Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Saturday, June 27, 2015
Kemalangan Atau Khianat 2
Dah lama rasanya tertangguh cerita ni.
Keesokan harinya, saya sibuk menghubungi vet kerajaan. Yelah, veterina ni bukan macam klinik manusia yang boleh didapati di mana-mana. Veterina UPM, harga mahal katanya, sebab semi government. Saya call vet Cheras, sudah tutup untuk pendaftaran dan akan dibuka jam 2.00 petang, pendaftaran sehingga jam 2.45 petang sahaja. Kak Long perlu selesaikan urusan di IJN baru boleh hantar kami.
Pencarian saya teruskan dengan menelefon vet Selangor, manalah tahu kalau ada vet yang berdekatan dengan rumah saya. Rumah saya kan dekat juga dengan Selangor. OK, Vet Damansara Damai dan saya perlu datang sebelum pukul 12.00. Susah betullah klinik haiwan ni, dahlah tak banyak, masa bukapun bukan sepanjang hari. Petang klinik Damansara Damai ni tutup.
So, saya call Wan Lah, teksi yang sering saya gunakan jika tiada kenderaan. Wan Lah bersetuju untuk menghantar kami tanpa banyak kerenah. Saya meminta Wan Lah mengambil Haida terlebih dahulu di pejabatnya dan mengambil saya dan Jarry di rumah. 10.50 Wan Lah tiba. Saya berdebar, takut tak sempat.
Selesai urusan pendaftaran di kaunter, Jarry terus dipanggil kerana tiada pesakit lain pada masa tu. Jarry seperti malam tadi juga, diam dan hanya membiarkan saja tubuhnya diperiksa.
Vet: Saya perlu bedah dia dulu, baru boleh jahit.
Tanpa banyak soal, saya setuju.
Kami menunggu di luar. Berkenalanlah dengan pemilik kucing Benggal yang selsema. Kami bercerita tentang vet swasta. Saya memberitahunya bayaran yang dikenakan kepada saya malam tadi. "Vet kerajaan ada. Tak payahlah pergi swasta. Mahal," Saya setuju, malam tadi tu, kecemasan. Pembela kucing mahalpun syorkan pergi klinik kerajaan.
Seorang lagi tuan kucing yang membawa kucingnya demam panas dan sawan. Kucingpun sawan? Banyak lagi yang saya kena belajar fasal kucing.
Selamat hampir setengah jam menunggu, kami dipanggil masuk.
Vet: Saya dah jahit luka dia. Ingat nak kasi sekali tapi luka dia dalam, so lain kali saya buat.
Tinta: Sekarang ni macam mana, doktor?
Vet: Saya buat dua kali jahitan, kurung dia dalam kandang. Jangan bagi dia keluar sampai luka sembuh. Pakaikan dia stoken supaya dia tak garu luka dia. Just guna stoken manusia dan ikat pakai getah tapi jangan kuat nanti darah dia tak berjalan.
Tinta: Baik, doktor.
Vet: Ubat bius belum habis. Dia akan sedar tak lama lagi tapi dia akan mamai. Malam nanti baru OK. Jadi jangan bimbanglah. Dia akan terkencing dan muntah, akibat daripada ubat bius tu.
Tunggu lagi beberapa ketika untuk ambil ubat. Pelik, vet sendiri yang bagi ubat.
Wan Lah menghantar kami pulang. RM110.00 jugalah tambang teksi. Tak apalah, rezeki ada di mana-mana, asalkan Jarry sembuh.
Ketika saya keluarkan Jarry daripada bekas pembawa untuk masukkan ke kandang, Jarry sedar dan cuba bangun tapi jatuh. Dia seperti lemah dan mamai.
Thursday, June 18, 2015
Kemalangan Atau Khianat
Alkisahnya, hari Selasa lepas saya pulang lewat ke rumah. Sesampainya saya di pintu pagar kedengaran Jarry mengiau. Selalunya pasti dia akan datang kepada saya menyambut kepulangan saya. Puas saya mencarinya tapi tak jumpa. Lama-kelamaan, dia berlari masuk ke rumah. Seperti biasalah, perkara pertama yang akan saya lakukan bila sampai di rumah, bagi makan si gemuk yang bertiga tu. Tapi Jarry sibuk menjilat sesuatu atas kotak plastik tempat saya menyimpan barang. Baunya seperti muntah kucing. Saya suruh dia makan, tapi kejap je dia makan. Saya beredar ke tingkat atas untuk solat Maghrib.
Tak lama lepas tu, Haida balik dan terus ke bilik saya. Jarry pula mengiau-ngiau di tingkat dua minta dibawa bersama ke tingkat tiga. Memang itulah kelaziman dia, malas naik sendiri. Kami tak tahu kenapa dia sibuk menjilat badan dia. Kebetulan dia naik atas almari kecil saya, sayapun turunkan dia. Tangan saya terkena muntah yang banyak di bawah leher Jarry. Saya lantas membawa Jarry ke bilik air untuk membersihkan muntah berkenaan. Waktu saya membersihkan muntah dia, jemari saya tersentuh satu lubang di bahagian atas daripada bahunya dan bawah sedikit daripada lehernya. Ya Allah, lubang apa ni??? Hati saya berdebar. Setelah muntah bersih, saya minta Haida tengok untuk pastikan kewujudan lubang yang saya jumpa tadi pada Jarry. Ya, ada dan ada air yang keluar daripada lubang tu. Cemas dan risau segera menerjah benak saya. Ya Allah, apa dah jadi ni?
Saya menghubungi En. F untuk meminta bantuannya menghantar kami ke klinik vaterina. Tak berjawab. 20 kali juga saya call dia dan tinggalkan mesej. Saya hubungi Kak Long, isteri kawan sekelas dulu. Malangnya, mereka di luar kawasan. hubungi I tapi off. Niat di hati nak minta tolong suami dia hantarkan. Saya bayar ikut harga teksilah sebab suami dia bawa teksi. Call Wan Lah, dia on the way ke airport. Sebagai persediaan, saya bersihkan pat carier yang berhabuk untuk memuatkan Jarry supaya senang dibawa. Lepas tu berkejar ke ATM ambil duit. Dah pergi klinik, mestilah dikenakan bayaran kan? Sediakan kain getah untuk alas pet carrier dalam kereta nanti. Manalah tahu kalau tiba-tiba Jarry membuang. Habis kereta orang. Saya juga cepat-cepat surf internet, cari vet yang buka 24 jam. Yes! Animal Medical Center di Jln Tun Razak, berdekatan Stesen LRT Titiwangsa. Untuk confirmation, saya call vet untuk mendapatkan butir tentang perkhidmatannya.
Tak lama lepas tu, I call saya balik dan saya beritahu hasrat saya. Dia minta saya tunggu sekejap untuk beritahu suami dia. Saya sedih sangat masa tu. Tak boleh tahan, saya menangis. Saat saya perlukan bantuan, tiada pula yang dapat membantu. Saya risau sangat dengan keadaan Jarry yang makin tak aktif. Siap saja saya bersihkan pet carrier dia, dia terus masuk ke dalam carriernya. Macam tahu-tahu je orang nak bawa dia pergi klinik. Dia diam je masa tu tengok saya bersiap sambil menangis. Saya mesti pergi vet malam ni jugak! Saya takut kalau jadi apa-apa pada Jarry. Saya tak nak kehilangan dia. Saya sayang sangat kat dia. Berulang-ulang saya cakap dengan dia:
"Jarry sabar ya. Along akan usahakan untuk Jarry. Biar Along kena bayar sekalipun, tak pe, biar Along habis duit yang penting Jarry sihat. Jarry bertahan ya. Kita tunggu bantuan sampai," Haida juga sudah mula sedih walaupun tak seteruk saya.
Telefon bimbit saya berdering. Hati saya berbunga harapan.
"Tinta, suami saya kata, esoklah. Dah lewat ni,"
Harapan yang tadinya mula berputik punah. Sekali lagi saya menangis hebat. Tunggu esok? Ya, mungkin sebab Jarry kucing. Walau berlubang macam manapun, tunggu esok. Habis kalau mati macam mana? Cuba kalau diri dia yang berlubang, macam mana sekalipun, pasti mahu cepat ke hospital. Saya sedih dengan sikap masyarakat yang macam ni. Bukan saya memaksa .Tapi, saya amat perlukan bantuan dalam keadaan genting begini. Siapa lagi yang saya boleh minta tolong? Teksi di luar belum tentu boleh terima kehadiran kucing dalam kereta mereka. Jam 11.00 tidaklah terlalu lewat apatah lagi dalam kes kecemasan. Saya akan bayar berapapun kosnya. Tapi saya hamba yang lemah, tidak ada kuasa mengubah hati orang. Tak apalah. Mereka tak faham perasaan pencinta kucing macam saya. Jarry hanya baring dalam carrier dan sesekali mengiau lesu. Kalau yang sakit ni manusia, pasti keadaan macam ni tak berlaku. Nyawa kucing tu kan sama macam nyawa manusia. Kalau dah tiada, maka tiadalah akan kembali. Ya Allah, tolonglah, tolonglah hambaMu yang lemah ni. Permudahkanlah urusan saya. Urusan ni bukan untuk saya tapi untuk makhlukMu yang lemah, yang disayangi kekasihMu.
Untuk ke sekian kalinya, saya bercakap dengan Jarry: "Jarry kena kuat. Alongpun kuat dan Along akan usaha juga untuk Jarry. Yang penting, Jarry kena bertahan. Lawan Jarry, lawan sakit tu. Along ada, along akan cuba sehabis daya,"
Telefon saya berdering lagi. En. F!!! Harapan saya mekar semekar bunga kembang pagi. Saya tahu, ramalan Haida bahawa En. F yjuga akhirnya akan bawa kami ke vet pasti benar.
En. F: Awak kenapa? Saya tertinggal handset dalam kereta Saya tertidur tadi.
Tinta: (Dalam esak tangis) Kucing saya, kucing saya sakit. Boleh tak kita pergi hospital sekarang?
En. F: Kenapa nangis ni? Teruk ke dia sakit? Yang mana?
Tinta: Jarry. Teruk, leher dia berlubang.
En. F: Kenapa? Kena apa?
Tinta: tak tahu. Awak datanglah sini sekarang.
En. F: Tapi kita nak pergi vet mana? Vet dah tutup.
Tinta: Kita pergi Jln Tun Razak, 24 hours clinic. Saya dah call, confirm buka.
Akhirnya, setelah dua jam mencari bantuan, bantuanpun tiba. En. F cuba untuk tengok lubang tu tapi tak nampak sebab saya tak nak keluarkan Jarry dari carier, takut dia lari bila nampak En. F. En. F siap bawa lampu suluh nak cek Jarry.
Tinta: Dahlah, jomlah.
Setibanya kami di vet, kami diberitahu , disebabkan melebihi jam12.00, consultant fee tidak termasuk ubat dan lain-lain RM265.00 . Tak apalah, biar saya berhabis, demi Jarry, saya akan bayar.
Saya berdebar menanti reaksi Jarry bertemu dengan Vet. Jarry kelihatan tenang. Diam sahaja bila vet mengeluarkan dia dari carier. Vet memulakan tugasnya dengan memeriksa luka Jarry. Kata vet, lukanya dalam. Dijangkakan bukan baru kerana ia sudah mula mengeras dan bernanah. Darahpun sudah tiada. Sudah mula ada jangkitan. TKawasan berkenaan mula membengka. Jika dibiarkan, pasti akan dihurung lalat dan busuk. Untuk merawatnya, Jarry perlu dibedah dan dijahit. Anggaran kos RM2,000.00. Saya sedih kembali. Saya tak mampu sebab tahun ni saya banyak guna duit. Doktor menyarankan saya ke vet milik kerajaan. UnSaya setuju. Untuk malani, doktor cuci luka Jarry dan bagi dua injection . sSatu untuk tahan sakit dan satu untuk antibiot. Doktor meminta saya agar tidak membenarkan Jarry keluar. Korentin! Jarry hanya diam apabila pembantu perubatan mencukur bulunya di sekitar luka. Jarry tetap diam apabila doktor memberi injection kepadanya. Saya tak sangka Jarry sekuat dan seberani itu. Syukur padaMu Tuhan. Keberanian Jarry memudahkan kerja. Saya, Haida dan En. F menggosok-gosok Jarry ketika dia diperiksa dan dicukur bagi memberikan keyakinan kepadanya bahawa tiada apa yang harus ditakutkan. Nampaknya teknik ini berjaya. Jarry sedikit pun tidak berusaha untuk lari atau mengelak. Dia bagai redha diperlakukan apa sahaja. Along sayang Jarry. Kos perubatan malam itu, RM341.50. Mahal? Memang mahal tak apa, janji saya puas hati . ekurang-kurangnya tahu apa yang berlaku. Saya kurung Jarry dalam kandang. Takut dia keluar.
Friday, June 5, 2015
Bercerita Pada Jarry
Haida: Jarry, mari sini Cik We nak cerita sikit.
Saya: Cik We nak cerita apa pada Jarry?
Haida: Adalah. Marilah sini Jarry. Cik We nak cerita pasal Along.
Saya: Hah? Cerita apa?
Jarry yang manja menghampiri Haida serta terus lembikkan badan bila dibelai oleh Haida.
Haida: Jarry nak tahu tak, Cik Along, sekarang ni, ada adik angkat.
Hahahahahaha saya gelak sakan. Haida juga begitu.
Haida: Cik Along kau, tak pernah ada adik angkat. Nanti kita tengok eh berapa lama Cik Along kau baik dengan adik angkat dia.
Saya: Kenapa pulak?
Haida: Yelah Jarry, Cik Along kau kan garang, dengan kau pun boleh garang, ini pulak dengan adik angkat. Nanti kalau budak tu ngada-ngada, mesti kena marah dengan Along kau. Pas tu tak tahulah jadi adik angkat lagi ke tidak.
Saya: Kurang asam punya Cik We!!!
Pecah derai tawa antara saya dan Haida. Perli nampak.
Orang nak jadi adik angkat then OK la. Sebab saya ada pengalaman dengan orang yang minat nak jadi adik angkat saya. Nanti ada masa akan saya coretkan di sini. Pengalaman yang buat saya rasa bersalah dan terkilan dengan sikap saya. Tapi cukuplah sorang adik angkat. Tak mau ramai-ramai. Kalau kakak dan abang angkat ramai tak apa hehehe
Sunday, May 24, 2015
Terima kasih, Abah
Tit, tit,
Tanda satu mesej masuk ke peti masuk telefon bimbit saya.
Abah!
"Masuk RM3,000.00 MBB"
Rasa sebak, terharu yang amat tatkala membaca kiriman mesej abah. Tak perlu dinyatakan tujuan abah bank in RM3,000.00 tersebut. Semestinya wang tersebut untuk membeli IPhone, ganti IPhone 4S saya yang hilang dua minggu lepas. Ini adalah kali kedua dalam masa dua minggu abah memasukkan RM3,000.00 ke akaun saya. Beberapa hari sebelum saya kehilangan telefon bimbit, abah bank in RM3,100.00 kepada saya untuk membeli laptop yang dia janjikan kepada saya setelah saya kehilangan Acer Ferrari yang dia belikan lapan tahun lalu. Tak sangka abah ingat akan janjinya empat tahun lalu setelah rumah saya dipecah masuk oleh pencuri dan mengambil beberapa barang berharga milik saya seperti laptop dan barang kemas. Kesibukan masa dan banyak wang digunakan untuk membeli rumah dan berpindah rumah sewa, membuatkan saya tidak ambil berat akan janji abah sebab saya tak kisahpun kalau abah tidak menggantikan laptop saya. Bila semua urusan penting berkaitan wang selesai, saya akan membelinya dengan duit saya sendiri. Tapi abah sentiasa ingat apa yang dia kata. Sebelum tu, abah janji nak pasang air cond dalam bilik tidur saya di rumahnya. Saya biarkan saja tanpa menuntutnya. Suatu hari saya pulang, air cond tersebut telah dipasang. Kata mami, abah ada sebut di hadapannya tentang janji dia pada saya. Sedangkan saya, tidak menganggap kata-katanya sebagai janji kerana saya sedar, bukan saya sorang anak abah dan saya kan sudah bekerja.
Terima kasih, abah. Along rasa sebak sangat masa tulis entri ni. Sesungguhnya kasih ayah sememangnya berpanjangan. Maafkan Along atas segala silap Along sepanjang menjadi anak abah di Bumi ini. Paling penting, Along nak abah tahu, walaupun along tidak mengucapkannya sama seperti abah, along sentiasa sayang dan rindukan abah. Kalau boleh, along nak sentiasa abah ada dengan along, macam along kecil dulu. Tapi sekarang along dah dewasa. Allah tetapkan rezeki along di sini, maka kita terpaksa berjauhan. Along sayang abah.
Thursday, May 14, 2015
Kejadian Kali Kedua
Semalam, kelas renang pertama saya yang saya tumpang sekumpulan pelajar untuk belajar. Bukan bermakna kelas saya bersama Coach Fauzi berakhir dan tidak bagus. Cuma, saya perlu usaha lebih untuk benar-benar menguasai teknik renang yang betul. Rasanya kalau saya hanya mengharapkan kelas bersama Coach Fauzi, pastinya pelajaran saya tak sempat habis sebelum tamat sesi. Seperti yang saya war-warkan sebelum ni, kelas ni bersama Coach Hawary.
Tapi hari ni, saya tak nak cerita fasal kelas renang ni dulu. Ada kejadian lain yang lebih penting perlu saya coretkan di sini. Saya dah lupa sama ada saya ada tulis atau tidak peristiwa saya hilang handset dan jam tangan sebelum ni. Yang pastinya kedua-dua handset dan jam tangan saya tu hilang berasingan.
Semalam, selepas tamat kelas dan bersedia untuk pulang, Ujang salah sorang pelajar kehilangan handset. Semua orang merasa gempar dan sibuk mencari dan menyoal siasat Ujang.
Cikgu Fazli: Coach ada jumpa cover tapi bukan note 3, cover buka dari atas ke bawah bukan macam buku. Cover lama.
Gulp!!! Description macam cover handset Nokia saya. Saya lantas membuka bahagian beg di mana saya meletakkan handset tersebut. Masya-Allah, Nokia N95 dan IPhone 4S saya tiada. Subhanallah, apa yang sedang berlaku ni? Saya mencari lagi untuk memastikan jam tangan saya. Pun tiada. Ya Allah! Saya meminta Hazel untuk call nombor saya. Line IPhone telah dimatikan manakala line N95 masih hidup. Berkali-kali kami cuba namun tiada jawapan. Saya lantas menelefon seorang kawan saya yang saya partner kan aplikasi Life 360 bagi mengetahui kedudukan handset saya. Ya, handset saya berada di Jalan Taman Setiawangsa. Bermakna, saya membawa handset sewaktu latihan dan ianya hilang!
Setelah penat mencari, kami bergerak pulang. Sekali lagi Cikgu Fazli menghubungi coach untuk memaklumkan handset saya yang satu itu masih hidup. Coach meminta nombor telefon saya untuk memudahkannya mencari.
Setibanya saya di rumah, Haida, teman serumah memberitahu bahawa Cikgu Fazli meminta saya menghubunginya kembali. Menerusi panggilan yang dibuat, saya dimaklumkan, Nokia N95 saya telah ditemui bersama Nokia milik Syahida di dalam semak berhampiran. Manakala IPhone dan Note 3 Ujang masih gagal dikesan. Coach juga meminta pihak pengurusan membuat pengecaman cap jari agar kejadian seumpama ini tidak berulang. Menurut makluman management, kejadian sebegini mula berlaku sejak seminggu dua yang lalu. Saspek adalah dua remaja lelaki yang mungkin dilihat Cikgu Fazli berkeliaran di kawasan beg kami diletakkan. Cikgu Fazli berjanji akan mengambil handset saya dan Syahida hari ini. Sedang saya masih mengharapkan keajaiban berlaku untuk menemui IPhone dan jam tangan saya. Insya-Allah, amin... Rentetan daripada itu, saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Wangsamaju jam 1.00 lebih pagi tadi memandangkan waktu itu sahaja ada orang yang boleh menemani saya berbuat demikian kerana kawan-kawan mempunyai urusan lain. Rupanya banyak kes kejadian kehilangan malam tadi. Sementara saya masih menunggu maklumbalas daripada Balai Polis Tun Razak berkenaan dengan kes saya. Saya juga membuat semakan menerusi Find My IPhone, tetapi ICloud memaparkan, All devices are offline. Mungkin saya lewat kerana perjalanan dari kolam ke pejabat dan dari pejabat ke rumah mengambil masa hampir dua jam. Selalunya pencuri tidak menunggu lama untuk melakukan sesuatu terhadap barang curiannya.
Sunday, May 10, 2015
Kahwin...
Hari ni nak cakap fasal perkara yang peribadi sikit.
Bila usia dah meningkat, bila kawan-kawan terdekat melangkah ke gerbang perkahwinan, mulut orangpun mula sibuk tanya:
"Awak bila lagi? Si Pulan tu dah kahwin dah,"
"Kahwinpun Si Pulan, awak bila pulak?"
"Awak ni bila nak kahwin? Takkan tak ada orang nak kot? Tak percayalah,"
Boleh tak kalau saya nak tanya,
"Awak ni bila nak mati?"
Haaaaa.... Dah sampai tahap geramlah tu.
Korang mesti tak boleh jawab kan bila korang nak mati? Macam tulah jugak saya. Sayapun tak tahu bila jodoh saya nak sampai. Tanyalah Allah, bila masanya. Kalau saya ni ada kelebihan boleh selak buku takdir, tak payah tunggu korang tanya, saya dah selak dulu dan tahu je siapa suami saya, saya terus tunggu dia ataupun cari dia. Tak payah buang masa nak berkenalan sana sini, nak bercinta sana sini. Nak kata tak faham takdir, ramai yang tanya tu orang Islam. Siapa tak nak kahwin, semua orang nak kahwin kan? Tapi ajal maut, jodoh pertemuan tu kan milik Allah. Kalau tanya saya, manalah saya tahu. Bukan saya ni anti sosial duduk dalam rumah tak keluar-keluar tak jumpa lelaki. Masanya belum sampai. Tentionlah orang yang suka menyibuk hal orang ni. Kalau saya tak kahwinpun, saya susahkan korang ke??? Tak kan? So, jangan tanya benda yang saya tak ada jawapannya. Kawan yang kahwin tu, dah memang jodoh dia sampai, kahwinlah dia. Esok bila jodoh saya sampai, kahwinlah saya.
"Takkanlah tak ada orang nak. Awak memilih sangat kot,"
Yes! Saya memang memilih. Tapi bukannya saya memilih yang tidak bertempat. Kahwin tu bukan soal main-main, ni soal sepanjang hayat, takkan saya nak main sapu je macam penyapu, macam pilih baju atau macam beli ikan kat pasar? Kalau yang datang tu, orang yang tak tak, takkan saya nak sebat je. Kalau mencari pasangan biarlah yang betul-betul. Biar yang ada rasa tanggungjawab pada orang jagaannya. Saya sedar saya siapa, jadi, tak adalah saya nak pilih yang kacak bergaya atau yang kaya-raya. Cukup sekadar yang ada tanggungjawab.
Orang yang suka tanya saya fasal kahwin ni selalunya orang yang dah kahwin. Mentang-mentanglah dia dah kahwin, sibuk jaga tepi kain orang. Kalau belum kahwin orang tanya dia, mesti melenting tak hengat. Stop! Jangan tanya bila saya nak kahwin, saya hanya mampu berusaha yang menentukan itu Allah.
Wednesday, May 6, 2015
Kurus Dan Cantik
Wah, tajuk. Tak hengat.
Sebenarnya saya tertarik nak tulis tajuk ni lepas baca review produk perlangsingan dan kurus di internet. Ada beberapa produk saya baca tentang review yang kurang memuaskan hati. Sayapun tak tahu betul atau tidak komen ni sebab saya sendiripun tak pernah ambil makanan kesihatan berkenaan. Ada juga produk yang saya baca iklannya berbunyi: "Kurus dengan mudah, cepat dan berkesan", "Kurus tanpa diet," atau "Kurus cara mudah tanpa perlu bersusah-susah berpanas," Sekali baca wow! Hebat sangat makanan tambahan sebegini. So, tak perlulah kita bersenam dan control makan kan? Bestnyaaaaaaaa. Kita boleh amalkan gaya hidup yang sedia ada tanpa perlu berpanas, penat dan berlapar. Bukan berlapar, kurangkan makan.
Tapi... Bila difikirkan balik, logikkah dengan cara macam ni? Ibaratnya, kita nakkan sesuatu tanpa perlu usaha dan bersusah-payah. Jalan yang mudah untuk dapatkan sesuatu. Kalau gitu, tak adalah orang yang obes kat dunia ni.
Sekadar pendapat, untuk menjadi kurus, cantik dan menarik bukanlah sesuatu yang mudah. Nak cantikpun susahkan? Tiga elemen penting perlu digabungkan bersama untuk mendapat wajah yang cantik, tubuh yang ideal iaitu, diet yang sihat, banyakkan minum air masak dan bersenam. Tiga perkara ni amat penting bagi merialisasikan impian tubuh ala model atau pramugari serta wajah yang mulus seperti ratu. Orang yang menjual makanan tambahanpun agak-agaklah nak buat iklan.
Diet yang sihat membantu memastikan tubuh mempunyai zat yang cukup yang diperlukan, mengurangkan berat badan serta lemak.
Air masak membantu untuk menyahkan toksin dalam badan kita. Kenapa kita sakit dan gemuk? Sebab banyak kekotoran dalam badan kitalah.
Bersenam pula membantu untuk mengeluarkan toksin melalui peluh, memecahkan lemak serta membentuk tubuh yang menarik.
Saya juga tertanya-tanya, orang yang makan makanan tambahan yang mengatakan makanan tersebut tidak sesuai dengan dirinya itu, benar-benar makanan tersebut tak sesuai, atau cara makan yang salah, atau sekadar makan makanan tambahan tapi tiada diet seimbang dan sihat, tidak minum air masak yang banyak dan tidak bersenam. Kalau tiada ketiga-tiga ni, makanlah makanan kesihatan sebaik manapun, semahal manapun, pasti tidak akan berkesan. Tapi, kalau amalkan tiga perkara di atas, tanpa makanan kesihatanpun Insya-Allah kita akan memiliki wajah dan tubuh yang kita idamkan. Usaha tangga kejayaan. Bersakit dahulu, bersenang kemudian. Biar susah sekarang, senang kemudian. Ingat, makan makanan kesihatan perlu air banyak jika tidak, ia akan merosakkan buah pinggang.
Bukan mudah untuk menjadi cantik. Jika tubuh kita ideal, banyak pakaian, fesyen dan design yang boleh kita gayakan. Hehehe macam pakar kecantikan la pulak.
Subscribe to:
Posts (Atom)