pembeli selepas aku. Bila aku tunjuk Diva Rose, dia mengesahkan betul, minyak wangi tu yang dia nak. Oh my god! Kalau sorang je bau sama boleh gagah lagi, tapi kalau sampai empat lima orang satu office macam mana?
"Nanti kalau Jothy datang kau belikan aku eh?" Pulak!
"Excuse me," Aku tak nak jadi baik dah hahahaha
"Nanti aku bagilah duit,"
"Bukan masalah duit. Selalunya ada sebotol je. Kalau ada, mesti aku grab dulu,"
Sayangnya Cik Diva aku. Tapi memang betul, bau perfume pada setiap orang tak sama meskipun perfume jenama yang sama. Diva Rose Eau De Parfum sungguh harum dan segar, membuat hidup cerdas dan ceria sepanjang hari.
Friday, July 25, 2014
Raya Siti Nurhaliza
Gara-gara tempah baju last minute, haaaa hambek kau! Baju tak siap! Dahlah last minute, ada hati nak buat baju potongan donat pulak. Berdering-dering handset aku pagi semalam dari nombor yang tidak dikenali. Rupa-rupanya panggilan tu dari Kak Amy si tukang jahit mengkhabarkan berita kain aku tu belum dipotong. Boleh pulak tanya aku nak ambil ke macam mana. Kalau ambilpun, confirm tak ada orang nak jahitkan? So, aku suruh jelah dia jahit lepas rayapun lepas rayalah. Yang penting aku nak pakai baju donat! Padahal aku dah ramal dari awal baju tu tak siap tapi Kak Amy kata boleh. Tak apalah, salah sendiri takkan nak marah tukang jahit walaupun ada sedikit kecewa. Tak dapatlah aku pakai Sutera Itali pemberian mama tu. Tulah berlagak sangat nak tempah sendiri, nak pakai baju lain sikit kononnya. Langsung tak dapat pakai. Dahlah warna pink! Warna kegemaran aku. Oiii, sudahlah tu, Rasanya dah tiga tahun berturut-turut ada baju raya warna pink. Tak heranlah ada kakak office ni panggil aku Miss Pink. Mujurlah ada baju yang mami belikan, warna peach. Sebenarnya baju kurung moden kain duyung sarat bersulam manik ni ala-ala baju tunang. Segan sikit nak pakai. Kata kawan aku, OK je buat raya. Takkan satu je baju raya aku tahun ni??? Sedey sangat!!! Ada orang dah bermurah hati nak sponser tudung dua helai. Takkan baju satu je? Habis tu nak pakai dua tudung sekali? Dengan hampanya, aku buat kesimpulan nak pakai baju kurung moden biru diraja ala-ala dress kembang je. Bukan orang tahupun baju tu dah beberapa kali aku pakai.
Wait! Wait! Wait! Yang tak siap tu, yang baru tempah. Habis dua tukang jahit aku yang lain ni diam je? Pergi mana? Mana baju jubah, Kurung Pario, blaus dan dress yang aku tempah dah lama ni? Ada yang dah ditempah akhir tahun lepas dan awal tahun. Hadoi, pening aku. Tak boleh jadi ni. Tapi kalau dah diam tu, maknanya tak siaplah kan? Malas nak tanya takut kecewa lagi. Tapi tanya jugalah. Belum ada respon. Sebab tukang jahit yang sorang tu sibuk sebab dia juga designer. Padan muka aku, cerewet sangat! Dapat tukang jahit busy memanjang. So, misi petang semalam lepas kerja, ke Jln TAR untuk cari sehelai tudung. Hajat hati nak pergi Bakawali, tudung kegemaran aku tu. Tapi bila teringat selendang Ariani yang cantik yang aku pernah tengok kat PWTC bulan lepas, ah, tukar angin sikit, beli Arianilah. Niat hati disampaikan kepada penaja. Permohonan approved! Yay!!!
Wah, aku dah berangan nak pakai selendang yang gorgeous tu. Disebabkan rasa tak sabar. Akupun mula melayari internet tengok ada tulisan atau review tentang tudung Ariani angananku. Ha??? Ada koleksi Siti Nurhaliza? Rupa-rupanya Datuk Siti ikon Ariani dan ada usahasama dengan Ariani untuk koleksi tudung beliau. Dah berangan dah nak satu. Harap tercapailah impian ni. Tapi ada yang tulis, tudung tu mahal sale pun still mahal. Kata kawan aku pulak, kalau musim sale, yang harga RM200.00 pun boleh jadi RM70.00. Harapnya begitulah.
Search punya search, aku jumpa pula artikal tentang Baju Kurung Siti Nurhaliza. Sekali lagi aku teruja! Jakel yang jual. Patutlah, Ariani dengan Jakel kan adik-beradik. No wonderlah. Hai, takkan nak tambah lagi satu misi kot? Boleh juga.
Sharp! 4.30 petang semalam, aku dengan cepatnya menaiki monorel dan Star LRT ke Jln TAR. Tak payah mengada nak naik kereta sebab tu namanya cari nahas nak jerumuskan diri dalam jam. Ariani berhadapan dengan Jakel. Masuk Jakel dululah. Kalau ada yang berkenan bolehlah beli tudung terus nanti. Kurung Siti Nurhaliza, Yes! Ada banyak design rupanya. Paplum pun ada. Tapi ada orang kata tak cantik, macam pregnant bila aku pakai. Ke dia ni yang tak tahu fesyen? OK, aku dah jatuh hati dengan kurung belah di hadapan ni. Pink lagi! Bermotifkan manik juga. Dia bagi harga murah RM120.00. Memandangkan ada inner baju dan kain, fesyen baju belah yang aku belum ada dan jahitan manik pada kaki, dada dan lengan baju, harga ni amat berpatutan. OK, grab! Warna lain dah tak ada. Last minute shopping biasalah. Memang aku sukapun warna pink. Tak payah banyak cakap dan banyak fikir. Ambil je.
Baju dah selesai, so, kita lintas jalan ke Ariani pulak. Langkah je kaki ke dalam butik, seorang sales girl menyambut dengan ramahnya. Layanan memang first class. Eleh, nak dapatkan duit, mestilah layan baikkan? Malaysian Hospitality MAS dia pinjam kot. Whatever, asalkan hak aku sebagai pelanggan untuk memilih dengan selesa tidak diganggu. Aku terus tanya tudung Siti Nurhaliza. Amboi, sedap-sedap kau je tanya, harga belum tahu lagi tu. Mengikut blog yang aku baca, sale pun RM190.00. Tak kira! Tak belipun, dapat tengokpun jadilah. Siap tunjuk nak match dengan baju baru beli tu.
"Adik, yang ni cantik dan sesuai dengan baju. Tapi mahal sikit. Sebab ni favourite Datuk Siti. Dia selalu pakai yang ni," Dia dah mula dah. Mengayat customerlah tu. Wow! So gorgeous! Selendang pink dihiasi Lace Perancis putih, hitam. Wah, memang sesuai dengan baju.
"Meh akak ajar pakai cara Datuk Siti," Sambil meletakkan selendang tersebut di atas kepala aku dan membuat lilitan. Dia tambah gula lagi dalam sesi memujuk pelanggan. Hehehe. Aku dah berangan jadi Tuan Puteri yang dipakaikan selendang oleh dayangnya. Ha ha ha ha ha
"Berapa harganya ni?" Tu dia, soalan dari pihak penaja.
"Kain ni berkualiti. Harga asal dia RM295.00. Sekarang ada sale tapi saya bagi kat adik ni RM180.00," Tudung lebih mahal dari baju? Membazir. Aku boleh beli baju lagi sepasang apa dengan harga tu. Bayang-bayang hampa mula menerpa.
"Tak apalah, kita cari yang lain," Aku buat keputusan.
"Tapi yang ni cantik. Sesuai awak pakai dan sesuai dengan baju," Pendapat dari penaja.
"Ya, hargapun cantik," Aku dah mula melupakan niat nak memiliki tudung tu. Siti tak Siti. Baik aku beli handbag dengan harga tu.
"Tak nak ke?"
"Nak memanglah nak, tanya pulak. Tapi yang membayarnya macam mana?" Soalan menguji. Dalam tawar-menawar ni, kita kena bijak. Lagipun aku tak suka nak minta. Soal taja tudung nipun, dia yang bermurah hati. Kalau aku, aku beli je tudung Juma, paling mahalpun RM50, RM60. Tapi dia kata tudung Juma corak tak cantik. Boleh dia cakap macam tu? Dia tak tahu ke tudung Juma tu ada kelas yang tersendiri di kalangan peminat tudung tanah air? Cewah.
"Puas hati kalau ambil yang ni. Ambillah yang elok satu. Satu lagi kita ambil yang murah,"
"Betul ke?" Dengan rasa tak percaya, awan-gemawan mendung terus berlari pergi. Bulan pada wajah menyinar menerangi malam walaupun masa tu baru lewat petang. Bintang-bintang kejorapun bergemerlapan. Hokeh! Jika demikian kata Tuan hamba, tak perlu dipertimbangkan lagi. Jom, kita cari selendang satu lagi.
Sales Girl bernama Fadilah terus membawa kami menjelajah Butik Ariani. Tudung half moon Alisha yang dicadangkan untuk baju Peach aku tu tak cantik sangat. Lebih cantik half moon Vietnam. Aku dah nak pergi Ssana September nanti, beli kat sana jelah Half Moon. Aku describe selendang yang aku suka masa tengok kat PWTC Jun lepas. Kata Fadilah, aku lambat, selendang tu dah habis sebab dia sale jatuh pada harga RM100.00 untuk dua helai. Gila babas punya sale. Kalau benar seperti yang dimaksudkan, tudung tu harga sebenarnya RM199.00. Betullah kata kawan aku, Ariani ni kalau kena pada masanya, boleh sale sampai 70 pratus. Pilih punya pilih, berkenanlah aku pada selendang purple. Dari harga RM159.00 jadi RM70.00. Dapatlah buat kad Ariani. Sebenarnya aku layak untuk kad pink. Tapi Fadilah bagi aku kad gold. Menurutnya paling tinggi kad platinum. Aku difahamkan, beza kad ni dari segi diskaun:
Kad Pink diskaun 15 pratus
Kad Gold diskaun 25 pratus
Kad Platinum diskaun 30 pratus. Nak dapat platinum ni, belian mestilah RM1,000.00 ke atas.
Kalau ada sale, member akan dapat extra diskaun.
So, tahun ni baju dan tudung raya Siti Nurhalizalah aku.
Tuesday, July 22, 2014
Mekap Raya
Tak sangka pulak aku. Diam tak diam, blog aku ni dah hampir 25,000 kali dibaca. Readers berlainan atau sama tu tak tahulah, sebab readers blog aku ni semuanya pembaca sepi. Tak apalah. Korang sudi bacapun, aku dah bersyukur.
Berbalik semula pada tajuk, meh sini aku nak cerita sikit fasal mekap raya yang aku baru beli ni.
Alkisahnya, petang semalam aku pergi Bazar Ramadan Wangsa Maju. Dah alang-alang dekat dengan JJ tu, singgahlah sekali sebab dah niat nak beli mekap sikit. Kebetulan mummy aku pun ada pesan untuk belikan something. Mula-mula ke Watson. Nak cari SimpliSiti punya eye shadow colour gold. Tak adalah pulak. Sekarang ni memang nak gold sebab jurumekap aku kat office ni suka pakaikan aku warna gold. Katanya gold tu sesuai dengan aku. Ops, jurumekap ni hanya diberi kuasa sewaktu ada function sahaja. Kalau mekap harian tu aku buat sendiri. Kata orang, tak ada rotan, akarpun berguna. So, aku dapatlah Silky Girl Double Intense Duo Eye Shadow. Dah namapun duo, maknanya ada dua warnalah. Satu warna kuning ke gold satu lagi warna hijau. Cantik! Dan sangat ekonomi. Sesuai bagi remaja dan mereka yang nak budget macam aku. Hanya dengan RM14.90 anda dapat memilikinya. Cewah, macam model iklan pulak.
Walaupun sedikit hampa, akupun meneruskan langkah ke Body Shop. Objektif utama, mencari lipstik pink (biasalah, warna aku). Cuba punya cuba, so aku grab Colour Crush 205. Kalau tak silap, warna Passionate Pink.
Lepas lipstik, aku usha pulak foundation dan compact powder. Compact powderpun still dalam budget. Aku ambil satu. Baik jurujual ni siap tolong match dengan compact powder. Hahaha baik ada makna tuuuuu. Memang kerja dia nak lariskan barangkan?
Aku: OK, saya ambil fondation dan lipstik.
Jurujual: Bedak tak nak ke kak? Sesuai apa kulit akak dengan bedak ni.
Aku: Tak apalah... (botaklah kepala aku, duit kuih raya, baju raya, hotel kucing lagi)
Seseorang: Tak apa, ambillah, saya belanja.
Wow!!! Betul ke??? Bestnya macam ni. Akupun terus mengoyak senyum lebar. Terima kasih!!!
Dah cecah RM200.00 terus jadi ahli Body Shop dan dapatlah boucer RM15.00. Aku terus tambah satu item lagi, Honey Hanie shower Gel. Cuba yang lain dari yang aku selalu pakai.
Buat masa ni, baru sejam aku pakai mekap ni. Ya, memang best! Wajah jadi mulus dan licin. Tapi aku sedikit kekok sebab ni first time aku pakai foundation liquid ni. Bedak ni menambahkan lagi seri pada wajah dan diserlahkan dengan lipstik pink.
Kepada mereka yang nak budget perbelanjaan mekap adalah seperti berikut:
Colour Crush Lipstick RM49.90
Extra Virgine Minerals Liquid Foundation RM89.00
All in One Face Base Double Function (compact powder) RM85.00
Spunch fondation RM15.00
Honey Hanie yang dah dapat diskaun tadi tu sebenarnya RM26.90.
Note: Harga untuk masa ini dan ditujukan kepada mereka yang tercari-cari harga untuk budget perbelanjaan.
Sunday, July 13, 2014
Syukur Sangat
Hahahaha Syukur sangat tu, nama kumpulan aku masa kuiz PERKUM tadi. Over kan? Orang lain tak adapun nama kumpulan. Kami siap cakap dengan MC nama kumpulan setelah diperkenalkan sebagai kumpulan 2. Haha, ada Ali memang overlah kan. Objektif masukpun suka-suka. Tapi terganggu jugalah emosi masa kuiz tadi. Walaupun suka-suka, mesti tak nak malu kan? Haha... Akhirnya group kami dapat johan! Macam tak percaya je. Alhamdulillah, syukur sangat!!! Dapatlah RM100.00 sorang. OKlah tu.
Subscribe to:
Posts (Atom)