SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Thursday, May 9, 2013

Krabi Aku Datang Bahagian 3

Hari ketiga di Krabi, tak banyak aktiviti yang kami lakukan. Ini kerana kami bukanlah peminat air kecuali Sam. Sepatutnya hari ni kami menaiki boat panjang melawat empat pulau atau dikenali sebagai "4 island tour". Pakejnya tidak semahal pakej yang kami ambil semalam, hanya 400.00 bath seorang termasuk snowkeling.

Hampir sepanjang hari kami duduk di hotel bersembang dan sebagainya. Menjelang petang, kami keluar bersiar-siar di pantai, menunggu "sun set" kononnya. Plan nak ke factory outlet pun tak jadi. Bila matahari setengah turun, aku tukar fikiran, nak ikut Kak Imah ke Krabi Night Market dengan menaiki tuktuk. Sebenarnya, aku teringin sangat nak naik tuktuk. Dahlah oto kat India tak sempat naik masa pergi dulu. Tak naklah teringat-ingat macam nak beli handbag kat Surabaya yang tak sempat dulu. Tambangnyapun tak mahal. 180.00 bath =RM18.00 seorang setelah ditawar sebelum datang ke pantai tadi. Aku, Kak Imah, Abang Zul dan Baiti bergerak mencari tuktuk. Yang lain, still nak bersiar-siar di pantai. Bye, bye, korang!

Kami kembali ke tempat berlakunya tawar-menawar tambang tuktuk sebentar tadi. Orang tu dah tak ada. Kak Imah dengan bangganya:

Kak Imah: We want to go to the night market. Just now, your friend gave us 180.00 bath per person.

Tuktuk driver: No, 200.00 Bath.

Kak Imah: Laaa... can what 180.00 per person. We have four person. Your friend gave?

Tuktuk driver: OK 760.00 for all.

Kak Imah: Betul ke Tinta 760.00 tu?

Tinta: Jap eh.

Akupun dengan bangganya, mengeluarkan kalkulator dari handbag dan mendarab, 180.00 Bath x4 =720.00. Tuktuk driver bukan main gelak lagi dengan kawan-kawan dia. Peduli apa aku! Nak ketawa? Ketawalah! Kesian, asyik bawa tuktuk je. Mungkin korang perlukan hiburan. Ha... Ni hiburan daripada aku! Nah hambek kau!!! Nak menipu sangatkan??? Padan muka!!! Ingat kita orang ni bodoh??? Kalau dekat negara orang, even 1 Bath pun begitu berharga. So, korang jangan nak ambil kesempatan nak menipu kita orang pulak! Entah-entah, 180.00 Bath tu pun masih dalam tipuan korang lagipun kita orang tak tahu.

Tinta: No, 720.00 Bath!

(Aku bersuara tegas)

Tuktuk driver: OK, OK.

(Dalam gelak yang masih bersisa)

Suka hatilah kalau nak gelakpun, yang penting, aku tak rugi!!!

Maka perjalanan dengan menaiki tuktukpun bermula. Tuktuk ni boleh dinaiki empat orang. Ia seperti beca tapi tempat duduknya seperti L, berbumbung. Tempat driver di tepi bahagian kanan dan menggunakan motor. Dalam 30 minit, kami tiba di night market.  Tuktuk driver berjanji menunggu kami di tempat kami diturunkan. Bayaran? Mestilah bayar setelah kami selamat sampai kat hotel. Nak mati??? Karang dia tinggal kita, terkial-kial nak balik semula.

Dah namanya night market, so, tak banyak bezanya dengan pasar malam tempat kita. Mereka banyak menjual makanan, pakaian, permainan, aksesori wanita dan sebagainya. Jalan punya jalan, aku berkenan nak beli air. Bukan dahaga sangatpun, tapi nak dapatkan buluh bekas air tu. Kalau di tempat kita air dijual dalam plastik atau gelas plastik, di sana minuman dijual dalam buluh. Siap dihiasi payung kertas yang comel dan hirisan nenas tuuu... Aku pilih air longan, tak adalah sedap sangat, longan kordial je.

Ada sebuah gerai ni, jual mini pan cake. Susahnya, cakap Melayu tak faham, cakap Inggerispun tak faham.

Tinta: Is it halal?

Penjual: Halal... Halal...

(Teragak-agak)

Kak Imah: Tak payahlah Tinta, kata halal, tapi dia pandang-pandang kita. Was-waslah akak.

Kamipun meneruskan perjalanan ke gerai kebab. Penjualnya pandai cakap Melayu dan bertudung. Setelah membeli beberapa biji kebab, Kak Imah bertanya:

Kak Imah: Mini pan cake tu halal tak?

Penjual: Tak halal.

Mujur tak beli. Kalau tak, membazir je.

Aku tak fahamlah dengan orang sini. Dia ingat, main-main agaknya halal tak halal ni. Kerap kali kami jumpa situasi macam ni:

Kami: Is it halal food?

Penjual: Assalammualaikum...

Dia ingat, hanya dengan bagi salam tu, dah bermakna halal dan dia adalah muslim? Bak kata Ali, setakat bagi salam, Jebry pun boleh bagi salam. Siap boleh jawab salam lagi.  Pening aku dengan dia orang nilah. Nasib baiklah, negara tercinta ni, bersepah makanan halal. Syukur Ya Allah.

Setelah membeli-belah, kami pulang ke hotel dengan menaiki tuktuk yang sama. Perjalanan menaiki tuktuk pada waktu malam amat dingin. Kalau tahu, bawa baju sejuk.

No comments: