SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Thursday, February 18, 2016

Sahabat Yangku Sayang

Sahabat, Bermusim telah kita lalui, gelak tawa tangis bersama. Apapun kisahmu, suka dan duka, tawa dan tangis yang ingin kau kongsikan, ku ikhlaskan hati dan hulurkan telinga ini untuk mendengarnya. Demi engkau yang telah ku anggap sebagai saudara sendiri. Sejak kebelakangan ini, aku sering ingin bercerita padamu menerusi corong telefon. Tapiku mula rasa perubahanmu bila kau memberi alasan tidak enak bercerita dalam telefon, lebih baik cerita saja waktu kita jumpa nanti. Bila bertemu, kau lupa atau buat-buat lupa akan ada kisah yang inginku ceritakan, akupun tak tahu. Lalu aku diam, segala kisah yang ingin aku bentangkan, ku balut kemas dalam hatiku. Sahabat, Terbaru, aku menelefonmu. Katamu, dalam wayang. Aku faham lalu ku matikan talian dengan harapan kau hubungiku kembali seperti kebiasaannya. Tapi malam itu, tiada panggilan daripadamu. Ku buat kesimpulan sendiri, mungkin sahabatku penat setelah bersiar-siar. Sekali lagi aku faham. Kerana mungkin aku di tempatnya, aku juga begitu. Esoknya, dua kali ku hubungi, tiada jawapan. Dengar khabar, sahabatku menghadiri majlis. Tapi ada kawan yang bercerita sahabatku menghubunginya. Aku tunggu petang, kalau-kalau ada panggilan dari sahabat itu. Tiada. Lantas aku biarkan saja. Selang beberapa minggu, ku hubungi lagi sahabatku. Dua kali dalam masa berjarak. Tiada jawapan dan sehingga aku menutup mata malamnya, tiada panggilan semula. Aku hampa. Saat bertemu dalam majlis kenduri. Tidakku tahu rupanya kita semeja. Ada kawan memberitahu sahabatku di belakang. Fikirku di meja belakang. Rupanya semeja. Setelah pulang baruku tahu. Lagaknya seperti tidak mengenali aku. Sedih, tapi tak apa. Resam manusia bersahabat, begitulah. Pada suatu majlis di sebuah rumah, sahabatku turut diundang. Tapiku lihat, lain benar sikap sahabatku hari itu terhadapku. Seakan aku tidak mengenalinya. Ku sapa untuk berurusan juga tidak semesra dulu. Mendekatpun tidak. Hatiku dipagut sendu. Mengapa berubah benar sahabatku? Tak apalah, aku punya Allah. Jika engkau menjauh mungkin saat itulah Allah mendekat. Kalau adapun salah dan silapku, ayuhlah bersemuka. Masakan seorang sahabat ingin bersengketa dengan sahabatnya? Sahabat, apakah tidak kau ambil pengajaran dari kejadian enam tahun lalu? Kali ini, entah apa puncanya. Mungkinkah kerana marahmu terhadapku dan ditambah dengan cocokan orang seperti 2010 lalu? Sahabat, Kala ini, aku amat memerlukan engkau di sisi. Ketahuilah sahabat, saat ini, aku jatuh, luka, lelah dan lemah. Asalnya aku ingin mencari sedikit keceriaan bersamamu. Namun bila melihatkan sikapmu yang begitu, ketahuilah aku, mungkin kau tiada lagi bersamaku. Tak mengapalah sahabat, mungkin kerana perwatakanmu yang disenangi ramai, maka dalam lautan teman-temanmu, aku telah tenggelam di sana. Kini mengertilah aku, bahumu bukan lagi tempat aku rebahkan kepala mengadu nasib diri. Suaramu tidak lagi lunak mengalunkan kata-kata semangat menolakku ke atas. Jika itu yang kau mahu, pergilah sahabat. Aku tidak akan menghalangmu. Tentang aku, biarlah Allah yang tentukan. Maka benarlah kata orang, saat gembira, ada jutaan tangan yang memimpin kita. Tapi bila duka bertandang, hanya ada satu tangan saja yang kekal memaut kita ke atas. Saat semua menjauh, aku ada Allah yang memelukku dalam kasih sayangNya. Sedikit demi sedikit diberinya aku lerai kesedihan yang ku tanggung sejak dua bulan lalu, diberinya khabar gembira, rezeki dan paling penting, Dia masih memberi kesempatan untuk aku bersama dengan insan yang aku cinta, punya keluarga yang sentiasa menyokong dan dua teman yang tidakku sangka menjadi tangan penyokong untuk aku bangun dari jatuhku. Terima kasih teman kerana sudi bersamaku saat duka laraku. Mungkin kita tidak sering bersama, tapi dari jauh semangat dan prangsangmu mampu memberi harapan padaku. Hari-hari kita bersama, aku rasa terhibur. Tapi status diri kalian, tidak memungkinkan kita sentiasa berdekatan. Terima kasih Allah atas kasih sayangMu. Aku tahu, Kau sekadar mengujiku, melihat sejauhmana keimanan dan kesabaran hambaMu yang hina ini. Mungkin ini panggilanMu saat aku jauh, Kau ingin aku kembali padaMu. Ya Allah, janganlah Kau ambil daripadaku apa yang telah Kau beri padaKu sebelum ini. Ubatilah dukaku, Tuhan dengan pinjamkan sekali lagi padaku akan dirinya yang aku sayang.

Sunday, February 14, 2016

Jangan Gula-gulakan Saya

Allah uji saya lagi. Kali ni dalam alam pekerjaan pula. Tak apa. Jangan takut selagi Allah bersama kita. Sebenarnya, ujian ni bukanlah baru. Ianya berterusan sejak dulu. Cuma Khamis lepas nampak sangat saya digula-gulakan. Saya rasa sedih sangat. Kecewa. Saya bekerja di sini dah masuk tahun kelima. Dua tahun kebelakangan ni tiada kenaikan gaji. Alasan, pendapatan merosot. Fine! Sejak lima tahun saya kat sini, saya tak pernah naik pangkat walaupun bos saya pencen. Bukanlah saya ni nakkan sangat pangkat tu. Tapi apa lagi yang kita aspek dalam pekerjaan selain daripada naik gaji dan pangkat? Ianya penting untuk membela golongan sasar pada masa hadapan. Orang lain yang jadi bos tu ingat betul-betul ke nak berjuang untuk minoriti? Tak rasanya. Ada orang yang sama masuk kerja dengan saya dah dua kali naik pangkat dan gaji. Sayapun tak tahu apa kritiria naik pangkat ni. Apa yang saya tak buat bila diarahkan? Bukan sekadar dalam lingkungan bidang saya yang saya usahakan. Kerja orang lain yang dicampak pada sayapun, saya buat dengan jayanya. Sebagai seorang yang sukakan cabaran, pada saya, tiada benda yang tak boleh dan mustahil dengan izin Allah. Malah, saya sering diminta untuk menyertai pelbagai komiti bagi menjayakan program dan projek. Anehnya, PR ada tiga orang, tapi saya sorang je yang sering diminta masuk komiti. Dua PR yang pangkatnya lebih besar dan gaji lebih banyak tu saya tak tahu kenapa tak diminta masuk. OK, bersangka baik, mereka banyak kerja. Boskan. Anehnya, mereka tu tak kelam-kabut macam sayapun bila bekerja. Bukan saya ni bagus sangat. Tapi, kebanyakan masa, saya je yang macam tak cukup kaki tangan untuk buat itu dan ini. Sedangkan mereka, ada masa untuk minum, baca surat khabar dan sebagainya meskipun musim ada event. Biarlah, janji kerja saya siap. Satu lagi, yang sorang tu, masuk kerja dah dapat pangkat senior eksekutif. Ramai orang pelik, baru masuk dapat pangkat macam tu. Experience sebagai PR pun tak ada. Mungkin pangkat tu diberi untuk gantikan bos saya yang pencen. Sampai sekarang, dia masih blur lagi dalam hal-hal berkaitan PR ni. Desas-desus mengatakan dulu dia hanya pegawai khidmat pelanggan di bank. Tapi saya tak dapat sahkan berita ni sahih atau tidak. Bukan memandang rendah, cuma mempersoalkan keadilan management office saya. Dia ni selalu datang lambat, balik tepat masa. Nak stay kat office tu jarang sangat. Sedangkan saya, kalau ada event, sebab nak siapkan kerja sering stay sampai malam malah, hari cutipun saya masuk office sebab tak nak kelam-kabut hari kejadian. Masuk office ni free je, tak ada bayaran elaun ke, OT ke. Saya tak kisah sebab nak selesaikan tanggungjawab saya. Yang sorang tu pulak, belum habis belajar masuk-masuk dah jadi bos lebih atas dari yang sorang tadi. Macam managerlah tapi pangkatnya eksekutif. Pelikkan susun atur pangkat dalam department saya? Caca-marba. OK, namapun kroni, gaji mestilah besar. Sampai sekarangpun dia pun masih blur tentang PR punya kerja ni. Lantaklah, janji dia orang tak kacau kerja saya. Kalau saya tak suka apa yang dia orang buat, siap! Bos tak bos, saya peduli apa. Bos kenalah lebih bijak dari staff bawahankan? Sebab tu dia orang bila bercakap dengan saya ada sedikit beza. Cakap lembut. Yang sorang tu, kalau cakap apa-apa dengan saya cepat-cepat nak lari. Kadang-kadang buat saya ketawa. Takutlah tu kena marah. Saya dah kata, saya ni tegas. Kalau bos nombor satu, pemangku pentadbirpun saya boleh cakap apa yang dia buat tu silap, apa lagi setakat bos department. Saya tak suka orang main-main. Bos yang sorang ni dapat keistimewaan tak payah datang hari Sabtu atas alasan belajar. Tak faham saya dengan management ni sekali lagi. Kalau dah macam tu, dah tahu dalam interview tentang hal ni, kenapa tak reject je dia dan ambil orang lain? OK, kroni. Tu jawapan paling tepat. Sebab tu office saya ni tak maju. Sebab banyak orang ambil kesempatan, bukan nak kerja betul-betul masuk sini. Ada masanya bengang juga saya. Bila saya nak cuti, saya minta entertein visitors, suruh saya bagi tahu pelawat tangguh sampai saya balik cuti. Alasan, 60 orang tu ramai sangat. Habis saya pernah layan sampai 80 orang tak apa pulak. Yang sorang lagi, nak masuk meeting dengan student buat researchpun nak saya masuk sama. Bukan serius sangat meeting tu. Just discuss je. Kalau student macam tu contact saya, tak payah saya nak ajak ramai-ramai PR masuk sekali. Cukup dengan orang yang berkaitan sahaja. Kerja yang bukan kerja sayapun, saya kena buat. Tahun ni, empat tahunlah saya buat kerja tu. Dulu saya tak kisah sebab department ni tak ramai, saya dengan bos saya je dan sorang staff fund raising. So saya tahu kebolehan staff fund raising tu, jadi saya tolong bos saya buat. Sekarang staff fund raisingpun dah bertambah. Tapi cakap jelah banyak. Buat kerja... Entahlah. Kenapa dia orang tak nak buat? Sebab melibatkan semua kerajaan negeri dan tahu jelah, bila follow up dengan kerajaan ni, pas sana sini. Kena call banyak kali untuk satu negeri. Kalau 14 negeri? Sepanjang tahun kena buat kerja yang sama. Dahlah board yang pegang kewangan tu cerewet. Asyik nak tahu progress je. Alhamdulillah, Allah tu sentiasa nampak akan hambaNya. Ada board yang nampak akan kerja saya. Dan mereka mula mempersoalkan tugas PR lain dan pangkat serta gaji saya. Ada sorang board ni nak saya jaga potfolio dia. Dia nak pindahkan saya ke department lain. Alhamdulillah, senanglah sikit hati saya dengar keputusan tu. So mereka bawa dalam ExCo Meeting. Lepas meeting, board tu jumpa saya. Katanya, mesyuarat dah setuju, saya akan under study Accessibility and Advocacy dan buat sport and Recreation. Pangkatpun akan dinaikkan. Alhamdulillah, saya rasa seronok sangat. Board tu siap pesan kat saya. Kalau dapat surat tawaran, jangan sign dulu. Saya kena bagi tahu dia apa yang ditawarkan kepada saya untuk dia tengok sama ada apa yang ditawarkan tu betul atau tidak macam yang dia minta dan OK atau tak tawaran tu untuk saya. Ya Allah, terima kasih, Allah atas pertolongan ni. Dua tiga hari lepas meeting tu, bos saya tanya saya sama ada saya masih dalam PR atau tidak. Pelik betul. Patutnya dialah yang bagi tahu saya, saya ni under dia atau tak. Siap cakap dengan saya, kalau saya nak keluar PR, saya kena bagi hitam putih. "Kenapa pulak I yang nak kena bagi hitam putih? Bukan I yang buat permohonan keluar PR, ExCo yang nak pindahkan I ke department lain. I pun tengah tunggu suratlah ni, kenapa I kena bagi surat kat you pulak?" Terus diam. saya merisik khabar dengan HR. Kata Bos HR, memang dia ada terima list dari ExCo meeting tempoh hari. Saya akan ditukarkan ke department aksesibiliti. OK, saya tunggu surat. Suatu pagi, bos saya datang jumpa saya. Kadang-kadang saya rasa department saya ni memang terbalik kot. Bos yang nak cakap dengan saya, bos yang datang jumpa saya. Dua-duapun sama. Sayapun tak tahu, siapa bos, siapa staff. Dulu masa dengan bos lama, OK je, dia panggil saya mengadap dia dalam bilik dia. Hei... Dunia dah terbalik kot. Suka hati dia oranglah. Bukan saya yang suruh dia datang menghadap saya. "Tinta, semalam you tak ada. I ada terima call. Dia nak buat lawatan 23 hari bulan ni. Nanti you handle ya," "Tu memang kerja I. Kalau I masih kat PR, I buatlah," "You lama lagi kot kat PR," Nada suaranya sinis. Menyirap jugalah darah saya pagi tu. Tapi tak apa, sabar, Tinta. Khamis lepas, surat tawaranpun keluar. Staff HR cakap, "Akak tak tahulah apa perasaan kau bila dapat surat ni." Macam ada something wrong je bunyinya? Antara isi kandungan surat tawaran tu, saya dinaikkan pangkat kepada PR Officer, under study Accessibility and Advocacy dan attach dengan sport and Recreation. Gaji kekal gaji sebelum ni. Tiada kenaikan satu senpun. Automatik, saya menangis melahirkan kekecewaan saya. Saya rasa mereka tak hargai saya. Saya ni macam sampah je bagi mereka. Pangkat officer tu seolah gula-gula je untuk saya. Yelah, officer, mestilah tambah kerja. PR pun tambah lepas tu tambah lagi dua kerja lain. Gaji sama. Dia orang ingat saya ni apa? Robot? Dalam keadaan ekonomi macam ni, mestilah kenaikan gaji tu sangat penting pada saya. Tak apa, Allah ada. Maknanya, saya ada tiga bos dalam satu masa. Tapi saya kena report pada bos lama. Peningkan macam tu? Saya nak kena kerat badan jadi tiga ke? Hari tu kata mesyuarat putuskan lain, HR cakap dengan saya lebih kurang macam board tu cakap dengan saya. Sekarang surat tawaran keluar lain pulak. Mesti ada politik di sebaliknya. Kenapa dia orang tak nak lepaskan saya dari PR??? Kan ada dua lagi PR. "Akak dah tanya pemangku ED, takkan tak ada kenaikan sikitpun gaji untuk Tinta? Dia kata, ExCo tak putuskan macam tu," Pelik betul, macam mana sorang bos tak boleh buat keputusan dan rekmen? Dia tak guna fikiran waras dia ke? Ikut je lurus macam pembaris. Takkanlah benda semudah itupun tak boleh fikir??? Saya terus call board yang hari tu. Diapun terperanjat dengan tawaran tu. "Macam mana gaji tak naik?" Tanyanya pada saya. "Dia kata, ExCo tak putuskan macam tu," "Kalau dah naik pangkat tu, logiknya, gaji mesti naik. Mana ada naik pangkat tak naik gaji. Lagipun, sekarang ni, kerja awak dah bertambah," "Saya tak tahu nak buat apa," "Awak dah sign ke?" "Belum," "Bagus. Jangan sign dulu. Saya akan bawa dalam meeting ExCo dekat ni. Faxkan pada saya surat tawaran tu. Suruh HR bacakan pada saya surat tu," Talian saya pas ke HR. Kata kakak HR tu, dia dah bacakan surat tu dan dah fax. Lepas tu board tu call lagi, minta HR bagi sorang board lagi yang kebetulan ada di pejabat ketika tu. Kata kakak HR, board yang sorang lagi tupun geleng kepala dan ketawa bila baca surat tawaran tu. Jumaat, beberapa orang board jumpa saya membincangkan hal ini. Tapi isi perbincangan tu masih sulit. Belum dapat didedahkan. Mereka akan bawa kes saya ni dalam meeting ExCo minggu depan. Terima kasih Allah, kerana menghantar mereka untuk tolong saya. Saya dah berusaha dan sekarang saya bertawakal kepadaMu ya Rabbi, Tuhan penentu segalanya.

Friday, February 12, 2016

Allah Selalu Membiarkan Saya Bersendirian

Haaa... Jangan salah faham dulu dengan tajuk kat atas tu. Baca sampai habis dulu. Kisahnya tentang saya sendiri. Sejak kecil lagi, saya selalu bersendirian. Masa dengan famili jaranglah bersendirian. Tapi setelah masuk asrama, banyak masa saya bersendirian. Kawan tu ada, tapi yang betul-betul baik tu sekejap je lepas tu mesti terpisah. Pindah sekolahlah, pisah kelaslah. Dan saya ni pulak susah nak rapat dengan orang. Sombong? Tak. Mungkin sikap saya yang susah mesra atau pendek kata bukan jenis yang huha-huha buatkan saya tak ramai kawan yang berdampingan. Yelah, bosan kot dengan saya ni. Lagipun, saya ni tegas dengan pendirian saya. Dahlah tu, kalau ada apa-apa yang saya rasa tak betul, saya akan berterus-terang. Walaupun cakap lembut, manusiakan tak suka akan kebenaran lebih-lebih lagi kelemahan diri yang ditegur. Bukan saya bagus tapi saya tak pandai pura-pura kalau saya tak sukakan sesuatu. Berikut ni waktu-waktu yang saya rasa saya sendirian pada kebanyakan masanya. Ada kawan tapi bukan kawan yang mengisi waktu suka dan duka saya. Darjah 1: Baru masuk sekolah ada sorang kawan baik. Terlalu baik, bukan muslim tapi sanggup teman dan tunggu saya solat di surau dan alhamdulillah, sekarang ni dah muslimpun dia. Kawan ni selalu bela saya bila saya kena buli. Darjah 2 dan 3: Kawan baik tu ada bersama saya. Tapi saya sering dibuli oleh kawan sekelas yang lain. Sebab dulu saya bukanlah setegas sekarang. Darjah 4: Berpisah dengan kawan baik. Mulalah episod sorang diri saya. Waktu tu selalu kena buli dengan classmate lelaki sampai nangis. Manjakan saya? Darjah 5 dan 6: Saya sorang je perempuan dalam kelas. Waktu ni mental sayapun banyak ditoture oleh kawan yang konon kawan baik di asrama tapi dia control saya sampai saya tak boleh berkawan dengan orang lain. Saya amat sunyi masa tu. Sepi. Tingkatan 1-5: Masih sorang perempuan dalam kelas. Kawan yang baik dengan saya bersilih ganti. Tapi bukanlah yang betul-betul rapat susah dan senang. Diploma: Ada kawan yang sentiasa bersama, tapi bukanlah begitu rapat. Saya masih rasa sunyi pada waktu tertentu. Ijazah: Pun sama macam diploma. Kerja: Waktu kerja kat tempat sekarang ni, Allah bagi saya rasa ada sahabat kala suka dan duka. Seronok rupanya ada sahabat ni. Rasa happy dan ceria selalu. Kalau sedih, nangis sama-sama. Kalau dia kenyang, kita lapar, dia sanggup berpanas jalan ke kedai makan semata-mata nak teman kita makan dan begitulah sebaliknya. Terima kasih Hadisah kerana buat aku rasa gembira selama kita bersama. Tapi... Orang yang baik selalunya kejap je dengan kita. Disah berhenti kerja sebab nak jaga anak. Saya tak ada kawan baik sampai sekarang. Maksud saya, sahabat. Rumah sewa: Kami rapat dan baik. Tapi, Allah jodohkan mereka terlebih dahulu dan biarkan saya sendiri lagi. Sekarang, saya sentiasa rasa sunyi, sedih dan sepi. Hanya dua ekor kucing saya yang temani saya saban waktu saya di rumah. Kadang-kadang, rasa nak berbual dengan seseorang. Tapi tak ada orang. Sepi sangat saya rasa. Kadang-kadang saya bertanya sendiri, kenapa Allah uji saya macam ni? Kenapa Allah biarkan saya sorang-sorang dalam jangka waktu yang panjang? Saya sunyi, sepi! Tapi semalam, saya dapat jawapannya. Kenapa Allah biarkan saya sendirian tanpa housemate dan belum ditemukan jodoh? Sebab, Allah sayangkan saya. Allah rindukan saya. Mungkin Allah nak sentiasa bersama saya. Bukanlah saya ni baik sangat. Bila ada kawan, mestilah saya asyik bersembang je dengan kawan. Happy-happy, huha-huha sampai masa dengan Allah terlalu sedikit. Lepas solat, doa ringkas dan terus bangun. Tak luangkan masapun untuk berbicara dengan Allah. Tak banyak masa bercakap-cakap, meminta, mengadu, merayu dan berterima kasih pada Dia. Jadi sekarang saya faham, Allah nak saya rapat dengannya. Minta dengan Dia apa yang saya nak dan mengadu dengan Dia apa yang saya rasa. Memang tak ada suara yang menjawab tapi, Allah tunjukkan kasih sayangNya dengan caraNya yang tersendiri dan saya dapat rasakannya. Mungkin Allah suruh saya minta dengan Dia banyak-banyak apa yang saya nak. Mungkin Allah dah berbisik, sabarlah hambaKu, Aku akan berikannya sedikit masa lagi. Segalanya akan menjadi ceria dan indah. Kala ini, saya rasa, semua orang termasuk kawan-kawan saya menjauh. Even saya call kawan yang rapat dengan sayapun dah beberapa kali tidak berjawab dan tiada sebarang return call sedangkan selama ni mesti dia return call saya. Jadi saya ambil kesimpulan, Allah sedang menguji saya dengan menjauhkan daripada saya orang-orang yang sebelum ni dekat dengan saya. Saya hanya ada Haida, walaupun dah bersuami masih lagi sudi meluangkan masa dengan saya bila dia free. Temankan saya makan walaupun pada hari yang dia tak balik rumah sewa kami. Bila sunyi, saya akan whatsapp dan call 'awak', whatsapp Acik, mesej Haida bila perlu dan mesej abah untuk bertanya khabarnya. Mungkin Allah nak saya rapat dengan keluarga juga. Terima kasih Allah kerana mahu saya dekat denganMu. Istiqamahkanlah apa yang sedang saya lakukan sekarang ni Ya Allah walaupun nanti saya dikelilingi oleh sesiapa saja yang akan datang mewarnai hidup saya.

Thursday, February 11, 2016

Rindu Yang Bertuan

Awak, Dulu saya pernah menulis entri rindu tak bertuan. Sebab masa tu saya rasa awak macam tak ada dengan saya. Tapi bila Allah uji saya dengan menjarakkan kita, saya rasa awaklah tuan kepada rindu saya tu. Bila Allah menguji, baru saya tahu sedalam mana rindu saya pada awak, seluas mana kasih sayang saya pada awak. Semoga Allah mengizinkan kita untuk bersama hingga ke Jannah. Awak, Pada masa yang terluang ini, saya harap... Kita sama-sama mempersiapkan diri untuk menjadi imam dan makmum yang baik. Saya bukanlah mahukan seseorang yang sempurna tapi cukup sekadar kita cuba untuk berubah menjadi yang lebih baik. Siapapun awak, apapun sejarah silam awak, saya terima awak dengan hati yang tulus sejak mula-mula saya menerima awak empat tahun lalu. Saya harap, awak juga begitu, menerima apa adanya saya untuk kita saling melengkapi antara satu sama lain. Pasangan itukan seperti puzzle, tiada yang sempurna tapi bila dicantumkan, ianya menjadi sebuah lukisan yang indah. Harapan saya, awaklah belahan jiwa yang saya cari selama ni dengan izin Allah. Tuhan, jarak ratusan kilometer ini tidak memudarkan cintaku padanya. Moga kali ini takdirMu menyebelahiku. Amin. Mohon doa pembaca budiman untuk kami.

Salahkah Saya Cemburu?????

Facebook, sememangnya dunia maya yang entahkan betul entahkan tidak semua status di dalamnya. Walau apapun, bila kita komen di wall orang, kita masih lagi perlu menjaga adat sopan serta tatasusila. Memanglah kita boleh cakap, "FB saya, suka hati sayalah nak tulis apapun," Memang FB kita, tapi yang membacanya ramai. Tak pernahkah kita fikir kalau tulisan kita tu buat orang terasa, terluka, tersinggung dan cemburu? Pernahkah kita terfikir, hanya dengan satu komen kita boleh membuatkan hubungan orang bergoncang? "Suka hatilah nak tulis apa," Memang suka hati kita. Namun, perbuatan kita itu dinilai sama ada di alam maya mahupun alam nyata. Hal ni saya alami sendiri. Kita harus ingat, bila kita berkenalan dengan seseorang, kemungkinan orang itu tidak memberitahu status sebenar dirinya adalah tinggi. Sebagai seorang yang mempunyai hubungan istimewa dengan seseorang... Tak salahkan kalau saya cemburu? Sebab cemburu tupun tanda iman asal tidak berlebihan. Kalau seorang perempuan menulis komen ayat-ayat dan panggilan manja seperti 'pipi gebu' dan sebagainya kepada orang yang bermakna dalam hidup kita, hati mana yang tidak cemburu? Ditambah pula dengan laporan balik ke kampung dan tiada line internet. Apa semua tu? Adakah suatu hubungan istimewa sedang terjalin? Memang salah tu bukan dari sebelah pihak. Saya amat faham itu. Tapi saya tak faham, kenapa ada orang yang suka komen demikian sedangkan saya yang secara rasmi berhubunganpun tidak pernah menulis sedemikian di FB.

Terima Kasih, Allah

Ya Allah, Aku faham, hujan lebat yang kau timpakan itu adalah peringatan buatku. Menguji kasih sayangku padaMu, dan menguji kasih sayangku padanya. Ternyata aku lalai dengan nikmat yang kau berikan padaku. Lalu, kau timpakan hujan supaya aku berpaut padaMu agar tidak lemas dan hanyut. Apa yang penting, hujan itu membuatkan aku sedar akan kebergantunganku padaMu, kasih sayangMu dan sedalam mana kasih sayangku padanya. Mungkin Kau berbisik padaku, "Sabarlah hambaKu, kau akan bahagia sedikit masa lagi," Aku yakin tentang itu. Sesungguhnya Engkau tidak pernah mensia-siakan hamba-hambaMu. Bah besar itu mula mengering. Mentari selepas hujan, mula membias. Apakah ada pelangi yang akan muncul tidak lama lagi? Tuhan, indah kasih sayangMu mulaku rasai. Indah kasihku padanya juga turut terasa. Satuku pinta Tuhan, janganlah lagi Engkau biarkan aku berjalan sendiri bersama cinta ini tanpa pengawasanMu. Ya Allah, ku ingin cintaMu, cinta hakiki yang terulung. Ku juga mahu cintanya, cinta makhluk, penghubung kasih sayangMu dalam lipatan cinta agungMu. Semoga cintaku cintanya mekar dalam cinta abadiMu. Ku mohon dari hati yang dalam, janganlah kau pisahkan kami melainkan maut yang mendatang. Satukanlah kami agar dapat kami beriringan melangkah ke JannahMu. Insya-Allah.