SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Friday, March 25, 2011

Maafkanlah Dia

8.03 Malam, ku terima satu SMS dari seorang rakan memohon kemaafanku. Bila diingat-ingatkan kata-katanya terhadapku, hati ini sedih dan luka. Lebih-lebih lagi ianya melibatkan marwah dan hal-hal yang sensitif. Tetapi, Demi Allah yang menciptakan manusia itu dengan segala kelemahan dan kekurangan, hati ini terasa senang untuk memaafkan. Lagipun, diakan kawanku. Kenapa mesti dipanjangkan persengketaan?

Aku teringat akan satu kata-kata, jika mahu menilai pekerti seseorang, nilailah sewaktu ia disakiti. Apakah ia sanggup memaafkan orang yang menyakitinya? Lalu aku insan yang serba kekurangan ini mahu membaiki akhlak dan pekertiku. Siapalah aku untuk tidak memaafkan kerana aku sendiripun belum tentu tidak menyakiti hati orang. Jika aku menyakitkan hati orang, pasti maaf jualah yang akanku tagih. Kata Fadzilah Kamsah, maafkanlah semua orang semoga kasih sayang sesama insan akan erat terjalin.

Dosa sesama manusia, perlu diselesaikan sesama manusia. Jika seseorang manusia itu tidak mendapat kemaafan daripada manusia berkenaan, Allah tidak akan memaafkannya. Cuba bayangkan Tinta, kalau kawan kau disiksa kerana dosanya terhadap kau? Sanggupkah engkau membiarkan dia begitu? Oh, tidak! Aku juga makhluknya yang lemah. Siapalah aku untuk tidak memaafkan orang. Lalu, dari hati sejernih air, ku hulurkan kemaafanku seadanya untuk kau kawanku. Usahlah kau berasa bimbang dan gusar lagi, aku maafkan apa yang telah engkau katakan atau lakukan. Semoga Allah jua mengampunkan dosa-dosaku. Amin... Kita tetap kawan. Biar wajah tak cantik, yang penting hati itu indah kerana keindahan hati akan terpancar pada wajah, perilaku dan kata-kata. Aku yang kerdil ini, berusaha untuk memiliki keindahan hati. Entahlah, aku ini manusia yang banyak dosanya.

No comments: