Wah!!! Tajuk, kelas gitukan!!! Macam pergi Istambul pulak. Hahahaha...
Ah, melalut pulak. OK, sambung cerita fasal Krabi. Sorrylah, semalam all out belayar dengan speed boat, sampai tak hengat nak update blog. Hari kedua di Krabi brmula seawal jam 8.30 pagi. Kami dibawa ke pantai dengan menaiki bas. Pelekat nombor 15 ditampal pada baju bagi menandakan kumpulan boat kami. Boat yang memuatkan 25 orang menggabungkan kami dengan pelancong lain. Bas yang membawa kami ke pantai juga akan mengambil penumpang di setiap hotel dan begitulah sebaliknya. Setibanya kami di pantai, kami diseraahkan kepada pemandu pelancong bernama Abdul Malik atau lebih mesra dengan panggilan Alek. Pakej pelayaran bot laju, snowkeling set, minum dan makan makanan ringan dalam bot, buffet lunch dan insurans berharga 950 bath Thailand. Naik boatpun ada insurans you, yelah laut dalam kan.
Dalam boat, kami memilih tempat duduk bahagian hadapan. Advanture tu, siap melambung dan teroleng-oleng apabila membelah ombak. Antara pulau kami lawati ialah Bamboo Island dan Phi Phi Island.
Excited sangat nak snowkeling, nah! Rasakan. Snowkeling yang bermula di tepi pantai bolehlah aku buat. Itupun kena belajar imbang badan dan guna google. Praktikkan balik skill water confident yang belajar kat Kem Jati Diri di Sekakap dua tahun lalu. Tupun tak berani nak pergi sorang-sorang kat tengah laut.
Snowkeling kali kedua kat laut dalam. Kagumnya aku bila tengok Syed, Syahzmeen dan Sam terjun dari tempat duduk kami kat dalam boat. Tambah kagum apabila tengok tourist kami terjun gitu je tanpa life jacket. Masa kawan-kawan nak turun tu, rasa sedih dan berdebar jugalah. Akupun nak turun juga, yelah, nak rasa juga snowkeling kat laut dalam. Cop! Abang Zul! Dia nak terjun macam tu je??? Heiiii... Tak harap aku. Penat aku, Ajud dan Baiti nasihatkan dia. Akhirnya, aku siap sedia nak turun ikut Kak Imah. Ali yang tak nak turunpun jadi nak turun. Tiba-tiba...
Park (tourist assistant): (Tergesa-gesa) Give me! Give me! Give me your life jacket!!! Faster please!!! I need that!
Aku, Ali dan Kak Imah terpinga-pinga. Dalam terpinga-pinga tu, Ali membuka life jacket dan menyerahkan kepada Park. Park terus ke tangga boat lalu terjun bersama life jacket Ali.
Dah pulak!!! Datang si Ajud dengan cemas dan muka sposen nak nangis,
Ajud: Tolong, tolong, tolong tengok Abang Zul tu.
Tinta: Kenapa?
Ajud: Abang Zul...
Tinta: Kenapa, Jud????
(Aku mula cemas dan dapat mengagak apa yang berlaku.)
Ajud: Abang Zul lemas.
Tinta: Dia terjun macam tu je ke???
(hati meluap-luap ingin tahu. Dah pulak minah ni gelabah sangat, panik dan tak boleh bercakap dengan baik.)
Tinta: Mana Ajud tahu?
(Sebenarnya hati takut menerima kenyataan. Harap-harap, Ajud sekadar gelabah)
Ajud: Ajud nampak. Ajun tengok dia terjun lepas tu lemah.
Tinta: Hah??? Habis macam mana?
Ajud: Syed tengah tolong dia. Tapi dia berat, Syed pun dah mula tak ada tenaga.
Ya Allah!!! Jauhkanlah kami dari musibah, Tuhan.
Aku dan Ali terus kaku dan berdebar-debar. Baiti menangis, yelah, dah namanya suami kan? Ajud ke bahagian hadapan boat dengan mulut tak putus-putus menyebut pakcik (panggilan buat Syed).
Kak Imah: Jomlah, Tinta, nak turun tak?
Tinta: Akak pergilah.
Niat nak try snowkeling kat laut dalam dah terbantut. Biarlah tak ada pengalamanpun, aku ni cepat gelabah dalam air. Takut!
Korang tahu tak? Orang Thailand ni, pandai betul bermain kata. Lebih teruk dari Orang India. Patutlah orang Kelantan selalu cakap Orang Siam ni tut... Mungkin mereka lebih tahu, jiranlah katakan. Kenapa aku cakap macam tu?
a. Kata ada minuman dan buah-buahan dalam boat dan boleh makan semahunya. Rupanya, hidangan tersebut hanya disediakan selepas lunch sahaja.
b. Buffet lunch konon. Bunyi macam best je kan? Bila sebut buffet, macam-macam hidangan tergambar dek benak kita. Dan kita boleh makan sepuas-puasnya. Hmmm... Dalam mimpi jelah. Hidangan banyak berasaskan sayur. Dalam setiap masakan terdapat hirisan bawang besar yang BESAR. Bayangkan. Yang betul-betul lauk hanya ayam goreng. Itupun dicatu. Setiap orang hanya dibenarkan mengambil dua ketul ayam sahaja. Mesti korang kata, aku ni makan banyak atau tak bersyukur, dua ketul ayampun tak cukup kan? Haaa... Jangan cakap sebarangan, kena cili mulut tu baru tahu. Dua ketul ayam goreng dia orang tu, belum dapat menyamai satu ketul ayam goreng kita. Bayangkan.
Lepas tu, kami teruskan kembara kami ke destinasi seterusnya. Melihat gua batu kapur yang terbentuk di dalam laut dan berhenti rehat di sebuah pulau kecil. Apa yang uniknya, di sini terdapat laut dan tumbuhan batu kapur. Di batu kapur tersebut dibina jambatan. Menariknya, binaan ini di sebelah seberangnya airnya dalam dan berombak dipercayai jalan ke laut lepas.
Kami tiba di hotel lebih kurang jam 6.00 petang dengan pengalaman baru :)
Malam dihabiskan dengan menikmati urut badan. Aku memilih milky massage sebagai terapi. Bes memang bes. Tapi dalam sebuah bilik tu ada ramai pelanggan bercampur lelaki dan perempuan. Kami cuma dipisahkan dengan tirai. Tak ada privasi.
P/S:
Aku tak tahulah, kenapa kebanyakan blog yang aku jumpa memuji pakej snowkeling. Aku tak nafikan yang ada bagusnya terutama dari segi layanan tourist dan pengalaman snowkeling. Sepatutnya, blogger harus menceritakan kelebihan dan kelemahan sesuatu tempat atau aktiviti supaya para pembaca seperti aku tidak membuat aspectation yang tinggi. Aku ni bukan asyik nak komplen je. Tapi aku lebih suka memperkatakan sesuatu yang rialiti dan benar. Kalau elok, elok. Kalau tak berapa baguspun, itu suatu pengalaman berharga.
No comments:
Post a Comment