SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Wednesday, May 22, 2013

Nurse Kucing

Ada banyak cerita aku nak tulis kat sini. Tapi belum ada kesempatan. Biar aku ceritakan satu persatu.

Ish! Mengada-ngadalah kau ni Si Gemuk. Dahlah asyik nak mengawan je kerjanya hahaha... Lepas tu sakit, degil tak nak makan ubat.

Alkisahnya, Ahad lalu, aku bawa Si Gemuk ni pergi jumpa vet kat Sri Petaling, See Veterinary Medical Centre. Disebabkan aku tak ada carier, aku jadikan kotak yang Haida minta dari kedai babu sebagai carrier. Gigih sungguh! Balik dari kenduri kat rumah Ali, akupun bertungkus-lumus menebuk dinding kotak tu supaya Gemuk dapat oksigen bila duduk dalam tu. Siap test tu, Si Gemuk selesa tak dalam kotak tu. Si Gemuk macam biasalah, mengikut je, bila orang masukkan dalam kotak, masuklah dia. Bila orang keluarkan, diapun keluar.

Pagi keesokan harinya, setelah bagi sarapan pagi, Si Gemuk aku masukkan dalam kotak apabila temanku tiba untuk membawanya ke veterina center. Si Gemuk ni takut pada temanku yang menggelarkan dirinya Dog Whisper ni. So diapun berkelakuan baik, duduk diam-diam dalam kotak. Dalam kereta adalah bunyi sikit-sikit. Bila dah lama, diapun diam.

Sesampai di Veterina center, Si Gemuk dikeluarkan dari kotak dan dimasukkan ke dalam sangkar kecil. Sementara aku dan Dog Whisper membuat pendaftaran. Siap ada kad lagi. "owner: Tinta Emas, Pet Name: Si Gemuk". Orang kaunter tupun macam tercengang-cengang bila aku daftarkan nama pet tu sebagai Si Gemuk. Lantak kaulah. Nanti karang, kalau aku daftar nama yang glamor karang, Si Gemuk tak tahu pulak tu nama dia. Proses pendaftaran berjalan lancar kerana temujanji telah dibuat oleh sebuah NGO kucing untuk Si Gemuk.

Memandangkan awal pagi, pesakitnya hanya Si Gemuk dan seekor anjing. Mujur ada dua bilik. Tak payahlah aku tunggu lama-lama. Kami diarahkan masuk dengan membawa Si Gemuk. Gemuk steady je. Chewah... pandai berlakon betul. Padahal takut tu. :)

Vet: Selamat pagi.

Vet berbangsa China fasih berbahasa Melayu menegur kami ramah. Vet nipun ketawa bila tahu nama kucing aku ni Si Gemuk.

Vet bertanyakan kepadaku serba sedikit tentang Si Gemuk.

Sebentar kemudian, Si Gemuk dibawa keluar dari sangkar dan diletakkan di atas meja. Si Gemuk masih relax dan diam. Sewaktu mengeluarkan Si Gemuk:

Vet: Hai, morning Si Gemuk.

Vet menegur Si Gemuk ramah. Gemuk hanya mengikut. Vet membelai Si Gemuk agar Si Gemuk yakin bahawa dia adalah orang yang boleh dipercayai.

Vet mula memeriksa Si Gemuk.

Vet: Dia dah makan?

Tinta: Sudah.

Vet: Dia dah buang air (kencing)?

Tinta: Tak perasanlah. Rasanya belum. Lepas makan tadi terus datang sini.

Vet: I rasa macam dia pregnantlah.

(Aku terperanjat)

Tinta: Ya ke?

(Ala... Si Gemuk. Janganlah macam ni - dalam hati)

Vet: Jap I rasa lagi. Tadi ada satu benjolan, mungkin ini pundi kencing dia. Tadi macam ada benjolan kecil tapi sekarang tak ada pulak. Tak rasanya.

(Aku sedikit lega)

Vet: Bulu dia cantik.

Tinta: Dia selalu mandi. Seminggu sekali, dia mandi.

(Aku memberitahu vet dengan kembangnya. Tulah, Dog Whisper ni asyik cakap Gemuk hodoh je. Tengok, vet yang pakar fasal binatangpun kata vet cantik hahahahaha - tapi kata-kata tu bermain dalam hati je)

Vet: Dia masih menyusukan anak ke?

Tinta: Kadang-kadang. Tapi saya tak pasti susu dia masih ada ke tak. Sebab saya tekan puting dia tak ada. Mungkin juga saya yang tak pandai cek.

Vet: OK tak pe. Saya cek.

(Vet menekan puting susu Si Gemuk. Si Gemuk hanya redha dan hanya membiarkan apa saja diperlakukan oleh vet terhadap dirinya)

Vet: Oh, dia masih ada susu. So, tak bolehlah operate. Takut nanti, susu masuk dalam luka. Bahaya. Lambat sembuh dan takut kena jangkitan kuman.

Tinta: Macam mana kita nak tekan untuk cek susu tu?

Vetpun mengajar aku menekan puting Si Gemuk. Rupanya, bukan tekan puting, tapi tekan atas sedikit dari puting. Memang keluar susu.

Vet: Dia ada berapa ekor anak?

Tinta: Dua ekor campur satu anak susuan/angkat, ada tiga.

(Vet ketawa bila dengar Si Gemuk ada anak angkat)

Vet: Emmm... Ibu yang baik.

(Vet memuji Si Gemuk sambil senyum)

Vet: Berapa umur anak dia?

Tinta: Two months.

Vet: You kurung dia dalam sangkar lain untuk elakkan anak dia minum susu. Bila anak tak hisap, susu akan kering. Anak dia dah makan makanan?

Tinta: Dah.

Vet: Jadi you boleh hentikan dia menyusulah. Two months dah OK.

Dog Whisper: Kita kurung Gemuk dan lepaslah anak dia.

Vet: Tak boleh macam tu. Bahaya. Takut nanti dia risaukan anak dia. Dia lompat then luka. Better you kurung semuanya dalam sangkar berlainan.

Tinta: OK.

Vet: OK tak pe, kita cek fleas pulak.

(Vet menyelak-nyelak bulu Si Gemuk yang CANTIK :) wek, untuk Dog Whisper)

Vet: Telinga dia kotor. Ada tahi telinga.

(Bet mengorek tahi telinga Si Gemuk. Si Gemuk tetap membiarkan sahaja)

Vet: Baik ya, dia. Ada setengah kucing nak sentuhpun tak boleh.

Dog Whisper: Habis tu nak buat macam mana kalau tak boleh sentuh? Ikat?

Vet: Tak boleh. Kalau kucing takut, dia akan lebih ganas. So, kita inject la, bagi tidur then, kita cek. Tahi telinga dia kuning, ada sikit nanah. Tapi tak teruk I letak ubat sikit.

(Setelah selesai mengorek telinga Si Gemuk, vet memeriksa mulut dan gigi Si Gemuk)

Alhamdulillah, mulut dan giginya OK. Menurut Vet, selalunya kucing terbiar ada sakit mulut dan gigi. Vet menyelak pula bulu Si Gemuk.

Vet: Oh, dia ada fleas lah. Jadi I kena bagi special room untuk your cat. Kalau tak nanti berjangkit dengan kucing lain. Tapi tak boleh buat, dia ada susu. Sebab kita bedah antara puting dia. Fleas ni bahaya takut nanti dia jump to abdoment, nanti jadi problem pulak. Kalau tak ada susu, kita boleh jaga dia.

Dog Whisper: Tadi saya cek tak nampaklah pulak kutunya.

Vet: Kutu selalunya dekat telinga dan leher, ni fleas. Tadi I nampak dia lari kat bulu dia. Fleas ni selalu ada kat badan kucing atau anjing.

Ah, aku tak tahulah apa beza flease dan kutu tu.

Vet: You boleh beli ubat kutu dan fleas dari sinilah. Dia ada dua jenis. Satu, sapu dekat leher dia. Tapi tak boleh jilat sebab tulah letak kat leher at least for six hours. Satu lagi spray. Tapi spray ni bau alkohol. Kebanyakan kucing tak suka bau ni. Mulut dia akan berbuih-buih.

Tinta: Bahaya tak kalau dia jilat?

Vet: Yang ni tak bahaya. Cuma kucing tak sukalah.

Dog Whisper: Dia ada beli shampoo kutu dari pet shop. Spraypun ada. Tapi kenapa fleas ni tak hilang?

Vet: Jenama apa?

Tinta: Tak ingatlah pulak.

Vet: Ada banyak ubat kutu di pasaran and out of control. Shampoo kutu tu lagi kutu suka sembunyi bawah bulu kucing. Sebenarnya shampoo kutu kucing bukan untuk menghilangkan kutu tapi untuk kawal kulit atau bulu kucing yang bermasalah disebabkan kutu. Spray tu pun kita tak tahu jenis yang macam mana.

Dog Whisper: Jadi kita  beli yang leher tulah.

Tinta: Apa pulak? Nanti kalau anak dia jilat macam mana?

Dog Whisper: Oh, ye juga.

Tinta: Ambil yang spraylah.

Vet: Dia ada dua saiz. Small size RM40.00, big size RM69.90, RM70.00 la. 

Tinta: OK, big one.

Vet: OK. You sembur anak dia sekali. Ni, I sembur dia duluI buka yang baru. Nanti you boleh bawa balik.

Vet menyembur ubat tersebut ke seluruh bulu Si Gemuk. Memang Gemuk tak suka bau spray tu. Gemuk bersin dan keluar hingus.

Vet: Oh my god, dia selsema. Selsemapun tak boleh operate. Hingus hijau ni bahaya. I bagi you ubat selsema dan antibiotik.

Bila masa pulak Si Gemuk ni selsema? Dia memang suka bersin. Rupanya bila aku search internet semalam, kucing bersin menandakan dia sakit. Kalau hingus hijau, kuning dan coklat bermakna serius. Dan hingus dia tak selalu keluar macam manusia. Patutlah nafas Si Gemuk macam ada lendir je.

Vet: Ubat selsema ni, satu biji dua kali sehari, pagi dan malam selepas makan. Antibiotik setengah biji sehari selepas makan sekali sahaja. Dia senang makan ubat tak?

Tinta: Tak tahulah, Vet. Dia tak pernah makan ubat.

Vet: I suapkan. Macam ni caranya.

Letakkan kucing secara duduk menegak, dongakkan kepalanya, Guna jari buka mulutnya, letak ubat dalam sehingga ke kerongkong. Lagi dalam lagi bagus. Hembus hidungnya supaya dia tertelan ubat tu. Jika perlu, suapkan air menggunakan shrink. Vet bagi shrink sekali.

Setelah segalanya selesai, kami keluar. Kelihatan banyak anjing yang besar sedang menunggu giliran untuk berjumpa vet. Ada seekor kucing diletakkan di dalam sangkar sebelah Si Gemuk. Kucing tu mungkin sakit dan sentiasa mengiau. Baru lepas operate agaknya. RM107.00 termasuk harga ubat setelah RM2.00 diskaun untuk spray kutu. Konsaltasi saja pun RM20.00. Aku pergi Klinik Setia, siap konsaltasi, ubat dan MC pun baru RM20.00. Nasib baiklah kau kucing Gemuk. Aku rela membiayainya. Eh, tak! Aku pau Dog Whisper yang dengan rela hati membayarkan bil tersebut. OK. Nanti aku claim kat cat NGO tu, aku bagilah duit dia balik haha.

Masa Si Gemuk keluar dari sangkar nak dimasukkan ke kotak, ada seekor anjing besar bangun mahu menghampiri Si Gemuk. Si Gemuk takut dan tuan anjing melarang si anjing mendekati Si Gemuk. Anjingpun duduk semula. Hahahaha... Kau jangan buat onar kat sini ye, anjing. Anjing-anjing lain cuma memerhati. Dahlah semuanya besar-besar. Sekali dia orang buat pakatan belasah Si Gemuk kesayangan aku ni, naya Gemuk. Terus masuk wad la nampaknya, kalau sempat.

A: (salah seorang tuan binatang peliharaan) tak garang ke? Tak lari ke masuk kotak tu?

Tanyanya bila melihat Si Gemuk dimasukkan ke dalam kotak.

Dog Whisper: Tak. Dia takut ni.

On the way balik, siap singgah kedai binatang cari sangkar, bekas minum dan bekas pasir najis untuk Si Gemuk. Pet shop yang biasa aku pergi tu tutup, so, pergilah yang dekat Kepung. RM135.00 lagi melayang untuk rumah baru setingkat, bekas air dan bekas pasir najis untuk Si Gemuk. Si Gemuk tunggu di dalam kereta. Langsung tak keluar.

Maka, tiba di rumah, Si Gemuk merasmikan rumah barunya. Apa lagi, operasi menyembur anak Si Gemukpun bermula. Memang banyak fleas. Tapi tak pulak keluar buih dari mulut dia orang ni. Alhamdulillah. Semuanya pasrah je bila disembur. Hahaha kesejukan dia orang eh, dia kucing :) Selama ni bila sembur dengan spray yang beli tu, tak pulak berguguran macam ni fleas dia orang.

Tiba-tiba, Si Gemuk jadi garang. 360 darjah bertukar dari sifatnya yang biasa. Dog Whisper buka sangkar dia nak betulkan kotak alas yang baru dipotong. Dia melompat nak keluar dengan menderam garang. Bila dihalang, dia gigit tangan Dog Whisper sampai berdarah siap bengkak lagi. Kenapa ni, Si Gemuk? Mesti dia tention dengan apa yang berlaku hari ni. Nasib baik tak terlepas. Lepas tu, dia still menderam garang bila kita menghampiri sangkar dia. Keadaan kembali seperti biasa sebelah malamnya. Tapi Si Gemuk takut-takut sewaktu aku keluarkan dia dari sangkar untuk makan. Takutlah tu, dah buat salah.

Setiap hari, pagi dan malam, aku dengan Haida jadi jururawat dia. Aku pegang dia, Haida bagi makan ubat. Tapi Si Gemuk ni bijak. lama-kelamaan, dia tak nak buka mulut. Kita buka, dia kacip gigi. Kalau ubat masukpun, lama-lama, dia luahkan balik. Aku kikis ubat tu sampai jadi debu, gaul dengan makanan dia, pun dia tak nak makan. Lepas tu, aku kikis, campur dengan makanan basah. Baru makan. Cepatlah sihat Si Gemuk.

Monday, May 20, 2013

Novel???

Perbualan menerusi telefon baru saja ku tamatkan. En. Sulaiman, pengajar bengkel penulisan yang juga merupakan pensyarah KUIS dan penulis novel menghubungiku. Dalam bengkel sesi akhirnya Sabtu lalu, aku telah menghantar sebuah novel yang belum siap (80 pratus siap), koleksi puisi moden dan puisi tradisional. En. Sulaiman telahpun membaca novel tersebut dan meminta aku menyelesaikan novel itu dan menghantar beberapa perkara diperlukan oleh penerbit.

Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan hambaMu ini. Kau berikan kepadaku idea yang baik. Semoga novel pertama ini berjaya memasuki pasaran Insya-Allah. Novel pertama? Ops! Sebenarnya tidak, novel pertamaku telahpun siap pada beberapa tahun yang lalu sewaktu menuntut di UiTM. Penerbit meminta aku memanjangkan lagi novel tersebut. Dan aku kehabisan idea untuk novel itu. Lantas, ku peramkan saja novel itu. En. Sulaiman tanya, tak bercadang ke nak buat novel tu dalam siri kedua? Aduh! Novel tu memang untuk satu siri je. Malas aku nak menyambungnya sebab aku ada novel lain yang terlintas untuk ditulis. Dan aku juga ada novel lain yang terlintas untuk dijadikan siri novel.

Huh! Tapi tak tahulah kan? Nak tulis blog nipun kadang tulis kadang tak. Tinta! Buang sikit penyakit malas menulis kau tu. Dahlah puisipun dah lama tak tulis. Kalau tak silap, las tulis puisi tahun 2010 dulu. Apa nak jadilah kau ni, Tinta???

Wednesday, May 15, 2013

Riang Ria Si Comel

Aku dan Haida berbual-bual di ruang tamu setelah balik kerja. Dalam bersembang-sembang tu, tudung saji berjalan sendiri berdezap dezup! Laju pulak tu. Kami buat tak peduli. Kerja siapa lagi kalau bukan kerja anak-anak Si Gemuk?

Tommy duduk di atas tudung saji manakala Jerry tolak tudung saji ke hulu dan ke hilir. Aik, mana pulak perginya Mickey?

Setelah lama bermain, tiba-tiba tudung saji berjalan sendiri menghampiri Haida. "Miaaaaaoooowww..." Eh! Si Mickey ada di bawah saji rupanya! Patutlah tudung saji tadi berjalan laju je. Eloklah tu, Tommy duduk di atas tudung saji, Jerry tukang tolak, Mickey duduk di bawah tudung saji selaku driver. Bijak, bijak.

Tuesday, May 14, 2013

Krabi Aku Datang Bahagian 5 (the End)

Hari ni merupakan hari terakhir untuk sesi percutian kali ni. Kami cuma nak membeli-belah di pasar dan deretan kedai berdekatan. So, tak adalah tergesa-gesa. Tidur cukup, pukul 11.00 baru keluar. Tujuan utama kawan-kawan, beli oleh-oleh terutamanya makanan buat kenalan. Tak kurang je yang masih mencari pelekat magnet untuk peti ais. Mujurlah aku dah beli siap-siap kat Krabi. Oleh yang demikian, tujuan utama aku hari ni adalah membeli baju. Pakaian dan tinta memang tidak dapat dipisahkan! Aku ada dua target, Paplum dan baju Korea. Alah, yang selalu pelakon Korea pakai tu dan dah jadi tran pun sekarang ni. Aznil Nawawipun ada pakai tau. Tapi aku nak beli baju perempuanlah.

Macam biasalah, kami hanya berjalan kaki ke pasar. Ops, tak lupa bersarapan di kedai makan sebelah hotel tu. Bukan sarapan, brunch,

breakfast +lunch =brunch.

Oleh kerana majoriti nak cari makanan, kami ke pasar dulu. Ada banyak pilihan kat sini dan ada banyak kedai menjual makanan sama. Antara makanan yang boleh dibuat oleh-oleh, gajus semestinya, badam, prun, dan pelbagai jenis asam. Dah alang-alang sampai ke pasar ni, aku tambah pistachio setengah kilo lagi, badam setengah kilo dan... Benda yang aku cari di depan mata, buah mata kucing kering hahaha. Aku jatuh hati dengan mata kucing kering ni gara-gara officemate aku balik dari Hatyai dan bagi aku benda alah ni. Sempat masuk pasaraya tuuu...

Baju yang diidamkan dijual di sini. Tapi... Design yang aku nak tak ada saiz :(

Ali: Kau tak nak ke Tinta?

Tinta: Tak payahlah. Beli kat bawahlah. Kan banyak kedai yang jual ni kan? Kedai yang kita aimb semalampun kat bawah kan?

Ali: Habis kalau tak jumpa kat bawah macam mana?

Tinta: Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, tak adalah.

(Sedikit hampa)

Kesian Ajud dan Ali penat memilihkan dan melayan aku yang nak cuba baju ni. Tapi kalau nak beli, biarlah yang betul-betul puas hati kan?

Turun je bawah, jumpa kedai jual baju yang sama. Lebih murah. Dalam pasaraya tadi, 600.00 Bath untuk baju yang labuh ke paras paha hampir ke lutut. Kat sini, aku dapat baju labuh sampai kaki 750.00 Bath, disebabkan Ali pandai memujuk, maka aku beli baju ni dengan harga sama macam di pasaraya tadi, 600.00 Bath. Tadaaaa!!!! Terasa macam bulan purnama tersembur keluar dari mukalah gembiranya. First time pergi melancong duit tak habis dan boleh beli pakaian. How about paplum? Kain tak best! Aku beli blous lain berwarna merah. OK! Aku dah puas hati! Dapat baju sehelai warna hitam dan sehelai merah lalalalalala... Yang merah dah selamat pakai. Cuma yang hitam ni perlu beli tali pinggang sebagai aksesori :) Time Squarelah jawabnya. Ali pun dah offer diri untuk teman kan. Bila aku nak beli baju, mestilah perunding imej aku tulah yang paling sibuk. Thanks Ali :)

Wah, dah nak balik sempat lagi Ajud, Syed dan Syahzmeen tukar duit ke RM balik semula. Hahaha

Lepas tu, balik hotel kejap. Ambil beg dan siap apa yang patut, ambil tuktuk ke stesen keretapi. Wow! Rasa berdebar jugalah bila kena lintas dua rel keretapi untuk ke platform yang menghala ke KL. Tak biasakan. Sempat kami solat di stesen. Tak sangka, ada surau kat stesen keretapi Hatyai :) Kami bertolak pukul 4.00 petang. Lebih kurang pukul 6.00 petang, kami tiba di imigresen. Sebelum ni, aku ada baca blog, orang kata, kalau nak cop passport kat imigresen Thai, kena selitkan RM1.00. Ah! Kalau betul, korang dah banyak dah makan duit tak sah macam tu. So, aku buat bodoh je tanpa selitkan duit confirm kawan-kawan aku tak tahu hal ni. Biarlah, ajar dia orang buat kerja ikhlas sikit. Kami berlima, baru RM5.00. Sorry tau :)

(INI JIKA TULISAN BLOG TU BETUL)

Jalan beberapa langkah, sampai pula di imigresen Malaysia. Siap cek beg lagi tu. Setelah segalanya selesai, kami bertolak ke KL. Malangnya, keretapi kami tak dilengkapi dengan coach surau. Kantin ada pulak.

5.45 Pagi, kami selamat tiba di KL Sentral. Maka, seolah terjaga dari tidur, kami kembali menjalani hidup seharian seperti sediakala.

Selamat tinggal Krabi dan Hatyai,
Selamat tinggal Nara dan Sbakhil. Panjang umur, kita jumpa lagi.

Monday, May 13, 2013

Subsidi Untuk Si Gemuk

Kasihan Si Gemuk. Dah berapa hari tak keluar rumah. Bukan aku sengaja nak siksa dia. Tapi, dia nak keluar mengawan. So, akulah yang kena merancang famili Si Gemuk ni. Lebih baik mencegah dari dia beranak, aku tak larat jaga pas tu buang kucing kan?

So, aku dah buat keputusan. Si Gemuk perlu menjalani proses kasi. Aku menunggu hari temujanji dengan veterina untuk buat proses tersebut. Dalam masa yang sama, aku dahpun apply subsidi untuk bil tu nanti.

Oh ya, korang tahu tak? Sebenarnya, ada NGO yang menjaga kebajikan kucing dan anjing jalanan. Mereka menggalakkan masyarakat untuk memelihara kucing jalanan ni. Bil rawatan dan pembedahan akan diberi subsidi. Kita tunggu result subsidy application untuk Si Gemuk.

Si Gemuk sabar ya. Penat Tinta slow talk dengan Si Gemuk. Tapi Si Gemuk tak fahampun.

Tak sabarnya nak balik. Nak jumpa Si Gemuk. Rindu sangat kat dia :)

Friday, May 10, 2013

Krabi Aku Datang Bahagian 4

10 budak hitam,
Jalan-jalan Krabi,
1 dah balik,
Tinggal 9.

Hahahahaha... Kenapa tiba-tiba background music lagu ni pulak??? Kan yang pergi tu warna-warni, bukan malap semuanya? Hehehe... Sebab, lagu putih atau sawo matang tak ada :)

Actually, apa yang nak aku ceritakan, hari keempat ni, hari penolakan ahli rombongan. Kami akan berpisah pada hari ni. Budak hitam pertama yang ditendang balik, adalah Sam. Pagi-pagi lagi Sam dah bertolak ke airport untuk menaiki pesawat ke LCCT, KL. Sembilan budak hitam lagi, akan meneruskan perjalanan ke Hatyai.

Ada satu lagi peristiwa yang buat kita bengang ni. Kita orang charter van untuk ke Hatyai. Kalau tak silap, 300.00 Bath seorang =RM30.00 untuk perjalanan lebih kurang empat jam. Kira OKlah tu kan? Toyota Commuter lagi. Hmmm... Tapi hampeh!!!

Receptionist: No problem, they'll be sending you to your hotel.

Kamipun dah berangan menikmati perjalanan dalam van mewah yang selesa dan ceria. 6.00 Pagi, kami dah tercegat tunggu kat lobi hotel. Sampai, sampai, van dahpun dinaiki oleh pelancong lain, dari Malaysia juga. bonet vanpun dah penuh dengan barang dia orang. Dah kami terpaksa duduk berhimpit-himpit dengan beg pakaian kami. Mujurlah semua orang bawa beg kecil. Kalau tidak... Driver pula tak pandai berbahasa Inggeris. Waduuuhhh... Pusing deh! Eh, kenapa keluar bahasa lain pulak? Yelah, takkan nak sawadikap kot? Tak berapa nak sawadikaplah kalau macam ni. Baling botol kicap karang, baru tahu. Semalam cakap lain, hari ni cakap lain. Ada ke patut, dia tak nak hantar kita orang sampai hotel. Dia suruh kita orang turun kat stesen bas atau keretapi bila sampai Hatyai nanti. Iiiii... Geram aku. Mujurlah Krabi tu tak ada apa sangat nak dibeli. Kalau Krabi tu macam Jog Jakarta, akulah yang paling pengsan.

Dua jam perjalanan, kami singgah di RNR Trung, membeli oleh-oleh untuk dibawa pulang. Macam-macam ada, kuih bulan, gajus, Spunch Cake dan lain-lain. Kami pilih yang bertanda halal jelah. Sales girl kat sini ramah orangnya dan pandai berbahasa Melayu, orang Patanilah katakan. Mesti cakap Kelantan. Rela tak makan kerana membeli-belah. Tak sedar dirikan? Dah tahu nanti nak kena naik tuktuk, masih lagi nak berbelanja sakan.

Ali mencuba nasib untuk kali kedua, meminta driver hantar sampai hotel. Tetap tak nak. Nampak gaya macam lepas minum minuman keras. Tapi tak tahulah betul ke tak. Kita membebel kat dia dalam Bahasa Melayu, dia gelak-gelak cakap Bahasa Siam. Hmmm... Memang ayam bercakap dengan itik. Nasib baik dia tahu cakap bas station walaupun pelat.

Kami diturunkan di Lee Gardens Plaza. Disebabkan tak tahu hulu-hilir, kami ambil tuktuk ke Golden Crown Hotel. Dekat sangat.  

Selesai urusan daftar masuk, kami makan di kedai sebelah hotel milik warga Patani. Tomyamnya seperti tomyam Kelantan. Kat Hatyai ni, senang sikit nak cari makanan muslim. Lepas tu, kami bersiar-siar di sekitar Lee Gardens. Banyaklah barangan dijual kat sini. Paling banyak gajus, Pistachio, badam, asam, kain baju, dan lain-lain. 

Bila nak patah balik hotel, sesat pulak. Sampai Abang Zul kata, dah setengah Hatyai kita orang pusing. Sudahnya, kami naik tuktuk. Kenalah balik sebab empat budak hitam yang akan disingkirkan dan dihantar pulang tumpang barang dia orang kat bilik kami yang tinggal.

Setelah berpisah, kami yang masih tinggal, aku, Ali, Ajud, Syed dan Syahzmeen, menaiki tuktuk ke floating market. Rasanya ramai yang tahu apa itu floating marketkan? Penjual menjual dari atas perahu, Pembeli membeli dari pelantar. Wah! Makanannya enak bangat! Harganya murah sangat sangat. Kebanyakan makanan berharga 20-30 Bath =RM2.00-3.00 sahaja. Otak-otak dia, terasa ikannya. Makanan lainpun, tidak kurang sedapnya. Air yang dijual dalam bekas tembikar pelbagai bentuk seperti Angry Bird, Doraemon, Hello Keety dan pelbagai lagi hanya 20 Bath bagi saiz kecil. Kecilpun, tak kecil sangat, hilang dahaga dan terasa kenyang juga kalau minum. Macam mana dia orang boleh jual murah? Tak rugi ke? Persoalan ini berlegar-legar dalam fikiran. Paling penting, penjualnya fasih berbahasa Melayu loghat Kelantan kerana rata-rata mereka dari Patani dan Naratiwat. Mereka sanggup menempuh perjalanan yang jauh setiap hari untuk berjualan di sini.

Waktu pulang, kami menaiki tuktuk yang sama dengan harga RM400.00 Bath untuk sebuah tuktuk. Sistemnya sama, hantar, tunggu dan hantar balik. Cuma, tuktuk di Hatyai lebih besar sehingga boleh memuatkan kami ber-10 bersama harta-karun yang banyak jika disusun. Masih juga menggunakan konsep motor hanya bumbung sahaja rendah. Dalam perjalanan pulang, Kelihatan beberapa ekor gajah turut sama menggunakan jalan raya. Keadaan yang hampir sama di Jogjakarta di mana kuda menggunakan jalan raya. Terasa kagum dengan budaya mereka yang pelik ni.

Satu lagi peristiwa yang buat kami bengang adalah, mengurut. Menjadi kelaziman kami apabila melancong, kami akan ke spa atau kedai urut. Anehnya, kami tak jumpa spa pulak kat sini. Mungkin kami yang tak jumpa cari kot. Yang dekat tepi-tepi tu, refleksologi. Kami nak urut badan. Kamipun bertanyalah dekat satu hotel ni. Seperti dengan hotel kami, budak pengangkat beg yang memainkan peranan.

Man to man 500.00 Bath., 2 jam
Woman to woman 300.00 Bath, 2 jam.
Woman to man 300.00 Bath, 2 jam.

Murahkan?

Bila kami sampai di kedai yang dimaksudkan, kedainya tak seperti kedai urut di tempat kita. Kami minta nak tengok bilik. Bilik kotor, sedikit berbau dan tidak berhawa dingin. Kami terus cancel. Dia orang macam nak paksa kami buat urut, tapi kami tetap dengan keputusan kami. Kenapa tempat urut mereka teruk sangat ye? Takutlah.

Kami naik ke sebuah hotel agak mewah. Ada spa di tingkat atas. Yes! Mungkin dapatlah kami urut. Bila minta nak tengok bilik, mereka tak benarkan dan bayaran harus dibuat terlebih dahulu. Selesai membuat pembayaran, kami masuk ke bilik urut. Beberapa minit kemudian, Syed datang memberitahu mereka cancel urut sebab juruurut lelaki seperti yang dijanjikan tiada. Yang ada juruurut perempuan yang bersedia untuk mengurut mereka. Sayang, spa yang beroperasi dalam hotel mewahpun menipu. Bukankah itu menjatuhkan reputasi hotel tersebut?

Sudahnya, kami lepak, makan dan minum di gerai tepi jalan. Pulut mangganya amat enak dan menyelerakan. Aku kagum dengan penjual yang bertudung labuh, memaikai sarung tangan ketika mengupas mangga. Lepas tu, buka sarung tangan, cuci tangan, baru potong mangga tu. Pembersih orangnya.

Haaa... Sekali lagi aku bertemu dengan makhluk gagah ini. Sbakhil namanya. Ketika kami asyik bersembang, Ajud menjerit. Rupa-rupanya gajah, lebih besar dari si Nara. Dia berjalan dengan ditemani tuannya dan dua orang kanak-kanak di atasnya. Mereka mencari donation untuk gajah tersebut. Aku difahamkan bahawa Sbakhil sedang mengandung. Aku, Ali dan Ajud dibenarkan memegang dan membelai gajah tersebut. Bila berada di sisi gajah tu, terasa kerdilnya aku. Keinginan untuk memegang telinga dan belalai tiba-tiba terlupa. Tuan gajah menyuruh kami memberi gajah makan tebu yang dibawa. Kami sedikit gabra apabila gajah besar tu bergerak untuk berhadapan dengan kami. Comellah gajah ni. Kan bes kalau aku dapat berinteraksi dengan gajah macam berinteraksi dengan Si Gemuk. :) hahaha di manapun aku berada, Si Gemuk tetap di hati.

Ah, penatlah menaip. Sambung lain kalilah pulak untuk episod akhir. Korang jangan bosan pulak baca entri ni. :)

Daaaa... Pergi dulu.

Assalammualaikum...

Ni dah terbalik ni, ekor dulu baru kepala. Dah nak balik, baru bagi salam. :)

Thursday, May 9, 2013

Krabi Aku Datang Bahagian 3

Hari ketiga di Krabi, tak banyak aktiviti yang kami lakukan. Ini kerana kami bukanlah peminat air kecuali Sam. Sepatutnya hari ni kami menaiki boat panjang melawat empat pulau atau dikenali sebagai "4 island tour". Pakejnya tidak semahal pakej yang kami ambil semalam, hanya 400.00 bath seorang termasuk snowkeling.

Hampir sepanjang hari kami duduk di hotel bersembang dan sebagainya. Menjelang petang, kami keluar bersiar-siar di pantai, menunggu "sun set" kononnya. Plan nak ke factory outlet pun tak jadi. Bila matahari setengah turun, aku tukar fikiran, nak ikut Kak Imah ke Krabi Night Market dengan menaiki tuktuk. Sebenarnya, aku teringin sangat nak naik tuktuk. Dahlah oto kat India tak sempat naik masa pergi dulu. Tak naklah teringat-ingat macam nak beli handbag kat Surabaya yang tak sempat dulu. Tambangnyapun tak mahal. 180.00 bath =RM18.00 seorang setelah ditawar sebelum datang ke pantai tadi. Aku, Kak Imah, Abang Zul dan Baiti bergerak mencari tuktuk. Yang lain, still nak bersiar-siar di pantai. Bye, bye, korang!

Kami kembali ke tempat berlakunya tawar-menawar tambang tuktuk sebentar tadi. Orang tu dah tak ada. Kak Imah dengan bangganya:

Kak Imah: We want to go to the night market. Just now, your friend gave us 180.00 bath per person.

Tuktuk driver: No, 200.00 Bath.

Kak Imah: Laaa... can what 180.00 per person. We have four person. Your friend gave?

Tuktuk driver: OK 760.00 for all.

Kak Imah: Betul ke Tinta 760.00 tu?

Tinta: Jap eh.

Akupun dengan bangganya, mengeluarkan kalkulator dari handbag dan mendarab, 180.00 Bath x4 =720.00. Tuktuk driver bukan main gelak lagi dengan kawan-kawan dia. Peduli apa aku! Nak ketawa? Ketawalah! Kesian, asyik bawa tuktuk je. Mungkin korang perlukan hiburan. Ha... Ni hiburan daripada aku! Nah hambek kau!!! Nak menipu sangatkan??? Padan muka!!! Ingat kita orang ni bodoh??? Kalau dekat negara orang, even 1 Bath pun begitu berharga. So, korang jangan nak ambil kesempatan nak menipu kita orang pulak! Entah-entah, 180.00 Bath tu pun masih dalam tipuan korang lagipun kita orang tak tahu.

Tinta: No, 720.00 Bath!

(Aku bersuara tegas)

Tuktuk driver: OK, OK.

(Dalam gelak yang masih bersisa)

Suka hatilah kalau nak gelakpun, yang penting, aku tak rugi!!!

Maka perjalanan dengan menaiki tuktukpun bermula. Tuktuk ni boleh dinaiki empat orang. Ia seperti beca tapi tempat duduknya seperti L, berbumbung. Tempat driver di tepi bahagian kanan dan menggunakan motor. Dalam 30 minit, kami tiba di night market.  Tuktuk driver berjanji menunggu kami di tempat kami diturunkan. Bayaran? Mestilah bayar setelah kami selamat sampai kat hotel. Nak mati??? Karang dia tinggal kita, terkial-kial nak balik semula.

Dah namanya night market, so, tak banyak bezanya dengan pasar malam tempat kita. Mereka banyak menjual makanan, pakaian, permainan, aksesori wanita dan sebagainya. Jalan punya jalan, aku berkenan nak beli air. Bukan dahaga sangatpun, tapi nak dapatkan buluh bekas air tu. Kalau di tempat kita air dijual dalam plastik atau gelas plastik, di sana minuman dijual dalam buluh. Siap dihiasi payung kertas yang comel dan hirisan nenas tuuu... Aku pilih air longan, tak adalah sedap sangat, longan kordial je.

Ada sebuah gerai ni, jual mini pan cake. Susahnya, cakap Melayu tak faham, cakap Inggerispun tak faham.

Tinta: Is it halal?

Penjual: Halal... Halal...

(Teragak-agak)

Kak Imah: Tak payahlah Tinta, kata halal, tapi dia pandang-pandang kita. Was-waslah akak.

Kamipun meneruskan perjalanan ke gerai kebab. Penjualnya pandai cakap Melayu dan bertudung. Setelah membeli beberapa biji kebab, Kak Imah bertanya:

Kak Imah: Mini pan cake tu halal tak?

Penjual: Tak halal.

Mujur tak beli. Kalau tak, membazir je.

Aku tak fahamlah dengan orang sini. Dia ingat, main-main agaknya halal tak halal ni. Kerap kali kami jumpa situasi macam ni:

Kami: Is it halal food?

Penjual: Assalammualaikum...

Dia ingat, hanya dengan bagi salam tu, dah bermakna halal dan dia adalah muslim? Bak kata Ali, setakat bagi salam, Jebry pun boleh bagi salam. Siap boleh jawab salam lagi.  Pening aku dengan dia orang nilah. Nasib baiklah, negara tercinta ni, bersepah makanan halal. Syukur Ya Allah.

Setelah membeli-belah, kami pulang ke hotel dengan menaiki tuktuk yang sama. Perjalanan menaiki tuktuk pada waktu malam amat dingin. Kalau tahu, bawa baju sejuk.

Friday, May 3, 2013

Krabi Aku Datang Bahagian 2 (updated)

Wah!!! Tajuk, kelas gitukan!!! Macam pergi Istambul pulak. Hahahaha...

Ah, melalut pulak. OK, sambung cerita fasal Krabi. Sorrylah, semalam all out belayar dengan speed boat, sampai tak hengat nak update blog. Hari kedua di Krabi brmula seawal jam 8.30 pagi. Kami dibawa ke pantai dengan menaiki bas. Pelekat nombor 15 ditampal pada baju bagi menandakan kumpulan boat kami. Boat yang memuatkan 25 orang menggabungkan kami dengan pelancong lain. Bas yang membawa kami ke pantai juga akan mengambil penumpang di setiap hotel dan begitulah sebaliknya. Setibanya kami di pantai, kami diseraahkan kepada pemandu pelancong bernama Abdul Malik atau lebih mesra dengan panggilan Alek. Pakej pelayaran bot laju, snowkeling set, minum dan makan makanan ringan dalam bot, buffet lunch dan insurans berharga 950 bath Thailand. Naik boatpun ada insurans you, yelah laut dalam kan.

Dalam boat, kami memilih tempat duduk bahagian hadapan. Advanture tu, siap melambung dan teroleng-oleng apabila membelah ombak. Antara pulau kami lawati ialah Bamboo Island dan Phi Phi Island.

Excited sangat nak snowkeling, nah! Rasakan. Snowkeling yang bermula di tepi pantai bolehlah aku buat. Itupun kena belajar imbang badan dan guna google. Praktikkan balik skill water confident yang belajar kat Kem Jati Diri di Sekakap dua tahun lalu. Tupun tak berani nak pergi sorang-sorang kat tengah laut.

Snowkeling kali kedua kat laut dalam. Kagumnya aku bila tengok Syed, Syahzmeen dan Sam terjun dari tempat duduk kami kat dalam boat. Tambah kagum apabila tengok tourist kami terjun gitu je tanpa life jacket. Masa kawan-kawan nak turun tu, rasa sedih dan berdebar jugalah. Akupun nak turun juga, yelah, nak rasa juga snowkeling kat laut dalam. Cop! Abang Zul! Dia nak terjun macam tu je??? Heiiii... Tak harap aku. Penat aku, Ajud dan Baiti nasihatkan dia. Akhirnya, aku siap sedia nak turun ikut Kak Imah. Ali yang tak nak turunpun jadi nak turun. Tiba-tiba...

Park (tourist assistant): (Tergesa-gesa) Give me! Give me! Give me your life jacket!!! Faster please!!! I need that!

Aku, Ali dan Kak Imah terpinga-pinga. Dalam terpinga-pinga tu, Ali membuka life jacket dan menyerahkan kepada Park. Park terus ke tangga boat lalu terjun bersama life jacket Ali.


Dah pulak!!! Datang si Ajud dengan cemas dan muka sposen nak nangis,

Ajud: Tolong, tolong, tolong tengok Abang Zul tu.
Tinta: Kenapa?
Ajud: Abang Zul...
Tinta: Kenapa, Jud????

(Aku mula cemas dan dapat mengagak apa yang berlaku.)
Ajud: Abang Zul lemas.
Tinta: Dia terjun macam tu je ke???

(hati meluap-luap ingin tahu. Dah pulak minah ni gelabah sangat, panik dan tak boleh bercakap dengan baik.)
Tinta: Mana Ajud tahu?

(Sebenarnya hati takut menerima kenyataan. Harap-harap, Ajud sekadar gelabah)

Ajud: Ajud nampak. Ajun tengok dia terjun lepas tu lemah.
Tinta: Hah??? Habis macam mana?
Ajud: Syed tengah tolong dia. Tapi dia berat, Syed pun dah mula tak ada tenaga.

Ya Allah!!! Jauhkanlah kami dari musibah, Tuhan.

Aku dan Ali terus kaku dan berdebar-debar. Baiti menangis, yelah, dah namanya suami kan? Ajud ke bahagian hadapan boat dengan mulut tak putus-putus menyebut pakcik (panggilan buat Syed).

Kak Imah: Jomlah, Tinta, nak turun tak?
Tinta: Akak pergilah.

Niat nak try snowkeling kat laut dalam dah terbantut. Biarlah tak ada pengalamanpun, aku ni cepat gelabah dalam air. Takut!

Korang tahu tak? Orang Thailand ni, pandai betul bermain kata. Lebih teruk dari Orang India. Patutlah orang Kelantan selalu cakap Orang Siam ni tut... Mungkin mereka lebih tahu, jiranlah katakan. Kenapa aku cakap macam tu?

a. Kata ada minuman dan buah-buahan dalam boat dan boleh makan semahunya. Rupanya, hidangan tersebut hanya disediakan selepas lunch sahaja.

b. Buffet lunch konon. Bunyi macam best je kan? Bila sebut buffet, macam-macam hidangan tergambar dek benak kita. Dan kita boleh makan sepuas-puasnya. Hmmm... Dalam mimpi jelah. Hidangan banyak berasaskan sayur. Dalam setiap masakan terdapat hirisan bawang besar yang BESAR. Bayangkan. Yang betul-betul lauk hanya ayam goreng. Itupun dicatu. Setiap orang hanya dibenarkan mengambil dua ketul ayam sahaja. Mesti korang kata, aku ni makan banyak atau tak bersyukur, dua ketul ayampun tak cukup kan? Haaa... Jangan cakap sebarangan, kena cili mulut tu baru tahu. Dua ketul ayam goreng dia orang tu, belum dapat menyamai satu ketul ayam goreng kita. Bayangkan.

Lepas tu, kami teruskan kembara kami ke destinasi seterusnya. Melihat gua batu kapur yang terbentuk di dalam laut dan berhenti rehat di sebuah pulau kecil. Apa yang uniknya, di sini terdapat laut dan tumbuhan batu kapur. Di batu kapur tersebut dibina jambatan. Menariknya, binaan ini di sebelah seberangnya airnya dalam dan berombak dipercayai jalan ke laut lepas.

Kami tiba di hotel lebih kurang jam 6.00 petang dengan pengalaman baru :)

Malam dihabiskan dengan menikmati urut badan. Aku memilih milky massage sebagai terapi. Bes memang bes. Tapi dalam sebuah bilik tu ada ramai pelanggan bercampur lelaki dan perempuan. Kami cuma dipisahkan dengan tirai. Tak ada privasi.

P/S:

Aku tak tahulah, kenapa kebanyakan blog yang aku jumpa memuji pakej snowkeling. Aku tak nafikan yang ada bagusnya terutama dari segi layanan tourist dan pengalaman snowkeling. Sepatutnya, blogger harus menceritakan kelebihan dan kelemahan sesuatu tempat atau aktiviti supaya para pembaca seperti aku tidak membuat aspectation yang tinggi. Aku ni bukan asyik nak komplen je. Tapi aku lebih suka memperkatakan sesuatu yang rialiti dan benar. Kalau elok, elok. Kalau tak berapa baguspun, itu suatu pengalaman berharga.

Wednesday, May 1, 2013

Krabi Aku Datang Bahagian 1

Hari pertama di Krabi bermula dengan ceria. 4.00 pagi bertolak ke LCCT untuk penerbangan AK1966 jam 7.00 pagi. Penerbangan sedikit lewat, 7.30 barulah kami berterbangan di angkasa.

Oh ya, mari aku perkenalkan ahli rombongan kali ni:
Aku, Ali, Ajud, Syed, Sam selaku ketua rombongan merangkap agen pelancongan yang diiktiraf oleh kami, Shahzmeen, Kak Rahimah dan Ain. Nampaknya, rombongan kali ni mnampilkan banyak muka baru. Haaa... Lupa nak cerita, penerbangan kami diketuai Kapten Patrick yang ramah-tamah tapi waktu nak landing pesawat sedikit melambung. Advanturelah kiranya.

Setibanya kami di Airport, kami dijemput dua buah van Toyota Commuter. Pemandu kami, Zakaria membaa kami untuk check in di J Ao Nang Hotel. Sebuah hotel yang strategik. Aktiviti kami bermula dengan sarapan pagi di Orkid Cafe.

12.40 Tengahari waktu Krabi, untuk pengetahuan semua waktu di sini lewat sejam dari waktu Malaysia tercinta, Kami ke sebuah taman untuk menaiki gajah. Yelah, namapun, Negara Gajah Putih, mana boleh tak rasa naik gajah yang setelah sekian lama aku impikan. Gajahkan sejenis binatang yang penyayang, mengenang jasa dan setia pada tuannya. Gajah yang sepatutnya dinaiki dua orang, aku naik bertiga bersama Ali dan Ain. Kenapa? Kami kan kecil. Cerita gajah ni, nanti akan di update kemudian.

Lepas naik gajah, tengok Baby Elephant Show.

Balik, singgah membeli jajan di Seven Eleven dan kawasan sekitar. Hahahaha bangganya bila Pringles keluaran Malaysia dijual di sini. Bangga tau! Siap ada logo halal Malaysia lagi.

OK la, bersambung nanti, Sekarang ni, nak pergi dinner. Nak pekena tomyam Krabi, boleh lawa Jo Sea Food tak? :)