SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Friday, May 3, 2019

Murahnya Buat Hati Tak Keruan!

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Dah lama tak update blog ni. Bukan setakat bersawang, dah bersemak-samun dah blog ni. Jangan ada binatang buas menyorok sudah. Kepada penggemar minyak Wangi seperti saya ni, memang sukar menahan godaan perfume. Saya ada subscribe beberapa laman web perfume. Bila ada waktu free, kerja saya membelek website-website nilah. Terbaru, saya subscribe FragranceX.com. Sebenarnya dah lama saya tahu website ni. Saya tak tahu website ni sebsite Malaysia ke bukan. Baru-baru ni, saya tengok dia ada di Facebook. Waaa... Saya tengok Feeling Sexy, Feeling Sexy pun ada di Facebook. Chemist macam mana? Tak nak menjelma di Facebook. Saya baca komen, ramai yang cakap perfume dari website FragranceX ni pun murah. Dari pelbagai Negara orang yang komen tu. Saya pun buka website dia then subscribe. Saya tengok Angel impian saya tu sangat murah. Tapi saya nak guna duit untuk benda lain still tak boleh beli. Hish, macam-macam pulak email FragranceX ni masuk promot kat email saya. Waaa... Siap buat akaun kau! Pagi ni, bila tak ada orang teman saya berbual via phone on the way to office, saya check email. Adalah email FragranceX. Saya pun menghabiskan perjalanan saya dengan melayari website ni. Rupa-rupanya FragranceX ni dari US. Ala... Mesti mahalkan? Tak apalah, sekadar habiskan masa, kita tengok jelah. Amboi, murahnya Angel saya, 50 ML, RM218.00 sahaja? Tak apalah. Saya tengok Shalimar pulak. Pun lebih kurang harganya. Tapi lagi murah, 100 ML RM218.00. Tapi saya tak pernah bau Shalimar tu. 50 ML RM218.00 tu nantilah kita beli ek. Kalau tak berapa nak guna duit bolehlah. Saya teruskan perlayaran untuk beberapa jenama lain yang menjadi cita-cita saya untuk memilikinya. Gucci, LancĂ´me, Paco Rabanne, Christian Dior, Chanel, semuanya mahal-mahal. Memang murah berbanding pasaran Malaysia, tapi saya nak guna duit untuk benda lain. Nanti nak Krismas mesti murah. Hari Ibu pun dah murah. Perfume berjenama ni pun, kalau mahal, baunya lebih sedap dan tahan lama. Macam J'adore dan Good Girl saya tu. Tapi, kalau ada perfume bawah RM100 atau paling kurang bawah RM150.00 untuk 100 ML, confirm saya beli. Saya tertawa sendiri. Mimpilah kau! Takkan dapat punya! Saya terus merayau-rayau dari satu jenama ke jenama yang lain. Alamak! Biar betul! Ke saya yang salah baca??? Signorina by Salvatore Ferragamo tester 100 ML sahaja? Saya memang suka perfume tester ni. Sebab selalunya tester tu lebih Wangi dari perfume yang dia jual. Itu adalah review daripada mereka yang jual perfume. Bukan sorang cakap, banyak tulisan yang saya baca begitu. Ternyata perfume tester dari Jothy yang selalu saya belipun membuktikannya. Dan website ni memang jual perfume ori. Banyak review saya baca rata-rata berpuas hati dengan website ni. Signorina 100 ML tester RM118.69 diskaun hanya RM100.88 sahaja! Yang bukan tester pun RM153 kot saya tengok tadi. OK, sabar dulu, kita tengok Incanto Bloom pulak, Biar betul! Incanto Bloom by Salvatore Ferragamo, enam tahun lalu di airport harganya RM272.00 100 ML. sekarang tak tahu berapa ratus. Tapi kat FragranceX hanya RM114.40 selepas diskaun menjadi RM97.24. Ya Allah, Pengsan!!! Kedua-dua ni baunya sangat mengancam dan best! Bau seperti perfume sama kelas dengan Good Girl by Carolina Herrera! Hadoi, saya pening! Pengsan, bangun balik dan pengsan lagi!

No comments: