10 budak hitam,
Jalan-jalan Krabi,
1 dah balik,
Tinggal 9.
Hahahahaha... Kenapa tiba-tiba background music lagu ni pulak??? Kan yang pergi tu warna-warni, bukan malap semuanya? Hehehe... Sebab, lagu putih atau sawo matang tak ada :)
Actually, apa yang nak aku ceritakan, hari keempat ni, hari penolakan ahli rombongan. Kami akan berpisah pada hari ni. Budak hitam pertama yang ditendang balik, adalah Sam. Pagi-pagi lagi Sam dah bertolak ke airport untuk menaiki pesawat ke LCCT, KL. Sembilan budak hitam lagi, akan meneruskan perjalanan ke Hatyai.
Ada satu lagi peristiwa yang buat kita bengang ni. Kita orang charter van untuk ke Hatyai. Kalau tak silap, 300.00 Bath seorang =RM30.00 untuk perjalanan lebih kurang empat jam. Kira OKlah tu kan? Toyota Commuter lagi. Hmmm... Tapi hampeh!!!
Receptionist: No problem, they'll be sending you to your hotel.
Kamipun dah berangan menikmati perjalanan dalam van mewah yang selesa dan ceria. 6.00 Pagi, kami dah tercegat tunggu kat lobi hotel. Sampai, sampai, van dahpun dinaiki oleh pelancong lain, dari Malaysia juga. bonet vanpun dah penuh dengan barang dia orang. Dah kami terpaksa duduk berhimpit-himpit dengan beg pakaian kami. Mujurlah semua orang bawa beg kecil. Kalau tidak... Driver pula tak pandai berbahasa Inggeris. Waduuuhhh... Pusing deh! Eh, kenapa keluar bahasa lain pulak? Yelah, takkan nak sawadikap kot? Tak berapa nak sawadikaplah kalau macam ni. Baling botol kicap karang, baru tahu. Semalam cakap lain, hari ni cakap lain. Ada ke patut, dia tak nak hantar kita orang sampai hotel. Dia suruh kita orang turun kat stesen bas atau keretapi bila sampai Hatyai nanti. Iiiii... Geram aku. Mujurlah Krabi tu tak ada apa sangat nak dibeli. Kalau Krabi tu macam Jog Jakarta, akulah yang paling pengsan.
Dua jam perjalanan, kami singgah di RNR Trung, membeli oleh-oleh untuk dibawa pulang. Macam-macam ada, kuih bulan, gajus, Spunch Cake dan lain-lain. Kami pilih yang bertanda halal jelah. Sales girl kat sini ramah orangnya dan pandai berbahasa Melayu, orang Patanilah katakan. Mesti cakap Kelantan. Rela tak makan kerana membeli-belah. Tak sedar dirikan? Dah tahu nanti nak kena naik tuktuk, masih lagi nak berbelanja sakan.
Ali mencuba nasib untuk kali kedua, meminta driver hantar sampai hotel. Tetap tak nak. Nampak gaya macam lepas minum minuman keras. Tapi tak tahulah betul ke tak. Kita membebel kat dia dalam Bahasa Melayu, dia gelak-gelak cakap Bahasa Siam. Hmmm... Memang ayam bercakap dengan itik. Nasib baik dia tahu cakap bas station walaupun pelat.
Kami diturunkan di Lee Gardens Plaza. Disebabkan tak tahu hulu-hilir, kami ambil tuktuk ke Golden Crown Hotel. Dekat sangat.
Selesai urusan daftar masuk, kami makan di kedai sebelah hotel milik warga Patani. Tomyamnya seperti tomyam Kelantan. Kat Hatyai ni, senang sikit nak cari makanan muslim. Lepas tu, kami bersiar-siar di sekitar Lee Gardens. Banyaklah barangan dijual kat sini. Paling banyak gajus, Pistachio, badam, asam, kain baju, dan lain-lain.
Bila nak patah balik hotel, sesat pulak. Sampai Abang Zul kata, dah setengah Hatyai kita orang pusing. Sudahnya, kami naik tuktuk. Kenalah balik sebab empat budak hitam yang akan disingkirkan dan dihantar pulang tumpang barang dia orang kat bilik kami yang tinggal.
Setelah berpisah, kami yang masih tinggal, aku, Ali, Ajud, Syed dan Syahzmeen, menaiki tuktuk ke floating market. Rasanya ramai yang tahu apa itu floating marketkan? Penjual menjual dari atas perahu, Pembeli membeli dari pelantar. Wah! Makanannya enak bangat! Harganya murah sangat sangat. Kebanyakan makanan berharga 20-30 Bath =RM2.00-3.00 sahaja. Otak-otak dia, terasa ikannya. Makanan lainpun, tidak kurang sedapnya. Air yang dijual dalam bekas tembikar pelbagai bentuk seperti Angry Bird, Doraemon, Hello Keety dan pelbagai lagi hanya 20 Bath bagi saiz kecil. Kecilpun, tak kecil sangat, hilang dahaga dan terasa kenyang juga kalau minum. Macam mana dia orang boleh jual murah? Tak rugi ke? Persoalan ini berlegar-legar dalam fikiran. Paling penting, penjualnya fasih berbahasa Melayu loghat Kelantan kerana rata-rata mereka dari Patani dan Naratiwat. Mereka sanggup menempuh perjalanan yang jauh setiap hari untuk berjualan di sini.
Waktu pulang, kami menaiki tuktuk yang sama dengan harga RM400.00 Bath untuk sebuah tuktuk. Sistemnya sama, hantar, tunggu dan hantar balik. Cuma, tuktuk di Hatyai lebih besar sehingga boleh memuatkan kami ber-10 bersama harta-karun yang banyak jika disusun. Masih juga menggunakan konsep motor hanya bumbung sahaja rendah. Dalam perjalanan pulang, Kelihatan beberapa ekor gajah turut sama menggunakan jalan raya. Keadaan yang hampir sama di Jogjakarta di mana kuda menggunakan jalan raya. Terasa kagum dengan budaya mereka yang pelik ni.
Satu lagi peristiwa yang buat kami bengang adalah, mengurut. Menjadi kelaziman kami apabila melancong, kami akan ke spa atau kedai urut. Anehnya, kami tak jumpa spa pulak kat sini. Mungkin kami yang tak jumpa cari kot. Yang dekat tepi-tepi tu, refleksologi. Kami nak urut badan. Kamipun bertanyalah dekat satu hotel ni. Seperti dengan hotel kami, budak pengangkat beg yang memainkan peranan.
Man to man 500.00 Bath., 2 jam
Woman to woman 300.00 Bath, 2 jam.
Woman to man 300.00 Bath, 2 jam.
Murahkan?
Bila kami sampai di kedai yang dimaksudkan, kedainya tak seperti kedai urut di tempat kita. Kami minta nak tengok bilik. Bilik kotor, sedikit berbau dan tidak berhawa dingin. Kami terus cancel. Dia orang macam nak paksa kami buat urut, tapi kami tetap dengan keputusan kami. Kenapa tempat urut mereka teruk sangat ye? Takutlah.
Kami naik ke sebuah hotel agak mewah. Ada spa di tingkat atas. Yes! Mungkin dapatlah kami urut. Bila minta nak tengok bilik, mereka tak benarkan dan bayaran harus dibuat terlebih dahulu. Selesai membuat pembayaran, kami masuk ke bilik urut. Beberapa minit kemudian, Syed datang memberitahu mereka cancel urut sebab juruurut lelaki seperti yang dijanjikan tiada. Yang ada juruurut perempuan yang bersedia untuk mengurut mereka. Sayang, spa yang beroperasi dalam hotel mewahpun menipu. Bukankah itu menjatuhkan reputasi hotel tersebut?
Sudahnya, kami lepak, makan dan minum di gerai tepi jalan. Pulut mangganya amat enak dan menyelerakan. Aku kagum dengan penjual yang bertudung labuh, memaikai sarung tangan ketika mengupas mangga. Lepas tu, buka sarung tangan, cuci tangan, baru potong mangga tu. Pembersih orangnya.
Haaa... Sekali lagi aku bertemu dengan makhluk gagah ini. Sbakhil namanya. Ketika kami asyik bersembang, Ajud menjerit. Rupa-rupanya gajah, lebih besar dari si Nara. Dia berjalan dengan ditemani tuannya dan dua orang kanak-kanak di atasnya. Mereka mencari donation untuk gajah tersebut. Aku difahamkan bahawa Sbakhil sedang mengandung. Aku, Ali dan Ajud dibenarkan memegang dan membelai gajah tersebut. Bila berada di sisi gajah tu, terasa kerdilnya aku. Keinginan untuk memegang telinga dan belalai tiba-tiba terlupa. Tuan gajah menyuruh kami memberi gajah makan tebu yang dibawa. Kami sedikit gabra apabila gajah besar tu bergerak untuk berhadapan dengan kami. Comellah gajah ni. Kan bes kalau aku dapat berinteraksi dengan gajah macam berinteraksi dengan Si Gemuk. :) hahaha di manapun aku berada, Si Gemuk tetap di hati.
Ah, penatlah menaip. Sambung lain kalilah pulak untuk episod akhir. Korang jangan bosan pulak baca entri ni. :)
Daaaa... Pergi dulu.
Assalammualaikum...
Ni dah terbalik ni, ekor dulu baru kepala. Dah nak balik, baru bagi salam. :)
No comments:
Post a Comment