Hati-hati janganlah kamu
Main-main perasaan kalbu
Kata-kata manja manis mulut.. woho..
Hari-hari ku dihantui
Cinta-cinta yang tak menjadi
takut-takut dilukai lagi..woho..
Melainkan cukup yakin..
Chorus:
Dulu, ku pernah kecewa..
Di dalam bercinta
Memaksa aku lebih.. hati hati
Bukannya aku tak suka
Cuma berwaspada
Supaya diri ini
Tak patah hati lagi
Sana-sini ku dengar kisah
Teman-teman merana kerna
Laki-laki sering mungkir janji
Hari-hari ku dihantui
Cinta-cinta yang tak menjadi
takut-takut dilukai lagi..woho..
Melainkan cukup yakin..
(ulang chorus)
Berikanku lebih waktu
Untuk menjalani cinta
Kerana ku masih takut
Takkan lari gunung dikejar
(ulang chorus)
Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Wednesday, March 30, 2011
Selamat Datang Followers
Selamat datang Ariff Al-Baqi, jika ada masa terluang bersiar-siarlah anda di blog yang tak seberapanya ini. Komen-komenlah sikit :)
Tuesday, March 29, 2011
Lembap!!!
Geram betullah aku. Dah lambat! Lagi nak melambatkan orang! Boleh tak cepat sikit??? Kalau dah tahu "last minute" tu boleh tak jangan lambatkan lagi. Orang kat sini banyak kerja perlu diselesaikan. Kalau awak lambat-lambatkan nampaknya kerja kita oranglah yang terbantut. Ish... Tolonglah!
Monday, March 28, 2011
Cakap BYE Sekarang!!!
Malam minggu itu, seperti minggu-minggu yang sudah. Aku ke lojer sekolah. Nak buat apa lagi? Nak telefon mamalah. Masa tu "boy friend-boy friend" tak mainlah. Lelaki nak dekatpun takut hehehehe... Begitulah aku di sekolah dulu. Bukan sombong cuma serius sikit je. Fokus! Okay, kita balik pada cerita asal. Yang paling aku lemah semangat bila ada beberapa pelajar lelaki yang aku dah cap dia orang sebagai tarzan.
Lepas Solat Isyak berjemaah, aku terus naik atas. Sampai-sampai dah ada tarzan yang duk bergayut kat telefon tu. Ish! Menyampah betullah! Mana taknya, kalau dah guna telefon tu, tak HENGAT dunia. Kalau pondok telefon tu nak robohpun, dia orang sanggup tahan pakai tangan yang tak berapa nak kuat tu. Itu baru sorang. Bayangkanlah kalau dah dua tiga orang. Bila masa pula kami yang lain nak guna? Kalau nak call girl friend tu nanti-nantilah. Bagilah chance orang yang nak call keluarga dulu. Dia orang last pun tak apa. Bukan penting pun. Mengada-ngada je. Rungutku dalam hati. Kesabaran masih adalah ni. Tu yang dalam hati je baru ni.
Aku sabar lagi. Dahlah kat belakang dia tu ada beberapa orang, lepas tu baru aku. Entah sempat enah tidak. Dahlah undang-undang sekolah ni ketat sikit. Telefon hanya boleh digunakan sampai pukul 10.00 je. Kalau lebih kena halau balik hostel. Dahlah malam tadipun aku tak dapat guna telefon! Eeeh... Ini sudah LEBEH ni. Duit syiling lepas satu, satu dimasukkan. Menyampah aku! Cakap bukan main perlahan konon romantik sangatlah tu. Aku mula gelisah. Wah, wah, wah! Dia minta nak tukar duit dengan orang belakang pula. Jangan haraplah aku nak bagi. Budak yang depan akupun masing-masing tak nak bagi. La... Datang kawan dia, bagi pula duit syiling. Melampaulah!!!
"Eh, cepatlah sikit. Kita orang dah lama tunggu ni. Orangpun nak telefon juga ni. Dahlah hari sekolah tak boleh guna telefon," Aku mula tak sabar.
"Entah! Ingat dia sorang nak guna telefon agaknya. Nak call awek tu tunggulah bila tak ada orang. Dah tahu malam ramai orang nak guna, siang-siang tak nak guna lak," Kedengaran satu suara menyambung.
"Kejaplah. Tunggu duit ni habis," Selamba badak dia je cakap kejap! Ni dah berapa kali kejap ni? Memang aku dah tak boleh sabar!
"Macam mana duit tu nak habis kalau asyik tambah je??? Cepat!!!" Aku bercakap keras.
:Oi, janganlah, tunggulah duit habis. Rugilah aku. Aku baru masuk duit ni seringgit tau," Jawab si tarzan sambil menepis tangan orang belakang yang cuba memutuskan talian.
Tiba-tiba...
"Fairuz! (bukan nama sebenar) Cakap bye, cakap bye," Ah! Lega rasanya. Mr. Diktator datang tepat pada masanya. Baru kali ni je pun aku rasa Mr. Diktator ni sebagai penyelamat. Kira okay la tu.
Mr. Diktator berdiri di sebelah Mamat Tarzan tu. Bercakap dengan suara keras dan pelatnya yang tak asing lagi.
"Alah, kejaplah cikgu. Duit saya banyak lagi ni," Si Tarzan meminta masa.
"Hei, dah nak roboh public phone ni kau guna tak cukup lagi? Aku tak kira, cakap bye sekarang!" Si Tarzan tidak mengendahkan arahan tersebut. "Aku kira sampai dua kalau kau tak letak, aku matikan. Baik kau cakap bye sekarang." Masing-masing diam memerhati adegan tersebut. Dalam hati masing-masing, semuanya tak sabar menanti apakah yang bakal berlaku. Ramai yang meneka-neka apa yang akan berlaku. Bagi aku, aku rasa, takkanlah Mr. Diktator sekejam itu nak matikan talian. Mesti tunggu sampai duit habis. Tiba-tiba, lamunanku terhenti dikejutkan dengan suara kuat Mr. Diktator. "Cakap Bye sekarang! Satu... Dua..." Tangannya pantas menekan butang memutuskan talian. Dengan wajah yang tak bersalah tu siap ketawa jahat lagi. Bagus! Padam muka! Semua orang yang beratur keriangan termasuklah aku. Jahat juga aku ni. Ah, lantaklah! Siapa suruh tak kesian kat orang?Hai... Cikgu Khairul, Cikgu Khairul semuanya boleh dilakukan. Kena jaga-jaga sikit, dia ni bukan boleh kira. Suka buat benda yang di luar jangkaan.

Mana Kawan-kawan Burung?
Kedatanganku ke pejabat seperti hari-hari yang lalu, disambut oleh sekawan burung yang bertenggek di atas simen di hadapan pejabat. Dan, seperti biasa juga, tatkala aku melintasi tempat mereka berkumpul, mereka akan berterbangan ke angkasa. Aku suka akan keadaan ini. Pada pendapat aku, burung-burung tersebut bukan takut dengan kehadiranku atau manusia lainnya tapi merasa terganggu dengan kehadiran tersebut lantas melarikan diri. Anehnya, keesokan pagi mereka akan datang lagi. Tapi tak tahulah kalau yang datang tu wburung lain pula. Tapi... Burung-burung ni dah tak banyak macam dulu. Burung, mana kawan-kawan lain? Mereka dah tak nak datang sini ke? Mungkinkah mereka sudah ada tempat baru untuk disinggah atau mereka rasa terganggu dengan pembinaan yang dijalankan di sini?
Sunday, March 27, 2011
Empat Hari Lagiiiii!!!!!!!!!
Aku tak sabar menantikan Jumaat tiba. Hari yang amatku nanti-nantikan. Sekakap, Mersing, Johor. Kem Pusat Bina Semangat YPJ! Tak sabar aku mahu ke sana. Aku mahu mengimbas semula kenangan sewaktu kem motivasi semasa aku di tingkatan lima dulu, sungguh menyeronokkan. Masa tu, Rejad dan Qusairi antara ahli kumpulanku. Masihku ingat bagaimana aku terjerit-jerit memanggil Rejad setiap pagi. Ah, Rejad! Bersiap mengalahkan perempuan. Lambat betul. Aku pula takut kena potong markah. Kelakar sungguh. Dia lambat, dia kata aku mak tiri pula. Rejad, Rejad.
Paling aku tak boleh lupa, suatu pagi, masa kami bersiar-siar sambil membuat regangan di tepi pantai, salah seorang ahli kumpulanku terpegang najis di gigi air gara-gara menyangkakan najis tersebut benda pelik yang perlu kami kumpulkan. Kesian sungguh kawanku, pegang tanpa alas pula tu. Zaman sekolah, sungguh mengasyikkan.
Tapi kali ni, aku dan rakan-rakan ke sana di bawah Kelab Belia. Pastinya aku dan rakan-rakan AJK adalah orang paling berdebar menantikan hari itu. Pengalaman pertama menganjurkan kem jati diri. Pasti banyak yang perlu kami belajar dan perbetulkan untuk penganjuran kem seterusnya. Semoga kem kali ini membawa seribu makna buat kami. Sebagai orang baru, kami tidak keberatan menerima teguran, ajaran, kritikan dan apa-apa saja komen yang ingin disampaikan oleh sesiapapun.
Kini, persiapan akhir sedang giat dijalankan. Harapan kami, segalanya berjalan dengan lancar, Insya-Allah. Tolong doakan kami ya para pembaca. Kami amat memerlukan sokongan dan semangat daripada kalian.

Selama ni, aku buka Suria Khatulistiwa, aku tak perasaan yang followers blog ni dah bertambah seorang lagi. Selamat datang Nurul Syahida. Kedatangan anda dialu-alukan. Jemputlah masuk dan jelajahlah alam Suria Khatulistiwa yang tak seberapanya ini. Jangan baca je tau, komenlah sikit (muka comel +manja) :)
Friday, March 25, 2011
Maafkanlah Dia
8.03 Malam, ku terima satu SMS dari seorang rakan memohon kemaafanku. Bila diingat-ingatkan kata-katanya terhadapku, hati ini sedih dan luka. Lebih-lebih lagi ianya melibatkan marwah dan hal-hal yang sensitif. Tetapi, Demi Allah yang menciptakan manusia itu dengan segala kelemahan dan kekurangan, hati ini terasa senang untuk memaafkan. Lagipun, diakan kawanku. Kenapa mesti dipanjangkan persengketaan?
Aku teringat akan satu kata-kata, jika mahu menilai pekerti seseorang, nilailah sewaktu ia disakiti. Apakah ia sanggup memaafkan orang yang menyakitinya? Lalu aku insan yang serba kekurangan ini mahu membaiki akhlak dan pekertiku. Siapalah aku untuk tidak memaafkan kerana aku sendiripun belum tentu tidak menyakiti hati orang. Jika aku menyakitkan hati orang, pasti maaf jualah yang akanku tagih. Kata Fadzilah Kamsah, maafkanlah semua orang semoga kasih sayang sesama insan akan erat terjalin.
Dosa sesama manusia, perlu diselesaikan sesama manusia. Jika seseorang manusia itu tidak mendapat kemaafan daripada manusia berkenaan, Allah tidak akan memaafkannya. Cuba bayangkan Tinta, kalau kawan kau disiksa kerana dosanya terhadap kau? Sanggupkah engkau membiarkan dia begitu? Oh, tidak! Aku juga makhluknya yang lemah. Siapalah aku untuk tidak memaafkan orang. Lalu, dari hati sejernih air, ku hulurkan kemaafanku seadanya untuk kau kawanku. Usahlah kau berasa bimbang dan gusar lagi, aku maafkan apa yang telah engkau katakan atau lakukan. Semoga Allah jua mengampunkan dosa-dosaku. Amin... Kita tetap kawan. Biar wajah tak cantik, yang penting hati itu indah kerana keindahan hati akan terpancar pada wajah, perilaku dan kata-kata. Aku yang kerdil ini, berusaha untuk memiliki keindahan hati. Entahlah, aku ini manusia yang banyak dosanya.

Gaun Ungu
Dua tiga hari lepas, aku ada bercerita pada mami tentang gaun. Aku menyatakan padanya yang aku nak beli gaun. Hari ni, mami datang dan membawakan aku sehelai gaun ungu. Alamak! Cantik memang cantik. Tapi tak sesuai untuk ke pejabat "over" la pulak. Tak apa, simpan untuk "dinner". Aku memang nak gaun "dinner" pun sebelum ni tapi dua tiga hari ni aku berangan nak pakai gaun yang "simple" je untuk keluar dan ke pejabat. Apapun, terima kasih, mami. Along suka baju ni. Mami memang pandai memilih.
Petang tadi, aku bersama Ija ke Jln Tar untuk membeli beberapa helai baju. Ala... Baju kali ni kurang menarik. Aku cuma beli skirt hitam. Lepas makan aku dan Ija ke KL Sentral. Dapatlah beli dua helai gaun, putih dan hitam. Okay, akupun balik dengan senang hatinya. Lalalalalala.

Selamat Hari Lahir, Angah!
Teringat aku zaman kecil-kecil dulu. Apabila tibanya hari lahir pastinya kami adik-beradik dipakaikan dengan baju yang cantik, ada makan-makan dan upacara potong kek. Walaupun hari itu bukan hari lahir salah seorang daripada aku dan angah, kami tetap sama-sama memotong kek. Hehehehehe... Itu dulu, belasan tahun yang lalu. Kini, hari lahir disambut jauh dari keluarga.
Angah,
Walaupun aku dah ucap selamat hari lahir kat kau pagi-pagi tadi. Aku nak ucap sekali lagi kat sini:
Selamat hari lahir angah, semoga panjang umur dalam rahmat Ilahi, diketemukan dengan jodoh yang baik dan semoga sentiasa diberikan ketenangan, kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup di dunia dan akhirat.
Amin...
P/S: Dapat hadiah apa daripada DIA? Hehehe... Jangan marah ya, nak jadi wartawan hiburan jap :)

Thursday, March 24, 2011
Wartawan B +TBT
Sudah lama rasanya tidakku coretkan warna-warna kehidupanku di sini. Sebulan lebih. Lama juga tu. Maklumlah, sebulan kebelakangan ini aku sibuk dengan program yang dirancang oleh unitku. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan selesai. Kini, kerja-kerja post production dijalankan. Jadi, masaku mula ada ruang yang membuka. Suria Khatulistiwaku buka dan aku ingin coretkan sesuatu di sini. Sesuatu yang tidakku duga berlaku. Tapi bagi aku perkara ini remeh saja. Cuma... Aku sekadar ingin mengulas.
Sekali lagi angin bertiup membawa berita tentang diriku. Kononnya ada orang mencari kepastian apakah benar aku keluar bersiar-siar dengan bapa angkatku? Kenapa hal itu dijadikan isyu? Kenapa soalan tersebut tidak ditanyakan terus pada diriku? Kenapa mesti ditanya pada orang lain? Pelik betullah. Kalau ditanya pada aku, pasti jawapannya tepat dan cepat. Tak perlu berteka-teki dan teragak-agak.
Hmmm... Apa-apalah. Aku tak kisahpun. Cuma kelakar je. Hal ni pun nak ditanya sana sini. Adakah ini juga disebabkan enteri yang ku tulis? Aku menulis sekadar bercerita tentang hari-hari yang ku lewati. Bukan untuk menimbulkan kontroversi atau publisiti murahan. KALAU YA PUN aku keluar dengan bapa angkatku, suatu kesalahankah? Bila aku baik dengan seseorang, maka aku ikhlas terhadapnya.
(Baca betul-betul ayat kedua akhir ni: KALAU).

Subscribe to:
Posts (Atom)