SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Saturday, May 25, 2019

Ayda Jebat Pilihan Gaya Raya Tahun ini

Assalammualaikum dan selamat pagi menjelang tengahari para pembaca. Macam mana dengan puasa? OK? Saya percaya semua orang sedang sibuk membuat persiapan hariraya. So, tahun ni, awal sikit jelah saya beli baju raya. Sebab tulah tak berapa nak happy hour kot semalam. Tahun ni, ada orang offer diri nak teman shopping raya. Risau jugak kalau tak tahan dengan kerenah saya ni. Tapi Alhamdulillah, shopping berjalan lancer. Setelah beberapa tahun saya memilih design under jenama Scha Alyahya, tahun ni kita ubah angina. Bertukar kepada Ayda Jebat pulak. Bajunya simple, elegant, sesuai untuk dipakai semasa event dan kalau masuk office pun tidak keterlaluan. Saya memang suka sebab rasa tak rugi membeli. Macam tahun lepas, bajunya vogue sangat. Baru berapa kali je saya pakai. Rasa membazir pun ada. Mujur jugak saya ni selalu jadi emcee. Tapi kalau dah banyak baju vogue, setiap satu tu pakai sekali dua jelah. Sayangkan? So semalam, tengok jugak Scha Alyahya dan Hanis Zalika. Tapi hati lebih tertarik kepada Ayda Jebat. Tambahan pula yang tolong memilihnya orang koprat, confirm pilih baju yang elegant dan sesuai ke office. Katanya pergi event cantik. Better simpan untuk special day. Saya beli dua pasang, kedua-duanya dari Ayda Jebat. Kebetulan. Ada beberapa baju saya berkenan dan disenaraipendekkan. Kalau ikut saya, semuanya nak beli. Jadi kita dapatkan pandangan orang untuk memilih. Tukang pilih berkenan yang warna purple dan hijau. But to be fare, dia suruh saya pilih satu dan dia pilih satu. Tukang pilih telah memilih warna hijau untuk saya. Baju kurung moden yang labuh separas paha, ada riben untuk diikat ke belakang, tangan kembang dan bahagian bawah bajunya ada sedikit design. Manakala kainnya pula diperbuat daripada kain broket berwarna hijau keputihan dan bunganya hijau seperti baju. Potongan kain adalah bentuk A. Saya pula memilih warna peach dipadankan dengan lace hitam di bahagian kaki baju dan lengan, baju juga separas paha dengan potongan menyenget dari kiri pendek ke kanan, berhias taburan manik halus dan simple. Taburan manik tidak terlalu banyak cukup sekadar menambah seri baju. Manakala kainnya pula warna peach seperti baju dan ada design di bahagian kanan kain dari atas ke bawah yang saya panggil sirip ikan. Hehehehehe... Sirip ni yang buatkan saya terpaut hati kat baju ni. Sebab saya belum ada koleksi macam ni. Sayakan suka design atau material kain yang lain dari lain. Yang hijau tu saya suka material broket dia. Lepas tu, saya singgah di Ariani untuk membeli tudung. Dapatlah sehelai tudung bawal. Sekarang kan bawal dah glamor balik. Tudung berwarna off white, ada sedikit gold dan coraknya berwarna hijau seakan hijau warna baju. Sementara sehelai tudung lagi belum ditemui sebab takkan nak beli Tanah putih dua-dua? Bosanlah. Lagipun saya bukan suka sangat pakai tudung putih. So, hari ni kejap lagi nak pergi tengok tudung Nialofa. Kalau tak ada jugak,, esok keluarlah berkelana mencari tudung. Gambar baju? Nanti saya post kalau rajin ek. Kalau tak, tengok jelah bila saya pakai nanti. Hehehehe...

No comments: