Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Thursday, February 11, 2016
Rindu Yang Bertuan
Awak,
Dulu saya pernah menulis entri rindu tak bertuan. Sebab masa tu saya rasa awak macam tak ada dengan saya. Tapi bila Allah uji saya dengan menjarakkan kita, saya rasa awaklah tuan kepada rindu saya tu. Bila Allah menguji, baru saya tahu sedalam mana rindu saya pada awak, seluas mana kasih sayang saya pada awak. Semoga Allah mengizinkan kita untuk bersama hingga ke Jannah.
Awak,
Pada masa yang terluang ini, saya harap... Kita sama-sama mempersiapkan diri untuk menjadi imam dan makmum yang baik. Saya bukanlah mahukan seseorang yang sempurna tapi cukup sekadar kita cuba untuk berubah menjadi yang lebih baik. Siapapun awak, apapun sejarah silam awak, saya terima awak dengan hati yang tulus sejak mula-mula saya menerima awak empat tahun lalu. Saya harap, awak juga begitu, menerima apa adanya saya untuk kita saling melengkapi antara satu sama lain. Pasangan itukan seperti puzzle, tiada yang sempurna tapi bila dicantumkan, ianya menjadi sebuah lukisan yang indah. Harapan saya, awaklah belahan jiwa yang saya cari selama ni dengan izin Allah.
Tuhan, jarak ratusan kilometer ini tidak memudarkan cintaku padanya. Moga kali ini takdirMu menyebelahiku. Amin.
Mohon doa pembaca budiman untuk kami.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Alhamdulillah semoga awak dan dia disatukan dalam wadah cinta yang diredhai.
Insya-Allah, amin. Terima kasih, Suni. Mohon doakan kerana Allah penentu segalanya.
Post a Comment