SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Wednesday, August 14, 2019

Lancome Teint Idole Ultrawear - Review

Hahahaha tak habis lagi nak review pasal foundation kegemaran saya ni. Jangan lari dulu. Sila duduk. Pesan saya kepada mereka yang nak jimat, belilah foundation berbentuk liquid. Saya hanya gunakan satu pam sahaja untuk foundation liquid. Cukup untuk seluruh muka. Tapi saya menggunakan brush mekap. Guna tangan tak tahulah. Lancome Ultrawear ni, dari segi bau, memang wangi. Sekali bau macam bau jasmin. Teksturnya lembut tapi pekat. Cepat kering dan ringan. Rasa macam tak pakai apa-apa kat muka. Ia senang bland dengan kulit sehingga menampakkan kulit wajah mulus, glowing dan licin. Disebabkan itu, mekap pun akan jadi lawa. Selain tu, foundation ni tahan lama. Coverage selama 24 jam, retouch free. Korang tak payah nak touch up selama 24 jam kalau ikut dia tulis kat botol dia tu. Siapa nak pakai foundation 24 jam ni? Lainlah kalau korang jadi pramugari yang penerbangannya 24 jam. Silap-silap tu pun ada buang mekap. Takkan tak solat? Tapi saya pernah pakai foundation ni lebih kurang selama 18 jam sebab tak solat dan balik dari bersiar-siar, saya tertidur. Kulit wajah tetap lembut dan bila saya tanggalkan menggunakan mekap remover dan tisu basah, masih terang warnanya melekat kat tisu basah tu. Tak adalah kerjanya nak tanya orang elok ke tak kalau dah pukul 3.00 pagi tu. Hehehehe... Jap lagi orang marah ganggu dia tidur pulak. Oh, satu lagi, foundation ni mengurangkan minyak wajah saya. Kulit wajah saya kan berminyak. Foundation ni jugak mengandungi SPF 15. RM185.00 sebotol 30 ML. Mungkin harga ni berubah mengikut pasaran semasa. Sekian. Bilalah Lancome ni nak bayar saya buat review produk dia ek? Hehehehe...

No comments: