Aku tak sabar menantikan Jumaat tiba. Hari yang amatku nanti-nantikan. Sekakap, Mersing, Johor. Kem Pusat Bina Semangat YPJ! Tak sabar aku mahu ke sana. Aku mahu mengimbas semula kenangan sewaktu kem motivasi semasa aku di tingkatan lima dulu, sungguh menyeronokkan. Masa tu, Rejad dan Qusairi antara ahli kumpulanku. Masihku ingat bagaimana aku terjerit-jerit memanggil Rejad setiap pagi. Ah, Rejad! Bersiap mengalahkan perempuan. Lambat betul. Aku pula takut kena potong markah. Kelakar sungguh. Dia lambat, dia kata aku mak tiri pula. Rejad, Rejad.
Paling aku tak boleh lupa, suatu pagi, masa kami bersiar-siar sambil membuat regangan di tepi pantai, salah seorang ahli kumpulanku terpegang najis di gigi air gara-gara menyangkakan najis tersebut benda pelik yang perlu kami kumpulkan. Kesian sungguh kawanku, pegang tanpa alas pula tu. Zaman sekolah, sungguh mengasyikkan.
Tapi kali ni, aku dan rakan-rakan ke sana di bawah Kelab Belia. Pastinya aku dan rakan-rakan AJK adalah orang paling berdebar menantikan hari itu. Pengalaman pertama menganjurkan kem jati diri. Pasti banyak yang perlu kami belajar dan perbetulkan untuk penganjuran kem seterusnya. Semoga kem kali ini membawa seribu makna buat kami. Sebagai orang baru, kami tidak keberatan menerima teguran, ajaran, kritikan dan apa-apa saja komen yang ingin disampaikan oleh sesiapapun.
Kini, persiapan akhir sedang giat dijalankan. Harapan kami, segalanya berjalan dengan lancar, Insya-Allah. Tolong doakan kami ya para pembaca. Kami amat memerlukan sokongan dan semangat daripada kalian.
No comments:
Post a Comment