Ada banyak cerita aku nak tulis kat sini. Tapi belum ada kesempatan. Biar aku ceritakan satu persatu.
Ish! Mengada-ngadalah kau ni Si Gemuk. Dahlah asyik nak mengawan je kerjanya hahaha... Lepas tu sakit, degil tak nak makan ubat.
Alkisahnya, Ahad lalu, aku bawa Si Gemuk ni pergi jumpa vet kat Sri Petaling, See Veterinary Medical Centre. Disebabkan aku tak ada carier, aku jadikan kotak yang Haida minta dari kedai babu sebagai carrier. Gigih sungguh! Balik dari kenduri kat rumah Ali, akupun bertungkus-lumus menebuk dinding kotak tu supaya Gemuk dapat oksigen bila duduk dalam tu. Siap test tu, Si Gemuk selesa tak dalam kotak tu. Si Gemuk macam biasalah, mengikut je, bila orang masukkan dalam kotak, masuklah dia. Bila orang keluarkan, diapun keluar.
Pagi keesokan harinya, setelah bagi sarapan pagi, Si Gemuk aku masukkan dalam kotak apabila temanku tiba untuk membawanya ke veterina center. Si Gemuk ni takut pada temanku yang menggelarkan dirinya Dog Whisper ni. So diapun berkelakuan baik, duduk diam-diam dalam kotak. Dalam kereta adalah bunyi sikit-sikit. Bila dah lama, diapun diam.
Sesampai di Veterina center, Si Gemuk dikeluarkan dari kotak dan dimasukkan ke dalam sangkar kecil. Sementara aku dan Dog Whisper membuat pendaftaran. Siap ada kad lagi. "owner: Tinta Emas, Pet Name: Si Gemuk". Orang kaunter tupun macam tercengang-cengang bila aku daftarkan nama pet tu sebagai Si Gemuk. Lantak kaulah. Nanti karang, kalau aku daftar nama yang glamor karang, Si Gemuk tak tahu pulak tu nama dia. Proses pendaftaran berjalan lancar kerana temujanji telah dibuat oleh sebuah NGO kucing untuk Si Gemuk.
Memandangkan awal pagi, pesakitnya hanya Si Gemuk dan seekor anjing. Mujur ada dua bilik. Tak payahlah aku tunggu lama-lama. Kami diarahkan masuk dengan membawa Si Gemuk. Gemuk steady je. Chewah... pandai berlakon betul. Padahal takut tu. :)
Vet: Selamat pagi.
Vet berbangsa China fasih berbahasa Melayu menegur kami ramah. Vet nipun ketawa bila tahu nama kucing aku ni Si Gemuk.
Vet bertanyakan kepadaku serba sedikit tentang Si Gemuk.
Sebentar kemudian, Si Gemuk dibawa keluar dari sangkar dan diletakkan di atas meja. Si Gemuk masih relax dan diam. Sewaktu mengeluarkan Si Gemuk:
Vet: Hai, morning Si Gemuk.
Vet menegur Si Gemuk ramah. Gemuk hanya mengikut. Vet membelai Si Gemuk agar Si Gemuk yakin bahawa dia adalah orang yang boleh dipercayai.
Vet mula memeriksa Si Gemuk.
Vet: Dia dah makan?
Tinta: Sudah.
Vet: Dia dah buang air (kencing)?
Tinta: Tak perasanlah. Rasanya belum. Lepas makan tadi terus datang sini.
Vet: I rasa macam dia pregnantlah.
(Aku terperanjat)
Tinta: Ya ke?
(Ala... Si Gemuk. Janganlah macam ni - dalam hati)
Vet: Jap I rasa lagi. Tadi ada satu benjolan, mungkin ini pundi kencing dia. Tadi macam ada benjolan kecil tapi sekarang tak ada pulak. Tak rasanya.
(Aku sedikit lega)
Vet: Bulu dia cantik.
Tinta: Dia selalu mandi. Seminggu sekali, dia mandi.
(Aku memberitahu vet dengan kembangnya. Tulah, Dog Whisper ni asyik cakap Gemuk hodoh je. Tengok, vet yang pakar fasal binatangpun kata vet cantik hahahahaha - tapi kata-kata tu bermain dalam hati je)
Vet: Dia masih menyusukan anak ke?
Tinta: Kadang-kadang. Tapi saya tak pasti susu dia masih ada ke tak. Sebab saya tekan puting dia tak ada. Mungkin juga saya yang tak pandai cek.
Vet: OK tak pe. Saya cek.
(Vet menekan puting susu Si Gemuk. Si Gemuk hanya redha dan hanya membiarkan apa saja diperlakukan oleh vet terhadap dirinya)
Vet: Oh, dia masih ada susu. So, tak bolehlah operate. Takut nanti, susu masuk dalam luka. Bahaya. Lambat sembuh dan takut kena jangkitan kuman.
Tinta: Macam mana kita nak tekan untuk cek susu tu?
Vetpun mengajar aku menekan puting Si Gemuk. Rupanya, bukan tekan puting, tapi tekan atas sedikit dari puting. Memang keluar susu.
Vet: Dia ada berapa ekor anak?
Tinta: Dua ekor campur satu anak susuan/angkat, ada tiga.
(Vet ketawa bila dengar Si Gemuk ada anak angkat)
Vet: Emmm... Ibu yang baik.
(Vet memuji Si Gemuk sambil senyum)
Vet: Berapa umur anak dia?
Tinta: Two months.
Vet: You kurung dia dalam sangkar lain untuk elakkan anak dia minum susu. Bila anak tak hisap, susu akan kering. Anak dia dah makan makanan?
Tinta: Dah.
Vet: Jadi you boleh hentikan dia menyusulah. Two months dah OK.
Dog Whisper: Kita kurung Gemuk dan lepaslah anak dia.
Vet: Tak boleh macam tu. Bahaya. Takut nanti dia risaukan anak dia. Dia lompat then luka. Better you kurung semuanya dalam sangkar berlainan.
Tinta: OK.
Vet: OK tak pe, kita cek fleas pulak.
(Vet menyelak-nyelak bulu Si Gemuk yang CANTIK :) wek, untuk Dog Whisper)
Vet: Telinga dia kotor. Ada tahi telinga.
(Bet mengorek tahi telinga Si Gemuk. Si Gemuk tetap membiarkan sahaja)
Vet: Baik ya, dia. Ada setengah kucing nak sentuhpun tak boleh.
Dog Whisper: Habis tu nak buat macam mana kalau tak boleh sentuh? Ikat?
Vet: Tak boleh. Kalau kucing takut, dia akan lebih ganas. So, kita inject la, bagi tidur then, kita cek. Tahi telinga dia kuning, ada sikit nanah. Tapi tak teruk I letak ubat sikit.
(Setelah selesai mengorek telinga Si Gemuk, vet memeriksa mulut dan gigi Si Gemuk)
Alhamdulillah, mulut dan giginya OK. Menurut Vet, selalunya kucing terbiar ada sakit mulut dan gigi. Vet menyelak pula bulu Si Gemuk.
Vet: Oh, dia ada fleas lah. Jadi I kena bagi special room untuk your cat. Kalau tak nanti berjangkit dengan kucing lain. Tapi tak boleh buat, dia ada susu. Sebab kita bedah antara puting dia. Fleas ni bahaya takut nanti dia jump to abdoment, nanti jadi problem pulak. Kalau tak ada susu, kita boleh jaga dia.
Dog Whisper: Tadi saya cek tak nampaklah pulak kutunya.
Vet: Kutu selalunya dekat telinga dan leher, ni fleas. Tadi I nampak dia lari kat bulu dia. Fleas ni selalu ada kat badan kucing atau anjing.
Ah, aku tak tahulah apa beza flease dan kutu tu.
Vet: You boleh beli ubat kutu dan fleas dari sinilah. Dia ada dua jenis. Satu, sapu dekat leher dia. Tapi tak boleh jilat sebab tulah letak kat leher at least for six hours. Satu lagi spray. Tapi spray ni bau alkohol. Kebanyakan kucing tak suka bau ni. Mulut dia akan berbuih-buih.
Tinta: Bahaya tak kalau dia jilat?
Vet: Yang ni tak bahaya. Cuma kucing tak sukalah.
Dog Whisper: Dia ada beli shampoo kutu dari pet shop. Spraypun ada. Tapi kenapa fleas ni tak hilang?
Vet: Jenama apa?
Tinta: Tak ingatlah pulak.
Vet: Ada banyak ubat kutu di pasaran and out of control. Shampoo kutu tu lagi kutu suka sembunyi bawah bulu kucing. Sebenarnya shampoo kutu kucing bukan untuk menghilangkan kutu tapi untuk kawal kulit atau bulu kucing yang bermasalah disebabkan kutu. Spray tu pun kita tak tahu jenis yang macam mana.
Dog Whisper: Jadi kita beli yang leher tulah.
Tinta: Apa pulak? Nanti kalau anak dia jilat macam mana?
Dog Whisper: Oh, ye juga.
Tinta: Ambil yang spraylah.
Vet: Dia ada dua saiz. Small size RM40.00, big size RM69.90, RM70.00 la.
Tinta: OK, big one.
Vet: OK. You sembur anak dia sekali. Ni, I sembur dia duluI buka yang baru. Nanti you boleh bawa balik.
Vet menyembur ubat tersebut ke seluruh bulu Si Gemuk. Memang Gemuk tak suka bau spray tu. Gemuk bersin dan keluar hingus.
Vet: Oh my god, dia selsema. Selsemapun tak boleh operate. Hingus hijau ni bahaya. I bagi you ubat selsema dan antibiotik.
Bila masa pulak Si Gemuk ni selsema? Dia memang suka bersin. Rupanya bila aku search internet semalam, kucing bersin menandakan dia sakit. Kalau hingus hijau, kuning dan coklat bermakna serius. Dan hingus dia tak selalu keluar macam manusia. Patutlah nafas Si Gemuk macam ada lendir je.
Vet: Ubat selsema ni, satu biji dua kali sehari, pagi dan malam selepas makan. Antibiotik setengah biji sehari selepas makan sekali sahaja. Dia senang makan ubat tak?
Tinta: Tak tahulah, Vet. Dia tak pernah makan ubat.
Vet: I suapkan. Macam ni caranya.
Letakkan kucing secara duduk menegak, dongakkan kepalanya, Guna jari buka mulutnya, letak ubat dalam sehingga ke kerongkong. Lagi dalam lagi bagus. Hembus hidungnya supaya dia tertelan ubat tu. Jika perlu, suapkan air menggunakan shrink. Vet bagi shrink sekali.
Setelah segalanya selesai, kami keluar. Kelihatan banyak anjing yang besar sedang menunggu giliran untuk berjumpa vet. Ada seekor kucing diletakkan di dalam sangkar sebelah Si Gemuk. Kucing tu mungkin sakit dan sentiasa mengiau. Baru lepas operate agaknya. RM107.00 termasuk harga ubat setelah RM2.00 diskaun untuk spray kutu. Konsaltasi saja pun RM20.00. Aku pergi Klinik Setia, siap konsaltasi, ubat dan MC pun baru RM20.00. Nasib baiklah kau kucing Gemuk. Aku rela membiayainya. Eh, tak! Aku pau Dog Whisper yang dengan rela hati membayarkan bil tersebut. OK. Nanti aku claim kat cat NGO tu, aku bagilah duit dia balik haha.
Masa Si Gemuk keluar dari sangkar nak dimasukkan ke kotak, ada seekor anjing besar bangun mahu menghampiri Si Gemuk. Si Gemuk takut dan tuan anjing melarang si anjing mendekati Si Gemuk. Anjingpun duduk semula. Hahahaha... Kau jangan buat onar kat sini ye, anjing. Anjing-anjing lain cuma memerhati. Dahlah semuanya besar-besar. Sekali dia orang buat pakatan belasah Si Gemuk kesayangan aku ni, naya Gemuk. Terus masuk wad la nampaknya, kalau sempat.
A: (salah seorang tuan binatang peliharaan) tak garang ke? Tak lari ke masuk kotak tu?
Tanyanya bila melihat Si Gemuk dimasukkan ke dalam kotak.
Dog Whisper: Tak. Dia takut ni.
On the way balik, siap singgah kedai binatang cari sangkar, bekas minum dan bekas pasir najis untuk Si Gemuk. Pet shop yang biasa aku pergi tu tutup, so, pergilah yang dekat Kepung. RM135.00 lagi melayang untuk rumah baru setingkat, bekas air dan bekas pasir najis untuk Si Gemuk. Si Gemuk tunggu di dalam kereta. Langsung tak keluar.
Maka, tiba di rumah, Si Gemuk merasmikan rumah barunya. Apa lagi, operasi menyembur anak Si Gemukpun bermula. Memang banyak fleas. Tapi tak pulak keluar buih dari mulut dia orang ni. Alhamdulillah. Semuanya pasrah je bila disembur. Hahaha kesejukan dia orang eh, dia kucing :) Selama ni bila sembur dengan spray yang beli tu, tak pulak berguguran macam ni fleas dia orang.
Tiba-tiba, Si Gemuk jadi garang. 360 darjah bertukar dari sifatnya yang biasa. Dog Whisper buka sangkar dia nak betulkan kotak alas yang baru dipotong. Dia melompat nak keluar dengan menderam garang. Bila dihalang, dia gigit tangan Dog Whisper sampai berdarah siap bengkak lagi. Kenapa ni, Si Gemuk? Mesti dia tention dengan apa yang berlaku hari ni. Nasib baik tak terlepas. Lepas tu, dia still menderam garang bila kita menghampiri sangkar dia. Keadaan kembali seperti biasa sebelah malamnya. Tapi Si Gemuk takut-takut sewaktu aku keluarkan dia dari sangkar untuk makan. Takutlah tu, dah buat salah.
Setiap hari, pagi dan malam, aku dengan Haida jadi jururawat dia. Aku pegang dia, Haida bagi makan ubat. Tapi Si Gemuk ni bijak. lama-kelamaan, dia tak nak buka mulut. Kita buka, dia kacip gigi. Kalau ubat masukpun, lama-lama, dia luahkan balik. Aku kikis ubat tu sampai jadi debu, gaul dengan makanan dia, pun dia tak nak makan. Lepas tu, aku kikis, campur dengan makanan basah. Baru makan. Cepatlah sihat Si Gemuk.
No comments:
Post a Comment