Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Sunday, February 14, 2016
Jangan Gula-gulakan Saya
Allah uji saya lagi. Kali ni dalam alam pekerjaan pula. Tak apa. Jangan takut selagi Allah bersama kita. Sebenarnya, ujian ni bukanlah baru. Ianya berterusan sejak dulu. Cuma Khamis lepas nampak sangat saya digula-gulakan. Saya rasa sedih sangat. Kecewa.
Saya bekerja di sini dah masuk tahun kelima. Dua tahun kebelakangan ni tiada kenaikan gaji. Alasan, pendapatan merosot. Fine!
Sejak lima tahun saya kat sini, saya tak pernah naik pangkat walaupun bos saya pencen. Bukanlah saya ni nakkan sangat pangkat tu. Tapi apa lagi yang kita aspek dalam pekerjaan selain daripada naik gaji dan pangkat? Ianya penting untuk membela golongan sasar pada masa hadapan. Orang lain yang jadi bos tu ingat betul-betul ke nak berjuang untuk minoriti? Tak rasanya. Ada orang yang sama masuk kerja dengan saya dah dua kali naik pangkat dan gaji. Sayapun tak tahu apa kritiria naik pangkat ni. Apa yang saya tak buat bila diarahkan? Bukan sekadar dalam lingkungan bidang saya yang saya usahakan. Kerja orang lain yang dicampak pada sayapun, saya buat dengan jayanya. Sebagai seorang yang sukakan cabaran, pada saya, tiada benda yang tak boleh dan mustahil dengan izin Allah. Malah, saya sering diminta untuk menyertai pelbagai komiti bagi menjayakan program dan projek. Anehnya, PR ada tiga orang, tapi saya sorang je yang sering diminta masuk komiti. Dua PR yang pangkatnya lebih besar dan gaji lebih banyak tu saya tak tahu kenapa tak diminta masuk. OK, bersangka baik, mereka banyak kerja. Boskan. Anehnya, mereka tu tak kelam-kabut macam sayapun bila bekerja. Bukan saya ni bagus sangat. Tapi, kebanyakan masa, saya je yang macam tak cukup kaki tangan untuk buat itu dan ini. Sedangkan mereka, ada masa untuk minum, baca surat khabar dan sebagainya meskipun musim ada event. Biarlah, janji kerja saya siap. Satu lagi, yang sorang tu, masuk kerja dah dapat pangkat senior eksekutif. Ramai orang pelik, baru masuk dapat pangkat macam tu. Experience sebagai PR pun tak ada. Mungkin pangkat tu diberi untuk gantikan bos saya yang pencen. Sampai sekarang, dia masih blur lagi dalam hal-hal berkaitan PR ni. Desas-desus mengatakan dulu dia hanya pegawai khidmat pelanggan di bank. Tapi saya tak dapat sahkan berita ni sahih atau tidak. Bukan memandang rendah, cuma mempersoalkan keadilan management office saya. Dia ni selalu datang lambat, balik tepat masa. Nak stay kat office tu jarang sangat. Sedangkan saya, kalau ada event, sebab nak siapkan kerja sering stay sampai malam malah, hari cutipun saya masuk office sebab tak nak kelam-kabut hari kejadian. Masuk office ni free je, tak ada bayaran elaun ke, OT ke. Saya tak kisah sebab nak selesaikan tanggungjawab saya. Yang sorang tu pulak, belum habis belajar masuk-masuk dah jadi bos lebih atas dari yang sorang tadi. Macam managerlah tapi pangkatnya eksekutif. Pelikkan susun atur pangkat dalam department saya? Caca-marba. OK, namapun kroni, gaji mestilah besar. Sampai sekarangpun dia pun masih blur tentang PR punya kerja ni. Lantaklah, janji dia orang tak kacau kerja saya. Kalau saya tak suka apa yang dia orang buat, siap! Bos tak bos, saya peduli apa. Bos kenalah lebih bijak dari staff bawahankan? Sebab tu dia orang bila bercakap dengan saya ada sedikit beza. Cakap lembut. Yang sorang tu, kalau cakap apa-apa dengan saya cepat-cepat nak lari. Kadang-kadang buat saya ketawa. Takutlah tu kena marah. Saya dah kata, saya ni tegas. Kalau bos nombor satu, pemangku pentadbirpun saya boleh cakap apa yang dia buat tu silap, apa lagi setakat bos department. Saya tak suka orang main-main. Bos yang sorang ni dapat keistimewaan tak payah datang hari Sabtu atas alasan belajar. Tak faham saya dengan management ni sekali lagi. Kalau dah macam tu, dah tahu dalam interview tentang hal ni, kenapa tak reject je dia dan ambil orang lain? OK, kroni. Tu jawapan paling tepat. Sebab tu office saya ni tak maju. Sebab banyak orang ambil kesempatan, bukan nak kerja betul-betul masuk sini.
Ada masanya bengang juga saya. Bila saya nak cuti, saya minta entertein visitors, suruh saya bagi tahu pelawat tangguh sampai saya balik cuti. Alasan, 60 orang tu ramai sangat. Habis saya pernah layan sampai 80 orang tak apa pulak. Yang sorang lagi, nak masuk meeting dengan student buat researchpun nak saya masuk sama. Bukan serius sangat meeting tu. Just discuss je. Kalau student macam tu contact saya, tak payah saya nak ajak ramai-ramai PR masuk sekali. Cukup dengan orang yang berkaitan sahaja.
Kerja yang bukan kerja sayapun, saya kena buat. Tahun ni, empat tahunlah saya buat kerja tu. Dulu saya tak kisah sebab department ni tak ramai, saya dengan bos saya je dan sorang staff fund raising. So saya tahu kebolehan staff fund raising tu, jadi saya tolong bos saya buat. Sekarang staff fund raisingpun dah bertambah. Tapi cakap jelah banyak. Buat kerja... Entahlah. Kenapa dia orang tak nak buat? Sebab melibatkan semua kerajaan negeri dan tahu jelah, bila follow up dengan kerajaan ni, pas sana sini. Kena call banyak kali untuk satu negeri. Kalau 14 negeri? Sepanjang tahun kena buat kerja yang sama. Dahlah board yang pegang kewangan tu cerewet. Asyik nak tahu progress je.
Alhamdulillah, Allah tu sentiasa nampak akan hambaNya. Ada board yang nampak akan kerja saya. Dan mereka mula mempersoalkan tugas PR lain dan pangkat serta gaji saya. Ada sorang board ni nak saya jaga potfolio dia. Dia nak pindahkan saya ke department lain. Alhamdulillah, senanglah sikit hati saya dengar keputusan tu. So mereka bawa dalam ExCo Meeting. Lepas meeting, board tu jumpa saya. Katanya, mesyuarat dah setuju, saya akan under study Accessibility and Advocacy dan buat sport and Recreation. Pangkatpun akan dinaikkan. Alhamdulillah, saya rasa seronok sangat. Board tu siap pesan kat saya. Kalau dapat surat tawaran, jangan sign dulu. Saya kena bagi tahu dia apa yang ditawarkan kepada saya untuk dia tengok sama ada apa yang ditawarkan tu betul atau tidak macam yang dia minta dan OK atau tak tawaran tu untuk saya. Ya Allah, terima kasih, Allah atas pertolongan ni.
Dua tiga hari lepas meeting tu, bos saya tanya saya sama ada saya masih dalam PR atau tidak. Pelik betul. Patutnya dialah yang bagi tahu saya, saya ni under dia atau tak. Siap cakap dengan saya, kalau saya nak keluar PR, saya kena bagi hitam putih.
"Kenapa pulak I yang nak kena bagi hitam putih? Bukan I yang buat permohonan keluar PR, ExCo yang nak pindahkan I ke department lain. I pun tengah tunggu suratlah ni, kenapa I kena bagi surat kat you pulak?" Terus diam.
saya merisik khabar dengan HR. Kata Bos HR, memang dia ada terima list dari ExCo meeting tempoh hari. Saya akan ditukarkan ke department aksesibiliti. OK, saya tunggu surat.
Suatu pagi, bos saya datang jumpa saya. Kadang-kadang saya rasa department saya ni memang terbalik kot. Bos yang nak cakap dengan saya, bos yang datang jumpa saya. Dua-duapun sama. Sayapun tak tahu, siapa bos, siapa staff. Dulu masa dengan bos lama, OK je, dia panggil saya mengadap dia dalam bilik dia. Hei... Dunia dah terbalik kot. Suka hati dia oranglah. Bukan saya yang suruh dia datang menghadap saya.
"Tinta, semalam you tak ada. I ada terima call. Dia nak buat lawatan 23 hari bulan ni. Nanti you handle ya,"
"Tu memang kerja I. Kalau I masih kat PR, I buatlah,"
"You lama lagi kot kat PR," Nada suaranya sinis. Menyirap jugalah darah saya pagi tu. Tapi tak apa, sabar, Tinta.
Khamis lepas, surat tawaranpun keluar. Staff HR cakap, "Akak tak tahulah apa perasaan kau bila dapat surat ni." Macam ada something wrong je bunyinya?
Antara isi kandungan surat tawaran tu, saya dinaikkan pangkat kepada PR Officer, under study Accessibility and Advocacy dan attach dengan sport and Recreation. Gaji kekal gaji sebelum ni. Tiada kenaikan satu senpun. Automatik, saya menangis melahirkan kekecewaan saya. Saya rasa mereka tak hargai saya. Saya ni macam sampah je bagi mereka. Pangkat officer tu seolah gula-gula je untuk saya. Yelah, officer, mestilah tambah kerja. PR pun tambah lepas tu tambah lagi dua kerja lain. Gaji sama. Dia orang ingat saya ni apa? Robot? Dalam keadaan ekonomi macam ni, mestilah kenaikan gaji tu sangat penting pada saya. Tak apa, Allah ada. Maknanya, saya ada tiga bos dalam satu masa. Tapi saya kena report pada bos lama. Peningkan macam tu? Saya nak kena kerat badan jadi tiga ke? Hari tu kata mesyuarat putuskan lain, HR cakap dengan saya lebih kurang macam board tu cakap dengan saya. Sekarang surat tawaran keluar lain pulak. Mesti ada politik di sebaliknya. Kenapa dia orang tak nak lepaskan saya dari PR??? Kan ada dua lagi PR.
"Akak dah tanya pemangku ED, takkan tak ada kenaikan sikitpun gaji untuk Tinta? Dia kata, ExCo tak putuskan macam tu," Pelik betul, macam mana sorang bos tak boleh buat keputusan dan rekmen? Dia tak guna fikiran waras dia ke? Ikut je lurus macam pembaris. Takkanlah benda semudah itupun tak boleh fikir???
Saya terus call board yang hari tu. Diapun terperanjat dengan tawaran tu.
"Macam mana gaji tak naik?" Tanyanya pada saya.
"Dia kata, ExCo tak putuskan macam tu,"
"Kalau dah naik pangkat tu, logiknya, gaji mesti naik. Mana ada naik pangkat tak naik gaji. Lagipun, sekarang ni, kerja awak dah bertambah,"
"Saya tak tahu nak buat apa,"
"Awak dah sign ke?"
"Belum,"
"Bagus. Jangan sign dulu. Saya akan bawa dalam meeting ExCo dekat ni. Faxkan pada saya surat tawaran tu. Suruh HR bacakan pada saya surat tu,"
Talian saya pas ke HR. Kata kakak HR tu, dia dah bacakan surat tu dan dah fax. Lepas tu board tu call lagi, minta HR bagi sorang board lagi yang kebetulan ada di pejabat ketika tu. Kata kakak HR, board yang sorang lagi tupun geleng kepala dan ketawa bila baca surat tawaran tu.
Jumaat, beberapa orang board jumpa saya membincangkan hal ini. Tapi isi perbincangan tu masih sulit. Belum dapat didedahkan. Mereka akan bawa kes saya ni dalam meeting ExCo minggu depan.
Terima kasih Allah, kerana menghantar mereka untuk tolong saya. Saya dah berusaha dan sekarang saya bertawakal kepadaMu ya Rabbi, Tuhan penentu segalanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
tahniah zah. semoga terus Berjaya.
Terima kasih, Suni. Doakan Allah permudahkan rezeki saya.
Post a Comment