Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Friday, February 12, 2016
Allah Selalu Membiarkan Saya Bersendirian
Haaa... Jangan salah faham dulu dengan tajuk kat atas tu. Baca sampai habis dulu.
Kisahnya tentang saya sendiri. Sejak kecil lagi, saya selalu bersendirian. Masa dengan famili jaranglah bersendirian. Tapi setelah masuk asrama, banyak masa saya bersendirian. Kawan tu ada, tapi yang betul-betul baik tu sekejap je lepas tu mesti terpisah. Pindah sekolahlah, pisah kelaslah. Dan saya ni pulak susah nak rapat dengan orang. Sombong? Tak. Mungkin sikap saya yang susah mesra atau pendek kata bukan jenis yang huha-huha buatkan saya tak ramai kawan yang berdampingan. Yelah, bosan kot dengan saya ni. Lagipun, saya ni tegas dengan pendirian saya. Dahlah tu, kalau ada apa-apa yang saya rasa tak betul, saya akan berterus-terang. Walaupun cakap lembut, manusiakan tak suka akan kebenaran lebih-lebih lagi kelemahan diri yang ditegur. Bukan saya bagus tapi saya tak pandai pura-pura kalau saya tak sukakan sesuatu.
Berikut ni waktu-waktu yang saya rasa saya sendirian pada kebanyakan masanya. Ada kawan tapi bukan kawan yang mengisi waktu suka dan duka saya.
Darjah 1:
Baru masuk sekolah ada sorang kawan baik. Terlalu baik, bukan muslim tapi sanggup teman dan tunggu saya solat di surau dan alhamdulillah, sekarang ni dah muslimpun dia. Kawan ni selalu bela saya bila saya kena buli.
Darjah 2 dan 3:
Kawan baik tu ada bersama saya. Tapi saya sering dibuli oleh kawan sekelas yang lain. Sebab dulu saya bukanlah setegas sekarang.
Darjah 4:
Berpisah dengan kawan baik. Mulalah episod sorang diri saya. Waktu tu selalu kena buli dengan classmate lelaki sampai nangis. Manjakan saya?
Darjah 5 dan 6:
Saya sorang je perempuan dalam kelas. Waktu ni mental sayapun banyak ditoture oleh kawan yang konon kawan baik di asrama tapi dia control saya sampai saya tak boleh berkawan dengan orang lain. Saya amat sunyi masa tu. Sepi.
Tingkatan 1-5:
Masih sorang perempuan dalam kelas. Kawan yang baik dengan saya bersilih ganti. Tapi bukanlah yang betul-betul rapat susah dan senang.
Diploma:
Ada kawan yang sentiasa bersama, tapi bukanlah begitu rapat. Saya masih rasa sunyi pada waktu tertentu.
Ijazah:
Pun sama macam diploma.
Kerja:
Waktu kerja kat tempat sekarang ni, Allah bagi saya rasa ada sahabat kala suka dan duka. Seronok rupanya ada sahabat ni. Rasa happy dan ceria selalu. Kalau sedih, nangis sama-sama. Kalau dia kenyang, kita lapar, dia sanggup berpanas jalan ke kedai makan semata-mata nak teman kita makan dan begitulah sebaliknya. Terima kasih Hadisah kerana buat aku rasa gembira selama kita bersama. Tapi... Orang yang baik selalunya kejap je dengan kita. Disah berhenti kerja sebab nak jaga anak. Saya tak ada kawan baik sampai sekarang. Maksud saya, sahabat.
Rumah sewa:
Kami rapat dan baik. Tapi, Allah jodohkan mereka terlebih dahulu dan biarkan saya sendiri lagi. Sekarang, saya sentiasa rasa sunyi, sedih dan sepi. Hanya dua ekor kucing saya yang temani saya saban waktu saya di rumah. Kadang-kadang, rasa nak berbual dengan seseorang. Tapi tak ada orang. Sepi sangat saya rasa. Kadang-kadang saya bertanya sendiri, kenapa Allah uji saya macam ni? Kenapa Allah biarkan saya sorang-sorang dalam jangka waktu yang panjang? Saya sunyi, sepi!
Tapi semalam, saya dapat jawapannya. Kenapa Allah biarkan saya sendirian tanpa housemate dan belum ditemukan jodoh? Sebab, Allah sayangkan saya. Allah rindukan saya. Mungkin Allah nak sentiasa bersama saya. Bukanlah saya ni baik sangat. Bila ada kawan, mestilah saya asyik bersembang je dengan kawan. Happy-happy, huha-huha sampai masa dengan Allah terlalu sedikit. Lepas solat, doa ringkas dan terus bangun. Tak luangkan masapun untuk berbicara dengan Allah. Tak banyak masa bercakap-cakap, meminta, mengadu, merayu dan berterima kasih pada Dia.
Jadi sekarang saya faham, Allah nak saya rapat dengannya. Minta dengan Dia apa yang saya nak dan mengadu dengan Dia apa yang saya rasa. Memang tak ada suara yang menjawab tapi, Allah tunjukkan kasih sayangNya dengan caraNya yang tersendiri dan saya dapat rasakannya. Mungkin Allah suruh saya minta dengan Dia banyak-banyak apa yang saya nak. Mungkin Allah dah berbisik, sabarlah hambaKu, Aku akan berikannya sedikit masa lagi. Segalanya akan menjadi ceria dan indah.
Kala ini, saya rasa, semua orang termasuk kawan-kawan saya menjauh. Even saya call kawan yang rapat dengan sayapun dah beberapa kali tidak berjawab dan tiada sebarang return call sedangkan selama ni mesti dia return call saya. Jadi saya ambil kesimpulan, Allah sedang menguji saya dengan menjauhkan daripada saya orang-orang yang sebelum ni dekat dengan saya. Saya hanya ada Haida, walaupun dah bersuami masih lagi sudi meluangkan masa dengan saya bila dia free. Temankan saya makan walaupun pada hari yang dia tak balik rumah sewa kami. Bila sunyi, saya akan whatsapp dan call 'awak', whatsapp Acik, mesej Haida bila perlu dan mesej abah untuk bertanya khabarnya. Mungkin Allah nak saya rapat dengan keluarga juga.
Terima kasih Allah kerana mahu saya dekat denganMu. Istiqamahkanlah apa yang sedang saya lakukan sekarang ni Ya Allah walaupun nanti saya dikelilingi oleh sesiapa saja yang akan datang mewarnai hidup saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment