Tak fasal-fasal aku dan Haida jadi doktor dan nurse pulak malam tadi. Dari hari Ahad lagi Si Gemuk ni asyik mengiau je. Lepas tu gelisah tak menentu. Jika dilihat pada tanda-tandanya, memang Si Gemuk ni dah nak beranak.
Ahad, aku jadi tukang buat rumah. Hahaha... Pagi-pagi lagi aku dah pergi kedai Babu, minta kotak. Nasib baik ada kotak. Kata pekerja Babu, malam tadi dah ada orang datang ambil banyak. Rezeki kaulah Gemuk. Balik, aku buatkan tingkap kat dinding kotak tu supaya Gemuk dan anak-anak yang bakal dilahirkan tak lemas. Karang mati pulak.
Petang semalam, aku balik kerja, Si Gemuk dah bising-bising. Tapi aku biarkan kat luar dulu sebab nak selesaikan semua kerja aku. Kalau dia masuk, pintu bilik semua tak boleh buka sebab Si Gemuk ni degil, orang dah bagi tempat beranakpun, still lagi nak cari tempat lain. Geram aku. Lepas Maghrib, aku izinkan Si Gemuk masuk. Pandai pulak dia masuk kotak dia. Lepas tu keluar balik. Si Gemuk makin riuh. Asyik nak duduk manja-manja dengan aku. Mungkin dia sakit kot. Aku tunggu punya tunggu, tak beranak juga, sampai aku tertidur kat ruang tamu.
Pukul 10.00 lebih, aku nak bawa kotak Gemuk keluar. Sebab kalau biar kat dalam, nanti kalau beranak kat mana-mana kan susah. Aku dah mengantuk. Tak kuasa nak tunggu dia beranak. Esok kerja. Malam cuti bolehlah. Elok aku buka pintu, kedengaran bunyi baby kucing mengiau. Aku berdebar dan terus berlari mengangkat Si Gemuk dari sofa masukkan dalam kotak. Aku panggil Haida keluar, Biar sama-sama hadapi saat genting ni. Hehehe... Nasib baik sofa tak kotor. Kami berdua duduklah menunggu Si Gemuk beranak depan kotak.
Tinta: Wei, anak dia ni hidup ketak? Kenapa diam je ha?
Haida: Tulah, bukan kalau dia beranak, anak dia nangis ke?
Tinta: Nak kena tepuk macam baby kot.
Haida: Gilalah kau ni.
Semua anak dia, mengiau sekali je. Mungkin masa keluar kot. Pukul 11.00, agak-agak semua dah selesai baru kami masuk tidur tanpa kami ketahui bilangan anak Si Gemuk. Yelah, kucing mana boleh tengok anak dia, nanti dia bawa lari pulak.
Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Tuesday, March 19, 2013
Monday, March 18, 2013
Satu Jari Tuding Kepada Orang, Empat Lagi?
Dah beberapa kali aku dengar, sipulan kata, Tinta dan kawan-kawannya, tidak pandai buat kerja, tidak bagi kerjasama, tidak bertanggungjawab. Amboi, sedapnya bercakap. Dulu dah kena sekali, nak kena lagilah ni. Jari tu, asyik tuding pada orang je. Itu tak betul, itu tak kena, itu salah. Bila kita buat kerja, ada je cari silap kita. Ingat sikit, empat jari lagi tu, tengah tunjuk pada diri sendiri. Pandai-pandai cakap orang macam-macam. Pada hal, diri sendiri tu, bagus sangat ke?
Sipulan bin sipulan, kalau kita orang ni tak pandai buat kerja, habis yang kita orang buat macam-macam program kat tempat lain tu apa? Lagilah tak ada orang berpengalaman dengan kita orang. Jangan asyik cakap orang je, kalau sendiri tak betul. Cubalah jadi manusia, jangan jadi ketam. Sibuk ajar anak berjalan betul, tapi diri sendiri berjalan senget. Jangan sampai aku sebut nama kat sini. Habis tu, kawan-kawan sipulan tu pulak, percayalah cakap sipulan tu. Korang tengok dulu, kaji dan teliti balik, kawan korang tu betul ke tidak!!!

Monday, March 11, 2013
Jenis Face Powder Dan Penggunaannya
Hahahaha.... Sesuai dengan tajuk di atas, mesti korang semua dah tahu apa yang aku nak cerita hari ni. Beberapa hari kebelakangan ni, aku sibuk mencari info tentang compact powder yang OK. Tapi dalam aku mencari-cari tu, aku terjumpa sesuatu yang lebih menarik. Haaa... Aku sendiripun tak tahu tentang ni. Jadi, mari kita sama-sama belajar. Info ni aku petik daripada
www.dangobunny.com/.../jenis-jenis-face-powder-...Cached
Kulit wajah yang terlalu banyak bedak, it looks lifeless, it doesn’t look flawless or glowing at all.
So generally kenapa kita menggunakan face powder atau bedak muka ni?
1. Untuk kawal kulit berminyak.
2. Untuk cover sebarang cela dan kekurangan di kulit wajah.
3. Untuk memberi ‘stay power’ kepada foundation muka atau BB cream yang telah di pakai. (yelah dah susah payah kita dok tempek BB cream bagai sebab teringin nak kulit flawless ala-ala artis Kpop tapi kalau kita pakai BB cream je tapi tak pakai powder, dengan cuaca kat Malaysia ni confirm 3-4 jam kemudiannya muka macam lilin cair hehe)
4. Untuk melindungi kulit dari sinaran UV matahari (bagi powder yang ade pelindungan SPF15 ke atas)
5. Untuk melindungi kulit dari sebarang habuk dan kotoran.
2 jenis face powder:
Type 1: 2 Way Cake Powder
Coverage: Medium Coverage to Full Coverage (bergantung pada teknik pemakaian bedak tersebut)
Skin types: Sesuai untuk semua jenis kulit kecuali extremely dry skin or flaky skin.
Versatility: Bedak ni boleh digunakan on its own, tidak perlu gunakan foundation.
Rasanya kalau nak cepat bersiap setiap hari ke mana-mana, jalan paling mudah ialah menggunakan 2 way cake powder. So powder jenis ni memang coverage dia tip top, boleh digunakan untuk mendapatkan full coverage atau medium coverage, kalau adaparut-parut jerawat yang nak disamarkan, kita memang akan cari bedak asas yang full coverage. Boleh jimat duit sikit sebab tak perlu beli foundation yang berasingan, guna powder je pon dah perfecto.
Problem dengan powder jenis ini ialah:
1. Ia tidak sesuai dipakai di atas foundation, ia perlu dipakai on its own, kalau digunakan selepas pakai foundation, CONFIRM muka akan nampak cakey, makeup kelihatan tersangat tebal dan kulit langsung tak kelihatan natural. Boleh lah guna atas foundation kalau foundation tu jenis sheer coverage, jadi bedak two way cake ni akan tambahkan coverage yang kulit bermasalah perlukan. Cuma elakkan guna foundation medium to full coverage dengan two way cake, haa karang tak pasal-pasal muka nampak macam pakai bedak tebal berinci-inci.
2. Tidak berapa sesuai untuk mereka yang berkulit kering. Sebab two way cake powder ialah powder semata-mata, jadi bagi yang berkulit kering sama ada korang menggunakan teknik ‘wet sponge’ atau ‘dry sponge’ untuk applikasi powder jenis ni, kulit korang akan kelihatan semakin kering dan nampak semua sel-sel mati halus yang menggelupas kat kulit tu. So bagi yang berkulit kering, this powder is not suitable for you if you have a dry flaky skin. Kulit berminyak akan dapat paling banyak benefit dengan powder ni sebab bergantung pada formula powder tersebut, ade sesetengah powder boleh control muka dari minyak berlebihan.
3. Hasil kemasan dari 2 way cake powder mungkin akan kelihatan cakey jika digunakan terlalu banyak. Jadi bila guna powder jenis ni kena ingat; ‘less is more’.
4. Elakkan touch-up selepas korang gunakan two way cake. Biasalah bagi otai-otai yang dah biasa ber-makeup sekalian, bila kita dah bersolek 3-4 jam kemudiannya mesti kita nak touch-up punya. Tetapi bila dah guna two way cake ni, elakkan touch up dengan menempek lebih banyak bedak di atas permukaan kulit sebab nanti hasilnya kulit akan kelihatan cakey dan serious nampak solekan kulit tu tebal.
5. Bagi powder two way cake yang ade SPF15 keatas di dalam powder tu, memang tak best sangat guna powder tu sebab nanti bila snap photo menggunakan flash photography, ughh muka nampak putih melepak confirm orang confuse tu orang ke atau hantu mak limah. So elakkan guna powder ni dengan SPF yang tinggi atau pilih yang takde SPF kalau waktu tu nak bergambar sakan ye. *wink*
Things that you needs in order to apply a powder: Powder sponge or a Kabuki brush or a big powder brush.
Tips dan Teknik untuk pemakaian face powder jenis 2 way cake:
1. Dry sponge technique-untuk hasil kemasan yang medium coverage, tidak akan kelihatan flawless sangat.
2. Wet or dampen sponge techinique-untuk hasil kemasan yang full coverage. Bila menggunakan teknik ni, jangan apply bedak terlalu banyak jika mahu kulit kelihatan flawless, gunakan sponge yang telah di basahkan dengan sedikit air (jangan sampai sponge tu terlalu basah pulak, gunakan sedikit air je)
3. Kabuki brush-kalau gunakan kabuki brush, bulu dia lebih lembut, tebal dan bushy jadi brush ni akan ‘pickup’ lebih banyak powder berbanding brush biasa jadi pada pendapat I, kabuki brush boleh beri full coverage jugak bila digunakan untuk apply powder jenis ni.
4. Normal big powder brush-hasil kemasan bedak lebih kepada medium coverage, bagus untuk touch up sebab bedak tak cake up dan tak nampak tebal
5. Quick tips: Jika korang dah ter-kelihatan cakey hasil daripada pemakaian bedak yang terlalu tebal, gunakan mist spray atau apa-apa makeup spray dan spray kan wajah tu, biarkan air tu kering untuk 2-3 minit dan hasilnya ia akan ‘tone down’ kan bedak yang terlalu tebal tu untuk kelihatan lebih natural.
Type 2: Sheer Pressed Powder
Coverage: Sheer coverage i.e very minimum coverage
Skin types: Sesuai untuk semua jenis kulit kecuali kulit berminyak.
Versatility: Boleh digunakan on its own untuk very minimal coverage tetapi lebih sesuai digunakan dengan foundation makeup.
Problem dengan powder jenis ini ialah:
1. I tak rasa ada apa-apa masalah pon dengan powder jenis ni, yang menjadi masalah ialah bila kita salah gunakan bedak ni je. Bedak jenis ni, ia bukan untuk cover apa-apa cela di wajah, so kalau ada parut jerawat ke, liang roma yang membesar ke, ia takkan dapat diselesaikan dengan pemakaian bedak ni semata-mata.
Sebab ramai yang tak sedar fungsi sheer coverage powder ni hanya untuk memberi ‘stay power’ kepada foundation atau BB cream yang kita dah pakai je, tu pon ‘stay power’ yang minimum sebab bedak ni sangat halus dan tidak memberi sebarang coverage untuk tutup apa-apa ketidaksempurnaan kulit. Akibatnya kita gunakan terlalu banyak pressed powder kat kulit kita dan membazir je 2 bulan sekali kena beli pressed powder baru padahal kita yang salah gunakan powder ni untuk fungsi yang tak ada padanya.
2. Disebabkan kemasan bedak ni memang natural dan coverage pon minimal je, bedak ni tidak boleh membantu bagi mereka yang kulit jenis berminyak, sebab ia bukan bedak untuk tujuan control oil di wajah.
Jadi, gunakan sheer pressed powder ni bersama dengan:
1. Foundation,
2. BB cream,
3. Sunblock atau face moisturizer.
Tips dan Teknik pemakaian face powder jenis sheer pressed powder ni:
1. Dry sponge-untuk kemasan sheer coverage.
2. Kabuki brush-untuk kemasan medium coverage.
3. Normal big powder brush-untuk kemasan sheer coverage.
don’t be afraid of makeup *wink
Pesanan Penulis:
Disclaimer: I am not a professional but all of the contents is based on my experienced as a woman who have so much passion and love towards beauty related products, so do take it entirely as my opinion and advise only.

Thursday, February 28, 2013
Swiss Polo Dan Sole
Berjalan-jalan di shopping complex adalah aktiviti kegemaran aku. Lebih-lebih lagi pada awal bulan. Sebab apa? Sebab baru dapat gajilah :)
Petang Selasa lalu, aku ke Aeon Alpha Angle, Wangsa Maju. Kebetulan ada sale pulak tu. Akupun apa lagi, memandangkan sendal untuk pergi dan balik kerja semuanya dah lunyai, jalan-jalan cari sendallah. Wow! Valentino Rody! Beli dua, RM79.00. Jarang dapat sale macam ni. Dahlah tu, kasut yang aku sukapun ada. Tadi kata nak beli sendal pergi dan balik kerjakan? Dah tukar agenda pulak, nak beli sekali kasut untuk pakai kat office. Tapi malangnya, sepasang lagi yang aku nak tak ada saiz. Almaklumlah, saiz aku ni kan, saiz standard so, cepatlah habis.
Lepas tu, aku pun tengok-tengok lagi. Wow! Swiss Polo! Sendal bertali hampir sama macam valentino yang aku nak, cuma tapak flat tak tinggi macam Valentino. Ok juga, boleh pakai untuk bersantai. Tapi... Sendal untuk pergi dan balik kerja dah tak ada ni. Mustahak tu. Mana boleh pakai kasut atau sendal office, cepatlah jahanam. Dahlah warna si Polo ni menarik, biru, merah dan oren kalau tak silap. Tapi yang masuk dengan aku biru. Lain dari yang lain. Naklah! Tapi nanti tak cukup duit pulak macam mana? Skin care pun nak kena beli juga ni :(
Aku bergerak pula ke Sole. Ada sendal yang sangat sesuai untuk pergi dan balik office. Cuba punya cuba warna merah tak ada saiz. Hitampun, hitamlah. Alamak... Sifir Ekonomi Asas masa Tingkatan 4 dulu bermain di fikiran. Bila ada kekurangan, kena buat pilihan, bila buat pilihan, mesti ada kos lepas, Huhuhu kos lepasnya, Swiss Polo biru aku tulah :(
A: Awak suka kasut biru tadi ke?
Tinta: Sukalah :(
A: OK, yang ni, saya belikan untuk awak.
Ha??? Belikan??? Maknanya... Belanjalah ye? Hahaha... Mata yang tadinya suram kembali menyinar. Senyum lebar ke telinga. Maka, berguguranlah daun-daun kering di musim luruh, digantikan dengan musim bunga yang mengasyikkan :) :) :)
Yes!!! Akhirnya... Sepasang Sole hitam dan sepasang Swiss Polo biru menjadi milikku yang mutlak!!! Hurray!!!
Kasut office, cari esok, J Card Sale, mesti harganya merudum murah. Misi seterusnyaaaa... :)

Tuesday, February 19, 2013
Baju Kelawar Lukisan Tangan Dan Tudung Dua Tona Warna
Ada orang baru balik "out station". Cuba teka apa yang dia bawa untuk saya.
A: Saya akan hantar sepaket keropok leko berharga RM2.00 malam ni.
Huh! Ada aku kisah nak hantar keropok harga berapapun?
Tinta: OK.
Malam:
Sepaket keropok lekor bertukar tangan. Seekor patung penyu kotak pensel diberikan padaku (kalau dah penyu tu, baru balik dari Terengganulah) dan satu beg plastik.
Tinta: Apa ni?
A: Tengoklah.
Dengan senyuman mekar di bibir, isi beg plastik ku keluarkan. Hahaha best!!! dua helai tudung bawal dua tonne berwarna kuning dan oren serta ungu gelap dan biru laut. Yang kuning ada taburan manik di bahagian tepi dan yang ungu ada bunga bersulam serta batu di atas kepala. Bahagian tepinya berkilat dan berwarna-warni. Apa lagi, terus peragakan di kepalalah.
A: satu lagi?
Tinta: Apa?
A: Tak tahu.
Tanpa berlengah aku keluarkan kain sehelai lagi. Wow!!! Baju kelawar berwarna-warni dengan warna-warna ceria seperti pink dan kuning. Coraknya adalah lukisan tangan :)
Terima kasih, A.

Tony Roma's Mid-Valley Mega Mall, Tanda Minta Maaf
Tengku Jashwa, kerabat diraja Terengganu yang tak macam kerabat. Hahaha... Kenapa aku cakap macam tu? Orangnya sangat simple dan humble. Aku tahu yang dia tu kerabatpun, dari Jef, kawan dia yang lebih dulu kenal aku. Dia seorang entahlah, mungkin seorang cameraman tapi mungkin lebih daripada tu sebab dia punya studio sendiri. Apa kena-mengena Tonya Roma's dengan dia?
Kisahnya bermula setelah dia shoot aku untuk projeknya. Dia pinjam dokumen penting aku. Lepas tu dah berbulan dia peram, tak pulangkan pada aku. So, aku chase la. Yelah kan, sijil-sijil tu amat berharga bagi aku, penyumbang kepada masa depan kerjaya aku tu. Mula-mula rasa takut juga nak call dan mesej dia. Yelah kan, murka nanti macam mana? So aku deal la dengan Production Manager dia, Johanna. Lama lepas tu, Johanna suruh aku sendiri call dia. Dalam takut-takut berani, aku callah dia. Banyak kali, risau fasal sijil aku tulah. Kalau sijil biasa tak apalah, ni siap dengan Ijazah dan sijil akademik lainnya. Sebagai tanda minta maaf, malam Isnin lalu, dia mesej aku cakap nak belanja makan. Mungkin rasa tak sedap sebab aku tunggu dia hantar sijil tu kat rumah, tapi dia ada meeting dan habis lewat. Jadi, dia plan nak jumpa aku semalam, hantar sijil dan belanja makan. Mula-mula aku ingat dia main-main. Takkanlah orang macam dia nak keluar dengan aku? Bagi aku, dia hantar sijilpun dah cukup. Aku tak minta lebih.
10.00 lebih pagi semalam dia mesej aku:
"Selamat pagi Tinta.. Mohon beritahu waktu sesuai saya boleh tiba di MAB dan jemput Tinta untuk makan tengahari serta di mana Tinta teringin nak makan hari ni :)"
Eh, biar betul mamat ni. Betul ke nak belanja aku? Siap suruh aku tentukan tempat makan lagi. Dia nak belanja, dialah tentukan tempatnya. Manalah aku tahu budget dia, traffic jam ke tidak, sesuai tak dengan dia? Peninglah. Dah aku yang serba-salah, nak makan tempat murah, takut dia tak selesa. Nak makan tempat mahal nanti dikatanya aku ni mata duitan. Puas aku suruh dia pilih tempat yang senang bagi dia. Las-las dia balas:
"Saya semua senang. Sebab saya tak bawa beca. Saya drive kereta. Nak pergi manapun boleh..."
Alamak! Takkan aku nak pergi sorang? Habis siapa nak temankan aku? Takkan dia nak pimpin aku kot? Kalau dia bawa kawan, lagi malu aku. Apasallah aku pergi setuju nak makan dengan dia? Dengan tak malunya, aku minta izin untuk bawa kawan. Dan aku cadangkan untuk makan di Little Vietnam, Mid-Valley.
1.00 lebih dia sampai. Ternyata, dia datang sorang. Ish dia ni, confident je datang sorang, diakan tahu kalau kat tempat tak biasa orang kena pimpin aku. Kalau aku tak bawa kawan tadi, takkan dia nak bawa aku? Dia ingat tentang aku ke tidak ni? Sekali lagi aku serba-salah, nak duduk depan ke? Nak duduk belakang dalam kereta ni? Duduk depan malu, duduk belakang bukan ke kurang sopan gayanya buat orang macam driver kita? Dahlah dia tu bukan calang-calang orang. Mungkin nampak aku teragak-agak, dia terus cakap, duduk belakang dua-duapun tak apa. Alhamdulillah. Sepanjang jalan, tak putus-putus kami berbual dan ketawa. Ternyata, dia memang pandai bergaul dan suka buat lawak.
Penat kami cari Little Vietnam, malangnya dah tutup. Dia tanya aku, nak makan mana pulak? Kali ni, aku suruh dia cadangkan. Setelah berfikir seketika, dia bawa aku ke Tony Roma's itupun setelah ku beritahu aku nak makan western.
Sungguh, aku tak pernah masuk Tony Roma's ni. Makan dan minum akupun, aku suruh dia yang cadangkan. Rip Tony Roma's Glendale dan Pina Colada! Itulah menu makan tengahari aku semalam.
Terima kasih Jash atas hidangan tengahari yang lazat :)

Friday, February 15, 2013
Kapal Terbang Bocor
Peristiwa ni terjadi masa aku balik dari India hampir dua tahun lalu. Kalau tak silap, 30 November, 2011 rasanya. Selama lima hari empat malam di India, ramai yang keletihan dan mengalami ceret-beret, mungkin kerana tak sesuai dengan makanan di India, kecuali aku dan Sam. So, bila dalam flight tu, semuanya tidur dan diam tak macam dalam perjalanan pergi.
Aku? Aku ni pantang naik kenderaan, mesti nak tidur. Sedangkan naik LRT hari-haripun boleh tidur, apa lagi naik flight selama empat jam setengah tu. Bila kapal terbang mula menujah udara, dan terbang bebas di angkasa, akupun mulalah hanyut dan bakal lena di alam mimpi. Ingat kapal terbang je nak terbang? Akupun nak terbang juga. Oh tak, aku belayar. Kapal terbang makin jauh meninggalkan Kochin merentasi lautan dan gunung-ganang. Mata aku pun semakin rapat dan terawang-awang di alami rialiti. Dah nak melepasi sempadan ke alam lenalah tu. Tiba-tiba... air turun dari bumbung kapal terbang membasahi sweater Suhaimi yang menyelimuti pahaku. Air tu turut terpercik ke tanganku. Aku terus terjaga. Mata yang tadinya layu kuyu, terus membulat besar. Hati mula cemas. Dalam hati:
"Ya Allah! Habislah, matilah aku kali ni. Kalau kapal terbang ni bocor, mesti tak ada harapan untuk selamat, apalagi untuk hidup? Kalau hiduppun, mesti susah nak balik ke pangkuan keluarga. Manalah tahu kalau kejap lagi semua penumpangkena terjun ke laut ke, hutan ke. Kalau ditakdirkan aku terjun tu, aku sorang-sorang je macam mana? Dahlah tak nampak, Kalau dalam gaung, mesti kena makan dengan binatang buas. Kalau dalam laut, kena makan ikan, ataupun dilambung ombak lepas tu jauh dari daratan. Dahlah aku takut laut dan tak pandai berenang,"
Dengan cemas, aku mengejutkan Syed yang mungkin sedang tidur di sebelah kananku.
"Syed, air apa ni? Kapal terbang bocor ke?" Dalam hati, tapi pergerakan kapal terbang ni OK je. Cabin crew dan anak kapal lain, relax je.
"Bocor? Kenapa, kak?" Syed kebingungan.
Aku memegang percikan air di tangan. Likat dan seperti ada sisa makanan. La... Sedetik, kedengaran bunyi orang muntah. Aku berkalih ke kiri.
"Ija, kau muntah eh?"
"Ha'ah. Tak tahanlah." Jawab Ija sambil cuba menahan muntah untuk ke sekian kalinya. Kerusi dan lantai kapal terbang mula kotor.
"Ha'ah kak, Ija muntah," Kata Syed sambil melihat Ija.
"Pergilah toilet!" Aku mula geli-geleman dan terasa nak muntah kerana teringatkan tangan dan ribaku kena muntah. Tanpa berfikir panjang, aku cepat-cepat lap muntah di bahagian sweater yang tidak kena muntah. Sweater ku gumpal. Biar muntah di dalam dan tidak kena pada bajuku. Baki air mineral, ku siram sedikit pada tangan buat membersihkan sisa muntah. Oh my god!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Adik akupun tak pernah muntahkan aku kecuali masa baby dulu. Aku ni dahlah penggeli.

Subscribe to:
Posts (Atom)