Hari ni merupakan hari terakhir untuk sesi percutian kali ni. Kami cuma nak membeli-belah di pasar dan deretan kedai berdekatan. So, tak adalah tergesa-gesa. Tidur cukup, pukul 11.00 baru keluar. Tujuan utama kawan-kawan, beli oleh-oleh terutamanya makanan buat kenalan. Tak kurang je yang masih mencari pelekat magnet untuk peti ais. Mujurlah aku dah beli siap-siap kat Krabi. Oleh yang demikian, tujuan utama aku hari ni adalah membeli baju. Pakaian dan tinta memang tidak dapat dipisahkan! Aku ada dua target, Paplum dan baju Korea. Alah, yang selalu pelakon Korea pakai tu dan dah jadi tran pun sekarang ni. Aznil Nawawipun ada pakai tau. Tapi aku nak beli baju perempuanlah.
Macam biasalah, kami hanya berjalan kaki ke pasar. Ops, tak lupa bersarapan di kedai makan sebelah hotel tu. Bukan sarapan, brunch,
breakfast +lunch =brunch.
Oleh kerana majoriti nak cari makanan, kami ke pasar dulu. Ada banyak pilihan kat sini dan ada banyak kedai menjual makanan sama. Antara makanan yang boleh dibuat oleh-oleh, gajus semestinya, badam, prun, dan pelbagai jenis asam. Dah alang-alang sampai ke pasar ni, aku tambah pistachio setengah kilo lagi, badam setengah kilo dan... Benda yang aku cari di depan mata, buah mata kucing kering hahaha. Aku jatuh hati dengan mata kucing kering ni gara-gara officemate aku balik dari Hatyai dan bagi aku benda alah ni. Sempat masuk pasaraya tuuu...
Baju yang diidamkan dijual di sini. Tapi... Design yang aku nak tak ada saiz :(
Ali: Kau tak nak ke Tinta?
Tinta: Tak payahlah. Beli kat bawahlah. Kan banyak kedai yang jual ni kan? Kedai yang kita aimb semalampun kat bawah kan?
Ali: Habis kalau tak jumpa kat bawah macam mana?
Tinta: Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, tak adalah.
(Sedikit hampa)
Kesian Ajud dan Ali penat memilihkan dan melayan aku yang nak cuba baju ni. Tapi kalau nak beli, biarlah yang betul-betul puas hati kan?
Turun je bawah, jumpa kedai jual baju yang sama. Lebih murah. Dalam pasaraya tadi, 600.00 Bath untuk baju yang labuh ke paras paha hampir ke lutut. Kat sini, aku dapat baju labuh sampai kaki 750.00 Bath, disebabkan Ali pandai memujuk, maka aku beli baju ni dengan harga sama macam di pasaraya tadi, 600.00 Bath. Tadaaaa!!!! Terasa macam bulan purnama tersembur keluar dari mukalah gembiranya. First time pergi melancong duit tak habis dan boleh beli pakaian. How about paplum? Kain tak best! Aku beli blous lain berwarna merah. OK! Aku dah puas hati! Dapat baju sehelai warna hitam dan sehelai merah lalalalalala... Yang merah dah selamat pakai. Cuma yang hitam ni perlu beli tali pinggang sebagai aksesori :) Time Squarelah jawabnya. Ali pun dah offer diri untuk teman kan. Bila aku nak beli baju, mestilah perunding imej aku tulah yang paling sibuk. Thanks Ali :)
Wah, dah nak balik sempat lagi Ajud, Syed dan Syahzmeen tukar duit ke RM balik semula. Hahaha
Lepas tu, balik hotel kejap. Ambil beg dan siap apa yang patut, ambil tuktuk ke stesen keretapi. Wow! Rasa berdebar jugalah bila kena lintas dua rel keretapi untuk ke platform yang menghala ke KL. Tak biasakan. Sempat kami solat di stesen. Tak sangka, ada surau kat stesen keretapi Hatyai :) Kami bertolak pukul 4.00 petang. Lebih kurang pukul 6.00 petang, kami tiba di imigresen. Sebelum ni, aku ada baca blog, orang kata, kalau nak cop passport kat imigresen Thai, kena selitkan RM1.00. Ah! Kalau betul, korang dah banyak dah makan duit tak sah macam tu. So, aku buat bodoh je tanpa selitkan duit confirm kawan-kawan aku tak tahu hal ni. Biarlah, ajar dia orang buat kerja ikhlas sikit. Kami berlima, baru RM5.00. Sorry tau :)
(INI JIKA TULISAN BLOG TU BETUL)
Jalan beberapa langkah, sampai pula di imigresen Malaysia. Siap cek beg lagi tu. Setelah segalanya selesai, kami bertolak ke KL. Malangnya, keretapi kami tak dilengkapi dengan coach surau. Kantin ada pulak.
5.45 Pagi, kami selamat tiba di KL Sentral. Maka, seolah terjaga dari tidur, kami kembali menjalani hidup seharian seperti sediakala.
Selamat tinggal Krabi dan Hatyai,
Selamat tinggal Nara dan Sbakhil. Panjang umur, kita jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment